Setelah gagal menembusi tembok pada hari ke ketiga Laksamana Agus Jaya Angkasa telah meminta tentera tambahan bagi mengatasi pasukan gabungan Inderadewa yang kini kalah jumlah dengan pengunduran orang Castile serta banyaknya korban akibat tindakan melulu Raja Aceh Pasai Abdulhamid.
Walau begitu tentera Senayang tidak dapat keluar dari kota itu dengan terkepungnya mereka di dalam dan bantuan dari luar pula tidak dapat dipinta namun pengepungan mereka pada kota tersebut menjadi masalah besar kerana Inderadewa telah menyerang mana mana kapal dagang yang cuba merentasi selat Melaka.Kini Selat Melaka adalah kawasan yang berbahaya.
Tetapi akibat terjejasnya perdagangan di selat Melaka para pedagang luar Nusantara telah memilih Selat Sunda untuk berdagang.Akhir kata berita pengepungan kota Melaka telah sampai kepada raja raja yang bernaung kepada Senayang.Atas taat setia mereka kepada baginda Sultan Muhammad Nur Irfan mereka segera menghantar bantuan ke Kota Melaka.
***********
DI KOTA MELAKA....
"Ampun tuanku,Raja Mansur bersama Sultan Kerajaannya Darul Iman menghantar bantuan pada kita"Ujar Temenggung Tun Ali.
"Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Ta'ala memberi rezeki hari ini" balas Jejaka Misteri.
"Ampun tuanku maafkan biadap hamba menganggu perbualan tuanku dengan Dato Temenggung tetapi berita buruk Inderadewa telah mendapat tentera bantuan.Kini bilangan mereka bertambah sebanyak 15,000 orang" sampuk pendekar yang memasuki balairong istana dalam keadaan cemas.
"Jumlah kita dengan tambahan dari Kerajaan yang bernaung baru mencecah 5,300 orang"kata Temenggung Tun Ali.
"Jumlah bukan asbab kemenangan.Yang beri kemenangan Allah!! Di mana keyakinanmu Dato' Temenggung!Pendekar ku sekalian hari ini yang beri kalian nyawa adalah Allah!!! Maka angkatlah senjata kalian!
Adakah kalian lebih takut mati dari kalian takutkan Allah?"ujar Jejaka Misteri.
"Ampun tuanku maafkan mulut hamba yang lancang ini yang beri kemenangan itu Allah bukan jumlah yang ramai"sembah Temenggung Tun Ali.
"Sudah himpunan seluruh pendekar kita di tembok pertahanan"titah Jejaka Misteri.
Maka dihimpunkan segala pendekar di kawasan tembok.Jejaka Misteri menunggang kuda mengawasi para pendekar Senayang berbaris di hadapannya.
Ada yang membuatnya tidak berpuas hati.
"Dato' laksamana himpunkan rakyat jelata suruh mereka berhimpun di sini"titah Jejaka Misteri.
Maka dihimpunkan rakyat jelata di hadapan baginda Sultan.
"Wahai rakyatku sekalian kota kita sekarang dikepung oleh orang orang Inderadewa dan Aceh Pasai.
Beta pasti kalian tahu akan kekejaman mereka terhadap lawannya.Sekarang angkat tangan kalian siapa yang mahu tunduk dibawah mereka!"ujar Jejaka Misteri.
Semua yang berhimpun terdiam tiba tiba ada antara mereka yang bersuara.
"Ampun tuanku batin ul wajh hamba dan semua rakyat berhimpun tidak sama sekali mahu tunduk kepada mereka.Jikalau tuanku mahu menyerah maka hamba akan melawan.Kami pernah duduk bawah jajahan mereka.Mereka kejam malah ada tentera mereka memperkosa anak dara kami celaka mereka.Demi Allah hamba tidak mahu tunduk kepada syaitan keparat di luar sana!!!"
"Kami juga!"
"Kami juga!" laung semua rakyat yang berhimpun.
"Jikalau itu yang tuan hamba semua katakan siapa yang mahu melawan mereka! Jika kami kalah siapa mahu bangkit menentang mereka!!"pekik Jejaka Misteri.
"KAMI LAWAN!!"laung semua rakyat.
"WAHAI RAKYAT KU HIDUP ALLAH HANYA BERI SEMENTARA MAKA ATAS IZIN ALLAH BERJUANG LAH DAN BERSUMPAHLAH SEKUAT KUATNYA KALIAN AKAN BERPEGANG PADA PENDIRIAN KALIAN !!"ujar Jejaka Misteri.
Maka rakyat jelata secara sukarela menjadilah mereka akan pendekar jihad fisabilillah menentang Inderadewa.Segala anak bini mereka dibawa keluar kota ke tempat yang selamat.
**********
DI PERKHEMAHAN TENTERA MUSUH.....
"Dato' laksamana hasil dari intipan hamba di sebalik tembok seluruh rakyat jelata lelaki menyertai peperangan ini"lapor salah seorang pendekar.
"Cis! rakyat jelata pula mereka bawa.Tidak mengapa kerana mereka tidak ada pengalaman berperang"kata Laksamana Agus Jaya Angkasa.
"Agus kita tidak boleh pandang rendah pada mereka.Aku sendiri lihat kepimpinan jejaka Misteri itu akan tenteranya.Lagipula bukankah asal kebangkitan orang Senayang dari kampung yang kecil kemudian membesar menjadi sebuah kerajaan"kata Bendehara kerajaan Inderadewa.
"KALAU BEGITU KITA REMPUH KOTA ITU HARI INI DARI ARAH LAUT MAHUPUN DARAT SELURUH ARAH KITA KEPUNG!!!"kata Laksamana Agus Jaya Angkasa.
"Jangan laksamana jika dibahagikan jumlah tentera kita akan menjadi lebih kurang" tegas Bendehara.
"Baik jikalau begitu apa yang kita boleh buat? Berundur! pasti akan dihina....Melawan pasti akan kalah...Terus apa yang bisa dilakukan...WAHAI DATO BENDEHARA!!!!!"pekik Laksamana Agus Jaya Angkasa.Laksamana itu kelihatan berang dengan mukanya kelihatan semakin pucat dan taring pada giginya semakin kelihatan. Wajahnya sudah menyerupai lembaga yang menakutkan.
"Hei dukun sialan bisakah kau bersabar buat sementara waktu"ujar Raja Aceh Pasai.
"HOII KAU MAHU BERTIKAM SAMA AKU !?!! KITA BERENTAP DI SINI JUGA!!!"kata Laksamana Agus Jaya Angkasa.
Langkah silatnya segera dibuka.Asap hitam mula muncul sekelilingnya.Seluruh badannya menjadi hitam dan matanya berubah menjadi merah.Keris yang terhunus mengeluarkan aura yang menyeramkan.
"CABAR AKU KAH DUKUN SIALAN TANGKAL KAU ITU KALAU DICABUT MATI JUGA!?!"kata Raja Aceh Pasai
Raja itu juga turut membuka langkah.Kakinya yang mencecah tanah mula membuat tanah menjadi retak.Kedua insan itu saling tidak mahu kalah.
"Tuanku! Dato' laksamana tolong hentikan kalau tuan hamba dan tuanku berdua ini bergaduh bagaimana dengan penaklukan Melaka!"ujar Dato' Bendahara.
"Beta ada cadangan apa kata tuan laksamana akui yang Maharaja celaka itu memang pengecut dan kita boleh selesai di sini!"kata Raja Aceh Pasai.
"BIADAP!!?!"Laksamana Agus Jaya Angkasa segera melompat seperti gayanya seekor harimau mahu menerkam mangsanya.
"Baik...."tari silatnya Raja Aceh Pasai segera digerakkan setiap sendinya bersiaga dengan serangan laksamana itu.
"HIYARGHH!!"Laksamana itu cuba menikam Raja Aceh Pasai.Namun ditangkisnya lalu ditumbuk lah pada dadanya laksamana itu.Maka terpelanting jauhlah laksamana itu melanggar khemah yang lain.Laksamana itu kembali bangun dengan mukanya kelihatan penuh amarah.
"SUDAH KAMU BERDUA HENTIKAN!!!"tiba tiba muncul Maharaja Inderadewa Chulan turun dari gajah.
"SEKARANG ADAKAH TUANKU MAHARAJA SEORANG PENGECUT!!?!RAJA ACEH PASAI!!?!"jerit laksamana itu dengan mukanya tersenyum sinis memandang Raja Aceh Pasai.
"Sialan kau....aku baru sahaja berseronok"kata Raja Aceh Pasai itu dalam keadaan marah.
"Sudah serangan di darat ini tidak akan membuahkan hasil.Tembok kota ini terlalu kukuh.Beta titahkan kamu semua untuk beralih ke laut pula.Kawasan pelabuhan itu lebih terbuka."kata Maharaja Inderadewa Chulan.
"Menjunjung kasih titah tuanku"sembah Laksamana Agus Jaya Angkasa.
Maka tentera itu pun berundur dari darat beralih ke seberang laut.
*************
DI KAWASAN PELABUHAN....
"Tuanku...berita buruk mereka beralih serangan dari arah laut pula!"Kata Laksamana Raden Zainal.
"Bina kubu di kawasan pantai kita bertahan di sana" titah Jejaka Misteri.
Segala kubu pun dibangunkan lah oleh mereka di pesisir pantai bersiaga menunggu kedatangan Inderadewa dan Aceh Pasai.
Maka terlahirlah akan puluhan kapal diketuai oleh Laksamana Agus Jaya Angkasa mara dari arah laut ada yang menaiki lancang dan ada pula menaiki geliung.
"ORANG ORANG INDERADEWA SUDAH DATANG BEDIL MEREKA!?!"teriak Laksamana Raden Zainal.
Maka dibedillah akan orang mereka yang mendekati pantai Melaka.
"WOII KAPAL KITA AKAN HANCUR BALIK KE LAUT BEDIL DARI SANA JANGAN DEKATI PANTAI"teriak Laksamana Agus Jaya Angkasa.
Kapal geliung pun undurlah kebelakangan membedil pelabuhan Melaka namun kapal lancang tetap meneruskan pelayaran cuba mendarat ke pantai Melaka.
"CIS!?! TUANKU IZINKAN PATIK MENGHAJAR CELAKA ITU?!?"pekik Temenggung Tun Ali.
"PERGILAH DATO' TEMENGGUNG BETA PERKENANKAN"kata Jejaka Misteri.
Maka turunlah akan Temenggung itu bersama beberapa orang pendekar pergi mendekati pantai meletakkan rentaka sejenis meriam mudah alih.
"Tuan hamba adapun orang-orang mereka itu datang mendekati bedil sahaja jangan hiraukan apa yang berlaku!"arah Temenggung Tun Ali.
Suara Ledakan kedengaran. Rentaka milik askar Senayang sudah mula menggana membedil lancang yang cuba mendekatinya.
"Kita terperangkap!?! air laut sudah mula surut" pekik tentera Inderadewa.
"SEKARANG!?!?!"teriak Temenggung Tun Ali. Maka terkenalah lancang lancang yang terdekat dengan bedilan rentaka.
Dengan izin Allah hancurlah segala lancang yang mendekati.
***********
DI GELIUNG INDERADEWA DAN ACEH PASAI.....
"Celaka! hari ini sudah hari keempat berapa lama lagi mahu menunggu" kata Raja Aceh Pasai.
"Kita sekat makanan mereka!?!" kata Laksamana Agus Jaya Angkasa.
"Sudah menyekat makanan mereka itu sia sia.Raja Mansur dan Raja Raja naungan mereka yang lain pasti akan membantu jika ini berlarutan"kata Bendehara
"SUDAH!?! BETA SUDAH BAWA CATATAN DARI TAMADUN TERDAHULU... MENURUT HIKAYAT HANG TUAH DAN SULATUS SALATIN MELAKA MEMANG KUKUH SEHINGGALAH ADA PENGKHIANAT YANG MEMBANTU BAGI MENGHANCURKAN KOTA TERSEBUT!?!" kata Maharaja Inderadewa Chulan.
"Tuanku hamba ada kenal seorang pedagang Melayu...
Dia bisa membantu kita" kata Laksamana Agus Jaya Angkasa.
"Panggil dia kemari berikan dia apa yang dia mahu" kata Maharaja Inderadewa Chulan.....
Share this novel