Setelah seminggu berlalu, sebuah robot rondaan siap dibina. Fared dan rakan-rakan bertepuk tangan kerana robot rondaan siap dibina. Robot bergerak dengan baik. Robot bergerak di seluruh kawasan dalam bangunan “Terminal Vector” dengan lancar. Robot tersebut bergerak dan menganalisis semua perkara berdekatan dengannya.
“Sudah berjaya!” Sorak Haikal.
“Bulan hadapan sudah boleh menggunakan prototaip atau kita tunjukkan robot ini kepada ahli majlis lembaga pengarah?” Soal Haziq.
“Aku fikir hendak buat identifikasi wajah pekerja syarikat ini. Melalui kamera robot ini, akan muncul notifikasi pada komputer mengenai wajah siapakah dapat dikesan pada kamera.” Kata Fared.
“Bagus juga.” Kata Hadi.
“Kita bermula dengan orang-orang syarikat di sini, selepas itu orang-orang polis dan orang yang berkaitan dengan Majlis Keselamatan Negara.” Kata Fared.
“Buat awal-awal pun, kita tidak cukup sumber. Kita tidak cukup pakar-pakar, teknologi dan rujukan. Sejauh ini sahajalah kita mampu lakukan.” Kata Rahman.
“Jawapannya, bersabar.” Kata Diana dengan lembut.
Fared menunduk malu di meja kerjanya. Mendengar suara Diana membuatkan Fared terjatuh hati. Muka Fared menjadi kemerahan.
“Kita makan jom, aku lapar.” Haziq mengajak rakan-rakannya makan tengah hari bersama.
“Jom makan!” Kata Hadi dengan bersemangat.
“Jom Fared.” Rahman mengajak Fared makan.
“Okay.” Kata Fared dengaan perlahan.
“Eh, kenapa muka kau merah Fared?” Soal Aizat kepada Fared.
“Ye eh?” Soal Fared. Muka Fared bertambah merah.
“Hujan tidak berhenti.” Kata Rahman.
“Alhamdulillah hujan lebat dan lama hujan lebih baik daripada berpanasan.” Kata Fared.
“Yeah.” Haikal setuju.
Fared, Haikal dan Rahman sedang duduk di kafeteria sambil termenung pada tingkap kafeteria melihat cuaca masih hujan. Hari yang hujan mengimbas kembali memori lama Fared selepas menceroboh suatu syarikat. Enam gelandangan yang mati ditikam berkali-kali di terowong bawah jalan raya. Fared berasa kesal. Tidak sabar bila agaknya projek robot ronda Fared akan berjaya. Dengan projek ini, in sya Allah, kes jenayah akan menurun. Itu harapan Fared.
Fared berseorang diri di dalam bilik kerja. Semua wajah pekerja syarikat ‘Terminal Vector’ telah didaftarkan di dalam sistem oleh Fared. Rahman yang duduk di sebelah mejanya sedang membaca berita pada komputer. Hanya ada Fared dan Rahman di dalam tersebut.
“Rahman, baru aku tahu, Aizat dan Haika berumur 26 tahun. Haziq umur 30 manakala kau dan Hadi sebaya umur. 38 tahun. Diana umur 28 tahun.” Kata Fared.
“Cakap sahajalah kau sedang stalk Diana. Aku tidak kisah. Aku sudah ada anak bini.” Ketawa kecil Rahman.
“Aduhh, janganlah asyik-asyik topik Diana.”
“Nampak gaya kau macam berminat dengan Diana. Malu-malu anjing pula.” Ketawa lagi Rahman.
“Eish, Diana itu tualah, tidak mahu kahwin dengan orang tua.” Balas Fared.
“Bersyukurlah Diana itu hanya empat tahun lebih tua dari engkau. Tidaklah jauh sangat umur. Kalau kahwin pun, bukan Diana jadi kakak. Engkau yang jadi panggilan Diana, ‘abang’.” Ketawa lagi Rahman.
Wajah Fared kembali kemerahan lalu mencubit bahu Rahman. Rahman menjerit kesakitan. Fared mencubit dengan sekuat hati. Boleh bawa gaduh. Diana comel orangnya. Muka ada sedikit ala ala arab namun berkulit putih. Hidung sedkit besar, seputih mawar kulitnya, bibir merah jambu, matanya sederhana saiznya. Muka ada ciri-ciri seperti seorang ustazah. Wanita, bukan tujuan utama Fared. Fared hanya mahu membanteras penjenayah dengan menggunakan kebijaksanaannya.
Fared sememangnya seorang yang pemalu apabila wujud kaum hawa berdekatan dirinya. Fared sepanjang hidupnya sebagai seorang pelajar, hanya bertemankan buku-buku. Buku-buku dan guru-gurulah sahaja menjadi sahabatnya. Fared mempunyai ramai kaawan ketika sekolah namun tidak perempuan. Tidak pandai bergaul dengan perempuan. Sesekali bersembang pun tidak apa entah lagi berlari berkejaran bergurauan dengan pelajar perempuan mahupun di sekolah rendah atau sekolah menengah. Sememangnya sifat Fared, lebih gemar akan ilmu berbanding wanita-wanita di sekelilingnya.
Pada waktu jam 10 malam, Fared sedang membedah kaki robot berbentuk manusia di rumahnya. Menukarkan mesin-mesin yang menggerakkan kaki robot. Fared selesai menukarkan komponen-komponen kaki robot. Lapisan luar kaki robot dipasang semula. Alat-alatan membaiki dikemaskan oleh Fared. Fared mengarahkan robot itu berdiri. Robotnya berdiri tegak. Fared menyuruhnya menendang udara sepantas yang mungkin. Robot tersebut menendang udara dengan laju. Terasa angin hasil tendangan kaki robot ke udara. Pantas tendangan robot tersebut. Fared tersenyum. Fared memeluk robotnya. Robotnya kembali memeluknya. Fared berasa gembira dapat membina robot artificial intelligence miliknya.
Pada keesokkan petang, Fared bersama kanak-kanak dan juga remaja yang berasal dari apartment yang sama dengan Fared di padang bola. Mereka semua bermain bola. Fared memanggil beberapa orang remaja untuk datang kepadanya. Tiga orang remaja berjalan bertemu dengan Fared di tepi padang bola sepak. Fared meminta tiga orang remaja lelaki tersebut untuk berlumba lari dengan robot miliknya. Tiga remaja lelaki itu kagum melihat robot itu berjalan kaki di sisi Fared. Fared mengajak mereka berlumba lari dengan robotnya. Tiga remaja lelaki tersebut dengan selamba mengajak Fared juga berlumba lari dengan mereka. Fared menerima ajakan mereka.
Fared, tiga remaja lelaki dan robotnya dalam posisi bersedia untuk berlari. Salah seorang remaja lelaki berkata mula. Mereka memecut larian mereka. Salah seorang remaja lelaki mendahului mereka semua. Robot milik Fared memecut lalu berlari melepasi mereka semua. Pantas sekali robot Fared berlari sehingga ke akhir padang bola sepak meninggalkan mereka semua. Tiga remaja lelaki tersebut ternganga melihat robot Fared laju berlari dan tiba di akhir padang bola sepak dalam masa yang singkat. Mereka semua berhenti berlari dan melihat robot itu berdiri di hujung padang bola sepak. Fared tersenyum gembira melihat robotnya dari jauh.
Semua remaja lelaki dan Fared di padang bola sepak bermain dengan begitu bersemangat sekali. Merek bermain bola sepak bersungguh-sungguh. Fared mengejar bola sepak bersama remaja-remaja yang lain manakala robot Fared menjadi penjaga gawang gol bola sepak. Robot Fared tersebut bersedia melindungi gawang gol. Fared dapat merampas bola sepak lalu membawakan bola sepak tersebut dengan laju menuju ke gawang gol. Tiba-tiba seorang remaja lelaki merampas bola sepak dari Fared dengan kemahirannya yang hebat dalam bermain bola sepak. Beberapa orang cuba untuk merampas kembali bola sepak tersebut namun tidak berjaya.
Remaja lelaki itu terlalu hebat. Membawa bola sepak secara solo. Remaja lelaki itu terhenti lalu membawa bola sepaknya ke udara menggunakan kakinya. Bola sepak melambung ke udara. Fared berhenti berlari lalu melihat remaja itu menendang bola sepak. Bunyi letupan yang kuat terjadi. Bola sepak itu meluru ke gawang gol dengan sepantas peluru. Bola tersebut hampir masuk ke gawang gol. Sepantas kilat, robot Fared lompat ke bucu gawang gpl menangkap bola sepak kemas dengan sebelah tangan. Semua ternganga sekali lagi. Fared ketawa gembira. Pembinaan robotnya berjaya.
Pada waktu malam, Fared melihat robotnya duduk di kerusi dengan tenang. Fared mengusap robot miliknya. Fared tersenyum sekali lagi. Dia berjalan keluar rumah lalu mengunci rumah. Fared berjalan ke motorsikalnya lalu menghidupkan motorsikal miliknya.
Motorsikalnya diberhentikan di parkir motorsikal. Fared berjalan ke mesin ATM. Beberapa wang ringgit dikeluarkan. Fared memandang ke belakang. Terdapat seorang lelaki dihadapannya memegang pisau. Wajahnya kemarahan.
“Masukkan wang ke mesin ATM! Keluarkan duit cepat! Nampak pisau ini?!” Jerit perompak itu.
“Nampak-nampak.” Kata Fared dengan tenang.
“Beri duit yang ada pada tangan kau sekarang!” Arah perompak itu.
“Nah.” Kata Fared.
Fared menghulurkan wang ringgit dengan tangan kirinya kepada perompak itu. Perompak yang memegang pisau pada tangan kirinya mengambil wang itu. Sepantas kilat, Fared menumbuk muka perompak yang memakai topeng tersebut menggunakan tangan kanannya sekuat hati. Perompak itu terjatuh dan belakang kepalanya terhantuk pada cermin bangunan mesin ATM. Fared mengambil wangnya kembali. Pisau milik perompak tersebut disepak keluar dari bangunan mesin ATM. Fared keluar dengan tenang lalu mengambil rantai besi motorsikal. Pintu kaca bangunan mesin ATM dirantai lalu dikunci dengan ibu kunci. Telefon pintar Fared dikeluarkan lalu dengan segera menelefon polis.
“Fared! Muka kau masuk surat khabar weyh!” Kata Haziq.
“Gempak ah!” Kata Hadi.
“Fared jadi wira. Hebat betul. Penumbuk diberi sekuat hati!” Terkejut Haikal.
Fared hanya terdiam lalu tersenyum sambil membuat kerja.
“Bahayalah Fared. Apa yang terjadi Fared? Kau ada cedera pada mana-mana?” Diana meluru masuk ke dalam bilik kerja Fared.
Fared meletus. Wajahnya terus malu kemerahan. Merah padam wajahnya. Fared hanya memandang skrin komputer. Menahan malu. Rahman tertawa kecil.
“Jawablah isteri kau tanya.” Kata Rahman kepada Fared dengan berbisik.
“Hoi!” Marah Fared kepada Rahman.
“Fared? Fared okay?” Diana menyoal
Tidak berhenti Fared dari memandang skrin komputer kerana terlalu malu dengan Diana yang indah. Menahan malu walaupun wajah sudah pun merah padam. Jelas wajahnya kemerahan.
“Alhamdulillah, baik-baik sahaja, aku sihat.” Jawab Fared akan pertanyaan Diana.
“Alhamdulillah, lain kali berhati-hati ya Fared. Lebih baik keluarkan duit di mesin ATM pada waktu siang daripada malam. Malam gelap. Penjenayah banyak waktu gelap sekarang ini.” Risau Diana akan Fared.
Fared mengangguk sebagai tanda faham akan pesanan Diana yang menawan wajahnya itu. Persis berwajahkan keayuan arab berkulit putih. Sesiapa melihat wajahnya, sudah tentu tenang jiwanya. Fared tidak tenteram. Dahinya mulai mengerut. Tidak selesa akan kehadiran Diana kerana mengusik jiwa Fared sebagai seorang lelaki sejati. Diana tersenyum gembira menampakkan giginya yang putih setelah mendengar jawapan daripada Fared. Diana beredar lalu Fared menghembus nafas lega. Semua yang membuar kerja berada di sekeliling Fared tertawa. Fared malu.
“Baik kau berkahwin dengan Diana. Aku lihat dia sempurna untuk engkau. Untung sangatlah engkau ini. Pandai, kacak itu bolehlah, gred B untuk kekacakkan engkau. Ada perempuan muslimah akhir zaman minat engkau. Kalau aku jadi engkau Fared. Aku bersyujur sangat-sangat dapat kehidupan yang perfect.” Kata Haikal.
“Tenang-tenang sahaja sudahlah. Aku tidak suka dengan perempuan yang cuba rapat dengan aku atau mana-mana lelaki. Itu namanya gedik.” Balas Fared.
“Apa salahnya Fared. Diana sudah cuba mendekatkan diri dengan kau. Dia minat kau Fared. Kahwin teruslah sebelum dia tawar hati atau dia tidak mahu rapat lagi dengan engkau.” Jawab Haikal.
“Sepatutnya dia mendekatkan diri dengan Allah, bukan mendekatkan diri dia kepada aku.” Balas Fared dengan nada suara yang lembut.
Haikal terdiam. Tangannya diletakkan pada dagu. Berfikir sejenak. Haikal mula berfikir dan menghadam kata-kata Fared. Fared mendiamkan diri. Air tin minuman kopi yang ada pada di tangan Fared diminum. Fared memandang ke lantai setelah meneguk habis tin minuman kopinya itu.
Beberapa hari kemudian, beberapa orang pekerja berbaju korporat merah mengangkat komponen-komponen supercomputers dan meletakkan mereka di bilik kerja Fared. Fared, Haikal, Aizat, Rahman, Hadi dan Haziq turut membantu pekerja berbaju korporat itu dengan mengangkat barangan-barangan yang telah memereka tempah. Selepas itu, Fared dan Rahman memasang supercomputers. Haikal dan Haziq menyiapkan barangan dan alat-alatan untuk membina robot rondaan.
Komponen-komponen robot rondaan juga diterima oleh Fared setelah membuat tempahan. Fared mengambil fail di atas meja lalu membacanya. Fared membaca fail tersebut. Tersenarai nama-nama syarikat yang terlibat dalam kobalorasi dalam pembinaan robot-rondaan. Pembinaan robot rondaan dilakukan secara besar-besaran.
Hadi dan Aizat berada di bangunan Jabatan Majlis Keselamatan Negara. Kawasan bangunan Jabatan Majlis Keselamatan Negara tersangat luas bagaikan taman rekreasi milik istana sultan. Bangunan Jabatan Majlis Keselamatan Negara pula Reka bentuk bangunan bagaikan berbentuk stadium dan juga berbentuk seperti Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) dari luar. Mereka berdua masuk ke dalam bangunan tersebut lalu pergi ke kaunter menulis nama, nombor telefon dan juga nombor kad pengenalan sebelum bertemu dengan Lembaga Pengurus Jabatan tersebut. Mereka berbual-bual di dalam bilik mesyuarat dengan Lembaga Pengurus Majlis Keselamatan Negara. Setelah beberapa perkara diteliti, seluruh pengurus jabatan tersebut mempersetujui cadangan dan jemputan syarikat ‘Terminal Vector’.
Beberapa kali perjumpaan dan persembahan akan diaturkan dengan kehadiran Kementerian Pertahanan Negara termasuk Menteri Pertahanan Negara serta Ketua Polis Negara. Hadi dan Aizat berasa gementar kerana tidak pernah lagi membuat projek besar sebegini. Hadi dan Aizat membuat pelbagai pertemuan dan mempersembahkan projek Fared kepada pegawai-pegawai pertahanan. Bagaimana pun, proses menerima persetujuan mengambil masa selama dua bulan. SKMM MCMC turut memberi lampu hijau kepada projek robot rondaan syarikat ‘Terminal Vector’.
Kementerian Kewangan telah diarahkan untuk melabur ke dalam projek robot rondaan setelah mesyuarat Dewan Negara mempersetujui projek tersebut. Sebanyak RM10 juta telah dilaburkan kepada syarikat ‘Terminal Vector’. Fared memeriksa kertas-kertas kerja yang telah dilakukan oleh Hadi, Aizat, Haikal, Diana dan juga Haziq. RM5 juta telah dibelanjakan untuk pembinaan server, pembinaan Artificial Intelligence dan Supercomputers khas menggerakkan robot rondaan. Fared dan Rahman membuat Facial Recognition dan Face Identification. Selain robot rondaan, kamera CCTV turu diusahakan agar membantu pergerakaan robot rondaan.
Perbincangan menurut mesyuarat Dewan Negara, projek robot rondaan akan memberikan pekerjaan bagi yang penganggur lepasan bidang Teknlogi Komunikasi dan Informasi serta seangkatan dengannya. Di jangkakan pengangguran akan menurun sebanyak 10%. Rahman turut sibuk dengan projek pembaikkan robot rondaan. Rahman ditugaskan dalam pembinaan dan reka bentuk mesin membina robot rondaan. Jangkaan tidak mengena. Sebanyak 30% pengangguran menurun. Kilang robot rondaan dibuka. Pembinaan robot rondaan dimulakan pada skala yang kecil. Robot binaan dibina sebagai ujian dan eksperimen latihan virtual reality untuk para anggotaa polis.
Fared terlalu sibuk dengan pendaftaran pengenalan pegawai-pegawai serta anggota-anggota polis ke dalam sistem. Artificial Intelligence bukan sahaja dibina oleh Fared dan Rahman, bahkan melibatkan 30 orang pekerja baru dalam pembinaan Artificial Intelligence. Pekerja yang ramai memudahkan lagi kerja Fared dalam menyiapkan Artificial Intellligence robot rondaan. Litar latihan memandu turut disewa untuk eksperimen Artificial Intelligence dan ujian robot rondaan. Robot rondaan diuji. Robot rondaan bertayar empat, boleh bergerak dengan kelajuan 30km/Sejam. Eksperimen berjaya. Jalan raya yang berliku-liku berjaya dirintangi. Robot rondaan juga kalis air. Masih boleh bergerak dan berfungsi walaupun bergerak di lopak air.
Formasi menahan jenayah, memerangkap penjenayah, melanggar penjenayah serta melambatkan pergerakan penjenayah berjaya dilakukan. Bilangan robot rondaan yang digunakan untuk ujian di litar memandu adalah sebanyak 50 unit. Bilangan yang banyak dapat memudahkan kerja-kerja membanteras penjenayah dan mengenalpasti situasi keadaan. Syarikat swasta turut melaburkan wang kepada syarikat ‘Terminal Vector’. Syarikat ‘Terminal Vector’ mulai terkenal di seluruh negara. Berita Akhbar luar negara juga menceritakan mengenai syarikat ‘Terminal Vector’.
Pada waktu pagi di kem pusat latihan polis komando. Beberapa robot rondaan bergerak secara rawak tanpa berlanggar dengan sesama sendiri di padang kawad kem latihan polis. Fared dan rakan-rakannya menghadiri majlis kobalorasi kem latihan polis komando dengan syarikat ‘Terminal Vector’. Majlis dilakukan secara kecil-kecilan. Fared memberi ucapan kepada para hadirin majlis kecil-kecilan itu. Tayangan video mempromosikan robot rondaan dan juga produk-produk serta kerja-kerja kualiti ‘Terminal Vector’ terkenal sehingga ke luar negara.
Rahman memberikan ucapan kepada para hadirin majlis kecil-kecilan itu. Tayangan video mempromosikan robot rondaan dan juga produk-produk serta kerja-kerja kualiti ‘Terminal Vector’ terkenal sehingga ke luar negara. Terminal Vector mendapat perhatian daripada negara Barat seperti negara-negara Eropah kerana usaha yang bersungguh-sungguh dalam penyelidikan dan pembangunan sehingga dapat mengecapi kepakaran kemahiran dalam robotik seperti kemegahan kemajuan negara-negara Eropah.
Beberapa lagi robot rondaan bergerak keluar dari lori. Para hadirin majlis tersebut menepuk tangan terkejut melihat robot yang keluar dari empat buah lori lalu membuat pelbagai formasi serta dengan iringan musik merancakkan lagi suasana. Ramai kagum dengan formasi robot rondaan. Persembahan robot rondaan sebagai tarikan peminat dan pelabur berjaya dengan lancar.
Semua kepenatan. Fared minum air mineral dari botol airnya yang besar. Sebotol air mineral habis diteguknya. Sebotol air mineral lagi diambil lalu diteguk. Dua botol air mineral dilemparkan lalu tepat masuk ke dalam tong sampah berwarna hitam yang berada di tepi tiang kafeteria Pusat Latihan Kem Polis Komando. Sebotol lagi air mineral dicapai dihadapannya. Diteguk lagi air botol mineral tersebut lalu dilemparkan. Buat kali ketiga, air botol mineral tepat masuk ke dalam tong sampah berwarna hitam tersebut. Haikal berasa kagum dengan Fared.
“Bulan hadapan adalah majlis pelancaran pembinaan robot rondaan pada skala kecil. Majlis tersebut hanya majlis ringkas sahaja. Jika robot rondaan berjaya dilancarkan secara besar-besaran, barulah ada majlis besar-besaran!” Kata Haziq dengan nada bersemangat walaupun berpeluh kerana hari yang panas. Lebih-lebih lagi berehat di Pusat Kem Latihan Polis Komando. Manalah tidaknya kepanasan.
“In sya Allah, ada rezeki, adalah habuannya nanti.” Kata Fared dengan tersenyum.
“Bulan hadapan juga akan bermula latihan penggunaan robot rondaan bersama anggota-anggota polis. Kita akan lihat bagaimana latihan operasi anggota-anggota polis bertugas menggunakan robot rondaan berdasarkan kemampuan robot rondaan dalam membantu operasi anggota-anggota polis.” Tambah Fared dengan penjelasan.
“Wah, teringin hendak lihat latihan-latihan anggota-anggota polis bersama penggunaan robot rondaan.” Diana teruja mendengar penjelasan Fared.
Semua rakan-rakan Fared melihat Fared setelah melihat keterujaan Diana. Fared memalingkan wajahnya pada tempat yang lain. Riak wajahnya menunjukkan agak rimas Fared akan Diana. Walaubagaimana pun mereka semua keletihan walaupun puas menjalankan majlis pelancaran robot rondaan di kem itu secara kecil-kecilan dengan jayanya.
Bulan seterusnya, Fared dan rakan-rakan hadir di Pusat Kem Latihan Polis Komando. Robot rondaan diturunkan sebanyak tiga buah lori. Fared dan rakan-rakan memerhati latihan anggota-anggota polis yang menggunakan robot rondaan. Beberapa anggota polis berlakon sebagai penjenayah yang baru sahaja merompak kedai. Sebanyak tiga anggota polis berlakon sebagai anggota polis peronda.
Tiga anggota polis mengejar seorang perompak. Robot rondaan bergerak dengan pantas lalu melepasi perompak tersebut. Robot rondaan itu berhenti di hadapan perompak. Perompak tersebut jatuh bersama robot rondaan apabila terlanggar robot rondaan. Tiga anggota polis berjaya menangkap seorang perompak. Beberapa robot rondaan meluru mengejar lagi dua orang perompak. Lima robot rondaan melanggar dua orang perompak tersebut. Beberapa robot rondaan yang lain mengelilingi dua orang perompak tersebut. Robot rondaan bergerak mengelilingi terbaringnya dua orang perompak secara tanpa henti kerana terjatuh. Ramai bertepuk tangan melihat latihan operasi tersebut.
Kawasan bangunan yang kosong dipenuhi dikelilingi robot rondaan. Anggota polis yang berlakon sebagai pembunuh bersiri terperangkap di dalam bangunan. Ahli skuad SWAT memasuki bangunan tersebut. Pembunuh bersiri tersebut berlari sehingga ke tingkat atas. Setelah berada di tingkat yang paling atas, dia meluru ke penghujung bangunan. Tali putih diambil lalu diikat pada sebatang tiang yang digunakan sebagai ampaian. Pembunuh tersebut melarikan diir dengan menuruni tali putih itu. Bangunan tingkat 3 itu dibiarkan hanya ada skuad SWAT. Pembunuh bersiri berjaya melarikan diri. Tidak lama kemudian, 15 unit robot rondaan mengejar pembunuh tersebut. Di hadapannya terdapat dua baris robot rondaan yang menghalang pembunuh daripada melarikan diri. Secara rawak, 15 unit robot rondaan melanggarnya dan ada yang berpusing mengelilinginya. Pembunuh bersiri itu berjaya ditangkap akibat terperangkap dikelilingi robot rondaan yang terlampau banyak.
Sekali lagi semua orang bertepuk tangan kagum menyaksikan latihan operasi Pusat Kem Latihan Polis Komando tersebut. Fared dan rakan-rakan bersorak kerana projek mereka berjaya. Rahman berbisik kepada Fared. Fared melihat riak wajah Ketua Polis Negara gelisah dan tidak tenteram manakala Menteri Pertahanan gembira melihat kemajuan dalam keselamatan negara yang ditonjolkan oleh syarikat ‘Terminal Vector’. Hadi, Haziq, Haikal dan Aizat mengangkat ibu jari menunjukkan simbol ‘bagus’ kepada Fared dan Rahman.
“Alhamdulillah.” Ucap Fared.
Selepas dua bulan, ratusan robot rondaan dilepaskan di Ampang, Selangor. Pembunuh bersiri berjaya dikesan seramai sembilan orang. Terima kasih kepada Arificial Intelligence robot rondaan yang berkeliaran di Ampang sebagai pemantau. Akaun Fac, Instagram, Twitter dan juga laman web telah dibina khas untuk robot rondaan. 24 jam robot rondaan berfungsi sepenuhnya. Robot rondaan dilepaskan secara bergilir-gilir. Sistem pengisian bateri robot rondaan juga secara bergilir-gilir supaya keselamatan dan keamanan dapat dipantau. Ramai penganggur kembali bekerja dan menggerakkan ekonomi negara. Pengaliran wang dalam negara juga menjadi stabil.
Kewujudan robot rondaan di Ampang, Selangor menarik perhatian pelancong luar dan dalam negara untuk hadir menyaksikan kemodenan teknologi robot rondaan tersebut. Negara kecil seperti Singapura, mulai menempah dan meminta kerjasama syarikat ‘Terminal Vector’ untuk beroperasi di Singapura setelah negara Malaysia terkenal ke seluruh dunia mengenai robot rondaan. Robot rondaan lebih efektif berbanding drone terbang yang tersangat mahal seunit dan juga kos pengendaliannya dalam menentang penjenayah dan memantau persekitaran masyarakat. Cawangan ‘Terminal Vector’ akan diwujudkan di Singapura selepas beberapa bulan yang akan datang.
Setelah robot rondaan beroperasi sepenuhnya di Ampang, di Subang Jaya pula robot rondaan mula beroperasi. Setiap daerah mempunyai pejabat robot rondaan. Pejabat rondaan penting untuk membaiki robot rondaan dan juga menerima maklum balas pelanggan seperti masyarakat. Pejabat rondaan juga berfungsi untuk mebuka bengkel bagi mengisi bateri robot rondaan dan juga menukarkan tayar dan membaiki yang sepatutnya.
Robot rondaan versi 1.0 beroperasi dengan jayanya di Subang Jaya dan Ampang. Robot rondaan versi 2.0 pula dikeluarkan. Kini robot rondaan versi 2.0 mempunyai speaker dan juga mikrofon mini di dalam robot rondaan bagi mengenalpasti suasana keadaan sekeliling selain hanya bergantung pada kamera robot rondaan.
Selepas lima bulan berlalu, seluruh dearah selangor mempunyai robot rondaan yang memantau dan menjaga keselamatan orang awam. Kini masyarakat lebih berasa selamat dan selesa apabila keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk pergi ke mana-mana sahaja mereka suka. Kadar jenayah turut berkurang secara mendadak. Kanak-kanak dan para dewasa di taman permainan mahupun padang permainan selamat diawasi robot rondaan. Beberapa kanak-kanak juga turut bermain dengan robot rondaan.
Kewujudan robot rondaan juga memberikan kesan kepada jabatan kerajaan seperti Pejabat Polis. Anggota polis terpaksa bekerja untuk mengawasi keadaan bersama robot rondaan. Robot rondaan juga dijaga agar tidak dirosakkan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, robot rondaan juga diawasi oleh pegawai siber yang bertugas memantau gerak-geri robot rondaan untuk membentuk suatu formasi atau menggerakkan suatu robot rondaan. Kamera robot rondaan pula dilihat secara siaran langsung oleh pegawai siber yang lain bagi memantau keadaan persekitaran untuk membanteras penjenayah.
Terdapat dua orang lelaki memakai helmet dan menaiki motorsikal secara berdua orang, seorang lelaki yang duduk di bahagian penumpang belakang pemandu motorsikal mengeluarkan pisau yang tajam dan berkilau secara senyap. Berbunyi notifikasi komputer salah seorang pegawai siber. Pisau dapat dikesan melalui kamera imbas robot rondaan. Pisau dipegang oleh seorang lelai yang memakai helmet dan merupakan penumpang motorsikal. Motorsikal dihidupkan. Pengendalian robot rondaan juga dialihkan. Beberapa robot rondaan yang berhampiran diaktifkan. Notifikasi peringatan dihantar kepada pegawai polis yang berdekatan dengan tempat kejadian.
Motorsikal yang dinaiki oleh dua orang tersebut bergerak ke hadapan secara perlahan-lahan. Terhenti di sebelah seorang wanita yang berpakaian pejabat dan beg tangan berada di tangan kirinya menghadap jalan. Wanita itu tidak sedar bahawa terdapat sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang lelaki memakai helmet sedang berada di sebelahnya. Seluruh pegawai yang berada di dalam pejabat kawalan robot rondaan yang bersiap siaga menghadapi pelbagai kemungkinan. Apa yang pasti, mereka hendak membanteras jenayah.
Beg tangan wanita itu dirampas namun wanita tersebut masih memegang beg tangannya itu dengan kuat. Beg tangan tidak mahu dirampas dan tangan tidak dilepaskan. Wanita itu melawan dan menarik beg tangannya itu. Penumpang motorsikal itu menjerit menyuruh wanita tersebut melepaskan beg tangannya itu atau nyawanya akan diambil. Wanita itu tidak menyerah kalah. Masih melawan dan merentap beg tangannya sambil menjerit meminta tolong. Penumpang motorsikal itu dengan kuat menarik beg tangan perempuan tersebut lalu menghayunkan pisau. Pisau tersebut mengena pada tangan wanita tersebut. Lengan atas wanita tersebut terluka yang sangat dalam. Setelah dicederakan wanita tersebut lalu terjatuh pada lantai. Menjerit kesakitan.
“Lari cepat-cepat!” Pekik beberapa kali penumpang belakang motorsikal itu menyuruh kawannya beredar setelah melukakan seorang wanita.
Setelah situasi itu diperhatikan, dengan pantas robot rondaan dikawal serta-merta. Tiga robot rondaan bergerak dengan laju lalu meghalang motorsikal peragut beg tangan wanita tersebut. Motorsikal ditunggang dengan laju hendak keluar dari kawasan kejadian. Tidak berjaya. Tayar motorsikal terlanggar robot rondaan lalu jatuh ke tepi jalan. Motorsikal terseret di pejalan kaki. Penunggang motorsikal jatuh ke dalam longkang di tepi pejalan kaki. Tiba sebuah kereta anggota polis. Dua orang pegawai polis keluar dari kereta lalu mengeluarkan dua orang penjenayah keluar dari longkang. Pemandu motorsikal berjaya diberkas. Seorang pegawai polis ditendang oleh seorang lelaki yang memegang beg tangan wanita tersebut.
Lelaki yang memakai helmet merah itu berlari lintang pukang lalu terlanggar dua robot rondaan yang pantas bergerak meluru kepadanya. Lelaki helmet merah itu berjaya diberkas. Ambulan tiba. Wanita tersebut di bawa naik ke dalam ambulan lalu dibawa ke hospital.
Pekerja pengawal robot rondaan bersorak gembira lalu menepuk tangan rakan masing-masing yang terlibat dalam situasi tersebut. Wira tidak bernama, bekerja hanya untuk menjaga keamanan dengan mengawal robot rondaan sahaja.
Share this novel