B5:RAHSIA YANG TERTANGKAP

Romance Series 715

DI ruang rehat pelakon, Riean sedang termenung sambil memegang telefon. Panggilan dari nombor Korea yang dikenalinya sebentar tadi membuatkan dia resah.

“Balik rumah sekarang,” tegas suara mama tadi. “Mama dengan umi Aufar dah sampai Malaysia.”

Riean terdiam. “Kenapa tiba-tiba mama dengan umi balik Malaysia?”

“You ingat mama buta ke, Riean? Mama bukan tua sangat.Mama dah tahu semuanya. Mama pasang orang ikut Riean sejak tahun lepas. Sekarang mama nak Riean balik. Sekarang.”

---

Flashback – Dua minggu lalu, Seoul

Puan Sri Hamyla menatap skrin komputer riba sambil tangan menggigil. Gambar pusara. Batu nisan. Tertera nama Anieya Ellena binti Tan Sri Aiman Khalid.

Datin Hanim berdiri di belakang adiknya. “Myla... ini betul ke?”

“Aku tak nak percaya... tapi ini memang pusara anak aku,kak. Dah tujuh tahun dia pergi... dan aku tak tahu apa-apa.”

“Macam mana kau tahu semua ni?”

“Aku upah penyiasat untuk ikut Riean kemana-mana..sebab aku risau,cukuplah dah hilang Nieya.Aku taknak hilang Riean pula. Tapi sejak Riean balik Malaysia, aku tahu dia sembunyikan sesuatu.Rupanya dia dah tahu yang Nieya dah tiada.”

Datin Hanim duduk perlahan. “Kita balik Malaysia. Kita dapatkan Riean.”

“Ya. Aku nak dengar semuanya dari mulut dia sendiri. Cukup aku kehilangan Nieya tanpa sempat peluk dia kali terakhir…”

---

Kembali ke set penggambaran

“Feya…” Riean muncul dengan wajah tegang.

“Ya kak?”

“Tolong tengok-tengokkan Nayra. I kena balik rumah sekarang. Urusan keluarga.”

Nayra memandang ibu saudaranya dengan mata bulat. “Mama nak pergi mana?”

Riean tunduk, mencium dahi Nayra. “Mama balik rumah sekejap je sayang. Nanti Kak Feya temankan Nayra. Jangan risau. Mama balik, okay?”

“Janji?” tanya Nayra dengan suara kecil.

“Janji,” jawab Riean sambil tersenyum, walaupun hatinya berat.

---

Petang itu, di rumah banglo keluarga Ariean

Ariean masuk ke ruang tamu yang sunyi. Langkahnya perlahan, dadanya berombak. Di sofa utama, dua wanita yang paling dia tak sangka akan muncul kini sedang menunggunya.

Puan Sri Hamyla — ibunya yang berwajah dingin namun matanya berkaca.

Dan Datin Hanim — umi iaitu makciknya dan ibu kepada sahabat baik dan sepupunya sendiri, Aufar.

“Riean...” panggil Puan Sri dengan nada rendah tapi tajam.

“Ma...”

“Sampai hati Riean buat mama macam ni. Mama dah lama tunggu Nieya.”

“Riean tak nak mama jatuh sakit semula...” Riean bersuara perlahan. “Riean tunggu masa sesuai...”

“Masa sesuai tu bila? Bila mama dah mati?!” suara mama meninggi, menahan sebak. “Riean sorok kematian Nieya... cucu mama... semua Riean tanggung sorang-sorang. You fikir mama ni batu ke, Riean?”

Riean tak mampu jawab. Air mata mula jatuh. “Riean minta maaf... Riean cuma... Riean takut.”

Datin Hanim bersuara tenang, “Dia takut kehilangan lagi, Myla. Kita semua pernah rasa kehilangan. Kau... aku... arwah suami kita dua-dua dah pergi dulu. Tapi Riean masih muda. Dia cuba tanggung semua benda sorang-sorang.”

Puan Sri Hamyla tunduk. Tangisannya pecah. Riean segera merapat, memeluk ibunya.

“Mama… Riean rindukan mama…”

“Dan mama... rindukan dua anak perempuan mama… tapi hari ni, mama cuma ada satu.”

---

Di luar bilik, Aufar bersandar di dinding sambil mengeluh panjang.

“Kau kuat, Riean… Tapi kali ni, biar aku sama-sama tanggung dengan kau.”

---

“Feya, you pasti dia okay?” soal Riean sambil matanya tak lepas pandang ke arah anak kecil yang duduk bersila atas sofa di ruang tamu Suite mewahnya. Petang tadi,Feya telah diberi tahu oleh Ariean untuk membawa Nayra pulang dari set penggambaran.

Nayra sedang bermain patung Elsa, tapi wajahnya jelas tak seceria biasa. Dia tahu mamanya keluar tiba-tiba tadi, dan kini — mama muncul semula bersama seorang wanita yang tak dikenali, serta ‘Uncle Far’ yang selalu beri aiskrim.

“Sayang...” Puan Sri Hamyla bersuara, lembut tapi penuh getar emosi.

Nayra memandang. Keningnya berkerut.

“Nama kamu siapa, sayang?” tanya wanita yang kelihatan sangat elegan itu. Nada suaranya bergetar, seolah-olah menahan sesuatu.

“Nama saya Ellesa Nayra binti Noah Aqasha,” jawab Nayra, lancar seperti yang selalu papanya ajar.

Terdiam semua orang dalam bilik itu.

Qash menunduk. Aufar menoleh ke sisi. Puan Sri Hamyla terkedu.

> “Binti… Noah Aqasha?” bisik wanita itu. Air matanya tumpah sebelum sempat dia menyeka.

“Siapa nenek?” soal Nayra pula. Matanya jernih tapi penuh ingin tahu.

Puan Sri Hamyla melutut perlahan di hadapan Nayra. “Nenek… Mama kepada mummy Nayra dan juga… nenek kamu. Nenek sebenar Nayra.Mulai sekarang Nayra kena panggil nenek dengan panggilan Tok Ma"

Nayra termenung sekejap. Kemudian dia berdiri, perlahan-lahan merapati wanita itu. Dengan tangan kecil, dia menyentuh pipi Puan Sri Hamyla.

“Tok Ma sedih ke?” soal Nayra perlahan.

Puan Sri Hamyla mengangguk. “Tok Ma rindukan ,mummy Nayra. Tapi mummy Nayra dah pergi jauh.”

Nayra tak berkata apa-apa. Dia hanya peluk neneknya erat. Erat sampai Puan Sri Hamyla jatuh terduduk di karpet, memeluk semula cucu yang baru dikenali tapi sudah terasa seperti sebahagian daripada jiwanya.

---

Di tepi dinding, Aufar memandang pemandangan itu dengan mata berkaca. Dia pandang Riean yang sudah tak mampu tahan air mata.

Qash yang baru datang hanya tercegat. Dia tak tahu nak masuk atau tidak.

“Masuklah,” tegur Aufar pendek. “Itu anak kau.”

Qash angguk perlahan. Dia jalan ke arah Nayra. Perlahan.

“Nayra…” panggilnya. Anak kecil itu berpaling, tersenyum kecil. "Papa!”

Puan Sri Hamyla memandang Qash dengan pandangan tajam — campuran sedih, kecewa, dan...gembira

“Jadi You yang kahwin dengan Nieya,” katanya tenang, tapi pedih.Di dalam hatinya,dia sangkakan Nieya berkahwin dengan Rafael,teman lelaki yang lari dengan anaknya dahulu.Rupanya disebaliknya.Lelaki dihadapannya kini nampak seperti seorang lelaki yang bukan sahaja tampan dari segi rupa tetapi baik dan juga bertanggungjawab,bukan seperti Rafael yang asik membuatnya naik darah.Dia mula berkenan dengan jejaka itu,yang tidak sedar telah menjadi menantunya selama 7 tahun.

Qash diam.

“Ya Puan” jawab Qash akhirnya. “Saya tak tahu… saya tak pernah tahu Nieya ada keluarga,ada kembar..dia tak pernah nak cerita.”

Puan Sri Hamyla hanya diam akhirnya berkata, “Jangan panggil Puan mulai sekarang, panggil je ‘Mama'.Katanya sambil tersenyum.

“Terima kasih Mama".Jawab Qash lalu mencium tangan ibu mertuanya.

---

Riean masuk ke ruang tamu. Suasana sunyi. Semua mata beralih padanya.

Puan Sri Hamyla bangun dari duduk, berjalan mendekati anak bongsunya.

“Riean… dah tanggung terlalu banyak. Tapi sekarang Riean tak perlu tanggung seorang. Mama ada. Umi ada. Aufar… ada.

---

“Papa, boleh ke Nayra tidur rumah Tok Ma malam ni?”

Semua terdiam. Qash tersenyum kecil.

“Mestilah boleh, sayang… ni kan Tok Ma Nayra .”

Assalamualaikum..jangan lupa follow and support dewi tau!!..akhirnya...Puan Sri Hamyla dah tahu anak nya dah tiada..sedihnya..dan dapat juga bertemu dengan Nayra cucunya sendiri.Harap korang suka..hehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience