LANGKAH kaki Ariean melaju tanpa arah. Hari itu, dia perlu ke sebuah butik untuk sesi pemilihan busana bagi satu majlis anugerah seni. Namun takdir benar-benar suka bermain dengannya hari ini. Di sebuah lorong kecil, dia terserempak dengan wajah yang membuat darahnya naik serta-merta.
“Nieya?”
Lelaki itu tersenyum lebar. “Eh? You... you Nieya, kan?”
Ariean membatu.
“Rafael…” gumamnya perlahan. Jantungnya berdegup keras.
Rafael ketawa kecil. “Tak sangka jumpa you kat sini. You masih cantik macam dulu…”
Dan pada saat itu, darah dalam tubuh Ariean mula mendidih.
“Kau... kau Rafael? Lelaki yang lari dengan kakak aku?”
Rafael mengerut dahi, “Kakak? You cakap apa ni?”
Ariean merapatkan diri ke arahnya. “Aku adik kepada Anieya Ellena. Dan kau... kau yang curang dengan dia lepas larikan dia dari rumah! Dia tinggalkan kau waktu hari perkahwinan sebab tahu perangai sebenar kau. Lelaki tak guna!”
Sebelum Rafael sempat menjawab, PANG!
Penumbuk sulung mendarat tepat ke pipi Rafael.
“Argh!” Rafael terdorong ke belakang, terhuyung-hayang. Belum sempat dia bangkit, Ariean menerpa dan menyepak perut lelaki itu. Kemudian satu tendangan berpusing Taekwando mendarat ke arah bahunya.
“INI UNTUK KAKAK AKU!” jerit Ariean.
Rafael menjerit, “Aduh! Sakitlah! You gila ke?!”
“Belum cukup!” Ariean mara lagi.
Tiba-tiba…
“RIEAN!”
Aufar berlari sambil melambai tangan.
“Riean, berhenti! Jangan buat live UFC kat lorong ni!” jerit Aufar separuh menahan ketawa.
Dia menarik tubuh Ariean ke belakang. Nafas Riean masih tercungap, rambutnya berterabur, matanya membara.
Aufar memandang Rafael yang masih terbaring, separuh mati.
“Kau ni siapa?” tanya Aufar.
“Dia Rafael,” jawab Riean kasar. “Ex-boyfriend kakak aku. Sumber penderitaan Nieya.”
“Oh...” Aufar tunduk sedikit.
SPLAK!
Satu penumbuk ringan dari Aufar hinggap pula ke pipi Rafael.
“Aduh!” jerit Rafael lagi.
“Kau tu memang layak digasak,” sindir Aufar sambil mengibas tangannya yang sakit. “Tapi tangan aku pulak yang rasa macam patah. Kau makan simen ke semalam?”
Riean tergelak sedikit sambil mengesat peluh di dahi.
“Aku rasa tangan kau tu lembik,” ejeknya sambil tersengih.
“Aku berbakat untuk lukis lukisan,buat lirik lagu, bukan berbakat jadi peninju, ya,” balas Aufar bersahaja, membuatkan Ariean tergelak lebih kuat.
---
Seminggu kemudian, suasana meriah di Harmony Music Event yang berlangsung di pusat konvensyen ternama di ibu kota. Ariean Elissa menjadi antara penyanyi jemputan, menyampaikan lagu tema sebuah drama romantik.
Di sebalik kerumunan peminat yang bersorak, sepasang mata kecil memandang penuh minat dari barisan tempat duduk tetamu VIP.
“Papa… tu pelakon TV yang kita nampak hari tu,” bisik Nayra sambil menunjuk ke arah pentas.
Qash mengangguk perlahan. “Yup. Itu Ariean Elissa.”
“Cantik macam mummy...” Nayra berbisik perlahan. Qash tersentak seketika. Kata-kata itu benar-benar menggugah jiwanya.
Selepas majlis tamat, Nayra menarik tangan papanya ke arah belakang pentas.
“Nayra nak autograf!”
“Eh, beratur dulu sayang,” balas Qash perlahan sambil ketawa kecil.
Apabila giliran Nayra tiba, dia menyerahkan buku nota kecil berwarna merah jambu kepada Ariean. “Aunty, boleh sign?”
Ariean tersenyum dan tunduk. Namun sebaik saja dia memandang wajah anak kecil itu…
Dia tergamam.
Jantungnya seolah berhenti berdetak.
Mata besar bulat, hidung kecil mancung, senyum manis — semuanya seolah cermin kepada wajah yang pernah dikenali. Seolah... Nieya dalam versi kecil.
“Nayra,” kata Qash sambil menepuk perlahan bahu anaknya.
Ariean terangkat wajah, dan pandangan mereka bertaut.
Buat seketika, dunia terasa berhenti. Hanya mata mereka yang berbicara.
Dan Qash… sekali lagi terpaku. Rasa yang sama muncul — perasaan aneh melihat wajah wanita itu, yang persis arwah isterinya. Tapi kali ini lebih dekat. Lebih nyata.
Tanpa sedar, suara Nayra memecah keheningan.
“Aunty, kenapa pandang Nayra macam tu?”
Ariean terkelu. “Sebab… Nayra cantik. Sama macam... seseorang yang saya pernah kenal.”
Dan sekali lagi, takdir mula memainkan peranannya.
---
Qash berbaring di atas katil, namun mata tak mahu lelap. Bayangan wajah wanita itu — Ariean Elissa — kembali bermain dalam fikiran. Suaranya, cara dia merenung Nayra… semuanya terlalu familiar.
Tangannya ligat mencapai telefon bimbit.
Dia membuka Google. Jarinya menaip perlahan:
"Ariean Elissa biodata penuh."
Beberapa pautan muncul.
> Nama penuh: Ariean Elissa binti Tan Sri Aiman Khalid.
Tarikh lahir: …
Kembar kepada: …
Anieya Ellena binti Tan Sri Aiman Khalid
“Ya Allah…” bibirnya terketar. “Kembar…? Dia kembar Nieya?”
Wajahnya berubah. Jantungnya berdegup kencang.
Dia pernah mencintai Nieya dengan seluruh jiwanya.
Dan hari ini… dia berbicara dengan adik kandung isterinya.
---
Pagi keesokan harinya, Qash dan Nayra tiba di sebuah kafe sederhana moden. Qash sendiri yang ajak mereka untuk bersarapan bersama selepas majlis malam semalam. Entah kenapa, hatinya terasa lapang bila ada Riean di sisi mereka.
Ariean sedang duduk bersama Aufar, bergelak ketawa kecil sambil meneguk air oat panas.
Nayra terus meluru dan memeluk Ariean dari belakang.
“Mamaaa— eh, maksud Nayra… aunty!”
Ariean tergelak kecil, lalu terus memeluk anak saudaranya erat. “Aunty pun rindu Nayra…”
Aufar turut duduk sambil tersenyum. Dia menepuk kepala Nayra manja.
“Lama tak peluk anak saudara sendiri ni. Uncle Aufar pun nak peluk jugak!” ujarnya sambil mendakap Nayra penuh kasih sayang.
Qash perhatikan semua itu. Jiwanya bercampur-baur. Pandangan Ariean, caranya menyentuh Nayra — semua itu bukan kepuraan. Itu naluri seorang… ibu?
Setelah semua makanan terhidang, mereka menikmati sarapan dengan tenang.
Tiba-tiba…
“Papa… aunty…” Nayra menyuap roti ke dalam mulut, “boleh tak kalau Nayra tak panggil aunty?”
“Ha?” Ariean tertawa kecil. “Nak panggil apa pulak sayang?”
“Nak panggil benda lain boleh?” tanya Nayra sambil tersenyum manja.
Aufar menyampuk, “Apa kata panggil maksu? Sesuai kot.”
“Kalau aunty ni maksu, uncle Aufar ni... paksu lah kan?” tambahnya dengan gaya sengaja nak kenakan Ariean.
“Banyaklah kau!” Ariean menjeling. “Tak nak aku bermaksu paksu dengan kau.”
Ketawa mereka bergema kecil di meja makan itu.
Qash hanya tersenyum. Namun matanya langsung tak lepas memandang Ariean. Dia melihat sesuatu yang lebih mendalam — sesuatu yang dia sendiri tak pasti.
Tiba-tiba...
“Kalau nak panggil mama boleh tak?”
KRUKKKKKH!
Air kopi dalam mulut Aufar hampir tersembur keluar. Dia batuk kecil sambil tahan gelak.
Qash tergamam. Ariean juga tersentak.
“Err… Nayra,” Qash cuba tenangkan keadaan. “Kenapa nak panggil aunty mama?”
“Entah…” Nayra tunduk, malu-malu. “Rasa macam mama…”
Sunyi. Mata Ariean memandang Nayra dengan pandangan yang dalam. Dia terbayang wajah Nieya.
Kasihan…
Anak ini tak pernah merasai belaian ibu.
Ariean tersenyum perlahan, lalu mengusap kepala Nayra.
“Kalau Nayra nak panggil mama… bolehlah,” katanya lembut.
Wajah Nayra terus bersinar. “Yayyy! Mamaaa!” peluknya erat pada Ariean.
Aufar menjeling sambil senyum nakal. “Nak panggil makcik ni momok pun boleh. Cuba panggil ‘momok! momok!’ Nanti keluar taring…” gurau Aufar sambil buat gaya hantu.
Nayra dan Qash tergelak besar.
Ariean menjegil mata. “Kau ni kannn…”
Dan di sebalik tawa dan gurauan itu… Qash tahu.
Hidupnya tak akan sama lagi selepas ini.
---
Selesai sarapan, mereka semua bangun dari meja. Nayra masih tak mahu melepaskan tangan Ariean. Wajah manja anak kecil itu dipandang penuh kasih oleh Ariean. Dalam diam, hatinya jadi lembut setiap kali melihat Nayra tersenyum.
“Mama… boleh tak Nayra tidur rumah mama hari ni?” tanya Nayra, matanya bersinar-sinar.
Qash tersentak. “Eh… Nayra, jangan menyusahkan mama awak. Mama banyak kerja, kan?”
Ariean memandang Qash sambil tersenyum lembut. “Tak menyusahkan pun, Qash. Bukan setakat sehari… selamanya pun boleh kalau Nayra nak.”
Qash tergamam. Hati lelaki itu terasa disentuh.
“Rumah mama tu… rumah Nayra juga,” sambung Ariean sambil mencuit pipi Nayra yang gebu. “Macam ni lah, kejap lagi mama memang ada kerja sikit. Tapi lepas habis je semua tu, mama terus datang ambil Nayra dekat rumah, okay?”
“Yeayyy!” Nayra melompat kecil. “Okay mama!”
Qash garu belakang tengkuknya. “Tapi… awak pasti tak menyusahkan ke? Saya tahu awak sibuk, jadual padat…”
“Qash…” Ariean pandang lelaki itu, tenang. “Saya tak rasa itu satu beban. Saya ikhlas. Lagi pun… saya pun nak luangkan masa dengan anak kakak saya.”
Dia tunduk, pandang Nayra yang sedang bermain dengan straw kopi yang kosong.
“Nanti awak bagi alamat rumah ya… senang saya nak cari si budak kecik comel ni,” usik Ariean sambil mencubit pipi anak saudara yang kini sudah rapat dengannya.Dia langsung tidak kekok melayan kerenah anak kecil itu seperti melayan anaknya sendiri. Walaupun baru sehari kasih bertaut,mungkin kerana disebabkan pertalian darah antara mereka.
Qash tersenyum. Tapi senyuman itu lebih panjang daripada biasa. Jelas di wajahnya… dia yang sebenarnya lebih teruja daripada anaknya.
“Mama ni…” Nayra ketawa kecil. “Nanti bawak saya jalan-jalan tau!”
“Deal!” Ariean julang jari kelingking. “Pinkie promise.”
Dua jari kelingking bertaut.
Aufar yang sejak tadi berdiri di sebelah mereka, hanya memandang dengan senyuman. Dalam hatinya, dia tahu… hubungan ini akan berubah. Dan dia perlu bersedia kalau hati dia juga yang akan terluka.
Finally..jumpa diorang dua ketul ni..dapat lah nayra merasa kasih sayang seorang ibu dari Auntynya.Jangan lupa follow dewi dan Support okay!korang memang awesome!
Share this novel