B10:SEKETIKA BAHAGIA

Romance Series 715

SELEPAS hampir sejam bermain, Nayra akhirnya kepenatan. Tangannya penuh dengan hadiah kecil—keychain comel, gula-gula, dan sebiji patung kecil hasil tiket-tiket tadi.

“Okay, dah cukup. Kalau main lagi, nanti Papa kena tidur dalam Molly Fantasy sebab anak tak nak balik,” usik Qash sambil menggendong Nayra yang sudah mula menguap.

Riean tergelak kecil. “Betul jugak. Tapi comel… tengok dia tidur pun boleh buat orang cair.”

Mereka keluar dari mall, suasana malam sudah mula sepi. Lampu neon mall berkelip, bayu malam lembut menyapa.

Dalam perjalanan menuju ke kereta, Riean tiba-tiba menoleh ke arah Qash.
“Eh… saya nak tanya. Awak ni… tak kerja ke? Tadi kan keluar lunch je, sekarang dah malam masih dengan kitaorang.”

Qash tersenyum sambil mengusap kepala Nayra di bahunya. “Saya kerja flexible. Lagipun… ada benda yang lagi penting daripada balik office.”

“Benda penting?” Riean mengangkat kening, curious.

Qash menoleh, pandang matanya sekejap, sebelum cepat-cepat alih pandangan. “Spend time dengan orang yang… saya rasa berharga.”

Riean terkedu. Jantungnya laju, tapi dia pura-pura ketawa untuk hilangkan rasa berdebar. “Alah, ayat drama Korea betul. Kalau ada kamera, confirm trending kat TikTok.”

Qash ketawa kecil. “Saya serius lah.”

Riean cepat-cepat tunduk, pura-pura sibuk membetulkan tali beg tangannya. “Hmm, kalau awak serius, saya… tak tahu nak jawab apa.”

Mereka akhirnya sampai ke kereta. Qash membukakan pintu penumpang untuk Riean sebelum masuk ke bahagian pemandu. Dalam kereta, hanya kedengaran bunyi radio perlahan dan nafas tenang Nayra yang sudah lena.

“Awak penat?” tanya Qash tiba-tiba, mata masih fokus ke jalan.

“Tak sangat… tapi pelik. Sebab rasa hari ni… macam panjang gila,” jawab Riean, sambil senyum nipis.

“Panjang tapi bermakna, kan?” balas Qash, lirikan matanya singgah sekejap ke wajah Riean.

Riean terdiam. Senyuman kecil muncul tanpa dia sedari. Untuk pertama kali, hatinya rasa sesuatu—perasaan yang dia cuba nafikan, tapi semakin sukar untuk dielakkan.

---

Dalam kereta, suasana jadi senyap seketika. Radio perlahan memainkan lagu balada romantik, hanya ditemani deru enjin dan hembusan pendingin hawa.

Sampai di tempat parkir, Qash dan Riean serentak menunduk ke tempat duduk belakang untuk ambil barang-barang Nayra. Tanpa sengaja, jari mereka bersentuhan.

Kedua-duanya terhenti. Mata saling bertembung. Degupan jantung masing-masing jadi laju.

“Err… sorry,” kata Riean cepat-cepat sambil menarik tangannya, wajahnya terasa panas.

Qash pula hanya tersenyum nipis, cuba menutup rasa berdebar yang semakin menebal. “Takpe… bukan salah awak.”

Mereka kemudian sama-sama keluar dari kereta dan melangkah ke lobi penthouse Riean. Lampu chandelier di lobi berkilauan, memberi suasana mewah tetapi tenang.

Tiba-tiba, Nayra yang tadinya lena, mengeliat kecil lalu membuka mata.
“Mama…” suaranya manja sambil memandang Riean. “Nayra nak ikut Mama malam ni. Nak tidur rumah Mama lagi.”

Riean tersenyum sambil membetulkan rambut si kecil. “Eh… betul ke? Tak nak balik dengan Papa?”

Qash pura-pura buat muka sedih. “Ooo… sampai hati Nayra taknak ikut Papa. Nayra dah tak sayang Papa dah…”

Nayra cepat-cepat memeluk leher papanya. “Mana ada! Nayra sayang Papa! Tapi… hari ni je, please Papa… Nayra nak dengan Mama.”

Qash terdiam sebentar, kemudian tersenyum lembut. Dia tunduk, mencium dahi anaknya. “Baiklah, princess. Papa bagi chance malam ni.”

Riean hanya memandang adegan itu dengan hati yang tiba-tiba jadi hangat. Ada sesuatu dalam cara Qash memandang anaknya—penuh kasih sayang, penuh kesetiaan—yang perlahan-lahan buat dia semakin jatuh hati.

---

Qash memandu dengan tenang, malam itu jalan agak lengang. Lampu jalan berderet seakan menemani fikirannya yang ligat berputar. Bibirnya terukir senyuman kecil tanpa dia sedar.

"Im feel that I'm in love…" bisiknya perlahan sambil menggenggam stereng kemas. Degupan hatinya seakan berlagu.

Namun tiba-tiba, wajah Nieya muncul dalam ingatannya. Senyuman arwah, suara lembutnya, cara dia memandang—semuanya datang kembali. Qash menghela nafas panjang.

"Nieya… kau dah lama pergi. Tapi aku… aku jatuh cinta dengan adik kau sendiri. Patut ke aku bagi peluang untuk bahagia sekali lagi? Boleh ke aku terima semua ni tanpa rasa bersalah? Dan Nayra… dia pun perlukan kasih sayang seorang ibu…"

Air matanya bergenang tipis, namun senyumannya kembali terukir. Kali ini lebih ikhlas, seolah-olah dia sudah mula berdamai dengan dirinya sendiri.

Tiba-tiba—

Bunyi hon panjang bergema. Dari arah bertentangan, sebuah MPV hitam memecut laju, hilang kawalan, lalu menyerong masuk ke lorong Qash.

“Ya Allah!”

Belum sempat Qash mengelak, hentaman kuat berlaku. Dentuman besi bertemu besi bergema. Badan kereta Qash berpusing beberapa kali sebelum berhenti menghentam pembahagi jalan.

Kepalanya terhantuk kuat pada stereng. Darah merah pekat mengalir deras di dahinya, menitik membasahi baju kerjanya. Nafasnya tersekat-sekat.

Dalam kabur pandangan itu, Qash cuba menyebut sesuatu.
“Riean… Nayra…”

Matanya semakin berat, namun senyumannya masih terukir tipis—seakan melepaskan segalanya pada takdir.

---

Telefon bimbit Riean berdering tanpa henti. Dia yang baru selesai menidurkan Nayra di bilik penthouse, segera mencapai telefonnya di atas meja sisi. Nama Arabella tertera di skrin.

“Bella? Kenapa call malam-malam ni?” suara Riean kedengaran berbisik, takut mengejutkan Nayra.

Namun hujung talian kedengaran suara Arabella yang tergesa-gesa, bercampur esakan kecil.
“Kak Riean… Allahu, kak Riean! Abang Qash… accident!”

Jantung Riean seakan terhenti. “Apa?!”

“Kereta abang… dilanggar MPV… dia sekarang tengah dibawa ke hospital. Darah banyak, kak Riean. Keadaan dia kritikal,” suara Arabella semakin sebak. “Please… datang sekarang. Nayra ada dengan akak kan?Akak kena bawa Nayra jumpa papa dia..."

Telefon hampir terlepas dari genggaman Riean. Tubuhnya terketar-ketar, air mata laju menitis tanpa sedar. Dia menoleh ke arah Nayra yang sedang lena di atas katil.

“Ya Allah… Aqasha…” bisiknya.

Tanpa membuang masa, Riean mencapai sepit rambut dan begnya. Nafasnya laju, jantung bagai ditikam. Dia segera menghubungi Aufar.

“Hello, Aufar? Aku perlukan kau sekarang. Aqasha… accident. Dia kritikal. Aku nak ke hospital,baru je tadi dia hantar kita orang balik,” suaranya bergetar menahan tangis.

Tak sampai sepuluh minit, Aufar tiba di lobi penthouse. Wajahnya serius, resah bercampur cemas. Riean turun sambil mendukung Nayra yang sudah terjaga akibat suasana tergesa-gesa itu.

“Mama… kenapa ni? Papa mana?” suara Nayra serak, matanya kabur.

Riean tak mampu menjawab. Hanya peluk anak kecil itu erat-erat. “Sayang… kita pergi jumpa Papa ya…”

Aufar segera membuka pintu kereta. “Cepat masuk. Kita ke hospital sekarang.”

Sepanjang perjalanan, Riean hanya menangis sambil mengusap kepala Nayra. Anak kecil itu semakin bingung dan mula menangis sama. Aufar di sebelah pemandu hanya mengetap rahang, cuba menahan emosi sendiri.

Di hospital, suasana kecemasan menyambut mereka. Bunyi langkah jururawat, suara doktor memberi arahan, dan bau ubat-ubatan menusuk hidung. Arabella berlari ke arah mereka. Matanya sembab, wajahnya pucat.

“Kak Riean…” Arabella terus memeluk sisi Nayra. “Abang Qash dalam bilik bedah sekarang. Doktor kata kecederaan kepala dia teruk…”

Riean terduduk di kerusi, tubuhnya lemah. Nayra yang masih dipangku memandang sekeliling dengan mata berkaca-kaca.
“Mama… Papa mana… Papa…” rengek kecilnya.

Aufar menggenggam bahu Riean dari sisi, menyalurkan sedikit kekuatan. “Sabar, Riean… kita doa sama-sama untuk Qash.”

Riean hanya mampu mengangguk.Hatinya berdoa,supaya nyawa lelaki itu dapat diselamatkan.Air matanya jatuh tanpa henti, mungkin dia terkejut kerana baru sebentar tadi dia meluangkan masa bersama lelaki itu.

Hm..baru nak ada bibit2 cinta..tapi Aqasha excident lah pulak..agaknya..nyawa Aqasha dapat diselamatkan ke tak ek???Author nak nangis lahh??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience