QASH dari depan pintu rumah terus bergegas ke pagar rumahnya. Dia melutut cemas.
“Bangun mummy… aduh mummy ni,time-time macam ni lah mummy nak pengsan..mummy okay tak?!” Qash menepuk lembut pipi ibunya yang terkulai.
Arabella pula tergamam. Matanya beralih pada wajah wanita yang berdiri di sisi—wajah yang sama dan saling tak tumpah seperti arwah kakak iparnya Anieya, yang sudah meninggal dunia tujuh tahun yang lalu. “Ya Allah… mummy…” bisiknya, hampir terikut pengsan sama, tapi cepat-cepat dia tahan.
“Bella… tolong abang papah mummy masuk dalam.” suara Qash masih panik.
Arabella cepat mengangguk. Riean juga panik, tiba- tiba saja perempuan berumur yang menegurnya tadi pengsan dihadapannya, dia segera menyambut tubuh Datin Adza dari sisi yang lain.
Mereka bertiga memapah masuk ke dalam rumah. Nafas Datin Adza masih ada, cuma lemah.
Saat itu, Bella betul-betul menatap wajah Riean. Air matanya menitis.
“Kak Nieya? Akak hidup lagi? Macam mana…?”
Riean diam, tapi akhirnya bersuara dengan nada serak.
“Nama saya Ariean . Adik kembar arwah Nieya.”
Arabella terkesima, tak mampu berkata apa-apa. Qash pula menoleh ke arah Riean, hanya senyuman manis yang diberikan olehnya kepada Riean.
---
Nayra memeluk erat tubuh Riean. “Mama, bila kita nak pergi rumah Tok Ma?Nayra tak sabar ni!”
“Kenalah tunggu nenek Nayra sedar dari pengsan dulu baru kita pergi ya…” jawab Riean sambil mengusap rambut anak kecil itu.
“Meh sini dekat Maksu… dah lama tak jumpa Nayra. Rindu la…” suara Arabella mencelah, penuh manja sambil mengusap perlahan wajah anak abangnya itu.
“Saya minta maaf lah, menyusahkan awak pula. Tiba-tiba mummy saya pengsan…” Qash menoleh sekilas pada Riean.
“Eh tak apa, langsung tak menyusahkan pun. Ni awak tak nak call doktor ke? Check keadaan mummy awak?”
“Its okay..kejap lagi sedar lah tu. Mesti dia terkejut tengok muka awak… mesti dia ingat awak Nieya.”
“Arabella mencelah..Tula… mungkin mummy ingat hantu la kot. Lagi pun mummy mana pernah suka kak Nieya…dulu asyik nak......"Percakapannya terhenti bila melihat tanda mata yang diberikan oleh abangnya.
Noah Aqashah menjegilkan mata pada adiknya Arabella,dia tidak ingin Ariean tahu menahu tentang masalah yang dihadapi oleh dirinya dan Anieya semasa mereka mendirikan rumah tangga dahulu.
Kening Riean terangkat perlahan. Dalam hatinya terdetik, “Hurm, something fishi here,ada yang tak kena…”
---
Datin Adza membuka mata perlahan. Nafasnya masih terputus-putus, tapi matanya terpaku pada wajah yang sangat dikenali.
"A… Anieya?" suaranya bergetar, jelas ada rasa terkejut dan panik.
Riean tidak mahu lagi berpura-pura. Dia meluruskan tubuh, pandangan matanya tajam menusuk.
"Saya bukan Nieya. Nama saya Ariean Elissa… adik kembar dia."
Riak wajah Datin Adza berubah sekelip mata. Terkejut bertukar jadi senyuman pura-pura. "Oh… adik kembar rupanya..nasib baiklah tak kena serangan jantung. Patutlah muka sama. Mummy tak tahu pun arwah ada kembar." Dia merenung ke arah anak lelakinya Noah Aqasha,nada suaranya lembut, tapi mata yang liar memerhati jelas tidak tenang.
Dalam hati Datin Adza berperang. Kalau betul Nieya dah mati, kenapa perempuan ni muncul pula? Jangan-jangan rahsia lama terbongkar. Kalau dia tahu… habislah aku.
Dia cuba menyembunyikan keresahan dengan gelak kecil. "Tak sangka… Riean lain betul dari kakak Riean ya. Nieya dulu… gaya biasa-biasa je tak nampak wow. Tapi Riean…" Matanya meleret ke arah pakaian mewah, beg berjenama, jam tangan eksklusif, dan gaya confident Riean. "Macam anak orang kaya… supermodel pun kalah."
Riean hanya mengangkat kening, separuh senyum. Dia tahu senyuman itu palsu.
Dalam hati Riean berbisik, Nampaknya, orang tua depan aku ni memang ada simpan sesuatu. Apa yang sebenarnya berlaku pada Nieya dulu sampai dia boleh fikir aku hantu?
Qash bersuara, “Mummy, apa cakap macam tu? Janganlah nak membezakan orang yang dah tiada.”
Riean hanya memandang ke arah Aqasha. Dalam hati, dia kagum dengan lelaki itu kerana masih mempertahankan arwah kakaknya.
Datin Adza menjawab, “Eh, Mummy bukannya nak membezakan. Cuma terkejut saja. Cara penampilan arwah dulu tak sama dengan adik dia.”
Riean membalas dengan tenang tetapi penuh sindiran halus. “Datin pun dah sedar kan. Kalau macam tu, saya minta diri dulu la ya. Saya nak bawa Nayra tidur di rumah saya. Dia nak sangat jumpa tok ma dia. Harap lepas ini kalau kita berjumpa lagi, Datin janganlah pengsan. Jangan pula ingat saya ni hantu.”
Qash menyampuk, “Kejap, saya ambilkan beg Nayra. Nayra, jangan nakal-nakal ya dengan Mama. Please behave okay sayang.”
Nayra tersengih sambil menjawab, “Okay bos!”
Riean berkata kepada Qash, “Nanti apa-apa saya call awak ya. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Dia memberi salam kepada semua sebelum berlalu pergi bersama Nayra.
Sebaik sahaja Riean dan Nayra keluar, Arabella bersuara, “Lain betul Kak Riean dengan arwah Kak Nieya dulu. Macam langit dengan bumi.”
Datin Adza pula hanya berbisik dalam hati, “Betul cakap Bella. Perempuan tu memang lain daripada arwah Nieya. Cara percakapan pun tak sama.”
Tidak lama kemudian, dia menoleh ke arah anaknya lalu berkata dengan selamba, “Hm, Qash. Setahu Mummy, Nieya dulu miskin. Dia datang pun dari keluarga yang tak berada. Adik dia tu kaya mesti sebab dah kahwin dengan orang kaya atau pun yang berpangkat kan.” Kata-kata itu terluah ikut sedap mulut sahaja.
Qash yang sudah lama memendam perasaan akhirnya hilang sabar. Dia membalas dengan nada tegas, “For your information, Nieya bukan orang miskin. Mummy yang pandai-pandai menilai dia dulu ikut sedap hati Mummy. Ariean dengan Nieya anak kepada Tan Sri Aiman Khalid. Pakaian dan kereta mewah yang Riean pakai tadi pun hasil daripada duit dia sendiri dan keluarga dia. She is an actress, model and singer not only in Malaysia but also in Korea. Keluarga Nieya ada business sendiri dan menetap di Korea. Bila Nieya datang ke Malaysia, dia tak ada siapa-siapa melainkan Qash. Tapi Mummy, macam biasa, dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah. Mummy asyik nak pandang hina pada orang dan orang tu lebih mulia dari mummy sendiri.”
Hye korang..fuh dah lama sangat tak update chapter baru..author tersangatlah busy ya hehe..harap this chapter dapat buat korang makin membuak2 nak baca karya saya..jangan lupa follow,support and share okay korang..selamat membaca!!!
Share this novel