Part 10 : Balasan

Fantasy Completed 144

Seluruh surat khabar yang bergantung di mana-mana sahaja seperti kedai buku, restoran dan warung yang terdapat gerai menjual bahan bacaan terpapar pada muka depan surat khabar mengenai kematian seorang anggota polis bernama 'Encik Karem' di kawasan tempat tinggal orang awam. Kematian dijangkakan pada waktu tengah malam. Punca kematian adalah berlakunya rompakan secara senyap-senyap. Jenayah merompak dan membunuh. Barangan yang ada di dalam kereta encik Karem telah pun hilang dicuri. Penjenayah tidak diketahui dan tidak dapat dikesan. Tiada seorang saksi pun yang melihat dan berada di kejadian tragis tersebut yang sedang berlaku pada masa itu.

Keluarga encik Karem menangis duduk berkumpulan di bangku panjang hospital. Encik Hill juga menunggu keputusan bedah siasat mayat badan encik Karem dengan berdiri bersandar pada dinding laluan koridor hospital. Termenung ke atas. Menahan air mata. Rasa menyesal dan berasa serba salah.
__________________________________________________________________

"Assalamualaikum." Ucap salam encik Hill kepada Fared.

"Waalaikummussalam." Sambut Fared akan ucapan salam encik Hill.

Fared dan encik Hill bersalaman lalu Fared mempelawa encik Hill untuk duduk di kerusi yang cantik dan selesa.

"Saya hadir kerana saya bertugas pada minggu ini untuk menjenguk kamu dan memeriksa rumah kamu serta peralatan-peralatan kamu." Kata encik Hill.

"Baik saya faham dan saya sedar itu." Kata Fared dan mengangguk.

Encik Hill bangun lalu memeriksa ruang rumah Fared. Semua kamera CCTV rahsia yang tersembunyi masih berada dalam keadaan yang baik. Begitu juga dengan mikrofon mini yang telah dilekatkan di tempat yang tersembunyi seperti di bawah kerusi, di bawah meja dapur, di bawah kabinet dapur yang tergantung dan juga pada di sebalik lampu.

"Saya pulang dahulu. Ada apa-apa, hubungi kami. Ada kerosakan apa-apa, kami boleh tolong panggilkan. Kamu masih berada dalam tahanan walaupun di dalam rumah sendiri. Ingat itu." Pesan encik Hill lalu beredar keluar dari rumah Fared.

Fared mengucapkan terima kasih lalu menutup pintu pagar. Punggung mendarat ke tempat duduk sofa yang besar. Fared kebuntuan. Tidak dapat menyentuh sebarang gajet seperti komputer riba dan telefon pintar kerana masih berada di dalam tahanan.
__________________________________________________________________

"Mengejutkan. Hanya ada dua robot sahaja. Di mana robot pengendali radioaktif?" Soal Hadi yang tidak terkeruan.

"Semua superkomputer tidak dapat bersambung sambungan talian kepada ketiga-tiga robot. Sambungan telah diputuskan. Signal tidak dapat dikesan." Jelas Haziq.

"Bagaimana dengan signal GPS? Ada kesan?" Soal Rahman.

"Sekejap, beri aku cuba." Jawab Aizat.

"Tiada ada apa-apa tindak balas." Kata Aizat yang sedang menggunakan komputer yang bersambungan dengan komputer super di dalam bilik server.

"Aku tahu satu cara sahaja untuk dapat mengesan ketiga-tiga robot tersebut." Kata Haikal.

"Bagaimana?" Soal Haziq.

Semua yang duduk membuat kerja menggunakan gajet dan komputer memandang ke arah Haikal. Haikal mempunyai rancangan bernas. Semua tidak sabar untuk mendengar perancangan Haikal.

"Kita hanya perlu godam satu robot dan selepas itu kita akan dapat robot yang lain. Robot yang lain dapat kita kawal. Bila robot bergerak sendiri, sudah tentu mereka semua berhubung dan dikawal oleh seseorang. Mustahil. Dua atau tiga orang yang kawal ketiga-tiga robot kita tersebut." Kata Haikal.

"Haikal! Anda bijak!" Sorak Hadi.

"Bagaimana pula kita hendak dapatkan satu robot? Soal Rahman.

"Itulah pasal. Bagaimana hendak dapatkan satu robot?" Soal Haikal kepada diri sendiri.
__________________________________________________________________

Minggu kedua Fared diperintahkan berkurung oleh pihak berkuasa atas aktiviti siasatan terhadap jenayah Fared sebelum dihadapkan ke mahkamah. Rahman, Hadi, Haziq, Aizat, dan Haikal sedang berdiri secara berkerumun di hadapan pintu masuk rumah Fared.

"Assalamualaikum, Fared!" Laung Haziq memberi salam.

Pintu dibuka. Fared menyambut kedatangan rakan-rakannya dengan senyuman lebar-lebarnya. Sungguh gembira dan terus kelihatan ceria pada wajah Fared apabila rakan-rakannya di hadapannya menziarahi Fared secara beramai-ramai.

"Apa khabar? Sihat?" Soal Haikal kepada Fared.

"Waalaikummussalam! Alhamdulillah aku sihat sahaja!" Ceria Fared.

"Kami ada bawa makanan, Pizza, makanan manisan, goreng-gorengan dan banyak lagi. Kita makan sama-sama supaya hang ceria!" Kata Aizat kepada Fared.

"Alhamdulillah terima kasih! Mari masuk! Masuk!" Pelawa Fared kepada mereka dengan perasaan tersangat gembira.
__________________________________________________________________

"Bagaimana? Ada progress?" Soal encik Hill kepada encik Khan yang sedang khusyuk mendengar headphone dan menonton rakaman kamera tersembunyi yang berada di dalam rumah Fared.

"Belum lagi. Mereka semua masih bersembang-sembang dengan gembira. Tiada ada apa-apa yang mereka bincangkan." Jawab encik Khan.

"Sudah dirakam audio?"

"Sedang dirakam. Saya masih menumpukan perhatian." Kata encik Khan.

"Saya mahu dengar jugalah kalau macam ini." Kata encik Hill.

"Pakai headphone satu lagi ini. Silakan." Pelawa encik Khan.

Headphone yang dihulurkan oleh encik Khan diambil lalu disarungkan pada kepala. Telinga ditutup dengan headphone. Kerusi ditarik lalu diduduk oleh encik Hill. Encik Khan dan encik Hill menumpukan perhatian bersama-sama akan rakaman kamera dan mikrofon tersembunyi yang berada di dalam rumah Fared.
__________________________________________________________________

"Haikal, cakap." Kata Hadi kepada Haikal. Haikal mengangguk faham.

"Fared, sebenarnya kami sedang berusaha." Kata Haikal kepada Fared. Ketika ini, mereka semua diam sebentar memberi laluan untuk Haikal memberitahu sesuatu kepada Fared dan juga memberi laluan untuk Fared memberi sebarangan reaksi.

"Apa dia?" Fared menyambut kata-kata haikal dengan soalan dan juga memandang wajah rakan-rakannya.

"Kami semua sedang berusaha membina robot baharu tanpa bantuan engkau." Kata mereka.

"Apa? Bagaimana kalau robot baharu akan digodam seperti robot-robot yang lain?" Soal Fared dengan kerisauan kerana takut tragedi menyayat hati akan berulang kembali seperti kematian pembunuhan pengawal keselamatan yang dilakukan oleh robot Fared sendiri.

"Jangan risau. Rahman, Hadi dan Haziq akan siasat bagaimana aktiviti godaman akan berlaku." Kata Haikal.

"Siapa bina robot?" Soal Fared.

"Kami semua dan kami perlukan bantuan kamu untuk pembinaan robot." Kata lagi Haikal.

"Bagaimana aku mahu berikan bantuan? Mengapa kamu semua ingin bina robot?" Soal lagi Fared.

"Kami semua ingin menggunakan robot untuk menentang robot dan juga menangkap robot. Dapat tangkap sebuah robot sahaja sudah menjadi cukup. Robot yang ditangkap, kita akan godam dan akan dapat tahu dari mana dan siapa yang telah menggodam robot-robot kita. Mustahil engkau mengawal robot-robot tersebut." Kata Haziq dengan keyakinan yang tinggi.

"Terima kasih. Aku beritahu password komputer aku dan komputer riba aku yang berada di bilik kerja. Kamu semua boleh bina mengikut cetakan biru aku yang terbaru. Penambahbaikkan prototaip dan juga robot-robot lain." Jelas Fared.
"Aku sememangnya ada imaginasi untuk bina robot askar. Itulah cetakan biru aku. Ada tulis super robot. Sememangnya aku berimpikan untuk membuat Malaysia negara pertama yang menggunakan robot askar bagi mempertahankan negara namun cetakan biru belum siap. Kamu semua buatlah mana yang termampu. Itu sahaja aku boleh tolong memandangkan pergerakan aku terhad. Berapa robot hendak bina?" Jelas Fared lalu menyoal mereka.

"Sebuah sahaja, susahlah bina robot." Kata Aizat kepada Fared.

"Aku dengan Fared sudah biasa ambil robot-robot terbuang di tempat kitar semula. Terlampau banyak bahagian-bahagian robot yang elok yang Fared jumpa dan juga aku tolong bawakan sebelum Fared ada kereta. Kita boleh menambahbaikkan bahagian-bahagian robot tersebut." Jelas Rahman.

"Betul-betul." Kata Aizat.
__________________________________________________________________

"Bina robot? Hmm." Fared mengeluh berseorangan sambil berbaring di atas katil dengan berselimut sementara menunggu masa sepasang matanya tertutup secara sendiri.
__________________________________________________________________

"Baiklah Fared. Perintah berkurung telah pun tamat, saya berharap, hari yang akan datang menjadi lebih baik untuk Fared. Kami beredar dulu." Kata encik Hill bersama encik Khan.

"Terima kasih!" Ucap Fared kepada encik Hill dan encik Khan setelah perintah berkurung selama dua minggu telah pun berakhir.
Berdasarkan siasatan, Fared tidak bersalah. Apa yang penting, kaki Fared tidak lagi dipasangkan alat pengesan GPS dan Fared kini bebas bergerak ke mana-mana sahaja. Walaupun perintah berkurung sudah pun berakhir, namun Fared masih bercuti atas arahan syarikat. Fared digantungkan pekerjaanya selama dua minggu oleh syarikat tempat kerjanya sehingga keadaan semasa reda supaya nama syarikat terjaga.

Fared membuka komputer ribanya yang telah diserahkan oleh pegawai polis, encik Hill kerana kawalan pergerakan ke atas Fared untuk siasatan lanjut bagi membuktikan Fared tidak bersalah. Aplikasi telebyte (sejenis aplikasi seperti aplikasi Telegram namun lebih canggih) dibuka melalui komputer riba lalu semua dokumen-dokumen dan cetakan biru digital dihantarkan kepada kumpulkan rakan-rakan Fared.

Hadi sedang menggunakan komputer meja kerja Fared untuk menonton animasi Jepun. Tiba-tiba muncul notifikasi di skrin komputer. Email baharu masuk. Dengan segera Hadi membuka email tersebut dan dibaca dengan cermat sekali. Hadi memanggil Haziq dan Haikal. Mereka bertiga membaca email di paparan skrin komputer yang telah dihantar oleh Fared. Mereka bertiga saling berpandangan antara satu sama lain.
__________________________________________________________________

"Aku hendak ambil cuti tidak lama lagi." Kata Rahman kepada rakan-rakan Fared yang sedang sibuk membina kaki dan tangan robot.

"Kenapa pula hendak bercuti?" Soal Haikal kepada Rahman.

"Kan Yang Berhormat Petaling Jaya meninggal dunia akibat dibunuh, jadi tidak lama lagi akan ada pilihanraya kecil." Jelas Rahman yang sedang menulis coding program di komputer kerjanya.
"Ouh begitu" Kata Haikal.

"Mengapa hendak cuti awal?" Soal Haziq.

"Aku hendak tengok kempen parti politik sempena Pilihanraya kecil. Ada tiga parti politik bertanding. Disebabkan tiga parti politik bertanding, jadi mereka perlu buat kempen pilihanraya untuk menarik perhatian pengundi baru." Jelas Rahman.

"Oooh." Sahut Haziq.

"Jika ada apa-apa masalah, kami akan WhatsApp kamu." Kata Aizat.

"Baiklah, terima kasih." Ucap Rahman.
__________________________________________________________________

"Kita perlu cari bagaimana racun tikus boleh ada di dalam badan YB Petaling ini. Pertama, kita perlu bermula dari minuman. Siasat mana-mana kedai minuman atau tempat yang menyediakan minuman untuk arwah YB ini sebelum kematiannya." Kata encik Hill pada pasukan forensik dan pegawai polis. Berhadapan bangunan balai polis lima tingkat tersebut.

"Baik tuan." Sahut pasukan-pasukan polis."

"Saya akan bahagikan kumpulan untuk beberapa tugasan." Kata encik Hill.
__________________________________________________________________

Beberapa hari kemudian, ramai orang berniaga berdekatan kempen pilihanraya kecil di sepanjang pejalan kaki dan di taman-taman berhampiran. Ramai orang mundar-mandir dan membeli-belah di pasar pagi tersebut sempena kempen pilihanraya kecil. Pentas besar dan khemah memayungi ramai orang yang hadir di kempen parti politik tersebut. Ramai yang duduk di kerusi menunggu majlis bermula. Beberapa kereta polis juga meninjau kawasan dan keselamatan kawasan tersebut.

Satu robot peninjau bergerak laju akibat dikejari beberapa kanak-kanak yang comel dan nakal melepasi dan melawan arus orang dewasa berjalan di pejalan kaki. Beberapa robot peninjau dan pembersihan menyedut sampah-sarap yang bersepah di pejalan kaki. Rahman memimpin tangan kedua-dua anak kecilnya manakala isterinya membeli ais krim lalu memberi tiga kon ais krim kepada Rahman dan anak-anaknya.

Hampir semua orang bersorak-sorak apabila terdapat seorang wakil rakyat muncul untuk ucapan majlis kempen pilihanraya kecil. Parti Biru, Parti Putih, Parti Hijau bertanding untuk pilihanraya kecil daerah Petaling. Kempen yang Rahman hadir tersebut merupakan kempen politik parti biru. Rahman suka akan hadir di pelbagai kempen dari pelbagai parti politik untuk kesempatan bagi mendapatkan beberapa barangan percuma melalui cabutan bertuah, aktiviti menarik dan banyak lagi perkara yang dapat menghiburkan Rahman dan keluarga.
__________________________________________________________________

Fared sedang memasang tangan robot besi yang berkilat yang besar. Begitu juga dengan kaki robot warna yang kusam ditukarkan dengan kaki robot yang lebih besar dan berkilat. Fared mengambil sehelai kain sebesar tapak tangan lalu meletakkan sabun pengilat di atas kain tersebut lalu mengelap badan robot tersebut. Wajah robot pula dilap dengan sabun pengilat. Fared tersenyum lalu tersengih berseorangan sambil mengelap dan mengilatkan wajah robot.

Setelah selesai mengelap dan mengilatkan robotnya, tangan Fared dicuci di singki dapur. Peti ais pula dibuka lalu kotak susu besar dibuka dan diminum. Diminum sehingga habis seluruh kotak susu besar tersebut. Fared melihat ke dalam bahagian lubang kotak susu besar itu. Air sudah habis. Sekotak air susu coklat yang kecil pula diambil dan dibawa keluar dari dapur. Kotak air susu coklat kecil dipegangnya itu dibuka penutup lalu dituangkan ke dalam cawan bersih di atas meja makan yang berbentuk bulat. Fared menarik kerusi lalu duduk. Air kotak susu coklat diambil lalu diminum. Telefon pintar dikeluarkan lalu dibuka paparan kunci. Aplikasi robot peronda dibuka. Satu persatu kamera dibuka. Setiap kamera robot peronda Fared diteliti akan persekitaran. Fared tersentak. Dengan kadar segera Fared bangun dari kerusi lalu menelefon Rahman.

Telefon tidak diangkat. Fared menelefon Rahman untuk sekali lagi. Masih tidak menjawab. Rahman sibuk bergurauan manja dengan dua orang anaknya yang masih kecil bersama isterinya. Mereka bahagia bersama meluangkan masa di kempen parti politik tersebut. Kawasan kempen parti politik tersebut bising dengan suara orang ramai dan dentuman musik termasuk juga bunyi pembesar suara dari program utama kempen pilihanraya parti biru. Dengan kadar segera Fared menelefon pejabat kawalan robot peronda.

Seorang wakil rakyat yang bertanding menaiki pentas setelah dipelawa oleh pengerusi majlis perempuan untuk memberi ucapan. Dengan perlahan dan bergaya wakil rakyat parti biru tersebut berjalan menaiki pentas. Wakil rakyat tersebut berdiri di hadapan orang di sebalik rostrum. Senyum dilemparkan. Ucapan alu-aluan diberikan menyambut kehadiran para hadiran dengan gembira.

Rahman dan keluarga berdiri di penghujung tempat duduk orang ramai yang hadir mendengar ucapan wakil rakyat tersebut. Tiada tempat duduk. Tiada kerusi kosong. Rahman terpaksa berdiri bersama keluarganya untuk mendengar ucapan wakil rakyat. Rahman meminta isterinya membawa anak-anak berjalan-jalan atau duduk di tempat yang lain kerana Rahman ingin mendengar ucapan wakil rakyat tersebut dengan berdiri dengan lama. Isteri Rahman dan anaknya berlalu pergi.
Kereta polis bergerak di jalan raya berdekatan dengan kempen pilihanraya kecil tersebut. Seorang anggota polis memerhati keadaan sekeliling dan seorang lagi pula memandu kereta dengan perlahan dan berhati-hati.

GEDEGANG!

Kedua-dua pegawai polis yang menaiki kereta tersebut tersentak dan terkejut. Kereta yang dinaiki mereka terhenti serta merta seolah-olah mereka terlanggar sesuatu yang keras dan kaku bagaikan terlanggar pembahagi jalan. Mujur tiada kecederaan. Cermin hadapan kereta retak sedikit. Bahagian depan kereta sedikit kemik.

"Yus? Apa yang kau langgar Yus?" Soal seorang anggota polis kepada rakannya yang sepatutnya memandu kereta dengan perlahan dan juga berhati-hati.

"Keluar dari kereta cepat!" Jerit Yus yang memegang stereng kereta dengan kuat. Yus menjerit ketakutan.

Secara tiba-tiba kereta ternaik ke atas seperti diangkat bahagian depan kereta. Kedua-dua anggota polis tersebut menjerit mengejut dan ketakutan. Robot peronda bergerak perlahan lalu menoleh ke arah polis kereta polis tersebut yang terangkat ke atas. Selitup robot peronda memperbesarkan penglihatannya agar penglihatannya yang melihat tempat jauh menjadi dekat. Sebuah robot berbentuk seperti manusai mengangkat bahagian depan kereta polis secara tidak disedari orang ramai dan tiada orang berdekatan dengan tempat kejadian. Dua anggota polis yang berada di dalam kereta tersebut keluar dari kereta melalui pintu lalu jatuh ke tanah. Kereta polis tersebut diangkat dengan hanya menggunakan kedua-dua belah tangan sebuah robot tersebut. Kereta polis diangkat tinggi. Kedua-dua polis menjarakkan diri daripada robot tersebut. Pistol dikeluarkan lalu beberapa das tembakan dilepaskan.

Tembakan mengena namun tidak memberi kesan apa-apa. Usaha yang sia-sia. Robot tersebut kalis peluru. Dengan selamba robot tersebut masih bertahan mengangkat kereta polis tersebut.

Beberapa orang awam berdekatan tempat kejadian yang sedang berjalan-jalan terkejut apabila mendengar tembakan pistol yang kuat. Sekumpulan orang awam tersebut melarikan diri ke tempat lain apabila melihat dua orang anggota polis sedang menembak bertalu-talu kepada robot tersebut. Bang! Mereka berdua dihempap oleh robot itu dengan kereta polis mereka sendiri. Darah menyembur dan bermuntahkan darah yang banyak apabila dua orang anggota polis tersebut dihempap kenderaan mereka sendiri. Seorang sudah pun kehilangan nyawa. Seorang lagi masih berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Yus bernyawa ikan itu hanya menunggu ajal sambil melihat gerak geri robot tersebut. Wajahnya dipijak. Kepalanya pecah. Dara memercik dengan banyak membasahi kaki robot tersebut dan juga jalan raya. Tempurung kepalanya tercabut lalu mengeluarkan otak. Beberapa lagi anggota polis hadir ke tempat kejadian lalu mengeluarkan pistol. Mereka melepaskan tembakan bertalu-talu. Robot tersebut melebarkan kedua-dua tangannya. Kepalanya mendongak seakan-akan menikmati hujan yang turun. Sebutir peluru pun tidak dapat menembusi dan apa entah lagi menghinggap pada tubuh badan tersebut. Banyak peluru yang kemik jatuh ke lantai. Kesemua polis tergamam. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Tiba-tiba tangan kiri robot tersebut berubah bentuk lalu tangan kirinya dihulurkan ke arah anggota-anggota polis. Tembakan dilepaskan. Melanting seorang anggota polis ke belakang. Semua anggota polis terkejut sambil memandang anggota polis tersebut yang melanting ke belakang akibat ditembak maut oleh robot tersebut hanya menggunakan senapang yang berada di dalam tangan robot tersebut. Seorang lagi ditembak. Terburai perutnya. Usus perut bertebaran di atas jalan. Seorang lagi tembak di kepalanya. Bersepai kepalanya. Berterbangan otaknya yang hancur. Biji mata kanannya hancur manakala biji mata kirinya jatuh bergolek di jalan raya.

Tembak. Tembak. Seorang anggota polis terjatuh lalu berlari sambil terkencing di dalam seluar. Kakinya ditembak hancur. Jatuh tersembam ke lantai anggota polis tersebut yang menangis kekencingan di dalam seluar. Badan belakangnnya ditembak beberapa kali. Tangan kanannya yang terhulur ke atas jatuh ke lantai. Tidak lagi bernyawa. Pembesar suara dimatikan. Orang ramai mula mengalihkan pandangan. Beberapa orang wanita menjerit ketakutan apabila melihat sesuatu.

Sebuah robot berjalan sambil memegang kaki dan rambut kepala seorang lelaki dengan darah yang menitik-nitik di lantai ke arah orang ramai yang berdiri bangun dari tempat duduk kerusi masing-masing terkejut dan ketakutan melihat robot tersebut. Ramai orang berlari dan jatuh ke belakang. Wakil rakyat berlari ketakutan bersama-sama orang lain yang juga berada di atas pentas. Tangan kanan robot melepaskan kaki seseorang yang tiada tuan badan dengan melemparkannya ke arah hadapan orang ramai. Kaki mayat itu jatuh di lantai berhadapan orang ramai.

"Lari!!!!!!!!!" Menjerit salah seorang lelaki yang merupakan salah seorang penghadir majlis ucapan tersebut.

Tangan kanan robot berubah bentuk lalu mengeluarkan sesuatu dengan padu seperti menembak ke udara lalu jatuh ke lantai. Ledakan yang kuat terhasil di tengah-tengah orang ramai. Orang ramai melanting secara rawak. Darah memercik. Ada orang yang hancur badannya bersepai. Yang tercedera dibasahi darah orang lain. Tembakan dilepaskan bertalu-talu. Bom ditembak berkali-kali ke arah orang ramai. Mayat hancur berada di merata-rata tempat. Daging-daging boleh dilihat di mana-mana sahaja. Tidak mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda, semua ditembak mati. Wakil rakyat parti biru telah pun melarikan diri dengan menaiki kereta yang dipandu oleh pembantunya.

Anggota-anggota polis lari bertempiaran kerana tidak mahu mati. Lebih baik lari dari mati sia-sia kerana tidak perlu membazirkan masa, tenaga, peluru dan nyawa menyerang robot tersebut. Robot tersebut mengejar salah seorang anggota polis yang berlari dalam ketakutan. Tangan kanan diacukan namun tidak mengeluarkan apa-apa. Kehabisan bom. Tangan kiri pula diacukan kepada anggota polis tersebut. Kakinya ditembak. Polis itu rebah dengan serta-merta apabila kakinya ditembusi peluru. Senapang tangan kiri diletakkan pada kepala anggota polis tersebut. Klak, klak, klak. Sudah kehabisan peluru. Rambut anggota polis itu diragut dengan tangan kiri robot itu setelah tangan kiri robot itu berubah ke bentuk asal iaitu berbentuk tangan.

Anggota polis itu merayu agar dilepaskan. Polis tersebut memukul tangan robot yang menggenggam rambutnya. Robot itu menarik dan membawa anggota polis itu dengan menggenggam rambutnya pergi ke tempat lain. Kemudian, rambut anggota polis tersebut dilepaskan dengan menyandarkan anggota polis tersebut pada suatu pokok. Kepala anggota polis itu dipegang lalu menolak dengan kuat menghentakkan kepalanya pada sebatang pokok yang besar dan lebat redup daunnya. Dihentakkan lagi dan lagi. Anggota polis tersebut pengsan apabila tulang rawan hidungnya patah dan begitu juga giginya yang patah. Hentakan kepala anggota polis tersebut pada pokok masih diteruskan. Dihentak dengan kuat dan lebih kuat.

Bang! Kepala robot tersebut ditembak. Segalanya terlambat. Tempurung kepala anggota polis tersebut sudah pun pecah termasuk ke dalam kepala. Pasukan SWAT sudah pun berada di dalam posisi sejauh 20 meter dari robot tersebut. Pasukan SWAT dilengkapi baju kalis peluru dan pelbagai alatan senjata api bagi berdepan robot tersebut. Helmet mereka tutup sepenuhnya. Baju perisai mereka berwarna hitam. Kelengkapan pakaian perisai serba hitam. Sniper meniarap pada tanah di sebalik pokok. Semua anggota SWAT berada di posisi masing-masing. Mereka semua memegang senjata api yang berat bagaikan hendak berperang dan berantai peluru pada senjata api mereka. Robot itu menoleh ke belakang. Melihat pasukan SWAT ada yang berlindung di belakang kenderaan, pokok dan batu-batu besar.
Mayat anggota polis itu dipijak berkali-kali pada lehernya itu. Kepala dicabutkan lalu dilemparkan ke arah anggota SWAT yang ramai itu. Tembakan sniper dilepaskan. Kepala robot tersebut tersentak. Terdapat sedikit retakan pada pipi robot tersebut.

"Tembak!" Arah salah seorang ahli pasukan SWAT.

Tembakan dilepaskan bertalu-talu. Tiba-tiba mayat anggota polis tanpa kepala diangkat lalu dijadikan sebagai perisai.

"Apa?!" Beberapa orang terkejut dan tergamam melihat perbuatan robot tersebut menggunakan tubuh mayat seorang anggota polis tanpa kepala dijadikan sebagai perisai.

"Flashbang!" Jerit salah seorang anggota SWAT.

Flashbang dilontarkan lalu bercahaya. Berlaku letupan cahaya. Semua anggota SWAT telah pun bersiap sedia memakai google anti-flashbang. Setelah cahaya menghilang. Tiada lagi robot di hadapan mereka.

"Di mana? Mana robot itu hilang?!" Kata dengan kuat salah seorang anggota SWAT.

"Kekal dalam formasi!" Arah salah seorang anggota SWAT.

Semua anggota SWAT berada di dalam posisi masing-masing bagi mengekalkan formasi.

"Periksa seluruh tempat ini! Vetron! Razer! Hyper! Bergerak periksa keadaan sekeliling! Proton dan Neutron kekal di sini!" Arah ketua pasukan SWAT itu.

Tiga skuad SWAT bergerak meninjau keadaan sekeliling. Skuad Hyper memeriksa tubuh mayat anggota polis yang dihancurkan dengan peluru. Skuad Razer dan Vetron berjalan keluar sambil memegang senjata api sebagai langkah berhati-hati.

"Di mana? Mana?" Soal salah seorang anggota SWAT dari skuad Hyper yang berada di mayat tersebut.

Terdengar sesuatu jatuh dari pokok. Sesuatu menghempap seorang ketua pasukan SWAT. Robot yang menghilang rupanya berada di atas pokok! Salah seorang anggota SWAT yang berada di sebelah ketua SWAT ditumbuk dengan sepenuh kekuatan robot tersebut. Melanting jauh anggota SWAT itu. Hancur binasa kepala ketua pasukan SWAT terbaring di tanah itu dipijak kaki robot akibat dihempap robot tersebut dari atas pokok.

"Robot!!!!!" Jerit seorang anggota SWAT yang berada di hadapan robot tersebut. Tembakan betalu-talu secara jarak dekat dilepaskan.

Bam! Tumbukan padu mengena pada wajah anggota SWAT bertopeng tersebut. Hancur perisai mukanya lalu rebah di tanah. Hilang nyawanya setelah wajah ditumbuk dengan kuat. Beberapa peluru hinggap tanpa menembus masuk ke dalam pada badan robot tersebut.

"Tembak!!!!!" Kesemua anggota SWAT menembak tanpa henti ke arah robot tersebut.

Pantas sekali, robot tersebut mengambil dua senjata api yang berat lalu membalas-balas tembakan dengan anggota SWAT. Tembakan yang tepat menyebabkan seorang demi seorang anggota SWAT rebah mati ke tanah. Robot tersebut menembak sambil berlari melepasi beberapa pokok sebagai perlindungan diri menggunakan pokok. Skuad SWAT Proton dan Neutron tumpas. Tiada seorang pun yang masih bernyawa melainkan skuad Razer, Vetron dan Hyper yang masih menembak robot tersebut.

Satu senjata api dilemparkan. Robot itu menggunakan satu senjata api berat sahaja. Robot tersebut menyasarkan lalu menembak dengan tepat. Pantas masa berlalu, pantas juga nyawa ahli-ahli pasukan SWAT hilang diragut nyawa oleh peluru-peluru ganas dan laju meluru mencari tubuh untuk dihinggap dari robot yang menembak mereka. Setelah kehabisan peluru, senjata api yang lain diambil pula. Aksi tembak-menembak bersambungan sehinggalah semua anggota SWAT mati di tangan robot tersebut.

Banyak peluru hinggap pada robot tersebut. Ada beberapa lubang-lubang kecil pada lengannya dan sedikit beberapa retakan kecil pada badan dan muka robot tersebut namun kedua-dua mata selitup robot tersebut masih berfungsi dengan elok tanpa ada apa-apa kerosakan. Robot itu menjatuhkan senjata api dari tangannya lalu mengambil senjata api yang lain. Setelah senjata api diambil, robot tersebut beredar dengan tenang.

Seluruh pekerja pejabat kawalan robot peronda tergamam dan kaku melihat skrin komputer masing-masing. Mereka telah menyaksikan pembunuhan yang dilakukan amat kejam dan besar-besaran melalui rakaman selitup robot peronda secara siaran langsung.

Salah seorang anggota SWAT masih hidup bersembunyi di bawah timbunan mayat rakan-rakannya bangun dari tempat persembunyiannya lalu berjalan terhincut-hincut dengan laju ke van hitam besar milik SWAT.
"Semua ahli SWAT sudah mati! Semua sudah mati! Hantarkan bantuan segera!" Kata seorang ahli SWAT yang bercakap dan melaporkan situasi kepada pengkalan utama menggunakan mikrofon radio komunikasi van tersebut.

Robot-robot peronda bergerak dengan laju di bandar secara berkumpulan bagi membantu pihak askar untuk meninjau kawasan dan menjejaki robot tersebut. Robot yang telah melakukan pembunuhan besar-besaran telah pun menghilangkan diri. Seluruh selitup tertutup di bandar bergerak tanpa henti di bangunan-bangunan bagi mencari kelibat robot pembunuh tersebut.

Siaran kecemasan di television kaca memberitahu bahawa seluruh rakyat negeri Selangor bahawa negeri Selangor diisytiharkan darurat. Rakyat selangor diminta untuk berada di rumah masing-masing agar pencarian robot pembunuh dipermudahkan. Setelah menonton pengisytiharaan darurat di kaca television, orang ramai dengan segera menutup kedai masing-masing, menaiki kereta dengan laju dan memasuki rumah dan mengunci pintu dan tingkap dengan rapat. Seluruh rakyat negeri Selangor berada di dalam ketakutan.

"Di mana kali terakhir robot tersebut dikesan?" Soal Aizat kepada pekerja-pekerja yang mengendalikan robot peronda secara jauh duduk di dalam bilik pejabat kawalan jauh robot peronda di meja komputer masing-masing.

"Di lorong gelap, kali terakhir dikesan oleh robot peronda G30 di bandar G! Robot peronda dirosakkan dan telah musnah secara keseluruhan setelah terserempak dengan robot pembunuh di lorong yang sempit." Jelas dimaklumkan salah seorang lelaki yang bertugas sebagai pengendali robot peronda kawalan jauh.

"Maklumkan segera pada pihak polis, pihak polis akan memaklumkan kepada pihak pertahanan negara. Askar-askar pertahanan negara akan ambil tindakan segera." Kata Aizat kepada Haikal.
"Rahman sudah sampai!" Jerit Haziq yang memasuki bilik kawalan robot peronda.

"Rahman! Rahman? Kau tidak apa-apa???" Soal Aizat kepada Rahman dengan cemas.

"Alhamdulillah. Aku dan keluarga selamat. Sebaik sahaja aku melihat robot pembunuh tersebut, aku menyuruh orang ramai melarikan diri namun mereka semua masih tergamam. Cepat-cepat aku membawa keluarga kelaur dari kawasan tersebut dan menaiki kereta dan hantar mereka pulang ke rumah dan aku hadir ke sini." Jelas Rahman.

"Baguslah. Kami perlukan Fared namun Fared tidak dapat dihubungi melalui panggilan telefon. Entah di mana dia sekarang ini." Ujar Hadi.
__________________________________________________________________

"Jangan risau encik. Pihak tentera sedang ambil alih dalam penghapusan robot pembunuh tersebut. Encik boleh pulang terlebih dahulu. Kita dalam keadaan darurat." Kata pegawai polis wanita bertudung kemas kepada wakil rakyat tersebut.

"Baiklah." Kata wakil rakyat parti biru tersebut sambil ditemani rakan-rakan seperjuangannya dalam parti politik di balai polis.

"Encik pulang dahulu ya." Pesan pegawai polis wanita tersebut.

Namun, wakil rakyat parti biru tersebut masih tidak berganjak lalu memandang ahli parti politiknya yang lain. Pegawai polis wanita tersebut beredar dari kaunter balai polis tersebut.

Secara tiba-tiba, loceng kecemasan kebakaran balai polis berbunyi tanpa henti. Beberapa orang anggota polis berpakaian lengkap serta membawa perisai lutsinar dan keluar dari balai polis melalui pintu hadapan.

"Apa jadi? Apa jadi?" Soal wakil rakyat parti politik biru itu kepada rakan-rakannya dan juga pegawai polis yang berpakaian lengkap bagaikan hendak berperang.

"Saravanan. Engkau bawa mereka ini keluar ikut laluan belakang." Arah seorang anggota polis berpakaian tempur lengkap kepada seorang anggota polis berbangsa india yang juga berpakaian tempur lengkap."

"ARGH!" Jeritan yang kuat kedengaran dari luar balai polis. Skuad anggota polis yang berpakaian tempur lengkap sudah pun tumpas di tangan robot.

Larian pecut dilakukan oleh robot tersebut lalu merempuh pintu kaca masuk balai polis tersebut. Bersepai kaca-kaca tersebut. Seorang anggota polis dirempuh robot tersebut sebaik sahaja pintu kaca dirempuh. Wakil rakyat itu terbaring bersama rakan-rakannya kerana terkejut secara melampau.

"Tolong! Tolong!" Jerit wakil rakyat tersebut.

Tembakan rifle dilepaskan. Ditembak berkali-kali namun tidak berkesan kerana badan robot tersebut kukuh tidak dapat ditembusi peluru rifle. Tumbukan diberikan namun Saravanan berjaya mengelak. Tanpa melengahkan masa, Saravanan menembak belakang kepala robot tersebut tanpa henti. Tetap tidak terjadi apa-apa. Robot memusingkan badannya dengan laju lalu kakinya menendang Saravanan dengan teramat kuat sekali. Tendangan robot itu berjaya ditahan menggunakan rifle yang keras tersebut. Rifle menjadi bengkok setelah ditendang.
Saravanan terpelanting keluar dari balai polis lalu jatuh bergolek di tangga hadapan pintu masuk balai polis tersebut. Saravanan bangun lalu mengacukan pistolnya. Robot itu tadi telah pun menghilang.

"Mana? Mana robot? Mana?" Kata Saravanan dengan matanya melilau mencari kelibat robot tersebut.

Jeritan didengari. Namun Saravanan tidak mendengar gerangan siapakah yang menjerit sekuat hati. Saravanan memandang ke atas. Semakin lama, semakin dekat dan kuat. Rupa-rupanya suara tersebut datang dari atas.

"AAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!" Jerit wakil rakyat tersebut yang memandang ke bawah.

Bark! Plob! Krak! Hancur kepala bersepai, kepala dan otaknya merata-rata. Tangga di hadapan pintu masuk balai polis di basahi darah kepala wakil rakyat parti biru itu. Tangannya juga patah. Saravanan terkejut melihat wakil rakyat tersebut mati terjatuh dari tingkat paling atas. Dia memandang ke atas. Robot tersebut memandang Saravanan dari bawah. Robot tersebut menyaksikan kematian wakil rakyat tersebut setelah menjatuhkan wakil rakyat itu.

Kemudian robot tersebut hilang dari pandangan. Saravanan hanya mampu memperhatikan apa yang berlaku di hadapannya. Saravanan jatuh terduduk. Beberapa anggota polis yang tumpas bangun berdiri dan juga ada yang membantu yang anggota lain dengan memapah mereka. Tiada kematian kecuali wakil rakyat parti politik yang bertanding untuk pilihan raya kecil telah pun mati dibunuh robot tersebut.
__________________________________________________________________
"Berita lagi. Berita, berita, berita. Bahaya betul robot yang kita bina." Kata Haikal.

"Hoi, robot kita diubahsuai weyh. Robot kita tidak sepatutnya kalis peluru dan apahal tangan dia ada senjata?! Kita tak pernah ada senjata dan apa entah lagi kita pasang senjata kat tangan robot tersebut." Ujar Haziq.

"Apa kata kita tanya Fared." Kata Rahman yang sedang memainkan video di laman MyTube.

"Tidak. Fared tidak usik langsung ketiga-tiga robot tersebut. Aku dan Diana yang memeriksa robot jika ada kerosakan di bahagian dalaman. Tiada perubahan atau naik taraf berlaku sebelum tiga robot kita bina menghilang." Kata Aizat.

"Masalahnya, di mana Fared? Mana dia pergi?" Soal Haikal.

"Habislah kita nanti. Kita akan disiasat oleh polis. Harap polis baik yang soal aku. Aku tidak mahu muka aku hilang kekacakkan jika dipukul polis jahat." Kata Hadi dengan tertawa sedikit.

"Hampeh, itu yang engkau risaukan sekarang." Kata Haikal kepada Hadi. Haziq, Haikal dan Hadi bergelak ketawa.

"Guys! Berita baharu!" Kata Rahman.

"Apa dia?" Soal Haziq.

"Balai polis diserang robot! Wakil rakyat parti biru mati dibunuh!" Kata Rahman.
"Apa?!" Mereka semua terkejut apabila mendengar berita daripada Rahman.
__________________________________________________________________

"Kita perlukan senjata peluru yang bersaiz besar. Peluru biasa tidak dapat menembusi robot tersebut. Gunakan alat letupan yang kuat jika perlu." Kata Encik Hill kepada pihak tentera.

"Ya encik. Senjata kami semua guna untuk berperang. Bukan macam polis untuk tembak penjenayah sahaja." Ketawa pegawai tinggi askar yang menghinanya.

"Woi, balik balai polislah, buat laporan polis." Kata pegawai tinggi askar yang lain mentertawakan encik Hill.

Encik Hill hanya mendiamkan diri direndah-rendahkan dan diperlekehkan pegawai tinggi askar dan juga anggota askar yang lain.. Encik Hill hanya memandang mereka yang mentertawakannya. Tidak mengambil serius tentang keadaan yang terjadi.

"Bersabar sahajalah Hill. Nanti mereka tahulah apa rasanya mengendalikan masalah robot pengganas. Kita cuma tunggu dan lihat apa yang akan berlaku tidak lama lagi. Kita akan menilai mereka dan selepas itu kita beri peringatan selepas banyak nyawa dari kalangan bala tentera terkorban setelah cuba menghentikan robot pengganas itu." Kata Khan yang memberikan secawan air kopi susu kepada encik Hill.

"Terima kasih kerana menenangkan aku dengan kopi susu." Kata encik Hill kepada encik Khan.

"Haha, sejak bila pula engkau pandai berjenaka. Boleh pula engkau berjenaka semasa marah. Orang macam kau sepatutnya tidak pandai berjenaka apa entah lagi hendak membuat jenaka. Pelik ini. Kita rehat-rehat dan minum terlebih dahulu." Ketawa encik Khan lalu duduk bersebelahan encik Hill di atas sofa panjang itu.
__________________________________________________________________

Tiga hari telah pun berlalu, negeri selangor diisytiharkan darurat. Semua rakyat Selangor diperintahkan berkurung di rumah masing-masing sebagai keselamatan untuk tidak menjadi mangsa keganasan kecuali pihak yang berkuasa dan bertugas bagi menjejaki pengganas. Berita-berita di television hanya mengatakan bahawa terdapat pengganas berada di dalam negeri Selangor. Tiada aktiviti keluar dan masuk ke dalam negeri Selangor dibenarkan. Rakyat juga tidak diberitahu bahawa pengganas sebenar merupakan sebuah robot. Berita sebenar dirahsiakan atas perintah Majlis Keselamatan Negara.

"Sini tiada. Kita gerak ke depan pula." Kata Haikal yang sedang melihat komputer di tempat belakang van yang besar.

Skrin komputer menunjukkan keluasan gelombang yang dipancarkan menggunakan piring yang terdapat di atas van. Gelombang yang dipancarkan mendedahkan lokasi robot-robot peronda dan robot-robot pembersih sampah peronda. Muncul beberapa rakaman siaran langsung dari robot-robot peronda pada skrin komputer. Satu persatu rakaman siarang langsung dilihat secara teliti oleh Haikal. Haziq melihat keadaan sekeliling sambil memegang stereng van besar berwarna putih tersebut yang merupakan milik syarikat 'Terminal Vector' dan terdapat logo pada van tersebut.

Rahman dan Hadi pula menerbangkan dron berkawalan jauh. Mereka berdua memerhatikan skrin pada alat kawalan dron untuk mencari robot pengganas. Dron berterbangan memasuki pelbagai lorong dan celah-celahan bangunan, di atas bumbung bangunan dan juga di sekitar jalan raya. Tetap tidak menemui apa-apa. Tidak lama kemudian, Hadi dan Rahman memegang dan membawa alat kawalan serta dron kembali ke kereta. Hadi dan Rahman menaiki kereta bersama.

"Pelik aku. Ke mana agaknya robot kita pergi?" Kata Hadi.

"Yang lebih pelik, Fared tidak muncul-muncul. Sudah tiga hari aku tidak nampak Fared. Rekod kehadiran yang aku semak, Fared hadir ke syarikat tetapi tidak berjumpa dengan kita." Luah Rahman.

"Kau mengesyaki Fared? Mustahil pengganas kawalan jauh adalah Fared. Pada pandangan aku, dia mungkin sibuk dan terlibat dalam menjejaki robot pengganas dengan pihak berkuasa tanpa kita ketahui." Kata Hadi.

Tiba-tiba radio komunikasi berbunyi. Suara lelaki kedengaran melalui pembesar suara radio komunikasi.

"Perhatian semua, perhatian. Kami sudah jumpa robot pengganas tetapi bukan robot pertama yang kita bina. Kami sedang melihat robot penyelamat kebakaran." Kata Haziq melalui radio komunikasi.

"Mereka sudah menemui robot penyelamat kebakaran yang telah kita bina!" Kata Hadi.

Rahman mengambil radio komunikasi lalu butang mikrofon ditekan.

"Haziq, apa status yang kami perlu lakukan di sini?" Soal Rahman.

"Teruskan pencarian robot pengganas." Balas Haziq.

"Jangan risau. Kami pun sudah jumpa robot awal yang telah kita bina. Robot pengganas sudah pun berada di hadapan penglihatan kami. Robot itu memandang dan berjalan ke arah kami." Kata Rahman.

"Apa?!" Haziq terkejut.

"Hadi, undurkan kereta cepat!" Arah Rahman.

Gear tangan ditolak hingga ke gear R. Dengan pantas Hadi menekan pedal minyak lalu kereta berundur dengan pantas. Hadi dan Rahman ketakutan kerana dikhuatiri menjadi mangsa pembunuhan robot pengganas tersebut. Robot tersebut menghulurkan tangan kiri lalu mengeluarkan cahaya sekelip mata dan menghasilkan bunyi tembakan yang kuat. Kelongsong peluru melompat keluar dari lengan robot tersebut. Tembakan tidak mengena namun mengena pada tayar hadapan kanan kereta. Sekali lagi tembakan dilepaskan. Kelongsong kedua melompat keluar dari lengan robot tersebut. Tayar kiri kereta pula meletup setelah ditembak oleh robot itu. Robot itu berjalan perlahan-lahan menghampiri mereka.

"Habislah kita Rahman." Kata Hadi dengan ketakutan.

"Sampaikan salam cinta aku kepada isteri aku, Hadi. Kalau engkau hiduplah." Balas Rahman kepada Hadi.

"Kita berdua matilah! Bukan engkau seorang!" Jerit Hadi.

Robot itu menghulurkan kedua-dua tangannya. Tangan kanannya berubah bentuk kepada senjata penembak bom. Robot itu mengacukan kepada kereta yang dinaiki Rahman dan Hadi.

BAM!
__________________________________________________________________

"Gerak! Gerak! Gerak!" Arah seorang askar berbadan sasa yang berpakaian lengkap berwarna kelabu dan bertompok-tompok hitam.

Dua buah lori yang membawa penumpang yang merupakan anggota tentera bergerak ke arah destinasi masing-masing. Semua askar yang sedang duduk di tempat pembawa tentera duduk dengan tenang bersama pakaian kelengkapan tempur mereka. Senjata api dipegang dengan kemas sambil duduk beristirehat sementara belum tiba di destinasi yang hendak dituju dengan menaiki lori tentera.

"Status?!" Soal encik Hill melalui radio komunikasi kepada kumpulan penjejak robot pengganas yang merupakan terdiri daripada Haziq, Haikal, Rahman dan Hadi.

"Kami, kumpulan penjejeak A sedang memerhatikan robot unit penyelamat dan pertahanan awam. Robot sedang merosakkan mesin ATM. Terdapat dua guni di bersebelahan kirinya. Satu guni sudah berisikan duit manakala satu lagi belum diisikan lagi. Empat mesin ATM telah pun dirosakkan oleh robot itu." Kata Haziq yang sedang duduk sambil menyandarkan diri pada kerusi di tempat duduk pemandu van.

"Beri koordinat. Saya akan sampaikan koordinat kepada pihak tentera." Balas encik Hill kepada Haziq.

"Baik." Sahut Haziq.
__________________________________________________________________

BANG! Rahman dan Hadi ditembak oleh robot pertama yang mereka bina bersama-sama dengan kawan-kawan. Robot yang mereka bina dengan kepenatan, keikhlasan dan juga kesungguhan menjadi sia-sia. Robot mengkhianati dan menderhakai tuan sendiri namun tembakan tidak mengena.

GEDEBANG! Robot itu dilanggar oleh kereta Toyota Corolla berwarna putih yang berkarat. Kereta tersebut dipandu dengan sangat laju oleh seseorang sehingga melanggar robot tersebut. Robot itu dibawa bersama kereta tersebut lalu merempuh kedai makan yang kecil tersebut. Tiba-tiba kedai itu meletup serta merta. Pelbagai barang-barangan dan serpihan-serpihan bersepai dan melanting akibat letupan yang sangat kuat dari kedai tersebut. Berkemungkinan bahawa tong gas untuk memasak telah meletup akibat perlanggaran dan rempuhan yang kuat pada kedai makan tersebut akibat pemanduan kereta yang merbahaya tersebut.

"Rahman! Hadi! Keluar dari van! Kita kena lari!" Jerit Fared yang berlari-lari ke arah van berwarna putih milik syarikat 'Terminal Vector' yang pecah kedua-dua tayar hadapan.

Fared membuka pintu bahagian pemandu van. Rahman dan Hadi bangun daripada tunduk. Rahman dan Hadi terkejut memandang Fared yang setelah tiga hari tidak memunculkan diri apabila rakan-rakan Fared sibuk menghadapi kes besar ini yang melibatkan mereka semua walaupun tidak bersalah kerana mereka telah membina robot pengganas tersebut.

"Fared?!" Kata Rahman dan Hadi dengan serentak dan juga dengan kuat sekali.

"Keluar weyh! Cepat!" Kata Fared dengan kuat kepada Rahman dan Fared.

Rahman keluar dan diikuti Hadi. Fared mencabut lalu mengambil radio komunikasi dari van putih tersebut.

"Fared?! Kau buat apa? Lari! Lari Fared! Lari!" Jerit Rahman dari jauh kepada Fared.

Fared menutup pintu van putih tersebut. Bam! Bam! Bam! Robot melepaskan tembakan kepada Fared. Mujur Fared sempat menghalang tembakan tersebut menggunakan pintu van yang baru sahaja tertutup tadi.

"Fared!!!" Jerit Rahman.

"Kamu berdua usah risaukan aku! Sekarang lari! Lari cepat! Lari! Aku boleh hadapi seorang diri." Balas Fared dengan jeritan.

Tembakan dilepaskan bertalu-talu. Tam! Tam! Tam! Pintu van putih itu yang digunakan Fared untuk menghalang disebalik pintu tersebut dari ditembak tercabut terpisah daripada van akibat ditembak tepat oleh robot tersebut. Fared terjatuh bersama pintu van tersebut kerana pintu van itu terlalu berat. Fared terbaring di lantai bersebelahan pintu van.

"Fared!!!!!" Jerit Hadi.

"Fared..." Kata Rahman yang ketakutan melihat Fared yang sedang berhadapan dengan kematian.
Rahman kaku. Dia tergamam kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Kini Fared betul-betul berada di hadapan robotnya sendiri. Robot pertama yang dia bina bersama rakan-rakannya. Fared tersenyum kerana teringat akan masa silam dia membina robot itu bersama rakan-rakannya. Kedua matanya dipejam dengan rapat seakan redha jika ajalnya tiba.

BAM! BAM! BAM! Tembakan mengena jalan tar. Robot itu dijatuhkan oleh robot yang lain. Robot yang berwarna besi berkilauan. Robot pembantu peribadi Fared menjatuhkan robot tersebut menggunakan teknik taekwando. Fared berlari ke arah Rahman dan Hadi yang bersembunyi di sebalik lori yang berdekatan.

"Fared! Fared! Alhamdulillah kau selamat!" Robot kepunyaan siapakah itu?!" Kehairanan Rahman.

"Ya Allah Fared. Aku fikir ajal engkau tadi! Panjang umur lagi engkau!" Kata Hadi dengan terkejut dan ketakutan.

"Apa-apa pun, kamu berdua lari terlebih dahulu. Itu robot pertama aku sebelum kita bina robot bersama yang telah menyelamatkan aku. Aku perlu uruskan robot aku terlebih dahulu." Kata Fared.

"Kami tidak akan melarikan diri." Kata Rahman.

"Engkau tidak mahu lari? Tidak kesian pada anak dan isteri engkau ke? Baik kita lari! Kita tiada apa-apa hendak dibantu!" Kata Hadi kepada Rahman.

"Aku ada." Jawab Rahman.

"Apa?" Soal Hadi kepada Rahman.

"Fared, beri aku alat radio komunikasi." Minta Rahman kepada Fared.

"Aku rasa aku faham akan tindakan yag engkau cuba lakukan. Sampaikan maklumat kepada pihak tentera dan polis?" Soal Hadi.

"Kita bersembunyi di atas bangunan di sebelah kita ini. Engkau rakam menggunakan telefon pintar engkau tentang situasi kita sekarang ini. Rakam robot-robot itu, bukan kita. Aku pula kongsi lokasi kepada pihak polis. Fared menguruskan robot dia tanpa kita ganggu dia." Jelas Rahman kepada Hadi.

"Baiklah." Jawab Hadi.

"Fared, engkau berhati-hati ya." Pesan Rahman kepada Fared.

"Baik, aku cuba berhati-hati yang sebaik mungkin. Kamu berdua pergilah naik ke atas."

Hadi dan Rahman mengangguk lalu pergi memasuki bangunan bersebelahan mereka. Hadi dan Rahman menaiki lif untuk tiba di tingkat teratas. Tiba di tingkat atas, Hadi memulakan rakaman manakala Rahman pula menyampaikan situasi keadaan semasa dan memberikan lokasi melalui Peta Sesawang kepada pihak tentera melalui encik Hill dengan aplikasi Khabarapp di telefon pintar. Fared menonton robotnya yang berkilauan dengan bersembunyi di sebalik sebuah lori yang sedang mengunci pergerakan dan tubuh badan robot pengganas berwarna jingga juga miliknya itu menggunakan teknik pertahankan diri, silat. Rahman dan Hadi terkejut melihat aksi robot Fared tersebut.
Tiba-tiba robot jingga itu tangannya bergerak tidak seperti manusia yang ada had pergerakan tangannya. Dengan mudah kedua-dua belah tangannya dipusingkan lalu dapat meleraikan kunci pergerakan teknik silat dengan menggerakkan tangannya melebihi 180 darjah. Padu tendangan diberikan kepada robot jingga tersebut yang telah mengunci pergerakannya.

"Aish, lupa pula. Robot aku bina dengan kawan-kawan lebih fleksibel berbanding robot aku bina sendiri." Ujar Fared kepada diri sendiri.

Robot jingga melepaskan tembakan namun berjaya dielak oleh robot berkilauan berwarna perak. Tumbukan padu diberikan kepada robot tersebut. Tumbukan hanya mengenai dada robot tersebut. Tendangan kuat dilancarkan oleh robot jingga pada badan robot perak. Robot perak jatuh terkebelakang. Tembakan sekali lagi dilepaskan. Robot perak bergolek mengelakkan dari tertembak. Robot jingga terus menembak bom. Meletup di hadapan robot jingga tersebut. Robot perak tiada lagi di hadapannya. Robot jingga mengalihkan pandangan kepada Rahman dan Hadi yang berada di atap tingkat tiga.

"Alamak, dia nampak kita. Mana robot Fared??" Kata Hadi.

"Itulah." Jawab Rahman.

Sesuatu keluar pantas dari asap yang berbaki akibat letupan bom yang ditembak oleh robot jingga itu. Terus tendangan padu diberikan pada sisi badan robot jingga. Pinggang robot jingga ditendang padu oleh robot perak yang merupakan robot pembantu rumah Fared yang dibina oleh Fared sendiri. Robot jingga tersebut jatuh namun bangkit kembali lalu mengembalikan tendangan robot perak dengan tendangan padu miliknya. Robot perak berundur sedikit setelah ditendang. Tangan kiri robot jingga berubah bentuk. Tangannya disasarkan kepada robot perak dan menembak bertalu-talu tanpa henti.
Dengan amat pantas, robot perak milik Fared itu merapatkan kedua-dua tangannya lalu mempertahankan diri seperti seorang peninju yang mempertahankan wajahnya daripada ditumbuk namun ditahannya itu merupakan peluru yang ditembak secara ganas bertalu-talu tanpa henti. Robot perak melindungi dirinya dengan melakukan gaya tinju pertahankan diri. Badannya dihinggap banyak peluru. Ada peluru yang melanting akibat tidak dapat menembusi robot perak itu. Ada peluru meninggalkan lubang pada badan meskipun tidak tersangkut pada badan robot perak itu. Bahu robot perak pecah akibat ditembak tanpa henti. Berundur dan berundur lagi akibat impak yang kuat tembakan peluru dari robot jingga itu.

Tangan kanan robot jingga itu pula berubah bentuk lalu menembak mengeluarkan bom. Berlaku letupan yang kuat apabila robot perak terkena bom yang ditembak oleh robot jingga. Melanting jauh robot perak lalu bergolek-golek. Tangan kiri robot perak sudah pun hancur berkecai. Tangan kirinya bersepai dan bersepah-sepah akibat pecah kepada serpihan-serpihan dan beberapa komponen merata-rata di atas jalan raya di tengah-tengah bandar selepas ditembak dengan bom yang letupannya tersangat kuat.

Robot jingga teruskan menembak tanpa henti pada robot perak. Robot perak bergerak-gerak. Tersentak-sentak badannya bila ditembak bertalu-talu. Badan robot perak mulai berlubang-lubang dan banyak berlaku retakan pada badannya apabila ditembak bertalu-talu. Robot jingga menembak bom menggunakan tangan kanannya. Letupan yang teramat kuat berlaku.

"Tidaaaaaaaaaaak!!!!!" Jerit Hadi.

"Ya Allah, apa yang kita hendak buat ini. Robot Fared yang menjadi harapan telah pun musnah."

Angin yang kuat meniup kawasan tersebut. Asap terbang mengikuti angin setelah ditiup kuat. Robot perak masih hidup! Masih berfungsi meskipun melutut pada lantai. Tangan kirinya memegang penutup besi jalan raya yang merupakan penutup yang digunakan untuk menutup terowong tangga ke loji bawah tanah jalan raya menjadi perisai yang melindungi dirinya dari tembakan bom robot jingga itu.

"Apa?!" Soal Hadi dengan amat terkejut.

"Hebat! Mengagumkan tetapi adakah robot Fared akan berjaya?" Soal Rahman kepada dirinya sendiri.

Dengan sepenuh tenaga, sepenuh kekuatan dan sepenuh kelajuan piring penutup besi tangga loji bawah tanah jalan raya dilemparkan. Amat cekap sekali robot jingga itu berubah bentuk tangan lalu sempat menangkap piring besi itu sebelum piring itu mendarat pada wajahnya. Masih belum tamat. Robot perak melompat tinggi di udara lalu kakinya dihulurkan menjunam ke arah robot jingga tersebut. Tendangan tepat dan padu kena pada piring besi yang dipegang oleh robot jingga di hadapan wajahnya. Wajah robot jingga retak apabila wajahnya dihentak dengan piring terbang yang ditendang oleh robot jingga teramat kuat sekali.

Kedua-dua selitup yang merupakan mata robot jingga retak lalu pecah. Pandangannya kabur dan berubah warna pandangannya. Tanpa melengahkan masa, amat pantas robot perak memecutkan penumbuknya tangan kanannya mendarat pada wajah robot jingga. Semakin besar retakan wajah robot jingga itu. Serta-merta kedua-kedua belah tangan robot jingga berubah bentuk lalu menembak ke merata-rata tempat. Tembakannya dilepaskan secara rawak. Robot perak pantas bergerak ke belakang robot jingga. Robot jingga masih melepaskan tembakan secara rawak. Robot perak menundukkan badannya lalu menghayunkan kakinya hingga dapat menyepak kaki robot jingga. Robot jingga terjatuh tertiarap di atas lantai. Dengan kelajuan maksima, robot perak memijak dengan kuat. Jalan tar retak.
Robot jingga berjaya mengelakkan kepalanya dari dipijak oleh robot perak dengan berguling menjarakkan diri daripada serangan maut robot perak. Robot jingga menghulurkan kedua-dua belah tangan lalu terus-menerus menembak tanpa henti namun tembakan tidak mengena kerana robot jingga telaah pun berada di udara. Robot perak turun menjunam dari udara lalu tendangan tepat mengena pada wajah robot jingga yang telah pun retak. Wajah robot jingga pecah sehingga menampakkan bahagian dalam kepala robot jingga. Robot jingga jatuh terbaring di atas jalan raya. Prak! Tepat robot perak pijak wajah robot jingga yang telah rosak sepenuhnya. Komponen-komponen yang berada di dalam kepala robot jingga serta-merta patah dan pecah apabila dipijak dengan teramat kuat oleh robot perak milik Fared.

"Robot Fared berjaya!" Jerit Rahman.

"YEEEAAAAAAHHHHH!!!!!!!! Kita selamat!!!!!!!!!" Jerit Hadi sekuat hati kerana lega tiada lagi ancaman yang meragut nyawa.

Fared menarik nafas lalu menghembuskan nafas lega. Robot pengganas berwarna jingga telah pun rosak dan tidak boleh lagi bergerak. Fared duduk lalu bersandarkan pada paip kecemasan bomba yang berwarna merah. Rahman dan Hadi juga duduk bersandar pada tebing atap bangunan mereka berada. Mereka berdua juga menghembuskan nafas lega.

"Dapat rakam semua?" Soal Rahman kepada Hadi.

"Dapat! Hebat Rahman. Hebat. Semua orang akan kagum kehebatan robot yang Fared bina namun siapa yang mengubahsuai robot Fared yang berwarna jingga itu?" Soal Hadi kepada Rahman.

"Kita cuba tanya Fared sebentar lagi. Fared berkemungkinan tahu cara untuk mengetahui siapa dalang sebalik godaman robot-robot yang kita bina." Kata Rahman kepada Hadi.

"Nampaknya kita kena kutip dan angkat bawa balik robot itu. Kerja-kerja baik pulih kita perlu lakukan untuk siasatan dan mudah untuk Fared mengenal pasti punca semua perkara yang berlaku akibat kelakuan dan keganasan robot-robot kita yang berada di luar kawalan." Luah Hadi.

Hadi dan Rahman menuruni bangunan dengan tangga lalu menemui Fared yang sedang rehat bersandarkan ada tayar lori. Hadi dan Rahman melutut pada Fared lalu memeriksa tubuh badan Fared jika ada berlaku apa-apa sebarang kecederaan. Fared menyatakan dia baik-baik sahaja.

"Status! Status!" Suara dari radio komunikasi.

"Robot jinga pengganas telah pun mati! Tidak boleh bergerak lagi." Lapor Rahman melalui radio komunikasi.

"Bagaimana boleh mati? Tidak mengapalah. Kini robot kedua sedang mengganas!" Jelas encik Hill.

"Fared. Kita kena lawan robot kedua pula tetapi robot kita sudah rosak."Kata Rahman kepada Fared.

"Robot itu aku punya." Kata Fared.

"Aku tahu bagaimana hendak menjejaki penjenayah!" Kata Hadi dengan ilhamnya bagaikan lampu yang menyala.

"Bagaimana?" Soal Rahman sebaik sahaja dia menoleh lalu memandang Hadi.

"Biar aku ambil komponen GPS atau komponen gelombang kawalan jauh. Aku cuba akses menggunakan komputer yang ada di dalam van." Kata Hadi.

"Baik, terima kasih. Rahman. Kau tolong aku baiki robot perak aku. Kita pindahkan bahagian-bahagian badan robot jingga yang masih elok kepada robot perak. Kita mesti hentikan robot kedua dengan segera." Kata Fared.

"Baik!" Sahut Hadi dan Rahman.
__________________________________________________________________

"Lari-lari! Kalau hendak rakam pun, kita rakam dari atas bangunan! Lebih selamat jika kita tidak dikejar oleh robot pengganas itu!" Kata Haikal kepada Haziq.

"Okay-okay." Balas Haziq yang masih merakam walaupun sedang menaiki tangga salah satu bangunan yang berdekatan dengan kejadian keganasan yang dilakukan oleh robot penyelamat pertahanan awam.

Lima orang askar menembak bertalu-talu pada robot bercorak bomba tersebut. Robot tersebut hanya berjalan perlahan-lahan menghampiri mereka berlima. Di belakang robot bomba tersebut, terdapat banyak orang mati terbaring di lantai. Ada yang kehilangan tangan, ada kehilangan kaki dan juga kepala yang hilang. Darah berlopak di mana-mana sahaja. Kelongsong peluru bertaburan. Lori tentera dibasahi darah. Cermin lori tentera yang pecah.
Ada beberapa kepala orang yang terpisah dari badan berada di dalam kereta, di atas bumbung kereta dan ada yang di lantai. Kereta-kereta orang awam turut terdapat darah cermin dan juga tepi badan kereta. Peluru sedikit pun tidak memamah badan robot tersebut. Peluru-peluru tersebut melanting jauh.

Robot itu mengambil sepucuk pistol yang terdapat di atas jalan tar. Pistol itu dikutip dan ditarik laras atasnya. Pistol tersebut diacukan kepada salah seorang askar. Tembakan dilepaskan. Satu persatu dilepaskan. Tempat peluru menembusi dahi setiap lima askar tersebut. Mereka jatuh ke lantai secara serentak apabila dahi berlubang selepas ditembak. Robot bercorak bomba terus berjalan ke arah mesin ATM. Tiga guni diambil lalu diangkat. Robot bomba itu terus berjalan dengan perlahan keluar dari bank.

"Kau fikir engkau siapa?!" Jerit encik Hill sambil memegang sepucuk senapang.

Laras ditarik lalu picu pula ditarik setelah mengacukan sepucuk senapang kepada robot. Bam! Bam! Bam! Asap ditiup angin. Robot bomba itu sedikit pun tidak rosak. Encik Hill berdiri tidak tegak. Berjalan dengan terhincut-hincut. Kepala encik Hill berdarah sedikit yang sudah kering.

"Tunduk!!!" encik Jerit Saravanan.

Encik Hill meniarap di lantai dengan kakinya menghadap ke arah robot bomba tersebut. Datang sebuah roket kecil menghentam robot tersebut lalu meletup kuat. Robot bomba itu melanting jauh. Encik Hill masih meniarap sambil melindungi kepalanya dengan kedua belah tangannya. Robot bomba itu terbaring di atas lantai. Saravanan tersenyum lebar melihat robot itu musnah. Asap letupan mulai hilang. Robot bomba itu hanya mengalami kerosakan lapisan besi badannya yang tebal. Begitu juga dengan bahunya yang pecah beberapa lapisan.

Robot bomba itu bangkit daripada terbaring di lantai. Encik Hill melepaskan tembakan senapangnya. Picu ditarik lalu laras ditarik. Berulang kali encik Hill menarik picu dan menarik laras sehinggalah kehabisan peluru. Tiada apa-apa yang terjadi pada robot bomba itu. Robot itu mengalihkan pandangannya dari encik Hill kepada Saravanan.

"Saravanan!!! Lari!!!" Jerit encik Hill kepada encik Saravanan.

Saravanan masih berdiri. Peluru diambil dan dipasangkan pada RPG milik askar. RPG diangkat lalu disasarkan kepada robot itu.

"Saravanan!!! Ini arahan! Berundur!!! RPG tidak berkesan!" Jerit encik Hill kepada encik Saravanan.

Robot itu berjalan dengan perlahan ke arah Saravanan. Encik Hill berlari terhincut-hincut ke arah robot tersebut lalu menolak robot bomba itu sekuat hati.

"Saravanan lari!!! Kamu akan mati kalau terus begini!!!" Jerit encik Hill memberi amaran kepada encik Saravanan.

"Biarkan saya mati!!! Biar mati mempertahankan negara!!!" Jerit balas Saravanan.

"BODOH!!! Kau masih muda untuk mati!!!" Balas encik Hill.

Encik Hill memeluk sambil menolak robot itu sekuat hati namun robot bercorak bomba itu langsung tidak berganjak. Robot itu mengangkat encik Hill. Encik Hill terkejut teramat. Robot itu terus melempar encik Hill sejauh-jauhnya. Encik Hill dilempar lalu berlanggar salah sebuah cermin hadapan kereta.
Serta-merta retak cermin hadapan kereta akibat encik Hill dilemparkan dengan kuat pada cermin tersebut. Encik Hill cuba bangun namun jatuh bergolek dari kereta tersebut. Encik Hill tidak mampu bangun kerana seluruh tubuhnya sudah pun kehilangan tenaga dan kekuatan yang banyak. Encik Hill memandang ke arah encik Saravanan. Picu ditarik. Api keluar dari penghujung roket. Laju roket itu terbang meluru ke robot bercorak bomba tersebut. Berlaku letupan yang amat kuat sebaik sahaja roket itu melanggar robot bercorak bomba penyelamat itu.

"Berjaya!" Sorak Saravanan dengan wajah yang amat ceria.

Tembakan dilepaskan. Tembakan mengenai di antara bahu dan leher Saravanan. Darah memercik. Darah memercik mengikut peluru keluar dari menembusi antara bahu dan leher Saravanan. Saravanan rebah jatuh terbaring di lantai.

"Saravanan!!!!!!!" Jerit encik Hill lalu bingkas bangun dari meniarap di lantai.

Encik Hill memaksa dirinya bangun lalu berlari walaupun merentap urat saraf sendiri. Pantas dan kuat encik Hill melanggar bahu robot tersebut. Kuat dan kuat encik Hill merempuh robot itu. Abdomen encik Hill ditumbuk kuat oleh robot tersebut. Kemudian abdomennyaa ditendang dengan sangat kuat. Encik Hill melanting lalu bergolek-golek di atas jalan raya. Encik Hill cuba bangun namun hanya mampu mengangkat kepalanya untuk memandang robot tersebut. Robot itu masih berjalan perlahan-lahan ke arah Saravanan yang pengsan akibat ditembak oleh robot itu.

"Ambil ini!!!!!!!!!!!!" Deruman enjin yang tersangat kuat semakin kuat dan semakin dekat didengari.

Encik Hill menoleh ke arah bunyi deruman enjin tersebut. Kereta proton wira yang tersangat usang dipandu laju lalu merempuh robot bercorak bomba tersebut yang terdapat lopongan dan lubang-lubang pada badannya yang terdapat pelbagai lapisan jenis besi. Robot itu dirempuh sehingga melanggar hadapan salah sebuah bangunan berdekatan. BAM! Bunyi hancur dan rempuhan yang kuat terjadi. Musnah bahagian hadapan bangunan tersebut. Seseorang keluar dari kereta tersebut.

"Apa?! Robot lagi satu?!" Terkejut Haziq dan Haikal yang melihat dari jauh di tingkat dua salah satu bangunan berdekatan dengan tempat kejadian keganasan robot bercorak bomba tersebut.

Encik Hill bangun lalu bersandar pada hadapan kereta yang menjadi daratannya selepas dilempar robot bercorak bomba tersebut. Encik Hill memandang ke arah kereta proton wira yang telah merempuh bangunan tersebut. Terdapat sebuah robot yang berbadan berwarna perak dengan kedua-dua belah tangan yang berwarna jingga berjalan keluar dari kereta memandang ke arah encik Hill. Robot perak bertangan jingga itu berjalan perlahan-lahan ke arah encik Hill. Robot bercorak bomba itu keluar meluru dari dari bangunan yang telah dirempuh itu ke arah robot perak.

Tangannya berubah menjadi senjata api lalu menembak robot perak itu. Peluru peledak keluar lalu meletupkan robot perak. Robot jatuh ke hadapan lalu tertiarap di hadapan encik Hill. Robot bomba itu terus menembak robot perak bertalu-talu dengan senjata api. Robot perak terus melindungi encik Hill dengan mendepa kedua-dua tangannya bagi mengelakkan encik Hill ditembak. Encik Hill terkejut melihat robot perak itu melindunginya. Peluru peledak dilepaskan. Robot perak pantas berlari ke arah peluru peledak tersebut lalu menangkap dengan kemas dan berhati-hati lalu melemparkannya memulangkannya kepada robot bercorak bomba dengan teramat laju. Bom! Meletup robot bomba tersebut namun tidak memberi kesan apa-apa pun. Pantas sekali robot perak menumbuk robot bomba itu berkali-kali. Pantas dan padu tumbukan diberikan berkali-kali. Terus tangannya diacukan kepada robot perak lalu menembak terus menerus.
Robot perak melindungi wajahnya daripada ditembak dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya.

"Fared! Kenapa tidak sahaja guna senjata yang ada dalam tangan baru robot perak itu?" Soal Rahman kepada Fared yang berada dalam kereta sedang memerhatikan pertarungan robot perak dan bercorak bomba dari dalam kereta.

"Hmm, sebenarnya, robot perak tidak ada program dan data mengenai tangan yang mempunyai senjata di dalamnya. Sebab itu aku tidak dapat memberikan arahan kepada robot perak untuk mengubah tangannya menjadi senjata." Jelas Fared.

"Aduh. Lupa pula." Keluh Rahman kepada diri sendiri.

Robot perak menumbuk berkali-kali robot bomba itu namun robot bomba langsung tidak berganjak. Robot bomba terus menumbuk tepat pada wajah robot perak tersebut. Ditumbuk dan ditumbuk lagi dan lagi. Robot perak membalas dengan lebih kuat dan lebih padu tumbukannya. Tendangan kuat diberikan kepada robot perak oleh robot bomba. Robot perak jatuh terkebelakang.

"Hoi!!! Robot!!!" Jerit encik Hill.

Robot bomba memandang ke arah encik Hill. Encik Hill mengacukan RPG ke arah robot bomba itu. Tembakan dilepaskan. Laju peluru RPG memecut meluru ke arah robot bomba itu. Dengan kemas robot bomba itu menangkap peluru RPG itu. Encik Hill terkejut melihat kemampuan robot bomba itu. Encik Hill tidak mengaku kalah. Sepucuk pistol dikeluarkan lalu menembak robot bomba itu tanpa henti. Peluru pistol tidak mampu merosakkan robot bomba itu tanpas sedikit pun. Sebutir peluru terkena pada muncung peluru RPG itu. Bom! Meletup!

Robot bomba bergolek-golek di lantai. Pantas robot perak berlari pecut ke arah robot bomba itu. Robot bomba bangun dari terbaring di jalan tar lalu menembak robot perak mengeluarkan bom. Robot perak ditembak berkali-kali tanpa henti. Robot perak melanting jauh setelah tidak lagi mampu bertahan tembakan bom dari robot bomba. Badan robot perak mulai retak lalu pecah. Pantas robot bomba menikam robot perak menggunakan tangannya sendiri lalu menarik salah satu komponen dari badan robot perak.

"Fared!!!" Jerit Rahman.

"Habislah. Harapan kita hancur." Kata Haikal.

"Habislah kita." Ujar Haziq.

Komponen robot perak direntap dengan kuat. Robot perak tersentak lalu melutut. Robot perak terus meniarap di lantai. Robot perak tidak lagi mampu berfungsi.

"Apa kita nak buat Fared? Robot engkau sudah rosak." Kata Rahman dengan ketakutan.

"Aku sendiri akan hentikan robot itu!" Kata Fared dengan berani dan tanpa was-was.

Fared terus membuka pintu kereta lalu terus membuka boot kereta. Rahman keluar dari kereta lalu berkata-kata kepada Fared.

"Fared! Kau gila ke nak serang buta tuli dengan tangan kosong?!" Marah Rahman kepada Fared.
"Aku bijak. Lebih bijak daripada engkau." Kata Fared dengan yakin.

"Apa?" Soal Rahman kepada Fared dengan penuh kehairanan.

"Rahman. Tolong aku." Kata Fared meminta tolong kepada Rahman.

"Eh?" Rahman kehairanan.
__________________________________________________________________

"Aizat! Televisyen siaran langsung juga ada memaparkan pertarungan antara dua robot!" Kata Diana kepada Aizat di dalam bilik kawalan robot peronda.

"Bahagikan paparan skrin." Arah Aizat kepada kumpulan pegurusan kawalan robot peronda.

Paparan skrin besar di dinding bilik kawalan terbahagi kepada dua. Sebelah kiri merupakan rakaman siaran langsung daripada kamera televisyen. Sebelah kanan pula merupakan rakaman kamera yang juga dirakam secara siaran langsung dari robot peronda. Seluruh rakyat Malaysia sedang menonton televisyen secara siaran langsung. Seluruh rakyat Malaysia bersedih melihat robot perak yang menjadi harapan dan penyelamat kemanusiaan bagi menghentikan kekejaman dan keganasan telah pun musnah dibunuh oleh robot bercorak bomba itu.

"Apa nak jadi? Tentera tidak mahu ke hantar kereta kebal, helikopter dan jet pejuang? Tidakkan hanya menghantar askar sekadar mati katak dibunuh robot pengganas itu? Apa kementerian pertahanan negara buat???" Soal seorang lelaki tua yang menonton bersama-sama dengan anak-anak muda di rumah pangsa yang comot dan kotor itu.
"Akak, bahaya kita nak rakam dekat-dekat." Pesan Jurukamera lelaki kepada wartawan wanita itu.

"Tidak mengapa, pergi rakam dekat sedikit je. Kamu pergi rakam di belakang kereta hadapan kereta kita sembunyi ini." Kata wartawan wanita berbangsa cina itu.

Jurukamera televisyen merangkak ke belakang kereta di hadapan dengan perlahan-lahan dan juga berhati-hati agar tidak menjadi mangsa keganasan robot bomba itu. Rakaman menjadi lebih jelas. Encik Hill mengambil assault rifle AK-37 dan menembak robot bomba tanpa henti. Tetap tidak memberi kesan langsung kepada robot bomba tersebut walaupun telah ditembak dengan RPG sebanyak 3 kali. Robot bomba itu berjalan dengan megah dan perlahan-lahan ke arah encik Hill. Kamera televisyen yang merakam siaran langsung menumpukan rakaman terhadap encik Hill.

"The Last Man Standing." Kata Jurukamera televisyen siaran langsung sendirian.

Sebuah robot berwarna merah berlari laju ke arah robot bomba tersebut tanpa robot bomba dan Jurukamera televisyen siaran langsung sedari. Selangkah demi selangkah, kelajuan demi kelajuan meningkat. Tangan kanan ditarik. Bersedia. Seluruh kekuatan dan tenaga dikumpulkan dan dipusatkan pada penumbuk tangan kanan robot berwarna merah itu.

"Jan, jan, jan!!! Rakam robot merah itu! Robot merah itu datang! Robot baru muncul!!!" Kata wartawan kepada Jurukamera televisyen yang sedang merakam secara siaran langsung itu.

Bergegas Jurukamera lelaki itu terus merakam robot merah yang sedang berlari laju itu. Langkah terakhir, tumbukan yang penuh jitu merempuh pipi kanan robot bomba itu. Robot bomba berganjak sedikit lalu jatuh terbaring di lantai. Robot merah itu terus menerkam robot bomba yang sedang terbaring mengiring ke kanan itu. Lantas, kaki kanan robot bomba menendang abdomen robot merah itu. Robot merah berundur ke belakang. Tembakan bertalu-talu dilepaskan. Segera robot merah bergerak ke kiri mengelak dari di tembak. Robot merah meluru ke arah robot bomba. Robot merah merempuh robot bomba dengan kuat lalu menolak robot bomba agar robot bomba jatuh ke lantai.

Robot bomba terjatuh terbaring di lantai setelah dirempuh robot merah. Robot merah memegang tangan kiri robot bomba lalu badannya bergerak mengikut lawan arah jam. Robot merah mencuba memulaskan tangan kiri robot bomba supaya dapat diputuskan. Pada masa yang sama, tangan kiri robot bomba ditarik sekuat-kuatnya sambil memulas tangan robot itu mengikut lawan arah jam dengan sepenuh kekuatan. Robot bomba mengangkat tangan kanannya lalu menembak robot merah dengan jarak yang teramatlah dekat.

Sisi kanan di bahagian pinggang robot merah ditembak. Hilang warna di bahagian yang telah ditembak dan terkoyak sedikit lapisan besi badan sisi kanan robot merah di bahagian pinggangnya itu. Robot merah jatuh mengiring menghadapan kiri ke lantai. Tembakan dilepaskan tanpa henti. Robot merah ditembak dengan beberapa butir peluru lalu bergolek jauh dari robot bomba walaupun sedang ditembak. Robot bomba bangun dari pembaringannya lalu menembak robot merah dengan tembakan bom peledak pula.

Robot merah menyilangkan kedua-dua belah tangannya sebagai melindungi diri daripada badannya diletupkan dengan peluru peledak. BOM! Meletup tangan robot merah. Berlaku beberapa koyakkan kecil pada kedua-dua belah tangan robot merah disamping warna merah menghilang meninggalkan warna asal besi. Pantas robot merah menumbuk tepat dan padu wajah robot bomba dengan tangan kanan.
Tangan kiri robot merah pantas memberikan hayunan tumbukan sabit lalu menumbuk dagu robot bomba itu. Kepala robot bomba menjadi senget. Sepantas kelajuan kilat menyambar, tumbukan tangan kanan menyinggah wajah robot bomba itu dengan amat kuat sekali. Robot bomba berundur beberapa langkah kerana tidak stabil buat sementara waktu selepas ditumbuk oleh robot merah.

Tumbukan bertubi-tubi diberikan oleh robot merah sekuat-kuatnya dan seberapa banyak kali yang termampu kepada badan robot bomba tersebut. Berlekuk badan hadapan robot bomba itu. Robot merah menegakkan kelima-lima jarinya dan memecut menikam badan robot bomba itu. Tangannya digenggam. Tangan kanannya kemas ditangkap dengan tangan kanan robot bomba itu. Tangan kiri robot bomba berubah bentuk lalu menjadi senjata api. Robot merah melompat lalu menyiku kepala robot bomba dari atas dengan kuat setelah melompat. Apabila menjejak tanah, robot merah menolak lalu menggenggam tangan kiri robot bomba ke atas. Robot bomba melepaskan tangan kanannya lalu menumbuk sisi kanan badan robot merah. Sisi kanan badan robot merah retak lalu pecah. Satu lagi tumbukan ditambah.

Prak! Terdengar bunyi sesuatu yang patah. Robot merah hampir jatuh melutut ke lantai. Robot bomba mengangkat robot merah lalu menghempas robot merah ke lantai. Dengan segera robot bomba mencangkung lalu duduk di atas badan robot merah. Kedua-dua belah tangan robot bomba menumbuk muka robot merah tanpa henti dan tanpa ihsan sedikit pun. Robot merah cuba melawan namun tidak berjaya. Robot bomba terlalu berat dan juga menumbuk-numbuk muka robot merah menyebabkan robot merah sukar untuk menumpukan perhatian bagi mengumpulkan kekuatan fizikalnya.

Robot merah melindungi kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya menghalang tumbukan-tumbukan tangan robot bomba dari menghancurkan wajahnya.

"Apa sudah jadi ini?" Robot merah itu sudah tidak mampu melawan?" Soal Haikal yang sedang merakam aksi pertarungan sengit antara kedua-dua robot tersebut.

Robot bomba terus-menerus menumbuk robot merah tanpa belas kasihan. Berkali-kali robot merah ditumbuk tanpa henti. Robot merah tetap tidak berputus asa. Robot merah masih melindungi kepalanya dari ditumbuk robot bomba yang kelihatan gayanya ingin memusnahkan kepala robot merah.

"Hoi!!! Robot!!! Engkau leka!!!" Jerit encik Hill.

Robot bomba itu memalingkan wajahnya ke belakang. Peluru RPG sudah pun berada di hadapannya. Bom! Meletup! Robot bercorak bomba itu jatuh melonjak ke hadapan lalu bergolek setelah badan belakangnya telah ditembak peluru RPG. Robot merah segera bangun. Begitu juga dengan robot bomba yang lantas bangun dari terbaring membuang masa. Robot bomba menukarkan bentuk tangannya lalu menembak. Tangan kanan robot bomba sudah pun kehabisan bom. Robot merah pula meletakkan tapak tangan kanannya pada sisi kanan paha kanan. Paha kaki kanan robot merah terbuka seolah-olah mengeluarkan sesuatu.

Tangan kanan robot merah mengambil sesuatu lalu menarik keluar dari paha kanannya. Tangan kanan robot merah itu memegang sepucuk pistol UZI. Mesin pistol mini. Robot merah menarik picu lalu menembak robot bomba itu bertalu-talu. Robot bomba tidak sempat mengelak. Badannya menerima tembakan pistol dari robot merah. Badan robot bomba berlubang lubang akibat lapisan besi pada badan robot bomba yang menipis akibat ditembak RPG beberapa kali sebelum ini. Badan robot bomba berlubang-lubang. Menerima kesan tembakan. Robot bomba mengubah bentuk tangan kanannya lalu menembak. Tiada apa-apa berlaku. Tangan kirinya pula berubah bentuk lalu menembak robot merah.

Kedua-dua robot tersebut saling tembak menembak secara berhadapan. Robot bomba menembak badan robot merah dan begitu juga dengan robot merah menembak badan robot bomba tanpa henti. Robot bomba semakin mendekati robot merah dengan beberapa langkah. Robot merah masih meneruskan tembakan dan begitu juga dengan robot bomba. Pertarungan robot merah dan robot bomba teramatlah sengit.

Seluruh rakyat Malaysia bersorak-sorak menyokong robot merah yang masih menembak-nembak robot bomba tanpa henti. Seluruh siaran televisyen menyiarkan siaran langsung pertarungan sengit robot merah dan robot bomba tersebut. Tangan kiri robot bomba sudah pun kehabisan peluru. Pistol UZI robot merah juga kehabisan peluru namun robot merah mengambil sesuatu lalu mengeluarkannya dari paha kanannya. Klip peluru pistol dibuang dan dipasang klip peluru yang berisi yang baharu pada pistol UZI. Robot merah kembali menembak tepat pada perut robot bomba tersebut.

Robot bomba mula menunjukkan reaksi kerosakan teruk di bahagian dalaman badannya. Robot bomba mulai bergerak-gerak seperti cacing kepanasan. Kedua-dua belah tangan robot bomba berubah bentuk dari berbentuk senjata lalu kembali berbentuk tangan seperti biasa. Robot bomba berpaling ke belakang lalu memusingkan badannya melarikan diri.

"Robot itu hendak lari!!!" Jerit Haziq di sebelah Haikal.

"Tidak semudah itu engkau hendak lari dari aku!!!" Jerit encik Hill setelah membawa Saravanan yang pengsan akibat ditembak oleh robot bomba ke tempat yang jauh dari tempat pertarungan antara kedua-dua robot tersebut yang tersangat merbahaya.

Encik Hill mengangkat senjata pelancar grenade lalu menembak robot bomba itu. Tembakan tidak mengena namun mengena pada jalan tar hadapan robot bomba itu. Pandangan robot bomba kabur dan akibat ledakan grenade, robot bomba terjatuh berundur ke belakang. Pantas robot bomba bangkit tetapi ditembak lagi sekali oleh encik Hill dengan menggunakan senjata api pelancar grenade. Robot bomba melanting beberapa meter. Sekali lagi robot bomba bangun namun robot merah sepantas kilat muncul di hadapan robot bomba lalu kepala robot bomba disepak dengan laju dan juga kuat bagaikan menyepak bola sepak untuk penalti.

Robot bomba jatuh lagi dan bergolek. Pantas bangun. Masa tidak boleh ditunggu-tunggu. Robot merah terus menumbuk lalu tenggelam tangannya ke dalam perut robot bomba dengan tangan kanannya. Tangan kiri robot merah itu pula menumbuk lalu penumbuk tangan kirinya termasuk ke dalam badan robot bomba itu. Robot bomba bagaikan telur di hujung tanduk. Kedua-dua tangan robot bomba menangkap kedua-dua tangan robot merah yang berada di dalam badannya lalu mencengkam dengan kuat. Prak!!! Kedua-dua belah tangan robot merah dihancurkan dan dikoyakkan. Beberapa komponen tangan robot merah itu hancur dan terjatuh serpihan demi serpihan. Terdedah bahagian dalaman tangan robot merah. Terdapat tangan manusia di dalam tangan besi robot merah.

Tanpa membazirkan masa walau satu detik pun, robot bomba terus mencengkam kepala robot merah dengan kuat. Robot merah dan robot bomba kedua-duanya meronta-ronta memerah kudrat tersisa masing-masing. Wajah robot merah bahagian kanan mulai retak lalu cengkaman tangan kanan robot bomba ditambahkan kekuatan. Jari-jemari tangan kanan robot bomba terbenam ke dalam wajah robot merah lalu ditarik hancur. Terdedah sebahagian wajah seorang lelaki yang berada di dalam robot merah itu.

Prak! Prak! Krak! GRAKKK!!!!!! Terpisah kepada dua bahagian badan robot bomba itu. Robot merah telah mengoyakkan badan robot bomba tersebut. Bahagian atas pinggan badan robot bomba jatuh ke jalan raya manakala bahagian bawah badan robot bomba jatuh melutut lalu tertiarap.
Robot bomba kehilangan tenaga lalu terpadam dengan sendiri kerana terputus bekalan kuasa elektrik setelah badannya dikoyakkan kepada dua bahagian. Bahagian badan atas dan bahagian badan bawah. Robot bomba sudah lagi tidak bergerak. Sistem operasi terhenti setelah terputus sumber kuasa elektrik.

Rakyat Malaysia terdiam. Tergamam menonton siaran langsung tersebut. Tiba-tiba seorang anak muda lelaki menepuk tangan. Kedua-dua belah matanya mengeluarkan air mata. Tepukan tangan diikuti seorang demi seorang lalu semua bersorak gembira. Kedua-dua robot pengganas telah pun hancur rosak. Kedua-dua robot yang tidak diketahui pemiliknya disanjung sebagai wira kerana telah menghancurkan kedua-dua robot pengganas.

Wartawan wanita cina dan seorang lelaki Jurukamera keluar dari persembunyian lalu merakam robot merah yang sedang duduk di lantai bagaikan orang yang keletihan dengan dekat. Wartawan wanita cina itu dan seorang lelaki Jurukamera itu memberanikan diri dengan mendekati robot merah itu merakam dengan jarak yang sangat dekat. Robot merah itu tersedar terdapat orang yang merakamnya. Robot merah bangun berdiri dari duduk di lantai lalu menutup sebahagian wajah robot merah yang pecah menonjolkan wajah sebenar orang yang berada di dalam robot merah itu dengan tangan kirinya lalu berlari pecut melepasi kedua-dua orang media yang merupakan petugas berita pihak syarikat televisyen itu.

"Ahhh!!!! Kejar! Kejar!!! Kejar robot wira itu!!!!!" Arah wartawan wanita cina kepada jurukamera lelaki tersebut.

Jurukamera itu bergegas mengejar merakam robot merah itu namun kamera terlalu berat untuk dibawa berlari dan tambahan pula robot merah itu berlari sangat laju meninggalkan mereka berdua lalu hilang dari pandangan rakaman kamera. Wartawan wanita cina itu berlari anak-anak ke hadapan kamera sambil tercari-cari ke arah manakah robot merah itu menghilang melarikan diri.

"Robot merah itu manusia. Tangannya jelas terdedah kulit manusia walaupun ada besi tangan robot berbaki membaluti tangan itu. Wajahnya pula terdedah bahawa robot merah bukan benda tidak hidup atau benda yang diprogramkan." Kata wartawan wanita cina itu sendirian di hadapan kamera.
"Tersangat jelas besi merah itu bukan robot namun perisai moden atau perisai canggih berbentuk robot yang menjadi pakaian perisai seseorang! Terdapat seseorang yang berada di dalam robot merah itu sebagai perisai!" Jurukamera lelaki itu juga terlalu teruja dan terkejut sehingga bercakap ketika sedang merakam siaran langsung.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut menonton berita siaran langsung maklumat yang tersangat jelas baharu sahaja didedahkan. Itu sebenarnya bukan robot. Itu adalah orang yang berada di dalam robot!

Lagu Jahil yang dimainkan oleh Zerophobia berbunyi dari telefon Rahman. Telefpn pintar Rahman menerima panggilan telefon daripada Fared. Rahman segera menolak skrin menggunakan ibu jari ke atas lalu menjawab panggilan telefon daripada Fared.

"Rahman. Ambil aku segera." Arah Fared kepada Rahman.

"Amboi, kau ingat engkau siapa? Aku bukan pemandu peribadi engkau tahu? Engkau bayar aku pun tidak." Tegas Rahman.

"Jangan buat lawaklah! Cepat ambik aku weyh!!!" Marah Fared.

"Bahahahahahahahahaha!!!!!!! Okay, okay. Aku bergurau sahaja. Baiklah, di mana aku perlu ambil engkau?" Ketawa Rahman lalu menyoal Fared.

"Engkau ikut sahaja yang lokasi telah pun aku hantarkan kepada engkau melalui aplikasi komunikasi." Jelas Fared.

"Sabar ya. Aku hendak mula bergerak ke arah engkau." Sahut Rahman.

Rahman menjatuhkan brek tangan. Brek kaki dipijak. Pelaras gear kereta ditolak dari N ke D. Kereta Rahman bergerak lalu beredar dari kawasan meletak kenderaan tersebut. Rahman memandu kereta mengikuti penunjuk arah GPS melalui telefon pintar. Selepas beberapa minit kemudian, Rahman memandu keretanya dan masuk ke dalam lorong kecil celah-celah yang merupakan di antara kedua-dua bangunan besar di kiri dan kanan kereta tersebut. Kelibat merah datang hampi dan semakin hampir dari detik ke suatu detik. Kelibat merah datang menghampiri kereta Rahman yang diletakkan di lorong kecil di tengah-tengah antara dua bangunan.

Kelibat merah itu merupakan robot merah. Robot merah itu menonjolkan tangan besinya yang koyak menampakkan kulit manusia. Tangan robot merah ditanggalkan secara merentap dengan kuat kerana perisai tangan itu sudah pun rosak teruk. Kepala robot merah dicabut. Fared. Fared mencabut perisai kepala robot merah. Rahman membukakan pintu kiri bersebelahan tempat duduk pemandu kereta. Fared mengambil beg besi yang berada di atas tempat duduk penumpang bersebelahan kiri tempat duduk pemandi kereta.

"Rahman, tolong aku cabutkan semua ini." Pinta Fared.

"Okay." Sahut Rahman.

Fared duduk melunjur ke lantai lalu membuka perisai kaki berwarna merah dengan pemutar skru dengan amat tekun. Begitu juga dengan Rahman. Membuka perisai badan belakang Fared dengan berhati-hati menggunakan pemutar skru. Mereka berdua membuka perisai merah dengan ketekunan dan juga berhati-hati. Ketika Rahman sedang membuka perisai canggih Fared, Fared berkata sesuatu kepada Rahman.

"Rahman." Panggil Fared.

"Hah? Ada apa?" Soal Rahman yang sedang sibuk menanggalkan perisai canggih merah Fared bahagian demi bahagian.

"Kau rahsiakan tentang perisai merah yang aku bina sendirian ini. Engkau dan aku sahaja yang tahu." Pesan Fared.

"Baiklah. Aku okay je." Senyum Rahman.

Fared menganggukkan kepala sebagai tanda faham.
__________________________________________________________________

"Ouh, Fared. Silakan masuk." Jemput puan Hayani kepada Fared untuk masuk ke dalam rumahnya.

"Fared!" Seru Han akan nama Fared.

"Ya apa dia?" Soal Fared. Ini sudah pasti berkenaan robot pengganas.

"Nak tengok video robot berlawan!" Minta Han kepada Fared. Han menunjukkan muka depan akhbar 'Khabar Harian' yang terpapar sebuah robot merah bertarung dengan robot bercorak seperti bomba.

"Haha, nanti abang muat turun dari mana-mana laman sesawang yang ada. Selepas kita belajar topik baharu, abang tolong carikan dan kita tonton sama-sama" Kata Fared.

"Okay." Patuh Han.

Han bangun dari sofa lalu meletakkan surat khabar di atas meja televisyen. Han segera duduk di kerusi meja makan dan membuka buku teks dan buku rujukan. Fared mengeluarkan buku latihan dan meletakkan bungkusan kertas A4. Tiga helai kertas A4 diserahkan kepada Han. Han mengambil kertas tersebut.
__________________________________________________________________

Dua minggu kemudian, pelbagai kerja pembaikpulih dilakukan seperti kerja membaikpulih jalan raya, membaiki bangunan yang sudah pun rosak teruk dan kerja-kerja pembersihan. Tempat-tempat yang terdapat darah kering yang berada di merata-rata tempat telah pun dibersihkan. Seorang lelaki berpakaian berwarna biru dan memakai vest yang mempunyai pelekat pemantul cahaya sedang mencuci lantai menggunakan alat mesin pembersihan yang besar dan canggih. Jenis peluntur dan jenis sabun ditukarkan secara automatik. Air disembur-sembur bersama-sama cecair peluntur dan juga sabun. Air membasuh dan membawa darah mengalir memasuki lubang saliran air.

Di lokasi rahsia dan tidak diketahui, Fared membuka pintu besi automatik yang diperhatikan dan diawasi selitup tertutup menggunakan kad pengimbas pada alat pengimbas pembuka kunci pintu besi automatik.

"Rahman. Bagaimana? Sudah baiki?" Soal Fared kepada Rahman sebaik sahaja Fared memasuki bilik rahsia itu melalui berpintu besi keselamatan automatik canggih itu.
"Sudah baiki. Ada tiga sut merah baharu telah aku bina dan engkau boleh terus guna tanpa sebarang masalah. Jika rosak, boleh terus ganti atau pakai sahaja yang baharu." Jelas Rahman.

"Alhamdulillah terima kasih. Aku ingin ambil satu sut merah kerana aku hendak buat eksperimen dan juga penambahbaikkan."

"Baiklah. Sama-sama. Robot pengendali nuklear masih belum dijumpai. Sememangnya sepatutnya kita sediakan payung sebelum hujan." Kata Rahman.
"Ya, betul itu." Balas Fared membenarkan apa yang dikatakan oleh Rahman.

Fared dan Rahman memandang ke arah bahagian-bahagian perisai badan penuh sut merah yang canggih berlerai dan masih belum dicantumkan dan disambungkan tersusun cantik di atas meja berdasarkan susunan cetakan biru.
__________________________________________________________________

"Encik Fared! Encik Fared!" Panggil seseorang wartawan melayu berpakaian mencolok mata akan Fared untuk bertemuramah dengan syarikat berita.

Ramai orang wartawan berkerumun dan mengelilingi Fared untuk mendapatkan kenyataan bagi tragedi tragis pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan oleh dua buah robot Fared sendiri dihadapan suatu bangunan tinggi dan besar sambil berjalan memasuki bangunan tersebut. Fared berjalan memasuki bangunan tersebut sambil dilindungi pengawal keselamatan yang berpakaian serba hitam, berbadan sasa, pistol yang bersarung bergantungan pada tali pinggang dan berkaca hitam. Pada telinga mereka semua memakai earphone dan setiap dari mereka mempunyai pistol. Mereka menghalang wartawan-wartawan mendekati Fared dan juga mengawasi keadaan sekeliling agar tidak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini dan juga tidak terjangka pada akal manusia biasa yang baik.
Fared berada di dalam bangunan syarikat televisyen dan menaiki pentas apabila dijemput. Pengacara rancangan televisyen untuk siaran temuramah bersiap sedia dihiaskan mukanya menggunakan alat solek yang disolek oleh jurusolek lelaki yang berpakaian ketat dan berwarna-warni pakaiannya serta tergedik-gedik gaya bahasa badan jurusolek lelaki tersebut ketika menyolek dengan penuh ketekukan dan kelembutan akan wajah pengacara program temuramah televisyen wanita itu.

"Three....Two.....One.....Action!" Kata pengarah rakaman tersebut.

Fared sedang duduk di atas sofa sambil menggenggam kedua-dua belah telapak tangannya sambil memikirkan sesuatu. Tenang sahaja Fared duduk di sofa itu tanpa memandang kamera. Beberapa detik kemudian setelah pengacara temuramah itu memperkenalkan Fared dan menyambut kedatangan Fared dengan penuh kemesraan. Fared membalas senyum kepada pengacara wanita itu lalu memandang kamera. Tunduk hormat diberikan.

Pengacara bertanyakan beberapa soalan kepada Fared. Soalan-soalan yang ditanyakan kepada Fared adalah berkenaan latar belakang pendidikan Fared, bilangan ahli keluarga, pengalaman pekerjaan, pengalaman dan kajian membina robot Artificial Intelligence, perasaan akan tragedi tragis yang telah berlaku, pandangan dan juga harapan.

Fared tidak menjawab soalan berkaitan latar belakang pendidikan Fared dan bilangan ahli keluarga kecuali kajian membina robot Artificial Intelligence namun dijawab ringkas dan padat sahaja. Soalan tersebut tidak dijawab dengan jawapan yang terperinci.
__________________________________________________________________

"Encik Fared, ini adalah penjara sementara kamu. Tidak perlu risau, dalam ini adalah bilik. Bilik khas untuk Encik Fared sahaja." Jelas pegawai penjara itu.
"Alhamdulillah, terima kasih." Senyum Fared lalu mengangguk sebagai tanda terima kasih kepada pegawai penjara tersebut.

Fared memasuki bilik penjara tersebut setelah beg berisikan pakaian dan alatan keperluan diri diserahkan kepada Fared oleh pegawai penjara itu tadi lalu pintu besi dikunci. Fared melihat setiap ruang bilik penjara tersebut. Katil yang selesa tersusun kemas dua bantal dan selimut tebal, terdapat tingkap yang berjeriji besi tebal. Meja belajar, meja lipat di atas lantai untuk makan, terdapat singki pada dinding, terdapat rak buku dan buku-buku pada rak itu. Bilik air juga ada di dalam bilik penjara sederhana itu. Berpintu dan berdinding seperti bilik air biasa yang ada di mana-mana rumah kebiasaannya. Selesa dan bersih. Bilik penjara tersebut juga berwarna kuning yang cerah dan mendatangkan perasaan yang tenang dan gembira.

Tidak dilupakan juga tempat penyidai baju. Terdapat sejadah bergantungan kemas pada penyidai baju tersebut. Fared menoleh pula pada meja belajar. Terdapat kerusi roda dan senaskah Al-Qur'an terjemahan di atas meja. Jam dinding bergantungan kemas pada dinding. Fared berjalan pada meja itu lalu membuka laci meja belajar itu. Terasa berat apabila laci itu ditarik. Laci meja itu dibuka. Terdapat tiga batang pensil, sebiji pemadam berwarna hijau cerah, pembaris lutsinar dan sebungkus kertas A4. Semua alat tulis berjenamakan Faber Castell dan kertas A4 berbungkuskan plastik berjenama Double A berwarna biru.

Fared tersenyum lalu duduk di katilnya. Dirinya terasa puas dan sangat-sangat bertuah. Selesa teramat. Fared baring di atas katil. Fikirannya dikosongkan. Fikiran kosongnya diisikan dengan zikir-zikir mengingati Allah. Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tuhan Yang Maha Bijaksana. Setelah sejam berlalu, Fared terlelap. Fared diselimutkan kenyenyakan tidur pada jam 1130 minit tengah hari.
__________________________________________________________________

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience