HUJAN renyai-renyai mula membasahi bumi saat Noah Aqasha membuka pintu utama rumah banglo miliknya. Sejak beberapa hari ini, fikirannya penuh. Ariean… Nayra… dan sekarang, orang tuanya pula datang tanpa sebarang amaran.
"Assalamualaikum!"
Suara Dato Arsyad kedengaran garau namun masih berwibawa, memenuhi ruang tamu yang luas.
"Waalaikumsalam."
Qash menjawab sambil menghela nafas panjang. Belum sempat dia mengajak ayahnya masuk, suara yang paling dia tak mahu dengar muncul di belakang lelaki itu.
"Boleh ke Mummy nak masuk ni?"
Langkahnya terhenti sebaik melihat kelibat Datin Adza—anggun seperti biasa dengan pakaian serba mewah dan bau minyak wangi yang menusuk. Namun, Qash tahu… yang paling kuat daripada wanita itu bukan wanginya, tapi kata-katanya yang tajam dan tidak berperasaan.
"Nak tunggu kad undangan baru boleh datang ke rumah anak sendiri?" soal mummy dengan sinis, tangan diletakkan pada pinggang.
Qash menarik nafas dalam-dalam. "Qash sibuk kebelakangan ni. Banyak kes dekat firma."
"Sibuk konon... sampai tak ada masa bawa cucu jumpa nenek dia?" sindir mummy lagi. "Tapi Qash memang selalu lebihkan budak tu kan? Budak yang mak dia pun entah dari mana asal-usulnya."
Datin Adza, sejak dahulu lagi tidak pernah menerima perkahwinan Qash dengan Nieya. Padanya, Nieya bukan menantu idaman. Bukan keturunan bangsawan, bukan dari keluarga berada, dan tidak 'sepadan' langsung dengan anaknya.
Hubungan antara mereka penuh luka.
Penuh hinaan.
Dan kini, Qash tak sanggup bawa Nayra ke rumah itu… rumah yang tak pernah mengiktiraf anak kecil yang tak berdosa.
Dato Arsyad bersuara, lembut namun tegas. "Adza, cukup la tu."
Datin Adza menjeling suaminya tajam. "Awak jangan masuk campur. Saya bercakap dengan anak saya."
"Saya tahu Qash tak suka balik rumah… tapi awak pun kena muhasabah diri, Adza. Awak tak pernah layan Nieya macam menantu dulu. Awak tak pernah beri dia peluang."
Kata-kata Dato Arsyad membuatkan suasana makin tegang.
"Jangan mula, Arsyad!" bentak mummy. "Awak nak bandingkan saya dengan perempuan simpanan awak tu ke? Dengan si Nora tu?"
Qash memalingkan wajah. Dia tahu perkara ini akan muncul juga. Puan Nora, isteri kedua ayahnya yang selama ini menjadi duri dalam daging perkahwinan ibu bapanya. Mummy benci perempuan itu sampai ke tulang.
"Ibu Nora tak ada kena-mengena dalam hal ni, mummy," ujar Qash perlahan.
Mummy mendengus. "Tapi sebab dialah, ayah kau makin jauh dari rumah. Sebab dialah, rumah tu makin kosong. Macam mana mummy tak benci?"
Dato Arsyad bersandar di sofa, kelihatan letih. "Adza... rumah kita kosong bukan sebab Nora. Tapi sebab hati kita sendiri dah penuh dengan benci. Awak... dan saya."
Diam.
Qash hanya memerhati. Dia penat. Penat dengan drama keluarga. Penat dengan konflik yang tak sudah.
Dia berdiri. "Mummy, Qash minta maaf. Tapi kalau mummy datang sini hanya untuk hina Nieya dan cucu mummy sendiri… pintu rumah ni sentiasa terbuka… untuk mummy keluar."
Datin Adza terkesima. Jarang anak tunggalnya itu bersuara keras.
"Qash..."
Dato Arsyad cuba menenangkan.
Tapi Qash hanya melangkah ke arah tangga. "Qash naik atas. Kalau ada yang nak bincang elok-elok… Qash ada. Tapi kalau datang dengan benci, Qash takkan biar Nayra rasa apa yang Nieya rasa dulu."
Dan dia pun berlalu.
Meninggalkan kedua-dua orang tuanya di ruang tamu.
Cukuplah dengan apa yang dia rasa selama ini,meratapi cinta yang telah mati..
dan... memikul sakit yang tak pernah padam.
---
7 Tahun Lepas
Derapan kasut tumit Datin Adza bergema dari arah dapur, makin menghampiri ruang tamu.
Nieya bangun perlahan dari sofa, menggenggam jemarinya sendiri. Tangannya sejuk, peluh halus membasahi tengkuk.
“Nieya, ini Mummy—Datin Adza,” kata Qash perlahan di sisi.
Nieya menunduk hormat, senyum manis yang cuba disulam dengan keberanian. “Assalamualaikum, Mummy.”
Datin Adza tersenyum—senyum yang indah di wajah, tapi hambar di mata.
“Waalaikumussalam, sayang.” Dia melangkah mendekati dan memeluk Nieya ringan, seolah-olah sentuhan itu hanya ritual sosial.
“Subhanallah,tabarakallah ya... inikah menantu Mummy? Cantiknya... lembut orangnya. Pandai Noah pilih.”
Nieya senyum, matanya redup. “Terima kasih, Mummy... Saya minta maaf datang mengejut.”
“Oh, tak mengapa. Rumah ni rumah Nieya juga sekarang.”
Datin Adza menarik tangan Nieya untuk duduk semula di sofa.
“Tapi Mummy pelik sikit, Noah tak pernah cerita pun fasal Nieya. Tup-tup kahwin.”
Qash menyampuk dengan tenang, “Qash kahwin sebab Qash yakin dengan Nieya, Mummy. There is nothing to doubt.”
“Oh, of course sayang... Mummy tak cakap pun awak buat salah.” Suara lembut itu tetap terdengar menusuk.
Dia pandang Nieya dari sisi. “Nieya kerja apa, sayang?”
“Nieya tak pernah kerja sebelum ni cuma sambung belajar ... tapi sekarang Nieya dah berhenti.”
“Tak pernah,dah berhenti?” Dahi Datin Adza berkerut kecil. “Awal-awal kahwin dah duduk rumah? Wah... bertuah betul Qash dapat isteri idaman macam ni”
Nada itu seolah-olah jenaka... tapi tidak sepenuhnya.
Nieya tunduk sedikit. “Nieya memang mahu beri perhatian pada rumah tangga dulu, Mummy.”
Datin Adza senyum lagi. “Baguslah... isteri yang baik memang macam tu.”
Namun matanya menjeling ke arah rantai emas nipis di leher Nieya—bukan barangan mewah. Bibirnya terukir senyum separuh.
Dalam hati Datin Adza:
"Murah. Tak padan jadi isteri Noah Aqasha. Tapi tak mengapa... lambat laun, dia akan pergi sendiri."
“Kalau awak perlukan apa-apa, jangan malu-malu. Tapi biasakan diri ya... keluarga ni besar, penuh protokol, penuh gaya.”
Nieya senyum tipis. “Insya-Allah... saya akan cuba.”
Datin Adza mengangguk dan menepuk tangan Nieya.
“Bagus. Tapi ingat satu perkara ya, sayang… dalam keluarga ni, siapa yang tahu letak diri dia… dialah yang paling lama bertahan.”
---
Keesokan harinya, langit pagi cukup cerah, seperti mengerti yang ada pertemuan penting bakal berlaku. Sebuah kereta mewah Porsche Panamera berwarna cream berhenti perlahan di hadapan rumah banglo Noah Aqasha. Rim tayar berkilat dan lapisan cat yang sempurna membuatkan sesiapa yang melihat pasti menoleh dua kali.
Seorang wanita keluar dari kereta itu. Langkahnya teratur, penuh keyakinan. Rambutnya digulung kemas, cermin mata berbingkai coklat menyembunyikan pandangan matanya, dan pakaian jenama mewah feminin berwarna soft purple yang tersarung di tubuhnya menyerlahkan aura eksklusif yang jarang-jarang wujud pada wanita biasa. Itulah Ariean Elissa. Tapi pagi itu, dia bukan datang sebagai selebriti, tapi sebagai ibu saudara yang ingin bertemu anak saudaranya—Ellesa Nayra.
Kebetulan, sebuah Alphard hitam juga berhenti di hadapan pagar rumah. Datin Adza keluar dari kereta itu bersama Arabella, adik perempuan Qash yang baru pulang dari luar negara. Mereka datang untuk menjenguk Qash dan cucu yang tidak pernah dibelainya, Nayra.
Sebaik saja mata Datin Adza terpaku pada sosok yang keluar dari Porsche, hatinya terus berdetik.
> “Siapa perempuan ni agaknya... girlfriend Qash ke? Hahahah... Kalau yang macam ni, nak lah aku terima jadi menantu. Sah-sah anak orang berada... bukan macam pompuan yang dah mati tu.”
Arabella juga terpaku. "Wow... dia ni siapa, mummy?"
Sebelum sempat menjawab, Datin Adza melangkah mendekati Riean yang sedang berdiri di luar pagar, menekan loceng.
"Hello, awak ni cari siapa ye?" sapanya mesra, wajah tersenyum—senyum pura-pura yang sudah lama menjadi topengnya.
Riean menoleh, tenang.
"Saya nak jumpa dengan Noah Aqasha... ada hal penting."
Suaranya tenang, sedikit garau manja. Cara dia bercakap seperti tidak gentar langsung. Tapi kaca mata itu masih belum ditanggalkan dari wajahnya.
Pintu rumah terbuka. Noah melangkah keluar, memegang tangan kecil Nayra yang berlari-lari kecil ke arah suara loceng tadi.
Sebaik sahaja mata kecil Nayra terpandang Riean...
"Mamaaa!" jeritnya sambil terus berlari, memeluk kaki Riean dengan penuh rasa rindu.
Datin Adza dan Arabella tergamam.
Dalam hati Datin Adza...
> “Memang betul lah... ni bakal isteri Qash! Akhirnya terbuka juga minda anak aku tu. Bagus... sangat bagus. Padan pun Nayra rapat. Mesti Qash dah kenalkan dari awal.”
Riean perlahan-lahan menanggalkan cermin mata coklat dari wajahnya.
Dan...
Datin Adza membelalakkan mata. Wajah itu... senyuman itu... bentuk mata, bibir—semuanya!
“Nieya...?” bisiknya perlahan.
Tubuhnya tiba-tiba menggigil, pandangan berpinar... dan dalam beberapa saat, Datin Adza jatuh pengsan di atas rumput, terjelepuk di sisi Arabella yang menjerit panik.
Hye guyss..fuh dah lama rasanya tak publish chapter baru..sorry korang,lately ni busy sikit sebab ada exam..kena study lebih hehe..so haa mcm mna?mesti datin Adza terkezuttt gila2 kan..mesti dia ingat nampak hantu..hihi..okay lah..jangan lupa follow and support tau!!selamat membaca!!
Share this novel