B9:SO BEAUTIFUL....

Romance Series 715

NOAH Aqasha melangkah masuk ke dalam pusat beli-belah itu. Dari jauh, matanya segera menangkap kelibat Riean bersama Aufar dan Nayra yang sedang duduk di sebuah kafe moden berhampiran air pancut dalam mall. Mereka kelihatan sedang membelek menu, sementara Nayra tersengih riang sambil mengetuk meja kecil di hadapannya.

Degupan jantung Qash tiba-tiba bertukar laju. Dia terhenti seketika, matanya terarah penuh pada Riean. Rambutnya yang beralun jatuh ke bahu, senyumannya yang sederhana, semuanya membuatkan dada Qash bergetar. Tanpa sedar, bibirnya menggumam perlahan,
“So beautiful…”

Riean menoleh, matanya tepat pada Qash. Aufar juga sempat perasan. Riean melambai tangan dengan senyuman.
“Aqasha… sini!” panggilnya.

Qash melangkah ke arah mereka, cuba menyembunyikan degupan hati yang masih tak terkawal. Dia menarik kerusi kosong lalu duduk bersebelahan Nayra, di hadapan Riean dan Aufar.

“Papa!” Nayra menjerit kecil lalu memeluk lengan Qash.

“Eh, Nayra ni makin beratlah,” Qash tergelak kecil, mencium kepala anaknya. Namun ekor matanya sempat menangkap cara Aufar membetulkan kedudukan duduk Riean, seakan melindungi sisi tubuh gadis itu. Hatinya tiba-tiba terasa sesuatu.

Aufar pula hanya membuat muka santai, sengaja berlagak macho.
“Nasib kau datang cepat. Kita orang baru nak order makanan.”

Qash membalas dengan senyum nipis.
“Harap aku tak kacau korang lah, ya…”

“Eh, mana ada. Kita orang okay je… dapat spend time sama-sama dengan Nayra,” balas Riean sambil tersenyum.

Aufar menambah,
“Dah la, kau nak order apa ni? Kang kalau order lambat-lambat, dapat makan kerusi dengan meja je.”

Nayra terus menyampuk,
“Takpe Papa Nayra suka je makan kerusi dengan meja… hahaha!”

Riean menepuk lembut pipi anak saudaranya itu.
“Hahahaha, yeke? Samalah dengan Paksu Aufar ni. Tapi dia tak makan kerusi dengan meja… dia makan ni!” Riean menunjuk buku limanya.

Qash terbatuk kecil, pura-pura meneguk air kosong yang baru sampai.
“Uish, garangnya… macam mak-mak dah,” katanya pada Riean.

Aufar segera menyampuk,
“Hahaha itulah… bukan setakat perangai mak-mak, tapi perangai mak nenek. Dia kan dah jadi mak Nayra sekarang.”

Riean meletakkan tangan ke dahi.
“Aduhai… aku pulak yang terkena.”

Nayra tiba-tiba berkata,
“Kawan-kawan Nayra cakap kalau Nayra dah ada mak, mak Nayra boleh duduk serumah dengan Nayra and Papa.”

Seketika semua di meja itu terdiam. Qash hanya tersenyum. Namun di sebalik senyuman itu, hatinya berdebar hebat. Aufar pula cuba menutupi rasa cemburu yang tiba-tiba menikam dadanya.

---

Pelayan datang membawa hidangan yang sudah dipesan. Meja kecil itu dipenuhi dengan pasta, pizza, fries, dan dua gelas besar milkshake strawberi kegemaran Riean dan Nayra, manakala Aufar dan Qash masing-masing hanya memesan kopi.

“Nah… makan jangan malu-malu,” kata Aufar sambil menolak pinggan berisi creamy spicy beef pasta ke arah Riean.

“Eh, bukan ke kau yang order ni? Kenapa pula aku yang kena makan dulu?” balas Riean, menjeling.

“Halah… biasalah. Aku ni gentleman, kan Nayra?” Aufar mengenyit mata ke arah si kecil.

Nayra ketawa terkekek. “Paksu gentleman sangat… lepas tu selalu buat Nayra ketawa, pastu ajak Nayra mengumpat.”

Riean menepuk meja kecil sambil ketawa besar. “Hah, kantoi kau Aufar!”

Qash hanya senyum nipis, memandang cara Riean dan Aufar berbalas usik. Ada sesuatu dalam hatinya yang tak selesa, tapi dia diamkan. Dia hanya menghulur sepotong pizza ke arah Nayra. “Sayang, makan ni… nanti kenyang.”

Nayra menyambut pizza itu, tapi mulut kecilnya lebih sibuk bercakap. “Papa, tadi Papa kan lambat datang… mesti sebab Papa tengah dating dengan orang lain.”

Qash mengangkat kening, berpura-pura terkejut. “Hah? Siapa ajar Nayra cakap macam tu?”

Nayra terus menuding jari ke arah Aufar. “Tu!”

Riean menutup mulutnya menahan tawa. “Hahaha… padan muka kau, Nayra dah kantoikan kau.”

Aufar menegakkan badan, buat muka tak bersalah. “Eh, aku salah ke? Qash lambat sangat. Entah-entah pergi dating dulu.”

“Betul ke awak pergi dating tadi? Patutlah kita orang tunggu lama… hahaha,” tanya Riean sambil merenung ke arah Aqasha.

Qash menjawab, “Mana ada. Memandai je Aufar ni. Saya lambat sebab cari parking tadi… awak tak tahu saya siap nak berebut parking dengan makcik nyonya tadi.” Dia kemudian hanya memandang mereka dan tersenyum. Namun jauh di sudut hati, dia rasa pelik. Ada satu perasaan janggal bila tengok Riean dan Aufar ketawa begitu mesra.

“Awak nak rasa ni tak?” Qash tiba-tiba mencelah, cuba mengalih perhatian. Dia menolak sepotong carrot cake ke arah gadis itu.

“Eh, terima kasih,” jawab Riean, tersenyum manis.

Aufar yang melihat situasi itu hanya mengangkat kening. “Wah, caring betul. Alang-alang tu meh suapkan aku sekali Qash." dia berseloroh, cuba menutup rasa cemburu yang makin menebal.

Riean cepat-cepat menolak lengan Aufar. “Kau ni kalau tak menyakat, tak sah!”

Nayra sekali lagi ketawa terkekek. “Papa dengan Paksu macam budak-budak… kelakar!”

Suasana meja itu kembali dipenuhi tawa, tapi di hati masing-masing ada perasaan yang berbeza—ada yang bahagia, ada yang cemburu, dan ada yang keliru.

---

Selepas makan, mereka pun bergerak ke tingkat atas mall.

“Papa! Riean! Paksu! Nak main Molly Fantasy lah!” suara Nayra riang sambil menarik tangan Riean.

Mereka bertiga menurut saja, berjalan bersama-sama menuju ke kawasan permainan kanak-kanak itu. Lampu neon berkelip-kelip, bunyi mesin permainan bercampur dengan jeritan gembira kanak-kanak lain.

Tiba-tiba, telefon Aufar berdering. Dia menjauh sedikit untuk menjawab, kemudian kembali dengan wajah serius.
“Riean… aku kena gerak sekarang. Ada masalah urgent dekat galeri. Staff call, ada shipment art yang delay.”

“Eh, sekarang? Baru nak main dengan Nayra ni,” ujar Riean, sedikit terkejut.

“Ya… terpaksa. Aku hantar kau balik sekali lah,” cadang Aufar.

Riean geleng kepala. “Tak payah, kau pergi dulu. Aku nanti boleh call Feya atau naik Grab je. Jangan risau.”

Belum sempat Aufar membalas, Qash bersuara. “Takpe, aku boleh hantar dia. Kau pergi je dulu..lagipun Nayra nak kan Riean teman dia.”

Aufar terdiam, wajahnya jelas kaku, tapi dia hanya angguk.Sempat dia berbisik dalam hatinya..“Nak teman Nayra ke nak teman kau?"Lalu dia berkata...“Hm… okaylah. Aku betul-betul kena pergi ni. Apa-apa call aku tau, Riean.”

“Ya, pergilah. Jangan risau,” balas Riean sambil senyum kecil.

Aufar akhirnya berlalu, sempat melirik ke arah Qash dengan rasa tak puas hati yang dia sendiri cuba sembunyikan.

---

Di dalam Molly Fantasy, Nayra begitu teruja. Dia berlari ke sana-sini, cuba semua permainan—dari tembak bola, naik kereta kecil, sampai mesin pancing patung. Riean dan Qash hanya mengekori dari belakang, duduk di bangku sambil memerhati.

“Dia tak penat langsung ke?” soal Riean sambil ketawa kecil, melihat Nayra melompat-lompat.

Qash tersenyum. “Dia memang macam tu. Kalau masuk Molly Fantasy, boleh lupa papa dia sendiri.”

Riean menoleh padanya. Pandangan mereka bertemu beberapa saat. Ada sesuatu yang membuat jantung Qash berdegup lebih laju daripada biasa.
Dia sempat terlepas berkata dengan perlahan—“Cantiknya..like a angel…”

“Ha? Awak cakap apa?” Riean mengerutkan dahi, tapi matanya penuh tanda soal.

Qash cepat-cepat geleng, tersenyum menutup rasa gugup. “Tak… saya cakap… lampu sini cantik. Meriah.”

Riean ketawa kecil, tapi dia sendiri terasa sesuatu yang pelik dalam dada—macam ada getaran halus bila Qash memandangnya sebegitu.

Nayra tiba-tiba datang dengan tangan penuh tiket permainan. “Papa! Riean! Tengok banyak Nayra dapat! Nanti boleh tukar hadiah!”

“Wahhh banyaknya. Nanti bolehlah tukar teddy bear besar tu,” kata Riean sambil menepuk bahu kecil Nayra.

Qash hanya memandang dua insan itu—anaknya yang bahagia, dan Riean yang kelihatan sangat natural bersama mereka. Untuk sesaat, Qash terfikir… macam keluarga sebenar.

Di dalam hatinya, ada satu perasaan halus sedang tumbuh—perasaan yang cuba dia elak, tapi semakin jelas dia mula jatuh cinta pada Ariean.

Baru sempat nak update chapter..haih,author ingatkan dah tekan publish..tapi tertekan draft pulak hehehe...harap korang suka lah ya..Qash pun nampak gaya macam dah angau je..tapi kesian pulak dekat Aufar..apa apa pun..selamat membaca semua!!!?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience