Part 5 : Artificial Intelligence

Fantasy Completed 144

Mata Fared terbeliak. Banyak komponen-komponen, alatan-alatan, robot-robot yang tidak pernah dilihat oleh Fared. Terdapat suatu teknologi yang berbentuk seperti otak dan terdapat wayar-wayar padanya dan juga wayar-wayar tersebut bersambung pada pelbagai komputer canggih serta supercomputer. Fared memegang kepalanya. Terkejut. Sungguh terkejut. Fared ambil salah satu kerusi dan duduk pada kerusi tersebut. Fared segera membuka telefon pintarnya. Dia ingin memeriksa kamera CCTV namun tiada talian atau sambungan wi-fi melainkan wi-fi untuk tingkat di mana Fared berada. Fared membuka almari besi satu persatu. Terjumpa beberapa blueprints lalu Fared membacanya. Fail diambil dan dibuka satu persatu. Kesemua bahan kajian makmal robotik syarikat itu Fared membacanya dengan laju sekali.

Fared menghidupkan salah satu komputer yang ada di dalam makmal tersebut. Pemacu kilat dicucuk pada dekstop komputer yang Fared telah hidupkan. Kata laluan berjaya dilangkaukan. Fared mencari fail-fail yang penting. Blueprints digital telah dijumpai namun semua fail berkunci. Fared install salah satu perisian yang ada dari pemacu kilat hitamnya menggunakan komputer itu. Fail berjaya digodam oleh Fared. Fared membaca blueprints yang ada di dalam fail. Maklumat lengkap mengenai Artificial Intelligence. Siap tertulis dan memaparkan building maps. Sangat membantu Fared. Fared mengambil komputer riba dari troli lalu menyambungkan wayar pada supercomputer. Sambungan tidak berjaya. Kesemua perisian menggodam diaktifkan. Kesemua perisian gagal menggodam supercomputer tersebut.

Fared terkejut dan mula risau. Fared mendapat akal lalu terus mencucuk hard disk pada komputer makmal tersebut. Kesemua perisian diinstall oleh Fared. Fared menggodam komputer makmal tersebut lalu berjaya memasuki supercomputer.

Supercomputer tidak membenarkan sebarang gajet menyambung kepada supercomputer tersebut melainkan melalui komputer makmal tersebut yang sedia ada. Fared cuba mengaktifkan sambungan supercomputer dengan internet. Sambungan berjaya. Fared cuba menggodam supercomputer agar supercomputer sentiasa bersambungan dengan komputer peribadi Fared yang berada di rumah untuk mendapatkan maklumat pada setiap masa. Godaman berjaya.

Fared menyelam supercomputer itu melalui komputer makmal tersebut. Supercomputer tersebut bersambungan dengan robot-robot yang ada di dalam makmal. Fared melangkau kata laluan lalu menguasai robot-robot tersebut. Robot-robot tersebut tidak aktif namun sistem mindanya aktif di dalam supercomputer. Fared duduk diam dan tenang. Fared bangun lalu pergi komputer yang bersambungan dengan mesin seakan seperti otak manusia namun dalam bentuk besi dan berwayar.

Komputer dihidupkan. Fared mencucuk pemacu kilat berwarna hitam. Hard disk disambungkan menggunakan wayar. Kesemua maklumat yang ada di dalam komputer itu disalin dan dipindahkan ke dalam Hard Disk Fared. Fared menyambungkan komputer itu dengan wi-fi makmal itu. Terpapar amaran pada skrin. Tertulis amaran bahawa internet memberi kesan kepada Artificial Intelligence dan berkemungkinan akan rosak akibat dijangkiti virus komputer.

Fared menyambungkan supercomputer tersebut dengan internet. Secara automatik, pelbagai perisian keselamatan diaktifkan. Terpapar pada skrin Monitor menunjukkan tertulis 'MOD MENYELAM'. Fared memasuki server yang dibina sendiri. 'Mod pembersihan' terpapar pada skrin. Fared memasukkan kata laluan dan email. Sambungan berjaya. Langkah terakhir, Fared menyalin kesemua maklumat yang ada lalu dipindahkan ke dalam server milik Fared. Maklumat disimpan dalam server atau erti kata lain 'cloud' memudahkan Fared menyimpan maklumat tanpa menggunakan Hard Disk. Fared berehat seketika dna melihat telefon pintar miliknya. Dia tersenyum kecil.

Setelah mengendalikan supercomputer, Fared menangkap gambar makmal tersebut. Blueprints, hasil kajian, robot-robot dan fail-fail yang terdapat dalam almari dan di atas meja kerja makmal tersebut ditangkap gambar oleh Fared menggunakan telefon pintarnya. Fared mematikan komputer tersebut dan seterusnya memasuki elevator dan menekan butang elevator yang menunjukkan naik ke atas. Sekali lagi, telefon pintar diperiksa oleh Fared. Rakaman lama kamera CCTV dimainkan. Tiada apa apa kata laluan yang diperlukan untuk pergi ke tingkat 22. Tingkat 23 memerlukan kata laluan. Namun tingkat 23 berlainan dengan tingkat yang lain.

Merujuk pada video rakaman kamera CCTV tersebut, tiada pintu, tiada laluan, dan tiada laluan masuk kecuali pintu besi yang tebal dan kuat. Kata laluan hanya boleh ditekan pada butang elevator. Fared meneliti video tersebut. Rakaman video itu di zoom in oleh Fared. Kata laluan ditekan oleh seorang lelaki. Fared dapat membaca kata laluan tersebut. Fared menutup telefon pintarnya lalu menekan butang naik ke atas.

"Tingkat 22." Speaker bersuara.

Pintu elevator terbuka automatik. Sekali lagi Fared terkejut. Tingkat 22 dipenuhi dengan supercomputers. Tingkat 22 dihuni oleh supercomputers. Banyak wayar bersambung kemas di lantai. Fared masuk ke dalam bilik supercomputers tersebut. Troli kontraktor pembersihan ditarik dan diletakkan di tepi supercomputers oleh Fared. Tingkat 22 yang Fared berada, kesemua supercomputers tersusun elok, berbaris. Fared berjalan dan melihat tingkat 22 itu. Hanya ada supercomputers dan wayar-wayar yang bersambungan. Fared meneliti wayar-wayar tersebut. Fared berjalan mengikut wayar-wayar tersebut. Setelah diteliti dan berjalan hampir ke semua supercomputers, Fared terjumpa induk kepada supercomputers.

Seperti biasa, Fared menyambungkan induk supercomputer menggunakan wayar USB kepada komputer ribanya. Semua perisian dihidupkan lalu melangkau kata laluan. Induk kepada supercomputers digodam oleh Fared. Tidak berjaya. Fared sudah jangka sememangnya tidak berjaya untuk menggodam tingkat 22 yang dpenuhi supercomputers. Fared cuba dan mencuba, tetap tidak berjaya. Supercomputers tidak dapat disambungkan ke internet oleh Fared. Fared mencucuk pemacu kilat pada komputer ribanya. Tetap tidak berjaya. Fared mengembara ke dalam supercomputers melalui memasuki supercomputers menggunakan komputer ribanya. Fared mendapat akal. Pantas sekali Fared mencari tetapan. Supercomputers tingkat 22 itu berjaya menghubungkan talian atau internet melalui menyambungkan sambungan dengan supercomputers yang lain luar daripada tingkat 22. Sambungan kepada internet berjaya.

Segala maklumat disalin dan dihantar kepada server yang telah Fared bina sebelum ini. Server berfungsi menggantikan hard disk yang mahal namun hanya boleh dibuka dan digunakan ketika hanya terdapat internet. Fared memikirkan bagaimana hendak muat turun maklumat yang terlalu banyak tersimpan di server. Fared mencaabut wayar USB kerana supercomputers telah ditetapkan oleh Fared untuk terus menghantar maklumat ke server milik Fared. Barang-barangan menggodam Fared kembali disimpan ke dalam troli kontraktor pembersihan.

Telefon pintar dibuka. Jam menunjukkan jam 1 pagi. Sudah terlalu lewat. Seterusnya bergerak ke tingkat 23. Tingkat yang terakhir untuk diceroboh. Kata laluan ditekan pada butang elevator. Pintu gerbang besi yang kuat terbuka. Fared terkejut. Tingkat 23 sudah bagaikan kilang kecil membina robot Artificial Intelligence berbadan seperti manusia. Terdapat beberapa robot yang dihasilkan menggunakan tangan, secara manual. Ada robot yang bergantungan, ada robot yang berbaring di meja besi, ada yang sedang dibina oleh beberapa saintis. Fared membuka telefon pintarnya lalu mengaktifkan mengesan gelombang wi-fi. Wi-fi berjaya disambungkan. Fared menekan beberapa kali pada skrin. 'Penyambungan berjaya' terpapar di skrin telefon pintar Fared.

"Hoi! Siapa kau!?" Jerit salah seorang saintis.

Fared terkejut lalu menekan butang tutup pintu elevator. Pintu elevator tertutup lalu Fared menekan butang G. Tingkat paling bawah sekali. Salah seorang saintis menarik picu keselamatan elevator dengan pantas. Elevator yang baru sahaja bergerak, terhenti pada tingkat 22. Fared berlari memasuki tingkat 22.

"Polis, kami ada penceroboh di bangunan utama Syarikat 'Artifak Intelek'! Kecemasan! Penceroboh berada di tingkat 22. Tiada jalan keluar di tingkat 22" Salah seorang saintis menelefon polis dari tingkat 23.

Fared berlari di tepi dinding sambil menyentuh dinding. Tangan Fared terlanggar sesuatu. Fared berasa amat sakit pada tangannya setelah terlanggar kuat pada sesuatu yang keras. Fared meraba-raba pada dinding. Fared yakin bahawa tangannya terlanggar sesuatu di permukaan dinding. Tiba-tiba Fared menyentuh sesuatu yang keras. Ianya bulat dan bersambungan pad sesuatu. Fared memulas benda yang bulat tidak berkelihatan itu. Tangannya juga hilang bagaikan tenggelam ke dalam dinding. Tombol pintu ditarik. Rupa-rupanya pintu tangga laluan kecemasan kebakaran yang disembunyikan di sebalik hologram yang memaparkan dinding palsu. Hologram semata-mata.

Pintu tangga kecemasan kebakaran dibiarkan terbuka, Fared segera berlari ke elevator yang pintunya disangkutkan dengan troli kontraktor pembersihan daripada pintu elevator tertutup.

"Elevator tidak bergerak." Kata salah seorang saintis yang memeriksa keadaan bangunan dan sistem sekuriti bangunan di komputer makmal robotik saintis itu.

Barang-barangan Fared diambil dari troli lalu berlari ke tangga kecemasan kebakaran. Dengan pantas Fared menuruni tangga hingga ke tingkat 20. Fared keluar berlari menuju ke tangga yang lain. Fared menuruni tangga dengan pantas.

"Semua kamera CCTV tidak berfungsi!" Kata salah seorang saintis.

"Matikan sistem elevator!" Kata salah seorang saintis yang lain.

Fared menuruni tangga dengan pantas. Sudah tentu Fared dalam keadaan berpeluh. Basah bajunya. Mengambil masa yang tersangat lama akibat menggunakan tangga ketika cuba melarikan diri. Jika menggunakan elevator, sudah lama Fared pasti terperangkap dan ditangkap. Penjara akan menjadi tempat tinggal yang baru. Fared berhenti sebentar dan memeriksa telefon pintarnya. Fared mengakses sistem sekuriti bangunan tersebut melalui wi-fi. Sudah dijangka oleh Fared, elevator semuanya telah dikunci dan dilumpuhkan sistemnya. Kamera CCTV pula diperiksa. Terdapat tiga kereta polis yang berada di luar bangunan. Beberapa anggota polis yang lain menaiki tangga. Fared memeriksa kamera CCTV di tangga yang Fared berada. Tiada polis. Bangun tersebut mempunyai empat tangga. Tiga tangga sedang digunakan oleh pegawai polis. Mujur tiada polis yang menggunakan tangga dituruni Fared.

Fared menyambung menuruni tangga sambil memeriksa kamera CCTV di tangga yang dituruni melalui telefon pintarnya. Elevator tidak dapat diaktifkan semula melalui telefon pintar kerana akses yang sebenar adalah dari tingkat 23. Fared terkejut melihat kamera CCTV. Ada beberapa anggota polis menaiki tangga yang sedang dituruni Fared. Sekali lagi Fared memeriksa telefon pintarnya. Semua elevator berada dalam mod cemas. Pintu elevator dikunci dan turun ke tapak G secara automatik. Fared segera menuruni tangga kerana anggota polis yang berada di tangga yang sama baru sahaja berada di tingkat 5. Fared pula berada di tingkat 12. Menuruni tangga diteruskan leh Fared. Anggota polis berada di tingkat 7.

Kini Fared berada di tangga 10. Fared terus keluar dari tangga kecemasan kebakaran lalu menutup pintu tangga. Fared menunggu anggota-anggota polis menaiki tangga melepasi tingkat 10. Fared menunggu dan bersabar. Fared dalam ketakutan. Fared mendengar bunyi tapak kaki yang laju menaiki tangga. Akhirnya anggota polis melepasi tingkat 10. Fared membuka telefon pintarnya. Menunggu anggota-anggota polis melepas tingkat 13 supaya anggota-anggota polis tidak mendengar Fared cuba melarikan diri menggunakan tangga yang sama. Apabila anggota-anggota polis berada di tingkat 13, terus berlari Fared menuruni tangga.

Sebelum melarikan diri, Fared menyinggah di bilik kontraktor pembersihan. Pakaian kerja kontraktor pembersihan diletakkan kembali di dalam almari. Kemas digantung di dalam almari menggunakan besi penyangkut baju. Setelah itu, Fared keluar bangunan syarikat 'Artifak Intelek' menggunakan pintu kecemasan kebakaran bangunan itu, Fared terus berlari melepasi pagar. Anggota polis yang bersandar sambil merokok pada kereta polis itu tersedar Fared sedang berlari melepasi pagar bangunan itu.

"Hoi! Berhenti!" Jerit anggota polis itu.

Fared memecut lariannya. Lari dan lari. Anggota polis yang menjerit padanya tadi menaiki kereta lalu menghidupkan kereta. Sayangnya, Fared telah pun menunggang motorsikalnya lalu memecut meninggalkan kawasan berdekatan bangunan tersebut. Fared menunggang dengan laju sekali. Fared tersenyum gembira lalu tertawa. Keluar air matanya. Dia selamat melarikan diri.

Keesokkan paginya, beberapa wartawan hadir ke bangunan syarikat 'ARTIFAK INTELEK' dan juga ahli penyiasat seperti CSI, anggota polis dan detektif yang ditugaskan untuk menyiasat kejadian malam semalam. Namun tiada petunjuk melainkan troli yang menahan pintu elevator daripada tertutup.

"Jika tiada berlaku kecurian atau sabotaj, kita mungkin perlukan polis siber atau CSI bahagian siber."Kata seorang detektif yang agak sasa badannya dan berwajah seperti seorang kuat dan tegas. Berwajah seakan seorang komander. Berpetak wajahnya. Berkaca hitam dan berbaju formal.

"Mr. Hill." Panggil seorang CSI berbangsa cina kepada Mr. Hill yang merupakan seorang detektif berbadan sasa, berwajah petak, berkaca hitam dan berbaju formal.

"Ya, apa dia? Ada sebarang petunjuk baru yang ditemui?"

"Ada tetapi perlu diperiksa tingkat 21. Tingkat 21 merupakan kali terakhir di mana suspek berada dan troli di tinggalkan di pintu elevator. Tidak pasti bagaimana mereka atau sesiapa pun berjaya dapat melepaskan diri. Tingkat tersebut tiada tingkap dan tiada pintu keluar melainkan hanya elevator. Mustahil melarikan diri melalui elevator kerana elevator tersangkut akibat troli menghalang pintu elevator daripada tertutup."

"Ya Allah, magis apakah ini." Kata Mr. Hill.

"Encik Faisal kata dia ternampak orang berlari dari bangunan keluar melepasi pagar. Encik Faisal tidak sempat untuk mengejar orang tersebut. Pekerja-pekerja mengesyaki bahawa penceroboh berada di kalangan kontraktor pembersihan." Kata CSI berbangsa cina itu.

"Kejadian supercomputer digodam di makmal di mana terdapat ramai pekerja muda yang bekerja shift malam terjadi apabila terdapat kehadiran kontraktor pembersihan. Mereka mengesyaki pekerja tersebut yang menggodam supercomputer." Tambah CSI berbangsa cina tersebut.

"Perlu berjumpa pengurus kontrak pembersihan untuk soal siasat kesemua pekerjanya." Kata Mr. Hill.

Datang seorang detektif berbangsa cina. Encik Khan tertera pada tag namanya. Dia menanggalkan cermin matanya lalu memandang CSI berbangsa cina itu.

"Supercomputer tingkat 21 syarikat tersebut biar saya siasat. Saya rasa ada sesuatu yang penceroboh mahukan. Tiada apa-apa kecurian tetapi mungkin dia mengambil sesuatu dari supercomputers tanpa menghilangkan satu habuk pun. Maksud saya, dia hendakkan maklumat dari supercomputers."

Mr. Hill membuat riak muka yang menunjukkan ekspresi, "Bolehlah."

"Penceroboh dikesan melalui rakaman CCTV namun tiada suatu rakaman tersimpan. Bagaimana boleh terjadi?" Soal Mr. Hill.

"Pertama sekali, berkemungkinan penceroboh tersebut memanjat pagar lalu menggodam wi-fi. Itulah bagaimana CCTV digodam. Digodam secara dekat. Lantas, memakai baju kontraktor pembersihan. Bilik supercomputer diceroboh lalu meninggalkan troli pada elevator. Bagaimana pula dia melarikan diri? Tiada langsung jalan keluar." Jelas Encik Khan.

"Menurut pegawai polis yang ternampak suspek malam tadi, suspek berpakaian serba hitam. Di mana dia menyorokkan baju kontraktor pembersihan? Semestinya pada saat-saat yang getir, baju kontraktor tersebut dibawa pulang dan dibakar. Kita tiada masa untuk mencari dari suatu rumah ke suatu rumah. Mengarut." Kata Mr. Hill kepada Mr. Khan.

"Nampaknya tiada petunjuk, kes perlu ditutup." Kata Encik Kweng kepada Mr. Hill dan Mr. Khan setelah keluar dari bangunan syarikat 'Artifak Intelek'.

Ketiga-tiga mereka mengeluh. Tiada sebarang petunjuk melalui kamera CCTV. Sementara itu, seorang wanita sedang melihat pekerjanya menyiasat komputer yang bersambungan dengan supercomputers. Pekerja lelaki berkaca mata itu tersebut bersungguh-sungguh meneroka supercomputers tersebut.

"Sampai sini sahaja yang saya mampu Puan Ng." Kata seorang pekerja berkaca mata itu. Namanya tertulis pada kad pekerja yang bergantungan pada lehernya. 'Lee'.

"Saya ambil alih dari sini." Kata wanita itu.

"Baik puan" Kata Lee.

Wanita bernama 'Ng' itu mengambil alih tugas pekerja itu dan mendalami lebih lagi supercomputers tersebut di tingkat 22. Puan Ng menemukan sesuatu. Lee terkejut, terbeliak matanya dan ternganga mulut.

"Kita mesti laporkan kepada polis!" Kata pekerjanya.

"Tidak, tidak perlu." Tersenyum Puan Ng.

Fared menguap dihadapan komputernya ketiksa sedang bekerja di tempat duduknya. Fared bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari bilik kerjanya. Dia berdiri di hadapan mesin air lalu memasukkan beberapa duit keping kertas RM1. Menguap sekali lagi Fared. Tiga tin air kopi sejuk dibelinya. Dia kembali ke bilik kerjanya lalu duduk dimeja kerja kembali. Setin air kopi dibuka lalu diminum. Mata Fared layu. Fared kembali melakukan kerjanya.

Jam menunjukkan 3 petang, Fared masih menumpukan kerja membina robot di garaj bilik kerjanya sambil mendengar lagu rock metalcore. Kini robotnya mempunyai kaki. Robotnya hanya tidak mempunyai kepala. Jari robot tersebut juga tidak sempurna. Robot yang berwayar duduk di lantai bersandarkan dinding bersambungan dengan komputer Fared. Fared memprogramkan robotnya. Fared tersenyum puas. Papan kekunci ditekan beberapa kali. Pelbagai huruf dan nombor ditulis pada perisian programming. Setelah menumpukan programming, apa yang telah ditulis oleh Fared dimuatnaik ke robot. Robot tersebut menggerakkan badannya. Robot tersebut menegakkan badannya lalu menggerakkan kaki. Kini, robot yang telah dibina Fared berdiri.

Fared menjerit gembira. Kegembiraan yang tidak terhingga. Fared membuka telefon pintarnya. Kamer dihidupkan lalu Fared merakam robot pertamanya. Telefon pintarnya diletakkan di atas meja, kameranya menghadap robot. Robotnya berdiri teguh tanpa kepala.

"Assalamualaikum Rahman." Fared memberi salam ketika memasuki bilik kerja Rahman.

"Waalaikummussalam." Jawab Rahman yang sedang membuat kerja dengan Ah Cheong.

"Eh, Ah Cheong." Kata Fared.

"Ya, kenapa?" Tanya Ah Cheong.

"Tiada apa-apa. Ada perkara hendak tanya kepada Rahman." Jawab Fared.

"Oh ya, kita makan di restoran Kamil." Kata Rahman.

"Ehhhhh?????" Terkejut Fared.

"Jom." Kata Rahman lalu menolak Fared dengan lembut keluar dari bilik kerja tersebut.

"Ada apa?" Soal Rahman kepada Fared.

"Tolong aku bina kepala robot." Pinta Fared.

"Sepandai-pandai orang seperti kau, tidak pandai bina kepala robot."

"Apa kata bila robot sudah siap, letak robot aku di rumah kau?" Soal Fared.

"Tidak mahulah aku, nanti kau rakam kamera robot kau semata-mata nak tengok aurat isteri aku dan anak-anak aku."

"Uish gila ah Rahman, aku ini bukannya penjenayah tahu?!" Kata Fared.

"Kemungkinan. Apa kau nak buat dengan robot itu?"

"Sebenarnya, aku cuma mahu menawarkan robot aku sahaja kepada engkau kerana alang-alang kau bantu aku bina kepala robot. Jadi, robot aku yang sudah siap, akan jadi hadiah untuk kau kerana telah membantu aku." Jelas fared.

"Hahahaha tidak mengapalah. Guna robot engkau untuk kegunaan kau sendiri." Balas Rahman.

"Okay, kau bantu aku bina kepala robot." Kata Fared.

"Aku okay sahaja. Ada apa apa kos?" Tanya Rahman.

"Tiada kos. Semuanya aku sudah beli sebelum ini. Kita akan guna barang terpakai. Program sudah ada untuk robot. Tinggal hanya bina kepala sahaja."

"Ohhh okay, jom pulang ke rumah, sudah jam 5 petang. Esok kita jumpa."

"Restoran Kamil?" Soal Fared kepada Rahman.

"Esok aku belanja kau makan."

"Nice! Terima kasih Rahman!"

Di rumah Fared, komputer riba dibuka. Fared memasang wi-fi. Di sebelah pintu masuk bilik Fared terdapat supercomputer yang dibina oleh Fared. Fail dibuka. Device Artifak Intelek ditekan. Fared meneroka kesemua maklumat syarikat Artifak Intelek. Fared membuka suatu fail. Terdapat blueprint untuk membina kepala robot. Fared membuka fail dari syarikat yang lain. Syarikat 'Banjaran Moden'. Fared mengulangkaji maklumat dari fail syarikat 'Banjaran Moden'.

Fared sedang memateri dawai-dawai cip papan elektronik. Banyak cip kecil papan elektronik disambungkan dengan papan elektronik lain secara menegak menggunakan alat pemateri. Fared mengambil beberapa cip elektronik dan mematerai mereka. Alat-alat penyambung wayar USB turut dimaterai.

"Awalnya kau." Kata Rahman kepada Fared setelah memasuki garaj kerja Fared.

"Ya Allah, berilah salam terlebih dahulu." Terkejut Fared.

"Apa kau buat?" Soal Rahman.

"Aku sedang bina Artificial Intelligence. Ini hanyalah cuma otak." Jelas Fared.

"Inilah yang hendak dibina? Ini kepala robot?" Tanya Rahman.

"Tidak, tidak, kepala robot sudah ada, yang engkau tolong bawakan kelmarin. Dari tempat jual besi buruk. Di situlah aku beli kepala robot." Jelas Fared.

"Oh, baru aku faham. Hendak pasang kepala sekarang?" Soal Rahman.

"Iya, lagipun susah sedikit hendak pasang kepala. Kerana itulah aku perlukan bantuan kau."

"Okay, aku bantu kau." Rahman bersemangat.

Fared menyediakan alat-alatan untuk memasang kepala robot. Rahman pula memeriksa kepala robot. Leher robot diperiksa. Rahman kehairanan. Rahman mengambil pemutar skru elektronik. Leher robot diperiksa dan dipusingkan skrunya. Skru dikeluarkan. Leher robot dinyahpasang. Beberapa wayar ditarik. Terdapat wayar yang hampir putus dan juga wayar yang berkarat. Rahman mengambil gulungan wayar yang halus. Dipotong lalu menggantikan wayar yang berkarat. Wayar yang hampir putus dipateri. Wayar yang telah dipateri bersambungan seperti biasa. Rahman membalut wayar tersebut dengan mencairkan plastik khas untuk membuat pembalut wayar besi.

Fared pula memeriksa bahagian atas badan robot di mana sepatutnya leher robot berada. Terlopong kosong. Fared memeriksa bahagian kosong itu. Fared mengeluarkan telefon pintarnya lalu menghidupkan lampu kamera sebagai lampu suluh. Fared memeriksa bahagian tersebut. Tiada sebarang kerosakan.

Rahman membawakan kepala robot. Fared bersedia untuk memasang kepala robot. Rahman meletakkan leher pada tempat yang sepatutnya pada badan robot Fared. Fared memasang leher robot. Rahman melihat Fared memasang kepala robot sambil memegang kepala robot. Fared tersenyum gembira. Leher robot berjaya dipasang. Fared meregangkan jari jemarinya.

"Mari kita cuba menggerakkan leher robot ini. Boleh cuba sekarang atau kemudian kerana sudah pun siap dipasang semua." Kata Fared.

"Kita cuba kawal robot ini menggunakan program yang sedia ada." Kata Rahman.

Fared duduk di kerusi lalu menghidupkan perisian komputer. Fared mengawal robot tersebut melalui komputernya. Robot tersebut mengalihkan pandangannya lalu memandang ke arah Fared dan Rahman.

"Robot ini hanya mampu membuat kerja rumah dan juga melindungi tuan rumah."

"Oh, seperti robot biasa? Robot pembantu rumah?" Tanya Rahman.

"Lebih dari sekadar pembantu rumah. Kita lihat bagaimana." Jawab Fared.

"Okay, ada apa-apa perubahan atau penambahan, maklumkan kepada aku." Beritahu Rahman kepada Fared.

"Dengan ini, aku hendak minta tolong kau sekali lagi. Boleh kau bawa robot ini ke rumah aku?" Soal Fared.

"Eh, boleh rasanya, selagi robot ini tidaklah terlalu berat." Jawab Rahman.

"Jam 6 petang nanti kau bawa robot aku pulang ke rumah aku. Kau pulang rumah terlebih dahulu, jam 5.30 petang atau 6 petang, kamu datang." Tambah Fared.

"Okay."

Jam 6 petang, Rahman tiba di hadapan syarikat 'Terminal Vector'. Fared membuka pintu masuk. Satu robot berjalan keluar dari pintu masuk. Dengan perlahan robot tersebut berjalan. Rahman ternganga mulut melihat robot tersebut mampu berjalan bersama Fared. Fared tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Fared menyuruh robotnya berjalan mengikutinya. Robot tersebut berjalan mengikuti Fared di belakang Fared. Fared berjalan bersama robotnya hingga ke parkir kereta. Fared menyuruh robot tersebut membuka pintu belakang penumpang kereta Rahman.

Pembuka pintu dipegang oleh robot lalu dibuka. Pang! Pembuka pintu tercabut. Rahman terkejut melihat pembuka pintu keretanya tercabut. Fared menepuk dahinya. Rahman kelihatan murung sekali. Rasa menyesal pun ada. Robot Fared terus duduk di tempat penumpang di bahagian belakang kereta.

"Kau bayar ya Fared. Rosak teruk pintu kereta belakang." Kata Rahman. Berkerut dahi.

"Okay, okay, minta maaf." Kata Fared.

"Wahhhhh!!!! Robot! Robot! Robot!" Jerit budak-budak yang berada di kawasan Apartmen melihat robot tersebut berjalan mengikuti Fared.

"Lambai tangan kepada mereka." Kata Fared.

Robot Fared melambai-lambai tangan kepada budak-budak yang bersorak. Semakin kuat budak-budak bersorak-sorak kepada robot. Berulang kali menyebut robot. Bergembira kanak-kanak tersebut. Tiba di rumah Fared, Fared menyuruh robotnya berdiri sandar pada dinding. Fared dan Rahman bersalaman serta tersenyum mereka berdua.

Pada waktu malam, jam di dinding menunjukkan jam 8 malam. Fared sibuk dengan programming. Beberapa fail dibuka. Fared mengulangkaji semua fail yang didapati dan telah diceroboh oleh Fared. Gelisah dan resah dapat dilihat pada wajah Fared. Kerja membina Artificial Intelligence semakin sukar. Fared mengambil air botol mineral lalu meminumnya.

Pada waktu pagi jam 9 pagi, Fared bersama Rahman menghadap lembaga pengarah di dalam bilik mesyuarat. Fared dan Rahman berpakaian kemas berdiri di hadapan lembaga pengarah. Ahli lembaga pengarah memandang Fared dan Rahman. Mereka berdua agak gementar.

"Projek Robot rondaan diluluskan tetapi ada beberapa prosedur perlu dilakukan. Kamu berdua akan menghadapi pelbagai pertemuan dan perlu menguruskan beberapa perkara. Kami, ahli lembaga pengarah sudah berbincang bahawa kamu berdua memerlukan kumpulan untuk menjayakan projek ini. Lebih cepat maka lebih baik. Masyarakat memerlukannya. Begitu juga dengan kerajaan. Perkaitan kumpulan untuk menjayakan projek ini, kamu berdua bebas untuk memilih ahli kumpulan projek ini mengikut senarai ahli lembaga pengarah sudah sediakan. Semoga berjaya dan teruskan usaha." Kata Pencetus syarikat Terminal Vector' yang juga merupakan ketua ahli lembaga pengarah.

"Terima kasih, tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih banyak-banyak Ketua ahli lembaga pengarah." Ucap Fared kepada Ahli lembaga pengarah.

Rahman mengambil kertas cadangan ahli kumpulan projek robot terbaru yang diadakan oleh Fared.

"Boleh bersurai." Kata Ketua ahli lembaga pengarah.

Fared dan Rahman segera keluar dari bilik syarikat. Fared tersenyum lalu memandang Rahman. Rahman juga tersenyum. Fared dengan pantas kembali ke bilik kerjanya.

Jam 12 tengah hari, Rahman memasuki bilik kerja Fared. Fared tekun membuat kerja programming di komputer kerjanya. Rahman menarik kerusi lalu duduk bersebelahan Fared.

"Kau sudah tentukan siapa yang akan bekerja dengan kita?" Soal Rahman.

"Aku fikir, bila kobalorasi akan diadakan, bermula di situ aku akan ambil ahli dari syarikat lain. Aku tidak seberapa percaya dengan orang-orang dalam syarikat ini." Ujar Fared.

"Aku ada orang yang aku percaya. Esok malam aku akan perkenalkan orang-orang yang aku percaya kepada engkau." Balas Rahman.

"Malam esok? Di mana?" Soal Fared.

"Ada partilah esok. Parti makan malam di rumah agam Encik Harris. Aku Cuma hendak makan-makan sahaja esok. Kau pun datanglah esok. Alang-alang semua ada hadir esok parti, bolehlah berjumpa." Kata Rahman.

"Okay." Setuju Fared.

Pada malam yang meriah, rumah agam mewah milik Mr. Harris, ramai menghadiri majlis sambutan kejayaan lengan robotik. Ramai lelaki dan wanita hadir di rumah agam tersebut. Lampu ruang utama rumah agam bagaikan lampu istana inggeris milik raja. Karpet merah menjadi hiasan lantai. Banyak bunga-bungaan dihias indah bagaikan taman bunga. Pelbagai jenis makanan dihidangkan di atas meja. Ayam belanda, gorengan ayam, sotong goreng, ayam madu, babi panggang diletakkan epal pada mulutnya, air pancuran arak, tong-tong air pelbagai jus buah. Banyak botol arak mahal disusun cantik. Pelbagai jenama arak telah disusun.

Fared berada di pintu masuk. Belum masuk melepasi pintu gerbang rumah agam tersebut. Terlalu ramai orang di majlis itu. Di hadapannya ramai yang berpakaian mewah dan cantik. Para wanita yang bekerja di syarikat yang sama dengan Fared berpakaian mencolok mata. Pelbagai belahan dan perhiasan wanita boleh dilihat. Fared mengalihkan pandangannya. Matanya melilau mencari Rahman. Rahman sedang duduk semeja dengan rakan-rakannya.

Fared berjalan menuju ke meja di mana Rahman duduk bersama rakan-rakan. Rahman menoleh ke Fared. Rahman tertawa.

"Nah, air susu campur buah-buahan. Halal. Makanan di meja ini halal. Jangan risau. Kami semua sudah kumpulkan makanan-makanan halal." Ketawa Rahman.

Fared kelihatan serabut. Fared mengambil kerusi kosong bersebelahan Rahman lalu duduk.

"Makan-makan dahulu sedikit. Sambil-sambil makan, kita berbincang.

Fared dan Rahman serta rakan-rakan Rahman makan bersama. Mereka makan malam dengan sangat berselera. Fared dan Rahman makan begitu banyak sekali. Mereka bergembira. Tiba-tiba cawan diketuk. Orang ketua berambut kemas dan baju serba hitam yang sangat menawan menandakan kemewahan.

"Perhatian tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih datang ke majlis ini. Kami ahli lembaga pengarah sangat berbangga dengan tuan-tuan dan puan-puan dapat menjayakan projek lengan robotik. Nikmatilah jamuan yang dihadiahkan oleh Encik Harris. Tuan-tuan dan puan-puan layak menikmatinya." Kata pengerusi majlis.

"Sebelum itu, hadiah penghargaan akan disampaikan oleh encik Harris kepada encik Ah Cheong kerana Ah Cheong berjaya menguruskan projek lengan robotik sehingga berjaya. Dipersilakan Encik Harris diiringi oleh Encik Borhan memberikan hadiah penghargaan kepada Encik Ah Cheong." Tambah pengerusi majlis tersebut.

"Eh, ingatkan nama aku." Terkejut Rahman.

"Eh apa ini Rahman?" Ketawa Fared.

"Inilah apa jadi jika Ah Cheong bersekumpulan mana-mana projek. Memang muka Ah Cheong sahajalah muncul depan orang ramai. Orang yang lain berusaha penat-penat, dia tiba-tiba jadi ketua, rajin beri laporan, dia jadi penerang dan dia jadi penghubung komunikasi dengan semua orang. Dia suka kumpul nama, selepas itu jual nama untuk dapatkan apa yang dia hendak. Selepas jual nama, bukan semakin kurang nama, semakin banyak nama." Jelas Rahman.

"Aku sememangnya tidak mahu Ah Cheong turut serta dalam projek kumpulan kita. Semua dia rebut nanti, orang lain dapat habuk, dia dapat habuan." Kata Fared yang menundukkan kepalanya.

Fared mengambil beberapa kuih yang sedap-sedap lalu memakannya dengan selera.

"Ah, ini kawan-kawan yang aku percaya. Perkenalkan, ini Aizat, Haikal, Hadi, Haziq dan Diana. Cukuplah tujuh orang Cuma tambah aku dan kau, Fared." Kata Rahman kepada Fared.

Fared tersenyum lalu bersalaman dengan Aizat, Haikal, Hadi dan Haziq kecuali Diana. Diana elok tersenyum, berpakaian sopan, tudung labuh, putih manis orangnya dan berbaju kurung. Diana seorang sahaja berpakaian muslimah akhir zaman. Wanita yang lain hanya berpakaian mencolok mata dan berbelah belah menunjukkan anggota badan yang tidak sepatutnya seorang perempuan tunjukkan kepada orang ramai.

Aizat, Haikal dan Haziq, merupakan rakan baik Rahman. Hadi pula kawan Rahman semasa kecil. Fared terkilan mendengar bagaimana Rahman boleh berkawan dengan mereka. Fared kembali makan makanan yang sangat sedap.

"Weyh, kau tidak teringin ke makan babi. Di meja sana itu ada babi panggang, mesti sedap." Ketawa Haziq mengusik Fared.

"Eh kau pernah makan?!" Fared balas usikan Haziq.

Mereka bertujuh bergelak ketawa di meja itu. Mereka semua makan sepuas-puasnya. Kemudian mereka keluar dari rumah agam itu dan berjalan-jalan di taman indah rumah agam tersebut. Fared bersembang dengan seronok bersama rakan-rakan barunya. Muzik di dalam rumah agam dimainkan. Semua orang di dalam rumah agam itu berdansa. Semua lelaki dan perempuan melenggokkan badan mereka. Aiman berjoget sambil membawa kepala babi panggang di atas pinggan dipegangnya. Aiman berdansa sambil memakan kepala babi panggang.

"Sumpah gila." Kata Haziq.

Fared dan rakan-rakan berketawa riuh melihat gelagat Aiman yang tidak seberapa islam dalam dirinya itu. Apakan daya, inilah Malaysia liberal yang maju.

Keesokkan paginya, Fared dan rakan-rakannya berbincang di bilik kerja Fared kecuali Diana. Fared sibuk programming sambil berbincang dengan rakan-rakan termasuk Rahman yang juga membuat kerja programming.

"Kita boleh baik pulih bahagian dalam badan robot rondaan." Kata Hadi.

"Itu aku setuju. Projek boleh dimulakan bulan hadapan, walaubagaimana pun, minggu ini juga kita mulakan projek baharu." Kata Haziq.

"Semangat betul." Kata Aizat kepada Haziq.

"Lagi cepat, lagi bagus." Fared merenggangkan badan.

Sebuah kamera didirikan menggunakan monopod. Fared menghidupkan perisian face recognition. Kamera tersebut mengesan bentuk wajah Hadi. Hadi sedang membelek-belek kamera tersebut. Haziq sedang mengimpal rangka badan robot ronda berbentuk segi empat sama.

"Nampak bagus." Kata Haikal.

"Bagaimana dengan cip komputer? Sudah pateri? Kita perlukan isi badan robot secepat yang mungkin." Kata Fared.

"Bertenang sahaja." Balas Haikal.

"Yang penting, percubaan akan berjaya." Kata Rahman.

"Kita perlukan enjin, motor, lebih kecil, lebih bagus. Kita mungkin perlukan kobalorasi untuk membuat robot rondaan." Kata Aizat.

"Pakar enjin, pakar penjanaan kuasa elektrik, pakar motor, dan banyak lagi pakar." Kata Fared.

"Diana dia bidang robotik. Apa kata minta dia buat kajian." Kata Hadi.

"Cadangan yang sangat bagus." Kata Rahman.

"Face Recognition sudah siap, movement possibility juga sudah siap, dan sistem GPS pula. Perlu tunggu barang-barang yang lain." Kata Fared.

"Fared, genius."Kata Haikal.

"Terima kasih Rahman. Aku terhutang budi dengan kau." Kata Fared ketika jam 12 tengah hari.

"Ini baru permulaan. Belum apa-apa lagi. Terima kasih kepada mereka juga kerana sudi membantu dengan sukarela dalam usaha menjayakan projek kau ini." Kata Rahman.

Fared dan Rahman berada di kafeteria. Makan mi goreng bersama-sama. Mereka berdua membincangkan mengenai projek milik Fared. Fared sangat berterima kasih kepada Rahman kerana memperkenalkan rakan-rakannya.

Jam 5 petang, Fared meletakkan motorsikalnya di parkir motorsikal. Dia berjalan memasuki bangunan apartment. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik menyapanya dengan meriah.

"Fared, bagusnya robot kamu ini. Sudah seperti orang pula Fared. Rajin menyapu semua tempat Fared. Habis bersih kawasan sini semua." Kata seorang lelaki tua kurus yang memegang tongkat kepada Fared yang baru sahaja pulang dari tempat kerja.

"Robot ini juga kawal pergerakan budak-budak yang main di sekitar kawasan sini, mana tahu nanti dilanggar kereta." Kata salah seorang makcik yang duduk berkumpulan.

"Terima kasih tuan dan puan. Robot ini pun perlu ditambahbaik lagi. Belum cukup bagus. Nanti saya fikirkan." Kata Fared dengan tersenyum.

"Selamat pulang Tuan. Bagaimana hari ini?" Soal robot itu kepada Fared.

Pakcik-pakcik dan makcik-makcik bertepuk tangan teruja melihat robot milik Fared menyambut kepulangan Fared dari kerja. Fared menyuruh robotnya mengikutinya pulang ke rumah. Semua orang tua memanggil dan melambai tangan kepada robot Fared. Robot Fared membalas lambaian tersebut. Fared tersenyum malu bangga dengan diri sendiri.

Jam 8.20 malam, Fared membuka perisian 3D, pelbagai bentuk 3D dan jenis senjata telah dibentukkan. Eksperimen dimulakan. Fared mengubah kedudukan pemegang kamera. Lampu infra-merah scanner kamera dihidupkan. Fared mengeluarkan replika pistol revolver. Replika pistol revolver diletakkan di atas kain hijau di atas lantai. Lampu berdiri yang berada di setiap bucu kain hijau yang terbentang itu dihidupkan. Fared memegang kamera lalu menghalakan kamera menghadap replika pistol revolver tersebut. Scanning berjaya. Kamera dapat mengesan bentuk replika pistol revolver. Tertulis maklumat pada perisian komputer apa yang dapat dilihat melalui kamera secara automatik. Perisian robotik berjaya. Salah satu lampu dibucu kain hijau dimatikan.

Scanning dimulakan. Scanning berjaya. Maklumat sekali lagi automatik tertulis pada perisian komputer. Cubaan ketiga. Lampu ketiga dimatikan. Scanning dimulakan. Scanning berjaya. Maklumat secara automatik tertulis pada perisian komputer. Lampu terakhir dimatikan. Scanning dimulakan. Scanning tidak berjaya. Lampu infra-merah diubah menjadi lebih kuat supaya dapat mengidentifikasi bentuk senjata. Scanning dimulakan. Scanning berjaya. Maklumat automatik terus tertulis pada perisian komputer. Fared bangun dari bersandar pada katil lalu menuju suis lampu. Lampu bilik dimatikan. Bilik menjadi gelap kecuali lampu skrin komputer riba Fared yang masih menyala dan lampu infra-merah kamera Fared. Fared kembali duduk.

Scanning dimulakan. Scanning 50% berjaya. Lampu infra-merah sekali lagi dikuatkan. Pada kali ini Fared mengubah keperluan lampu infra-merah scanner kamera bergantung kepada kecerahan persekitaran. Begitu juga dengan exposure kamera diubah. Kini kamera berfungsi secara automatik. Fared memasang flashlight. Sekali lagi Fared memprogram kamera. Flashlight digunakan jika keadaan terlalu gelap. Flashlight diprogramkan menjadi lampu suluh atau sekadar imbasan cahaya yang dapat membantu lampu infra-merah scanner kamera mengesan sesuatu senjata.

Fared menghembuskan nafas. Banyak perkara lagi perlu dibuat selain pembinaan kamera keselamatan automatik robot rondaan. Fared berfikir sejenak.

Pada keesokkan paginya, Fared, Rahman, Haikal, Hadi, Haziq dan juga Aizat sibuk membina prototaip robot rondaan.

"Sudah siap!" Kata Haikal.

"Nice, alhamdulillah otak robot sudah siap. Badan pun sudah ada, roda siap dipasang, kamera hanya ada satu sebagai mata. Peninjau." Kata Rahman yang sedang memeriksa sistem robot tersebut melalui komputer kerja.

"Aku rasa mata robot tidak cukuplah satu. Apa akan jadi jika berlaku situasi gelap atau hujan. Sudah tentu robot ini tidak mampu melihat apa-apa. Jangka hayat pula, bateri perlu ditukar kerana tidak bertahan lama. Menggerakkan robot memerlukan tenaga yang banyak." Kata Aizad tentang permasalahan robot projek tersebut.

"Kita cuba menggerakkan robot ini terlebih dahulu. Kita utamakan yang utama. Bila sudah mampu bergerak, kita akan beralih kepada pembahagian tugas." Kata Hadi.

"Bagus sangat idea kamu semua." Ujar Haikal.

"Mana Diana?" Soal Rahman.

"Dia kerja bahagian laporan dan juga kertas kerja projek ini." Jawab Fared.

"Ehh, Fared, kau ada perancangan terhadap Diana ke Fared?" Aizat mengusik Fared.

"Baka, tiada niat aku nak buat apa-apa pada dia, gila." Marah Fared.

"Mestilah kena rancang. Beri tugasan laporan dan kertas kerja, mudahlah Fared hendak ambil hati Diana. Diana itu sudahlah lawa, muslimah, dan akhir zaman punya calon isteri, terbaik beb." Kata Aizat.

"Woi!" Fared marah kepada Aizat.

"Kahwin sahajalah Fared, jiwa engkau sudah mula menggatal sudah itu, baik engkau melamar dia sahajalah." Ketawa Rahman selepas mengusik Fared.

Fared bergegas keluar dari bilik kerjanya. Semua pun ketawa berdekah-dekah. Sudah tidak tahan. Terlampau geli hati. Mereka semua tidak lagi tumpu kepada kerja. Semuanya ketawa sepuas hati. Aizat ketawa paling besar.

Jam 2 petang, Fared memeriksa komputer kerjanya. Perisian dibuka. Fared cuba mengawal robot segi empat sama tersebut. Roda robot itu berfungsi elok. Boleh berpusing, bergerak ke hadapan ke kiri, ke kanan, dan ke belakang. Wayar yang bersambung dari komputer Fared ke robotnya tidak terganggu. Rakan-rakan Rahman membuat kerja dengan berkualiti. Fared berpuas hati. Fared tersenyum berseorangan. Fared memasang kamera yang dibina oleh Fared sendiri pada robot tersebut. Wayar disambungkan. Skru kecil dan juga plat besi kecil dipasang. Fared berjalan menuju pintu bilik kerja. Pintu bilik kerja ditutup. Robot rondaan diaktifkan. Robot rondaan dilepaskan dengan mencabut wayar dari komputer. Komputer dihidupkan. Perisian robot rondaan diaktifkan. Fared memulakan pergerakan robot rondaan. Robot rondaan dibiarkan bergerak secara automatik.

Robot rondaan bergerak dengan menggerakkan roda yang berfungsi seperti kakinya. Robot bergerak secara rawak di seluruh tempat bilik kerja itu. Kamera diaktifkan. Scanning dilakukan pada lantai, pada kerusi, pada dinding pada kaki meja. Muncul notifikasi bahawa robot tidak dapat mengesan beberapa objek di dalam bilik. Banyak kerja perlu dilakukan untuk penambahbaikkan robot tersebut. Fared melihat alat koordinasi perjalanan robot dari komputernya. Fared mengarahkan robot kembali ke kedudukan asal. Dengan segera, robot kembali ke kedudukan asalnya. Fared ketawa kecil.

"Assalamualaikum Fared." Rahman memberi salam di pintu masuk bilik kerja Fared.

"Waalaikummussalam." Jawab Fared.

"Wah, kau upgrade sendiri robot rondaan ini. Gempak betul. Sudah ada kamera. Hebat betul engkau. Betul-betul bersungguh kau ya." Puji Rahman kepada Fared.

"Tiada apa-apalah, ini kurniaan Allah beri. Aku tiada apa-apa pun, sebijak mana pun aku, jika tidak diizinkanNya, maka tidaklah bergerak robot ini." Kata Fared dengan merendahkan diri.

"Aku hendak bantu engkau juga. Janganlah kau buat kerja pembinaan robot rondaan ini berseorangan diri. Beritahu apa permasalahan engkau?" Soal Rahman.

"Aku mahu data. Data-data bentuk 3D di sekeliling kita. Kerja kita senang sahaja. Alat scanner. Lebih mudah jika kita ada alat canggih scanning seperti ahli arkeologi Barat. Penting alat itu. Mahal juga." Jelas Fared.

"Tentang itu, kau tidak perlu risau. In sya Allah, ahli majlis lembaga pengarah akan berikan duit projek kepada engkau. Ada apa-apa, kita boleh beli barang-barang yang kita perlukan. Duit projek akan dimasukkan ke dalam akaun bank engkau." Rahman memberitahu Fared.

"Betulkah apa yang kau cakapkan?" Soal Fared.

"Ya betul, syarikat hendak melaburkan dalam projek ini melalui beri wang kau sebanyak RM7 juta. Bukan main-main. Diana maklumkan kepada aku. Aku beritahu kau ini. Aku serius." Jawab Rahman meyakinkan Fared.

"Alhamdulillah, syukur ya Allah." Ucap Fared. Jatuh terduduk di kerusi. Terkejut mendengar khabar berita baik daripada Rahman.

"Berhentilah menggunakan duit engkau. Kita guna duit syarikat sepenuhnya. Syarikat beri kepada engkau kerana tidak pernah lagi mendengar usul cadangan dari engkau dan juga orang lain. Kau sahaja satu-satunya pekerja yang sabar dan tekad membuat kerja. Kau hanya pernah jadi pekerja dalam projek tetapi kau bertungkus-lumus. Kalau kau hendak tahu, kau anak emas syarikat sekarang ini. Bukan lagi Ah Cheong. Ahli majlis lembaga pengarah dapat bau dan dapat membaca pergerakan Ah Cheong dalam mana-mana projek." Jelas Rahman.

Fared tersenyum bersendirian. Rahman tersenyum melihat Fared yang senyum kegembiraan. Tumpang gembira.

"Aku rasa gempak Fared. Kau hanya buat kerja engkau, tidak pernah ganggu kerja orang lain. Aku tulis laporan projek-projek sebelum ini. Nama pengusaha projek banyak nama engkau sahaja. Engkau bertungkus-lumus hendak menyiapkan suatu projek." Puji Rahman kepada Fared.

"Ah Cheong itu memang tidak suka dengan kau. Kau rajin gila. Ah Cheong tidak tahu projek-projek sebelum ini aku yang tulis nama kau banyak menyumbang kerana kau rajin. Projek kali ini Diana tulis. Tiada penglibatan Ah Cheong. Kau jangan putus asa dalam projek ini. Kali ini biar kau ganti Ah Cheong, jadi ikon baru syarikat. Kau layak menerimanya."

"Okaylah, aku penat. Aku nak beli air. Nanti apa-apa, kita sembang lagi. Aku mahu kau tolong aku scan semua benda atas dunia ini, tulis deskripsi secara jelas dan terperinci. Robot-robot ini baru lahir. Perlu belajar." Pesan Fared kepada Rahman.

"Okay mate, apa sahaja yang kau hendak." Senyum Rahman.

Keesokkan hari pada waktu pagi. Hari hujan dengan lebat. Fared melihat air hujan turun dari langit. Suasana hujan amat menyegarkan minda, menyejukkan hati buat sementara waktu. Fared mengambil setin air kopi lalu meminumnya. Sangat menyegarkan.

"Hari hujan, robot ronda ini mampukah bergerak dalam waktu hujan? Tidakkah robot ini menjadi rosak?" Soal Haziq.

"Ya Allah Haziq, sejak bila kau jadi pandai ini?" Usik Hadi dengan membuat kelakar.

Haziq buat-buat pening seperti orang dungu. Ketawa Rahman, Fared, Aizat, Haikal dan Diana melihat gelagat Hadi dan Haziq. Fared menuding jari terhadap Haikal. Fared mengangguk.

"Aku hendak kaji, bagaimana kita membolehkan membuat robot ini kalis air." Kata Haziq.

"Kalis air dari atas sehingga ke bawah!" Tepuk tangan Fared kerana Haziq memberi permasalahan yang sangat membantu.

"Saya, Haikal dan Haziq akan uruskan." Kata Diana secara sukarela.

"Aku dan Rahman tumpu bahagian alat pengesan objek melalui kamera dan lampu infra-merah." Kata Fared.

"Nice, aku pula?" Soal Hadi.

"Kau dan Aizat, boleh e-mail atau menghubungi Majlis Keselamatan Negara, Ibu Pejabat Polis dan Jabatan Pendaftaran Negara. Bulan depan kita akan dapat supercomputers khas pembinaan robot-robot ini. Kita boleh bina terus A.I. robot ini.Cuba hubungi semua pejabat dan majlis rasmi yang aku katakan tadi, mungkin kita boleh buat penambahan keselamatan dan juga bekerjasama dengan mereka dalam cubaan robot rondaan ini dalam latihan. Standard of Procedure mereka juga kita boleh belajar lebih lanjut melalui kamu berdua. Kami semua akan bantu kamu berdua kemudian." Arah Rahman kepada Hadi dan Aizat.

"Bagus, mari sambung kerja!" Kata Fared dengan bersemangat.

"Fared, kita buat pemetaan kilang supaya robot ini tahu mana jalan mereka boleh bergerak dan di mana had mereka bergerak. Ahli majlis lembaga pengarah mesti teruja dan suka lihat projek kita." Cadang Rahman.

"Bagus sangat itu. Apa kata robot ini mendengar arahan aku dan juga engkau? Kita berdua sahaja." Kata Fared.

"Tidak, tentang pembentangan dan pencerahan serahkan kepada Haziq, Hadi dan Diana. Kita bekerja dari belakang supaya Ah Cheong tidak tahu kau ada turut serta dalam projek ini." Jelas Rahman.

"Baiklah, ikut perancangan kau yang bernas." Fared menerima cadangan Rahman yang mendalam dan teliti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience