MALAM sebelumnya…
Qash duduk di ruang tamu rumah banglonya. Matanya tak berkalih dari skrin televisyen yang sedang menayangkan drama bersiri popular lakonan Ariean Elissa. Setiap mimik wajah, setiap lenggok suara… semuanya mengingatkan dia kepada Nieya. Tapi dia tahu… itu bukan Nieya. Itu Ariean.
Dan peliknya, dia tak boleh berhenti menonton.
“Papa…” suara kecil Nayra memecah fokusnya. “Papa tengok mama ke?”
Qash tersentak. Tersipu-sipu. “Eh… mana ada. Pandai je budak kecik ni…”
Tapi dalam hati dia, memang dia pun tak tahu kenapa dia tak berterus terang sahaja pada anaknya. Mungkin… dia sendiri masih cuba faham apa yang dia rasa terhadap wanita itu — kembar arwah isterinya.
---
Keesokan paginya, sebuah kereta Porsche Panamera berwarna krim berhenti di hadapan rumah Qash.
Ariean melangkah keluar dengan kaca mata hitam Gucci terletak kemas di wajah. Senyumannya manis, penuh yakin. Nayra terus berlari mendapatkan ‘mama’nya.
“Qash,” sapa Ariean.
“Awak datang sendiri?” tanya Qash, berdiri di pintu pagar automatik rumahnya.
“Ya. Saya tak suka orang lain jemput anak saya,” jawab Ariean bersahaja. Qash ketawa kecil.
“Sibuk ke hari ni?” Ariean bertanya sambil menyuakan tangan Nayra ke dalam kereta.
“Biasa je. Saya peguam, bukan pelakon,” gurau Qash. “Awak pula shooting drama apa hari ni?”
“Drama kehidupan. Dengan Nayra sebagai heroin,” balas Ariean sambil tersenyum nakal.
---
Di pusat beli-belah mewah, Ariean dan Nayra menikmati ais krim vanila dan satu potong cheese cake strawberry di satu ruang istirahat. Nayra ketawa seronok. Ariean melayan penuh kasih sayang.
Tiba-tiba…
“Liss?”
Satu suara lelaki menyapa. Ariean angkat kepala perlahan. Mikaell.
Tinggi. Wajah kacukan Melayu-Inggeris. Gaya maskulin. Tapi hanya satu perkara yang muncul dalam kepala Ariean — sakit hati.
“You block I ke? Dah lama I cari you… still tak dapat maafkan I?” tanya Mikaell, suara penuh harapan.
Ariean menjeling. “Yang you semak sangat cari I ni kenapa? Apa masalah? I ada hutang dengan you ke?”
Mikaell tarik nafas panjang. “I masih sayang you, Liss… Sebab tu I cari. I tak sengaja tertengking you masa I merungut hari tu… masa I nak cari kakak you, I…”
“Shut up.”
Flashback terlintas laju di kepala Ariean.
Empat tahun lalu — Mikaell, teman lelaki ketika itu. Mereka rapat, sangat serasi di set penggambaran. Tapi bila Ariean nekad mahu ke Malaysia cari kakaknya, Mikaell ikut… tapi lepas tu asyik merungut.
“Apa guna cari kakak yang dah hilang entah ke mana?”
Satu ayat itu cukup membakar hati Ariean. Satu penampar mendarat, diikuti sepakan taekwando pada bahu Mikaell.
Mereka putus hari itu juga.
---
Kembali ke masa sekarang…
“This your kid?” sindir Mikaell sambil menjeling Nayra.
“Ye. Anak I. Kenapa? Ada masalah ke?” jawab Ariean tanpa kelip mata.
“Macam mana you nak ada anak… kalau you tak kahwin?” balas Mikaell sinis.
Ariean mendekat. Suaranya dingin. “You ingat you tahu semua benda pasal I ke? Dah blah sana sikit.”
Mikaell terkedu.
Nayra bangun, berdiri di sisi Ariean sambil buat muka comel.
“Bye, uncle handsome… buekkkk!” Nayra menjelir lidah.
Ariean hampir ketawa pecah. Mikaell tercengang sebelum mengundur perlahan. Malu.
---
Malam itu, selepas shopping dan drama di pusat beli-belah tadi, Ariean dan Nayra sudah berada di bilik tetamu rumah Ariean. Suasana tenang. Bau haruman lavender memenuhi ruang. Nayra baring atas katil bersaiz queen sambil peluk patung Barbie Mermaid kesayangannya.
Ariean duduk di tepi katil, menanggalkan aksesori dan meleraikan rambut keriting alun yang sejak petang tadi dibiarkan lepas.
“Mama…” panggil Nayra perlahan.
“Hmmm?” Ariean toleh, lembut.
“Boleh tak… kita peluk sampai tidur?” soal Nayra dengan mata bulatnya yang jujur.
Ariean tersentak sekejap. Hatinya terasa seperti ditikam lembut oleh satu rasa yang dah lama hilang — kasih yang ingin diberi, tapi belum pernah diminta.
Dia baring perlahan di sebelah anak kecil itu, dan memeluk Nayra erat.
“Boleh sangat, sayang… Mama pun dah lama nak peluk Nayra setiap malam.”
Nayra senyum sambil menyandar di dada Ariean.
“Mama wangi,” katanya sambil memejam mata.
Ariean senyum kecil. Matanya mula berkaca. Tangannya membelai rambut Nayra, dan entah bila… dia turut terlena dalam pelukan yang terasa seperti pelengkap jiwa.
---
Keesokan harinya, Aufar datang ke rumah Ariean seperti biasa. Bawa kopi kegemaran Ariean dan keropok kelantan yang dibeli khas dari seorang makcik tepi jalan.
“Tadi aku nampak video dalam Tiktok, viral! kau dengan Nayra... dan dengan Mikaell?!” suara Aufar bertukar nada.
Ariean mengangkat kening, tenang. “aku okay je. Dia yang tak okay. Masih tak faham bahasa lepas empat tahun.”
Aufar letak kopi atas meja dengan kuat. “Mikaell tu nak cari mampus ke? Dah la dulu aku tengok kau murung gila lepas clash dengan dia. Lepastu… dia muncul balik sekarang? Siap sindir Nayra pulak?”
Ariean hanya gelak kecil. “Relax lah… Mama Nayra ni ada black belt tau. Kalau dia melawan lagi semalam, aku dah flying kick terus.”
“Nasib baik Nayra ada. Kalau tak, aku yakin kau dah campak Mikaell dari escalator tu,” kata Aufar sambil duduk di sofa dan membuka Ipad. “Tapi serius Liss… kalau dia muncul lagi, just call me.”
Ariean senyum senget. “Kenapa? Kau nak buat apa? Pukul dia guna skrip drama?”
“Tak. aky akan lempar dia dengan nota muzik… satu not satu penumbuk. Kalau dia kata ‘Do’, aku bagi ‘Dush’,” jawab Aufar serius.
Kedua-duanya tergelak besar.
Ariean bangun dan letakkan kepala atas bahu Aufar sekejap. “Thanks sebab selalu ada, Aufar.”
Aufar berhenti ketawa. Dia diam. Tapi senyumannya masih tersisa. Dalam hati dia tahu, selama ni dia tak minta apa-apa daripada Ariean. Tapi tiap kali perempuan itu rapat begini… dia rasa ingin menjadi tempat pulangnya.
---
Set penggambaran pagi itu meriah seperti biasa. Ariean tiba awal, dengan langkah bergaya dan kaca mata hitam di wajah. Tapi kali ini, ada sesuatu yang berbeza. Tangan kanannya erat memegang jari kecil Nayra yang comel berbaju dress pink dengan reben kecil di rambut.
"Comelnyaaa! Anak you ke ni, Ariean?" tanya salah seorang jurumekap sambil mengelus pipi Nayra yang putih gebu.
Ariean hanya tersenyum. "Anak buah I..." jawabnya tenang, tapi matanya tak berani menatap lama.
Namun pandangan para kru produksi seolah tak percaya. Seorang pelakon lelaki iaitu Harris yang turut berlakon bersamanya dalam drama itu berbisik pada pembantu pengarah, "Kalau anak buah, gaya tu macam betul-betul anak sendiri...muka pun seiras gila."
"Dia tak pernah kahwin kan? Kalau kahwin mesti dah kecoh satu Malaysia, kan?" sambung seorang lagi kru sambil memandang Nayra dari jauh.
Sementara Nayra leka bermain patung kecil yang dibawa, Ariean hanya diam. Sesekali dia merenung anak saudaranya yang semakin hari semakin mengisi ruang kosong yang Nieya tinggalkan. Dia sendiri keliru...apa bezanya kasih ini dengan kasih seorang ibu?
---
Di tempat lain, Qash duduk di dalam pejabatnya, mata tertancap pada skrin komputer. Dia menonton rakaman siaran langsung dari set penggambaran. Hatinya makin berkecamuk saat terlihat Aufar muncul dari sisi, memakaikan topi kepada Nayra dan ketawa mesra dengan Ariean.
"Kenapa aku rasa lain tengok dorang?" gumam Qash perlahan.
Cemburu. Itu perasaan yang mula meresap dalam dadanya. Dia sendiri tak tahu bila perasaan itu mula tumbuh. Mungkin sejak pertama kali Nayra panggil Ariean ‘mama’, atau sejak melihat anak kecilnya begitu rapat dengan wanita itu… wanita yang wajahnya seiras isteri yang pernah dia cinta sepenuh jiwa.
Telefon Qash berdering. Panggilan dari rumah.
"Dato' Arsyad nak jumpa Tuan Qash… sekarang juga," suara pembantu rumah keluarganya tergesa-gesa.
---
Di rumah agam keluarga Ariean & Nieya…
Puan Sri Hamyla duduk diam, memegang sekeping gambar lama. Matanya bengkak, tangan menggigil.
"Kenapa baru sekarang?" tanya wanita itu perlahan, hampir berbisik. "Kenapa bukan dari dulu?"
Aufar menunduk. "Far tak sanggup tengok Mama Myla sedih lagi waktu tu..."
"Mama mak dia, Aufar! Aku mak kepada Anieya! Mama ada hak untuk tahu anak mama dah meninggal dunia! Dah tujuh tahun, Aufar... tujuh tahun!"
Tangisan Puan Sri pecah. Ariean yang berdiri di sisi, hanya mampu menangis bersama.
"Ma... I'm sorry. Nieya tak sempat bagi tahu apa-apa... dia pun tak tahu hidup dia akan berakhir masa tu."
Sunyi. Hanya esakan yang kedengaran. Di tangan Puan Sri Hamyla, tergenggam erat surat terakhir Nieya — surat yang ditulis buat Ellesa Nayra… yang kini sedang berada di set penggambaran, langsung tak tahu tentang air mata yang gugur di rumah datuk dan neneknya.
"Aku nak jumpa cucu aku... sekarang juga," tegas Puan Sri dengan suara yang mulai tenang namun penuh luka.
Hye!bestnya nayra dapat me time sama2 dengan mama dia..hehe jangan lupa support guyss
Share this novel