DATIN Adza dan Arabella baru sahaja pulang ke rumah mereka. Setelah masuk ke bilik, Datin Adza duduk sendirian di hujung katil. Kata-kata Noah Aqasha siang tadi kembali berulang di fikirannya, membuat jantungnya berdegup laju gelisah.
“Perempuan yang dah mati tu anak Tan Sri? Mana lah aku tahu… aku ingat Qash kutip dia tepi jalan.Lagi pun mulut adik perempuan tu pun boleh tahan. Ke dia tahu apa yang aku buatkan Nieya selama ni?” Dia bercakap sendirian, resah jelas di wajahnya.
Beberapa saat kemudian, senyuman sinis terukir di bibirnya. “Tak mungkin Riean tu tahu. Nieya dah lama mati. Jadi aku tak payah nak risau lah kan… hahaha.” Gelak tawa jahatnya bergema di dalam bilik yang sunyi itu.
---
Di rumah Puan Sri Hamyla, suasana ceria pula tercipta. Riean menyiapkan anak kecilnya dengan penuh sabar. Dia mengeluarkan sehelai dress biru muda paras lutut dengan cekak mutiara yang cantik.
“Jom siap-siap. Nayra pergi mandi, lepas tu pakai baju yang mama beli ni,” kata Riean sambil tersenyum.
“Kita nak pergi mana mama? Nak jalan-jalan ke?” Nayra menyoal dengan wajah penuh teruja.
“Haah, kita pergi jalan-jalan hari ni. Kejap lagi Uncle Aufar ambil kita,” jawab Riean.
“Okay mama… tapi Tok Ma tak ikut sekali ke?” tanya Nayra sambil menoleh ke arah neneknya.
Puan Sri Hamyla mengusap kepala cucu kesayangannya itu. “Tok Ma tak ikut sayang. Tok Ma tak sihat sangat ni. Nanti lain kali Tok Ma join Nayra, ya princess.”
“Okay takpe. Lain kali Tok Ma ikut tauuu. Nayra nak mandi laa… tak sabarnyaaa.” Nayra tersengih sebelum berlari menuju ke bilik air.
“Hati-hati sayang, nanti jatuh,” pesan Riean. Seluruh isi rumah ketawa melihat keletah si kecil itu.
---
Setelah hampir sejam berlalu, mereka sudah berada di dalam kereta Aufar. Dari tempat duduk belakang, Nayra menyoal dengan penuh semangat.
“Uncle Aufar, kita nak pergi mana ni??”
Riean yang duduk di sebelah pemandu sengaja menambah usikan. “Haah Uncle Aufar… Uncle Aufar nak bawa Riean dengan Nayra pergi mana ni?”
“Haih… apa panggil uncle-uncle ni. Nampak tua lah. Panggil paksu jela, baru nampak awet muda,” jawab Aufar sambil tersengih memandu kereta.
“Okay, Paksu Aufar..awet muda konon…” balas Riean, turut tersengih mengusik.
“Eh, yang kau tak payah lah panggil paksu. Cukup Nayra je,” balas Aufar masih dengan senyuman nakalnya.
“Abis tu mama nak panggil paksu apa?” Nayra menyoal dari belakang.
“Panggil abang ke, ucuk acam ke, baby sayang ke… hahahaha.” Aufar menjeling pada wajah Riean dengan senyum mengusik.
“Ehhh banyaklah kau geli-geleman aku. Ada yang aku….cepuk kang” Riean sudah mengangkat tangan, memberi isyarat mahu menampar bahu Aufar.
“Rilek lu… nak wrestling ke nak apa ke kejap lagi ek. Kang tak pasal-pasal aku dua batu, kau dua batu,nayra pun dua batu ,” balas Aufar selamba.
“Batu apa lak?” Riean mengerutkan dahi.
“Batu… nisan lah. Muka je cantik, tapi tak faham-faham.” Aufar ketawa kecil, usikannya kasar tapi tetap mencuit hati.
Nayra di belakang sudah ketawa terkekeh-kekeh mendengar celoteh mereka berdua.
---
Beberapa ketika kemudian, mereka tiba di IOI City Mall. Bangunan besar yang penuh cahaya itu membuat mata Nayra bersinar girang.
“Nayra nak makan ice cream ke?” Aufar menunduk sedikit, mengusik anak kecil itu.
“Nak nak… nak ice cream vanilla!” jawab Nayra pantas.
Namun Riean cepat menyampuk. “Ala tak boleh la sayang. Nayra kan batuk. Papa dah pesan dekat mama, jangan bagi Nayra makan yang sejuk-sejuk.”
Muka Nayra berubah kecewa. “Ala…”
“Hm… bagi sikit jelah. Sian kat dia,” pujuk Aufar.
Riean menarik Aufar ke sisinya, lalu berbisik. “Eish kau ni, yang nampak mengada-ngada kenapa? Nanti kalau Nayra tu batuk-batuk aku juga yang kena.”
“Yela-yela… janganlah marah-marah,” balas Aufar.
“Mana ada marah. Aku cakap je. Takut Nayra boleh faham, tapi kau tak faham-faham.”
Aufar menjeling sambil mengangkat kening, kemudian segera menukar topik. “Dah lah Nayra… jom kita shopping, pastu kita makan. Paksu belanja. Cakap je nak apa. Tapi kalau nak satu mall, mintak kat mama ya.”Aufar mengukir senyuman senget pada Ariean.
Tiba-tiba telefon Riean berdering. Tertera nama Noah Aqasha. Riean segera menjawab.
“Assalamualaikum, Riean. Nayra tengah buat apa?” suara Qash kedengaran tenang di hujung talian.
“Waalaikumussalam. Nayra ada dengan saya ni, jalan-jalan pergi IOI Mall. Saya lupa pulak nak bagi tahu awak yang nak bawa dia keluar,” jawab Riean.
“Oh, ya ke. Takpe-takpe. Saya tak kisah awak nak bawa dia pergi mana-mana. By the way, alang-alang dah nak lunch ni, saya nak join korang boleh? Kejap lagi saya datang,” ujar Qash.
“Aa boleh je. Nanti kalau dah sampai awak call saya,” balas Riean.
“Alright, jumpa nanti.”
Panggilan berakhir, namun hati Aqasha berbunga-bunga. Dia sendiri bingung—adakah kerana rindukan anaknya, atau sebenarnya teruja mahu berjumpa Riean?
---
“Siapa call?” Aufar menyoal ingin tahu.
“Aqasha call. Nak join kita sekali lunch,” jawab Riean.
“Oh… nak join kita ke… nak join kau je?” Aufar terus mengusik.
“Eh kau takde makna eh.” Riean merenung tajam. “Dah la, jom Nayra. Kita gi shopping habiskan duit pakcik ni.”
Dia menggenggam tangan Nayra, melangkah laju meninggalkan Aufar di belakang.
Aufar membuat muka menyampah sambil menjelir lidah kecil-kecilan. “Nyek nyek…”
Riean sempat menoleh lalu mencubit sisi perut Aufar. “Haa rasa kan.”
Hye korang..harap korang enjoy dengan chapter ni..kali ni byk scene aufar dengan riean..by the way kalau author la..mungkin dah jatuh hati dengan si Aufar ni...hehe..siapalah pilihan riean nanti agaknya..Qash ke Aufar?So korang jgn lupa support ,share and follow tau...selamat membaca!!! tq
Share this novel