Part 4 : Lengan Robotik

Fantasy Completed 144

Pelbagai alatan membaiki bersepah di atas lantai. Banyak wayar merata-rata di atas lantai. Fared di dalam bengkel. Fared sedang membina Artificial Intelligence. Wayar badan robot bersambungan dengan komputernya. Robot tersebut hanya mempunyai dua tangan. Fared membuka suatu perisian. Perisian tersebut berwarna putih dan menunjukkan sistem tangan robot yang berfungsi elok serta tiada masalah teknikal. Fared menekan-nekan papan kekunci. Pantas ditekan. Robot tersebut mengangkat tangan lalu menggepal penumbuk. Tangan kanan robot itu yang menggepal penumbuk diangkat tinggi. Satu lagi tangan tidak diangkat. Fared memeriksa sistem tangan robot itu. Terdapat tanda warna merah. Kerosakan dapat dikesan melalui perisian tersebut.

"Fared?"

Fared memalingkan wajahnya ke arah suara tersebut. Terbeliak mata Fared. Ah Cheong nampak Fared cuba membina robot. Ah Cheong juga terkejut melihat apa yang Fared sedang lakukan. Ah Cheong jalan berdekatan Fared. Ah Cheong menanggalkan cermin mata hitamnya. Ah Cheong membuka matanya seluas-luasnya. Ah Cheong melihat robot bertangan tanpa kepala yang beraada di atas kerusi berhampiran meja kerja dibina oleh Fared itu dengan lebih dekat. Fared terkejut melihat Ah Cheong. Rahsianya terbongkar untuk membina robot berfikiran manusia.

"Kamu hendak bina robot? Untuk apa? Robot pembantu rumah?" Soal Ah Cheong.

"Lebih dari itu Ah Cheong. Saya nak bina lebih daripada kebiasaan orang lain bina."

"Wah bagus, bagus. Harap kamu teruskan bersemangat membina robot." Puji Ah Cheong akan Fared yang sedang duduk di meja sambil programming.

"Ada apa Ah Cheong? Datang ke mari." Soal Fared kepada Ah Cheong.

"Tiada apa-apa, saya ada barang yang hendak diambil." Jawab Ah Cheong.

"Ohh."

"Saya pulang dahulu." Kata Ah Cheong.

"Orait Ah Cheong."

Ah Cheong beredar. Fared membuka perisian pemain muzik pada komputernya. Bluetooth berjaya disambungkan. Speaker dihidupkan lalu memainkan muzik metalcore di dalam garaj tertutup yang mempunyai tingkap besar dan mempunyai cahaya yang cukup untuk Fared membina robot. Fared meninggalkan komputernya dan mengambil pemutar skru lalu pergi membaiki tangan robotnya. Robot tersebut dibaiki tangannya yang mempunyai empat jari yang bersambung. Fared terfikir untuk menukarkan jari robot supaya mempunyai jari seperti manusia biasa. Fared kembali membaiki tangan kiri robotnya setelah merenung pada jari robot.

Jam pada dinding menunjukkan jam 7 petang, matahari semakin terbenam. Fared sedang membina penyarung tangan alat kawalan lengan robot jarak jauh. Alat kawalan tangan robot tersebut siap dibina. Fared memakai alat kawalan sarung lengan tersebut pada tangan kanannya.

Fared menekan butang pada sarung lengan itu. Fared menghulurkan tangannya lalu membuka kelima-lima jarinya. Tangan kanan robot bergerak sebagaimana tangan Fared bergerak. Jari tangan robot sahaja yang perlu ditukar agar sama bentuk dengan jari manusia.

"Alhamdulillah. Buat sedikit demi sedikit, lama-lama in sya Allah siap."

Fared kembali duduk di kerusi setelah berdiri. Fared mematikan pemain muzik pada komputernya. Fared menghembus nafas dengan kuat. Fared mengemaskan barangan di atas meja. Selepas itu, Fared mengemas lantai. Badan robot diletakkan ditepi dinding. Kain hitam diambil lalu menutup robot itu. Fared menutup semua suis elektrik dan keluar dari dewan garaj yang menjadi bilik kerja Fared sambil menggalas beg hitam komputer riba miliknya.

Fared menaiki motorsikalnya dan beredar dari kawasan syarikat itu. Tiba di kawasan apartment, Fared memberhentikan motorsikalnya di parkir motorsikal. Fared melihat sekelilingnya. Ramai budak remaja bermain di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, gelanggang badmintion dan juga di parkir kereta dan motorsikal.

"Hei budak-budak. Bahaya bermain di parkir!" Jerit Fared kepada budak-budak di situ.

Budak-budak yang bermain di parkir terus berlari beredar dari tempat tersebut. Fared mengeluh dan masih terfikirkan tentang penganggur yang dibunuh pada beberapa hari yang lepas. Fared berjalan menuju ke kedai kopi kecil kawasan apartment itu. Television di atas almari pendek yang di tepi dinding memaparkan berita. 'Enam penganggur mati tanpa ihsan'. Fared tundukkan wajahnya sambil berjalan menuju ke tangga. Tiba-tiba Fared mendapat ilham.

Fared terus berlari menuju ke rumahnya. Pantas sekali, Fared masuk ke dalam rumahnya. Komputer riba miliknya dibuka dan dihidupkan. Perisian untuk programming dibuka. Fared terus menaip pelbagai angka, simbol dan nombor.

"Baik, terima kasih." Kata Fared setelah bertemu dengan ahli lembaga pengarah untuk membincangkan ideanya lalu mengambil failnya dan beredar dari bilik mesyuarat.

Fared kembali di meja kerjanya dan menyambung kerja programming. Dia tersenyum dan berkata pada dirinya.

"Asalkan aku dapat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat." Tersenyum Fared untuk dirinya sendiri.

"Apa kau buat Fared?" Soal Ah Cheong kepada Fared yang sedang melukis di komputer.

"Aku sedang buat blueprint untuk projek baru syarikat." Kata Fared.

"Wow, ada kerja baru. Kerja bina laman sesawang masih buat?" Tanya Ah Cheong kepada Fared.

"Yes dan ya, aku masih buat laman sesawang tetapi kali ini laman sesawang untuk projek baru" Balas Fared.

"Wah, semakin maju." Puji Ah Cheong.

"Ha ha ha, tidak apa-apalah, terima kasih."

"Projek apa ini?" Soal sekali lagi Ah Cheong.

"Projek robot ronda." Jawab Fared.

"Robot ronda? Apa itu?"

Fared memberhentikan kerja programmingnya seketika lalu memandang Ah Cheong dan menerangkan projek yang sedang diusahakannya.

"Projek robot ronda adalah membina robot secara besar-besaran. Dengan adanya robot ronda ini, jenayah sekitar bandar akan berkurangan. In sya Allah ramai pelabur dan rakan usaha akan terlibat dalam projek ini. Kiranya, robot-robot akan menggantikan kerja polis ronda."

Ah Cheong duduk di kerusi berdekatan Fared.

"Apa fungsi polis peronda? Habislah kerja polis peronda. Tiada kerja nanti untuk mereka." Soal Ah Cheong.

"Tidak tahulah, aku tiada jawapan buat masa ini. Kalau ada jawapan, aku akan jawab soalan akan datang."

"Okay." Balas Ah Cheong.

Ah Cheong kembali ke bilik kerjanya. Ah Cheong teringat akan sesuatu. Ah Cheong kembali ke bilik kerja Fared.

"Fared, jam 11 nanti kita ada tetamu." Beritahu Ah Cheong kepada Fared.

"Siapa?" Tanya Fared.

"Budak yang sudah buat pembedahan untuk projek lengan robot."

"Ohh, baru teringat." Kata Fared.

"Cepat, kita perlu bersiap."

"Baik." Jawab Fared.

Fared menyiapkan kerja akhir dalam projek lengan robotik. Ah Cheong pula memeriksa lengan robotik tersebut.

"Kesemuanya sudah siap. Langkah terakhir pula, iaitu langkah penyerahan." Kata Fared.

"Apa? Menyerah kalah?" Terkejut Ah Cheong.

"Bukan, berserah kepada ilahi." Ketawa Fared.

Kereta hitam jenama 'PROTON PERDANA' berhenti di parkir VIP berdekatan pintu masuk. Seorang lelaki berpakaian formal keluar dari pintu penumpang bahagian hadapan kiri kereta. Orang tersebut berbadan sasa, memakai earphone bluetooth berwarna putih di telinga kirinya, memakai blazer hitam, berbaju putih dan bertali leher hitam. Dia berjalan ke pintu penumpang belakangnya. Seorang lelaki buncit dan berpakaian serba putih sehingga ke kasutnya kecuali rambut dan misainya yang hitam. Seorang budak lelaki keluar dari kereta mengikut lelaki berbaju putih tersebut. Budak itu berbaju formal hitam, tali leher, blazer, kasut kecuali baju dalamnya putih. Dia mempunyai tangan kiri sahaja, tangan kanannya tiada.

Dua buah lagi kereta 'PROTON PERDANA' berhenti juga di parkir VIP berdekatan pintu syarikat Terminal Vector. Pemandu kereta 'PROTON PERDANA' yang berbadan sasa turut keluar dari tempat pemandu tersebut. Kereta dikunci. Dua orang berbadan sasa itu merupakan bodyguard. Setelah kesemua penumpang kereta berjenama tersebut turun, terdapat lima belas orang berada di hadapan syarikat Terminal Vector termasuk seorang lelaki buncit dan seorang budak kecil.

Kesemua pekerja syarikat Terminal Vector berasa ketakutan dan ada juga yang berasa kehairanan. Ah Cheong dan ahli lembaga pengarah menyambut tetamu istimewa dengan penuh hormat. Seterusnya mereka masuk ke dalam syarikat Terminal Vector. Beberapa orang pekerja syarikat Terminal Vector yang bertugas, menyambut tetamu VIP dari dalam bangunan.

Mereka semua bergerak ke dewan rasmi Syarikat Terminal Vector. Sedikit ucapan dari Ah Cheong dari pentas, sedikit juga ucapan bagi mempromosikan kerja dan usaha serta sumbangan syarikat Terminal Vector terhadap masyarakat dan negara. Setelah majlis penghargaan dilakukan, hadiah ringan turut diberikan kepada tetamu VIP termasuk bodyguard-bodyguard. Seterusnya, upacara memasangkan lengaan robotik pada seorang budak lelaki di tengah-tengah ruangan bangunan di mana kawasan orang lalu lalang.

Budak lelaki itu berumur 9 tahun. Dilahirkan tanpa tangan kanan. Mujurlah bapanya seorang kaya gila. Pelabur saham dalam negeri. Hampir kesemua syarikat di dalam negara ini dilabur wang oleh ayahnya. Seorang businessman berjaya namun bukan sahaja kaya, pemilik syarikat talian internet. Dengar kata orang ramai, ayahnya bermula dari menjadi ejen penjual sim card pada zaman abah dan mak kecil. Tahun 1980 agaknya. Sudah menjadi pemilik syarikat telekomunikasi. Bertuah buda kecik itu dilahirkan dalam kalangan keluarga kaya raya gila. Tangan robotik pun dicadangkan oleh bapanya sendiri kepada Syarikat Terminal Vector aku kerja ini. Banyak duit dilaburkan dalam syarikat ini. Majoriti saham syarikat ini dikuasai bapanya. Hebat.

Ah Cheong memegang lengan robotik dengan kemas. Fared memeriksa status lengan robotik dengan teliti pada komputer di atas meja. Fared mengangguk kepala menandakan selamat untuk dipasang kepada Ah Cheong. Ah Cheong memasangkan lengan robotik kepada bahu kanan budak lelaki itu. yang duduk di kerusi bersebelahan meja yang Fared sedang duduk dan mengoperasi secara digital melalui perisian komputer.

"Ah!" Jerit kesakitan budak lelaki kecil itu.

Setelah dipasang dengan kemas dan cepat, Ah Cheong minta budak lelaki itu cuba menggerakkan tangannya. Jari jemari mula bergerak. Budak lelaki itu menghulurkan tangan kanan baharunya. Tangan robotik. Budak lelaki itu tersenyum lebar. Budak lelaki itu gerak dan menggerakkan lagi lengan robotiknya. Kesemua orang di kejadian tersebut bergembira dan teruja melihat kejadian itu. Semua bertepuk tangan dan bersorak-sorak kerana tidak pernah lagi melihat keadaan sebegitu termasuk bodyguards. Pengarah syarikat berjabat tangan dengan lelaki berpakaian serba putih itu yang merupakan seorang ayah kepada budak lelaki tersebut.

Akhirnya sesi bergambar, amat meriah sekali kejadian tersebut. Fared tersenyum gembira. Malaysia menuju kemajuan agaknya.

Ah Cheong menjadi ikon syarikat Terminal Vector. Ucapan Bahasa melayu yang fasih seperti orang melayu, petah berbahasa Inggeris, Mandarin dan juga Hokkien. Aku penat buat kerja, dia jadi ikon. Dia paling menyerlah dalam membuat penampilan atau persembahan. Dia sesuai sangat jadi pengurus. Mesti ada sebab kenapa dia di bahagian teknikal kejuruteraan sistem teknologi informasi. Aku hanya programmer. Bekerja setiap hari update sekuriti laman sesawang, keselamatan internet daripada menceroboh. Penggodam seperti aku memang sesuai bekerja untuk perkara seperti ini. Aku penggodam, aku tahu jalan dan akal penggodam. Orang seperti Ah Cheong hebat dalam menangani masalah melibatkan penampilan atau percakapan. Aku pakar baiki masalah dalaman, pengurusan sitem teknologi, itu sahaja. Aku perlu dapatkan Master secepat yang mungkin. Tidak boleh tangguh-tangguh.

"Fared!"

Fared menarik wajahnya di hadapan komputer apabil terdengar suara yang dikenalinya. Fared kelihatan tdaik bertenaga setelah mendengar suara tersebut.

"Malam akan datang Fared. Malam akan datang!" Kata Aiman dengan gembira sekali.

"Kenapa Aiman?" Soal Fared yang sedang membuat kerja programming kepada Aiman sedang dalam keadaan teruja datang kepadanya.

"Salah seorang ahli lembaga pengarah hendak mengadakan parti! Mesti seronok gila!" Aiman sedang teruja.

"Parti? Lain macam bunyinya." Fared kemusykilan.

"Encik Harris nak buat parti sempena kejayaan kita membina lengan robotik! Dia nak buat majlis penghargaan macam itulah."Tambah Aiman.

"Oh. Kenapa pula dia beriya-iya untuk buat parti? Kan lengan robotik itu pun telah dijual."

"Manalah aku tahu, tanya Shah. Shah tahulah kut sebab dia bekerja dengan ahli lembaga pengarah bahagian pengurusan pentadbiran." Jawab Aiman.

"Aku nak buat kerja, nanti kita sembang ya." Kata Fared kepada Aiman.

Jam di komputer pejabat bilik kerja Fared menunjukkan jam 4.40 petang. Sepatutnya Fared pulang ke rumah namun dia masih tidak pulang. Fared ingin keluar dari bilik kerja jika tiada lagi orang di pejabat. Fared selalu pulang lewat dari pejabat kerana itu hobinya, belajar secara sendirian mengenai kejuruteraan mesin, kejuruteraan komputer, kejuruteraan perisian, dan lain-lain lagi. Fared kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Dia sedang membaca di komputer. Dia menguap lalu menutup mulutnya dengan tangan kanan. Penat menghadap komputer sepanjang masa tanpa bersosial dengan rakan sekerja yang lain.

Fared berjalan ke pintu kaca bilik kerjanya. Dia menjenguk keadaan luar melihat melalui pintu dan dinding kaca bilik kerjanya. Fared mengeluh. Tiga orang wanita bersembang dengan lelaki berkaca mata serta berjanggut. Berpakaian kemas. Kelihatan seperti orang high-class. Pakaiannya mengikut bentuk badannya. Kurus dan agak tinggi. Tampan pun boleh dikatakan. Cita rasa perempuan. Mereka bergelak ketawa sejak jam 3.30 petang. Ada juga yang berada di penjuru tingkat atas. Berbual-bual seorang lelaki dan seorang perempuan di tebing betul-betul berdiri bersebelahan. Tiada batas pergaulan di syarikat ini. Itu masalahnya dan juga menjadi punca mengapa Fared suka pulang lewat.

Fared kembali ke garaj, menyelesaikan apa yang patut. Fared mengeluarkan sarung tangan besi yang berwayar dari almari besi. Beberapa wayar hitam, kuning, merah dan hijau dikeluarkan. Fared menggantungkan badan robot pada rantai besi yang diikat pada tiang mudah-alih beroda. Wayar disambungkan pada komputer dan sarung tangan besi. Kedua-dua tangan robot yang tanpa badan bahagian bawah dan kepala digerakkan menggunakan alat kawalan sarung tangan yang disambungkan wayar pada komputer tanpa menyambungkannya pada robot tersebut.

"Deactived" Arahan suara diberikan oleh Fared.

Tangan robot berhenti di posisi paling akhir di mana tangan Fared berada. Fared duduk di kerusi di hadapan komputernya yang di atas meja. Fared kembali kepada programming.

Pada waktu malam, Fared berada di atas salah satu bangunan di bandar berdekatan bangunan yang tinggi suatu syarikat yang bertulis 'Artifak Intelek' pada papan kenyataan di bangunan. Fared berlari dari bangunan ke suatu bangunan. Melompat melepasi ruang jarak di antara suatu bangunan dan bangunan lain. Fared melakukan parkour sambil menuju ke bangunan syarikat Artifak Intelek. Fared menuruni tangga di sisi bangunan. Dia berjalan menghampiri pagar besi bangunan syarikat itu.

Telefon pintarnya dibuka. Sambungan wi-fi dapat dikesan. Fared menyambungkan telefon pintarnya dengan sambungan wi-fi. Fared Cuma menggodam wi-fi menggunakan telefon pintarnya. Camera CCTV berjaya disambungkan. Pagar dibuka secara automatik. CCTV digelapkan. Pengawal keselamatan terkejut melihat skrin CCTV menjadi gelap. Dengan tenang, Fared menyorok di sebalik dinding bilik pengawal keselamatan. Komputer bilik pengawal keselamatan berjaya digodam oleh Fared. Pagar kembali ditutup. Pintu masuk syarikat dibuka. Fared memasuki bangunan itu dengan cepat. Dia berlari dengan cepat mencari bilik pekerja kontraktor pembersihan. Pintu dibuka. Fared membuka almari yang berlabel 'uniform'.

Fared memakai baju unfirorm kontraktor pembersihan. Dia keluar dari bilik itu dan memeriksa kamera cctv pada telefon pintarnya sambil menolak alatan pembersihan. Setingkat demi tingkat, setiap tingkat dan setiap penjuru diperiksa. Pelbagai jenis makmal teknologi komunikasi dan informasi di periksa.

Terdapat sebuah dewan yang agak luas. Ramai orang bekerja di situ walaupun sudah menunjukkan jam 11 malam. Fared memasuki dewan tersebut yang dipenuhi meja kerja, dan juga supercomputer. Agak sukar untuk menyambungkan supercomputer dengan alamat komputernya hanya menggunakan telefon pintar. Fared mengambil beberapa tong sampah dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Fared berdiri bersebelahan supercomputer lalu mengeluarkan komputer riba mininya dan disambungkan pada supercomputer secara senyap senyap. Fared menekan beberapa butang papan kekunci.

Kesemua perisian menggodam dihidupkan. Komputer riba mini miliknya diletakkan di belakang langsir tingkap. Langsir ditarik hingga berdekatan supercomputer. Tong sampah berdekatan diambil lalu dimasukkan ke dalam plastik hitam yang berada di dalam bakul plastik pada troli kontraktor pembersihan. Kesemua tong sampah di dalam dewan itu diambil dan dimasukkan ke dalam plastik hitam bagi mengaburi tingkah lakunya dikesan oleh pekerja-pekerja di situ.

Fared memasuki tandas. Telefon pintarnya kembali dibuka. Fared membuka bluetooth telefonnya. Beberapa perisian dibuka. Fared mengawal komputer riba mininya melalui telefon pintar. Menggodam melalui telefon pintar akan menjadi lebih sukar. Fared mengambil troli dan membawa masuk troli tersebut ke dalam bilik stor. Komputer ribanya dibuka lalu menyambung wayar USB telefon pintarnya kepada komputer ribanya. Godaman diteruskan namun kali ini melalui komputer ribanya.

Salah seorang pekerja di makmal komputer tersebut terdengar supercomputer berbunyi perlahan. Dia terus memeriksa komputer di meja kerjanya. Mata dia terbeliak.

"Supercomputer sedang digodam!" Jerit pekerja yang memeriksa komputer di mejanya.

Kesemua pekerja makmal komputer tersebut pergi ke meja kerja masing-masing. Kesemua mereka membalas serangan godaman Fared. Fared tersenyum. Menggodam kali ini mencabar. Tiba-tiba kesemua komputer di dalam makmal tersebut lumpuh. Semua komputer mati secara sendiri. Rupa-rupanya Fared mencucuk pemacu kilat berwarna hitam pada supercomputer sebelum masuk ke dalam tandas. Mengalahkan pihak lawan yang menggunakan supercomputer dengan menggunakan sedikit godaman dan ambil alih senjata terkuat pihak lawan. Ternyata Fared sungguh bijak.

Fared berjalan masuk ke dalam makmal komputer seperti tiada apa-apa yang berlaku. Para pekerja yang di dalam makmal itu sibuk cuba menghidupkan komputer. Ada yang sedang meminum air mineral dan juga ada yang berkumpul dan membincangkan permasalahan. Fared cepat-cepat mencabut pemacu kilat berwarna hitam dan menyimpan komputer riba mininya di dalam beg yang berada di belakang langsir bersebelahan supercomputer di makmal komputer tersebut. Fared kembali keluar dari makmal komputer tersebut bersama troli kontraktor pembersihan. Terima kasih kepada supercomputer tersebut, banyak supercomputer dapat disambungkan. Seluruh supercomputer di dalam bangunan itu berjaya menjadi sebahagian milik Fared.

Fared melihat rakaman kamera CCTV pada telefon pintarnya di dalam stor kontraktor pembersihan. Dia tersedar perkara yang pelik. Seorang lelaki menekan sesuatu pada butang elevator. Fared zoom in rakaman tersebut. Lelaki itu menekan butang bergambar loceng buat seketika lalu menekan butang 13, 3, 20, G, 19, 10, 3.

Fared pergi ke elevator. Fared melakukan hal yang sama. Fared menekan butang bergambar loceng selama 5 saat lalu menekan butang 13, 03, 20, G, 19, 10, 03. Elevator bergerak secara automatik menuju ke atas. Selepas tingkat 20, terdapat tingkat 21, 22, dan 23 kerana skrin pada butang elevator menunjukkan nombor tiingkat tersebut. Suara keluar dari speaker elevator.

"Sila tekan butang ke atas atau ke bawah untuk menuju ke tingkat seterusnya." Suara perempuan.

Fared menekan butang buka pintu. Pintu terbuka, Fared bersembunyi di tepi pintu elevator. Ruang tingkat 21 gelap. Gelap gelita. Tiada cahaya. Fared mencari suis lampu. Suis lampu ditekan. Terus tingkat 21 dipenuhi cahaya. Mata Fared terbeliak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience