Part 8 : Tangisan

Fantasy Completed 144

Segalanya cerah, badan berasa tersangatlah lemah. Hanya kelopak mata mampu dibuka. Fared memandang persekitarannya. Beg air bergantungan pada tiang beroda. Tiub air bersambungan dengan tangan Fared. Persekitaran senyap. Seorang jururawat memeriksa Fared. Fared sudah pun bangun dari tidurnya yang panjang. Entah berapa lama Fared sudah pengsan.

“Sudah bangun. Baring dahulu ya. Saya panggilkan doktor.” Kata puan jururawat tersebut.

Fared tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berbaring sahaja yang mampu dilakukan. Rasa sakit diperut masih dirasai. Perut Fared dibaluti kain khas untuk membalut luka yang dirawat melalui pembedahan.

“Encik Fared. Bagaimana Encik Fared rasa?” Sapa seorang doktor lelaki yang kurus bercermin mata.

“Alhamdulillah, cuma pening-pening dan badan terasa lemah sangat-sangat. Berasa tidak bertenaga.” Jawab Fared.

“Saya beri vitamin nanti. Ada rasa sakit di bahagian perut?” Soal doktor.

“Ada, sakit sangat.”

“Ubat tahan sakit, ubat antibiotik.”

“Terima kasih doktor.”

Doktor membalas ucapan Fared dengan senyuman. Sebelum doktor yang memeriksanya beredar, Fared memanggil doktor tersebut untuk menanyakan suatu soalan.

“Sudah berapa lama saya tidur doktor?”

“Awak tidur selama tiga hari. Perut awak ditikam dengan pisau namun syukur kepada hadrat ilahi, tiada organ dalam yang rosak terkena pisau. Perut dicucuk tapi tidak mengenakan usus.” Terang doktor dengan jelas kepada Fared.

“Alhamdulillah, baiklah terima kasih doktor.”

“Sama-sama.” Balas doktor dengan senyuman.
__________________________________________________________________

“Mari melawat Fared. Mana tahu ada apa-apa perubahan.” Ujar Haikal.

“Takut buang masa sahaja pergi hospital, Fared masih tidak bangun. Masih berada dalam koma.” Kata Aizad sambil menundukkan pandangannya ke lantai.

“Tiga hari dah dia dah tidur. Tidur hospital swasta pula. Seronoklah dia.” Kata Hadi.

“Weyh, kena tikam perut dengan pisau, sumpah tidak seronok.” Kata Haziq. Mereka semua tertawa mendengar kata-kata Haziq yang lucu.
__________________________________________________________________

Tiga hari kemudian setelah Fared sedar dari koma, dengan tenang Fared berjalan perlahan-lahan sambil memegang tiang berpalang. Palang bertiang dilepaskan. Doktor fisiologi mengangguk. Fared berjalan tanpa memerlukan bantuan tiang berpalang. Fared berjalan keluar dari jalan yang tiang berpalang panjang.

“Encik Fared tidak lagi memerlukan tongkat sokongan untuk berjalan. Encik Fared perlu berjalan perlahan-lahan. Jalan berhati-hati kerana dikhuatiri luka tikaman pada perut Encik Fared akan terbuka semula.”

“Baiklah doktor. Terima kasih.”

Beberapa minit kemudian, Fared berada di katil wadnya. Fared memeriksa telefon pintarnya. Almari kecil yang rendah berada di sebelah katilnya dibuka pintunya lalu diambil makanan ringan yang panjang berjenama ‘Encik Kentang’. Bekas makanan ringan yang panjang itu dibuka penutupnya lalu diambil beberapa keping kentang. Fared makan kepingan kentang yang merupakan makanan ringan itu dengan enak sekali. Bukan selalu makan makanan ringan. Cuma hendak merasa sesekali walaupun mahal RM5.50 sebalang. RM5.50 boleh digunakan untuk makan nasi goreng dan air minuman di kafeteria hospital.

Fared teringat akan wajah budak remaja yang telah menikam perutnya dengan pisau dan mencuri makanan yang dibelinya dari troli berlaku pada enam hari yang lepas. Fared tekad untuk mencari budak remaja lelaki tersebut.

__________________________________________________________________

“Alhamdulillah. Akhirnya dapat discaj dari hospital.” Fared mengambil beberapa biji donut berjenama, ‘Epal besar’ di Mydin.

Fared meminta salah seorang pekerja di situ membungkus 24 biji donut yang dipilih olehnya. Setelah membayar 24 biji donut di kaunter, Fared keluar dari kedai donut tersebut lalu terus menaiki keretanya di parkir kereta.

__________________________________________________________________

Satu persatu donut Fared makan secara bersendirian di dalam kereta yang diparkir di dalam kawasan masjid. Fared makan dengan berselera sekali. Air soda yang sejuk diambil lalu diteguk. Setelah selesai menghabiskan 24 biji donut, Fared berjalan-jalan di sekitar bandar. Makan angin. Memandu dan menjelajah seluruh pelusuk bandar Kuala Lumpur, Ampang, Subang Jaya dan lain-lain tempat mencari kelibat seorang remaja lelaki. Tiba-tiba Fared mendapat suatu idea. Dengan bergegas Fared memandu sehingga ke pasar raya yang di mana Fared membeli-belah dan ditikam sebelum dimasukkan ke dalam hospital.

Kereta diletakkan di parkir pasar raya. Fared keluar dari kereta dan memasuki gerbang masuk yang di mana Fared pernah ditikam. Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan menegurnya lalu mereka bersalaman mesra.

“Bagaimana keadaan tuan sekarang?” Soal pengawal keselamatan lelaki pasar raya itu kepada Fared.

“Alhamdulillah, baik-baik sahaja cuma luka tikaman di perut masih belum sembuh sepenuhnya. Badan saya dan perut saya dibalut dan ditampal. Dijangkakan mungkin dalam sebulan, dengan izin Allah cepatlah sihat.” Jawab Fared dengan jelas.

“Alhamdulillah, hati-hati Tuan. Takut masuk hospital lagi. Hospital mana masuk?” Soal pengawal keselamatan tersebut.

“Pada mulanya pemeriksaan hospital kerajaan. Selepas pemeriksaan dan rawatan, saya dipindahkan ke hospital swasta atas permintaan syarikat tempat kerja saya. Seharian berada di hospital kerajaan dan lima hari menerima rawatan di hospital swasta. Pertama kali saya masuk hospital. Tidak pernah masuk hospital. Tiga hari tidur dalam hospital dan tiga hari pemulihan fisiologi.”

“Ouh, kenapa datang semula ke sini?” Soal pengawal keselamatan.

“Saya cuma hendak lihat rakaman dan lihat wajah budak yang tikam saya beberapa hari yang lepas.”

“Hal itu tuan, kami sudah laporkan kepada polis.”

“Ada apa-apa kemajuan?” Soal Fared kepada pengawal keselamatan tersebut.

“Setakat ini tiada lagi tuan. Cuma beberapa pegawai polis datang memeriksa pasar raya ini dan membuat laporan kerja-kerja balai polis. Kejadian yang terjadi ke atas tuan masih berada dalam siasatan.” Jawab pengawal keselamatan dengan jelas.

“Boleh saya lihat wajah budak tersebut?” Soal Fared.

“Gambar sahaja. Gambar yang diambil dari video rakaman kamera CCTV.”

“Di mana gambarnya?”
“Ada di sini.”

Fared dan pengawal keselamatan tersebut berjalan ke arah papan kenyataan elektronik. Terpapar wajah budak remaja lelaki tersebut. Fared meneliti wajah budak lelaki tersebut. Fared mengeluarkan telefon pintar lalu menghidupkan rangkaian ‘Bluetooth’. Dengan segera Fared menghubungkan talian ‘Bluetooth’ dengan peranti papan kenyataan elektronik. Gambar dimuat turun. Muat turun berjaya. Banyak kepingan gambar yang telah dimuat turun oleh Fared. Fared membuka salah satu gambar. Setelah memuat turun gambar-gambar lalu dimuat turun pula video rakaman CCTV pada hari kejadian.

“Tuan buat apa?” Soal pengawal keselamatan tersebut.

“Eh tiada ada apa-apa, saya cuma lihat kerja-kerja yang patut saya lakukan nanti. Saya ada banyak kerja terlepas kerana sudah duduk enam hari di hospital.” Jelas Fared.

“Kenapa tidak sahaja meminta orang lain buatkan?” Soal pengawal keselamatan tersebut.

“Kerja-kerja ini memerlukan kepakaran saya. Kerana itu orang lain tidak mengambil alih kerja saya.” Jawab Fared.

“Wah, kerja apa ya?”

“Saya bekerja sebagai penjaga pengkalan data suatu syarikat.”

“Wah, Teknologi Informasi.”
“Hahaha, haah, iya.”

“Kerja di mana?”

“Terminal Vector.” Fared mula resah kerana mula rasa tidak selesa dengan berbual bersama pengawal keselamatam tersebut.

“Minta maaf ya. Saya ada urusan hendak dibuat.” Kata Fared kepada pengawal keselamatan tersebut.

“Ouh okay, baiklah. Kalau hendak mengetahui kes tersebut, Tuan boleh rujuk syarikat tempat kerja Tuan. Syarikat yang Encik kerja tersebut mengambil kes Encik dan membiayai siasatan jenaya yang berlaku ke atas Tuan. Supervisor saya maklumkan kepada kami semua pengawal keselamatan di sini.” Jelas pengawal keselamatan tersebut.

“Okay, baiklah terima kasih beritahu saya makluman yang sangat penting.”

“Sama-sama Tuan.” Angguk pengawal keselamatan tersebut.

Muat turun berjaya. Fared memainkan video tersebut lalu mempercepatkan video tersebut. Sehingga ke paparan yang dikehendaki Fared, dengan segera tangkapan skrin diambil. Gambar tangkapan skrin yang diambil disunting oleh Fared sendiri. Tangkapan skrin sendiri lebih cantik dan lebih jelas daripada tangkapan skrin yang dilakukan oleh pengawal keselamatan yang dilakukan tanpa suntingan.

Gambar dimuat naik ke suatu aplikasi. Program pengecaman wajah melalui android bergerak dan juga rakaman kamera CCTV jalan raya atau rakaman kamera CCTV litar tertutup. Beberapa kawasan terdekat dilakukan pengecaman wajah. Pengecaman wajah tidak berjaya menjumpai wajah budak lelaki tersebut. Fared berjalan keluar dari pasar raya. Kereta dinaiki Fared lalu dipandu ke tengah-tengah bandar.

Beberapa jam dihabiskan dengan mencari budak lelaki tersebut. Fared memberhentikan keretanya di tepi jalan kawasan pekan. Tiba-tiba, Fared ternampak budak lelaki yang pernah menikamnya dahulu berlari melepasi keretanya. Fared terus membuka pintu keretanya lalu keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup  dengan laju. Dengan segera Fared mengejar budak lelaki tersebut. Kejar dan kejar. Tidak berhenti Fared mengejar budak lelaki tersebut. Fared mengekori budak lelaki tersebut perlahan-lahan agar budak lelaki tersebut tidak menyedari bahawa dia diekori Fared.

Sehinggalah berjauhan dengan kawasan pekan. Budak tersebut menyelinap merangkak melalui lubang dinding zink. Fared juga merangkak melalui ruang lubang dinding zink tersebut. Kawasan yang dimasuki mereka berdua adalah kilang lama yang terbiar bertahun-tahun lamanya akibat terbengkalai dalam operasi dan penambahbaikkan kilang. Fared berjalan perlahan-lahan sehingga memasuki kilang lama yang usang tersebut. Agak gelap kawasan kilang tersebut. Fared memasuki kilang lama yang gelap itu perlahan-lahan. Terdapat sedikit cahaya kerana terdapat siling yang berlubang menyebabkan cahaya dapat memasuki ke dalam.

Tiba-tiba kakinya dipukul dari belakang lalu Fared terjatuh ke lantai. Badan belakang Fared dipukul dengan kuat. Pasti benda yang berat dan keras digunakan untuk memukulnya. Fared menoleh ke belakang lalu menunduk dengan cepat. Hayunan batang kayu yang panjang dan tebal tidak mengena. Fared terus menangkat tangan pelaku yang memukulnya lalu mengunci pergerakan kedua-dua belah tangan pelaku tersebut. Pelaku tersebut merupakan seorang budak remaja lelaki yang telah menikam perutnya pada hari kejadian di pasar raya.

Kayu yang panjang dan tebal yang digunakan oleh budak lelaki tersebut untuk memukul Fared yang berada di atas lantai disepak pula oleh Fared. Fared melepaskan budak remaja lelaki tersebut. Fared menunjukkan wajah yang garang kepada budak lelaki tersebut. Budak lelaki tersebut sedikit pun tidak takut dengan Fared. Sebaik sahaja Fared melepaskan budak lelaki tersebut, dengan pantas hayunan kaki singgah ke muka namun tidak mengena sedikit pun kerana Fared mengelak dengan pantas. Kilauan besi bercahaya. Mata pisau ditangkap dengan cekap sekali menggunakan tangan Fared sendiri. Tangan berperisai besi. Budak lelai tersebut terkejut melihat tangan Fared adalah tangan robot.

Bilah besi tersebut digenggam sehingga pecah. Fared menolak budak lelaki itu dengan kakinya yang panjang. Budak lelaki itu terjatuh bergolek di lantai. Budak lelaki tersebut mengambil pisau yang baharu dari poket seluarnya. Pisau kecil yang tajam dilemparkan dengan pantas. Fared menepis dengan mudah pisau kecil yang laju menuju ke arahnya dengan tangan berperisai besi.

“Abang?” Jeritan seorang budak perempuan kecil seakan-akan berumur tadika yang mencari abang kandungnya. Budak perempuan kecil itu melihat ke arah budak lelaki itu dan juga melihat ke  arah Fared.

“Abang, siapa itu?” Soal budak perempuan kecil itu kepada abangnya yang merupakan berada di hadapan Fared yang telah menikam perut dan juga mencuri makanan yang telah dibeli oleh Fared pada beberapa hari yang lepas.

Fared melihat budak perempuan kecil tersebut. Comel sungguh budak perempuan kecil itu. Indah wajahnya. Budak lelaki yang menyerang Fared berlari dengan pantas ke arah budak perempuan yang kecil itu lalu membelakangkan dia. Pisau yang patah dan pecah tersebut masih berada dalam tangan budak lelaki tersebut. Riak wajahnya menunjukkan kerisauan dan ketakutan jika ada apa-apa yang berlaku pada adik perempuan kecilnya. Fared berjalan ke arah budak lelaki dan adik perempuan kecilnya. Wajah budak lelaki itu merah kemarahan.
“Jangan dekat!” Jeritan amaran kepada Fared daripada budak lelaki tersebut.

“Abang, abang. Kenapa abang jerit? Ada apa?” Soal budak perempuan kecil itu kepada abang kandungnya yang sedang melindunginya daripada Fared.

“Han? Kenapa Han?” Suara wanita yang lemah kedengaran memanggil nama seseorang.

“Tiada apa-apa mak.” Budak lelaki tersebut menoleh wajahnya ke tepi. Adik perempuan yang berada di belakangnya menoleh ke arah suara tersebut.

Fared berjalan menghampiri budak lelaki tersebut dengan perlahan. Pisau patah diacukan kepada Fared. Adik perempuannya memandang perbuatan abangnya. Fared berjalan dan berjalan lagi melepasi budak lelaki tersebut. Tiba-tiba, budak lelaki tersebut berlari ke arah Fared lalu menghayunkan pisau patahnya kepada Fared. Fared memegang tangannya dengan cekap. Tangan budak lelaki itu digenggam dengan kuat oleh Fared sehingga pisau patah dilepaskan kerana kesakitan yang teramat apabila tangannya digenggam dengan kuat.

“Ah!” Jerit kecil budak lelaki itu.

“Abang? Awak siapa?” Soal adik perempuannya kepada Fared. Adik perempuan kecil yag suci itu tidak memahami situasi yang berlaku di hadapannya.

“Saya Fared. Panggil saya abang Fared.” Senyum Fared kepada adik perempuan tersebut.

Pisau patah yang berada di lantai dipijak oleh Fared. Tangan budak lelaki itu dilepaskan. Pisau patah itu diambil oleh Fared lalu dilemparkan sekuat hati jauh daripada kawasan tersebut.

“Han? Apa itu? Mana adik? Han sini.” Panggil emak Han kepadan Han. Fared mendukung adik perempuan Han lalu membawa adik perempuan ke arah suara wanita tersebut.

Budak lelaki tersebut mendekati Fared. Fared senyum ke arah seorang wanita yang berbaring di atas kotak dan berbantalkan bantal yang buruk dan lusuh. Wajah wanita itu kelihatan tidak bermaya, terdapat parut luka yang banyak pada leher, tangan dan pada wajahnya.

“Saya kawan kepada Han. Saya datang untuk melawat puan dan anak perempuan kecil puan.” Kata Fared dengan suara yang lembut kepada emak Han yang lemah dan terbaring itu.

“Sungguh baik kamu ini.” Puji dengan lemah ibu Han kepada Fared.

“Saya cuma lakukan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim. Tiada apa-apa yang baik.” Balas Fared.

Fared memandang persekitarannya, terdapat almari besi yang karat tanpa pintu berisikan plastik-plastik dan barang-barangan makanan. Sedih Fared melihat keadaan mereka. Fared memandang pula adik perempuan kecil Han dan juga Han. Fared memandang ke lantai. Sedih teramat.

“Saya minta diri dahulu ya puan.” Kata Fared kepada emak kepada dua anak tersebut.
Fared mengusap kepala adik perempuan Han lalu berkata, “Adik, jaga emak ya. Jaga emak elok-elok. Tengok-tengokkan emak.”

Adik perempuan Han membalas kata-kata Fared dengan senyuman. “Okay abang!” Adik perempuan Han mengangguk.

Adik perempuan Han pergi ke pangkuan emaknya lalu emaknya menyambut anak perempuannya yang ingin bermanja. Emaknya memeluk anak perempuannya yang ingin berbaring bersebelahannya. Fared menoleh pula ke arah Han, budak lelaki tersebut. Fared memegang tangannya dengan menggunakan tangan berperisai besi lalu menarik Han dengan kuat. Fared menarik Han dengan kuat walaupun Han melawan dengan diam. Selepas beberapa langkah yang berjauhan dari tempat baringan emak Han dan adik perempuan Han, Fared melepaskan tangannya dari memegang tangan Han.

“Umur engkau berapa?” Soal Fared kepada Han.

“Kenapa kau nak tahu?” Budak lelaki bernama Han itu membalas soalan dengan soalan.

“Saya cuma hendak tahu umur engkau. Jika engkau beritahu umur terkini kau, saya tahu apa yang perlu dilakukan dengan engkau.” Kata Fared dengan tenang kepada Han.

“Kau nak balas dendam?” Soal Han dengan wajahnya yang jelas kemarahan dan matanya merupakan mata orang yang tiada bertolak ansur dan tiada berperikemanusiaan. Matanya kosong menggambarkan hatinya kosong.

“Aku hendak balas apa yang engkau telah buat pada aku.” Kata Fared kepada Han.
“Aku tetap ready even sekarang.” Balas Han.

“Bahasa kau rojak. Aku tidak berminat mendengar bahasa rojak engkau. Aku hanya berminat makan rojak pasembor.” Balas Fared lalu Fared beredar dari situ.

Fared pergi ke Restaurant Salim Savage setelah keluar dari kawasan. Fared menempah tujuh bungkus rojak pasembor lalu duduk di kerusi. Fared membuka aplikasi Whatsapp lalu menyemak kesemua mesej-mesej yang diterima jikalau terdapat kerja-kerja yang patut dilakukan dengan segera. Buku nota kecil dikeluarkan lalu ditulis dalamnya kerja yang hendak dilakukan. Fared bangun dan ambil bungkusan makan yang telah siap diletakkan di atas meja makannya lalu membayar di kaunter. Fared berlari dengan pantas sambil membawa bungkusan plastik yang berisikan makanan yang berbungkus iaitu tujuh bungkusan makanan rojak pasembor.

Tiba di kawasan kilang, Fared merangkak melalui lubang dibawah dinding zink. Bungkusan makanan dibawa bersama. Tiba-tiba Fared bertembung dengan adik perempuan Han di padang berbatu dan berpasir dan terdapat seidkit rumput-rumput. Fared dan adik perempuan Han berlanggaran. Fared dengan pantas menangkap adik perempuan Han dari jatuh ke lantai.

“Adik? Kenapa adik di sini? Tidak jaga emak?” Soal Fared kepada adik perempuan Han yang comel itu.

“Bukan tidak mahu jaga emak, abang saya suruh saya dan emak keluar dari kawasan kilang ini.” Terkejut Fared mendengar penerangan dari mulut adik perempuan Han sendiri.

Terus Fared mendukung adik perempuan Han sambil membawa bungkusan makanan rojak pasembor. Fared berjalan menuju ke kilang gelap tersebut di mana terdapat tempat baringan emak Han. Langkah Fared terhenti sebaik sahaja melihat Fared meletakkan emaknya bersandarkan pintu masuk besi karat kilang tersebut. Han berjalan dengan cepat ke arah Fared. Tangannya mengeluarkan dua bilah pisau dari poket seluarnya. Sarung pisau ditanggalkan. Kedua-dua belah tangannya memegang pisau yang tajam dan mata pisau menghadap ke bawah dari yang sepatutnya bagaimana pisau dipegang dengan cara yang betul.

“Tolong, turunkan adik aku.” Pinta Han kepada Fared sambil menunjukkan wajahnya yang kemarahan. Pintaan berserta amaran.

“Abang? Kenapa abang pegang pisau?” Soal adik perempuannya kepada Han.

“Tidak mahu.” Fared menafikan permintaan Han lalu Fared berjalan berjauhan dari Han lalu mendekati emak Han.

“Puan, saya datang semula. Kerja saya sudah siap. Saya ada bawa makanan. Makanan saya bawa ini sebagai balasan perbuatan Han kepada saya. Anak puan, Han, sangat baik. Baik sangat-sangat. Saya ada bawa makanan ini. Puan makan ya. Saya, anak-anak puan dan juga puan, kita makan sama-sama. Banyak saya bawa makanan. Makan kenyang ya Puan.” Kata Fared dengan lembut terhadap emak Han.

“Baik, terima kasih ya.” Ucap dan senyum lemah emak Han kepada Fared.

Han melepaskan genggaman pisau. Kedua-dua bilah pisaunya dilepaskan jatuh ke tanah. Fared turunkan adik perempuan Han dari dukungan. Satu per satu bungkusan makanan dibuka. Kuah rojak pasembor dibuka plastiknya. Fared menyuapkan sedikit makanan pada mulut adik perempuan Han.
Han jatuh terduduk. Fared memapah emak Han memasuki kilang usang yang gelap itu diikuti adik perempuan Han yang memegang kain lusuh pakaian emaknya. Han duduk di tengah padang berbatu dan berpasir menundukkan wajahnya ke lantai.

“Buka mulut! Nyam nyam nyam. Sedapkan mak?” Kata adik perempuan Han yang comel dan begitu juga suaranya yang comel menyuapkan rojak pasembor kepada emaknya.

“Sedap Hana. Sedap.” Puji emak Han kepada anak perempuannya yang kecil itu.

Fared tersenyum melihat keindahan adik perempuan Han yang comel tersebut menyuapkan makanan kepada emak Han yang lemah itu lalu Fared juga memakan rojak pasembor yang telah dibelinya itu. Tidak lama kemudian, Han berjalan masuk ke kilang tersebut di mana Fared, emak dan adik perempuannya berada.

Fared menghulurkan bungkusan makanan iaitu rojak pasembor kepada Han. Han mengambil makanan tersebut lalu terus makan rojak pasembor itu dengan tangannya. Fared menuangkan kuah rojak pasembor ke dalam bekas makanan itu.

“Kena makan dengan kuah. Jika tidak makan dengan kuah, maka tidak sedap.” Kata Fared dengan senyuman yang lembut.

Keluar air mata Han. Han menangis. Air matanya tidak berhenti keluar. Disebut-sebut perkataan ‘sedap’ tanpa henti. Laju dia makan.

“Allah, lupa pula hendak beli air. Saya hendak pergi beli air. Saya akan datang semula ya. Adik, makan perlahan-lahan ya.” Pesan Fared kepada adik perempuan Han bernama, Hana.

Fared keluar dari kawasan kilang tersebut. Matanya tiba-tiba mengeluarkan air mata.  Sebak dan sedih tidak terhingga. Amat bersimpati dan impati terhadap keluarga Han tersebut. Fared berjalan kaki lalu menyinggah ke suatu kedai makan. Fared menempah beberapa bungkus air coklat, air horlick, air barli dan juga membeli sebotol air mineral yang besar.

__________________________________________________________________

Ketika Fared berada di bilik kerjanya di syarikat ‘Terminal Vector’, Fared memberhentikan kerjanya lalu termenung agak lama. Fared merenungkan dan memikirkan mengenai keluarga Han. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Tidak pernah sesekali melihat dalam hidupnya terdapat seorang budak seperti Han. Lain daripada yang lain. Sungguh berani menyerang menggunakan pisau. Cara serangan dan tindakannya juga berlainan dari umur dan kematangannya. Bagaimana mereka semua boleh tiba dan tinggal buat sekian lama di kilang usang tersebut. Apakah yang telah terjadi menimpa mereka? Mengapa emak Han lemah terbaring dan penuh parut-parut luka. Sudah berapa lamakah mereka berada di situ?

“Apa yang kau fikirkan Fared? Lama dan jauh sangat kau termenung. Kau bermimpi ke? Ada teman wanita?” Soal Rahman kepada Fared yang jauh termenung.

“Bagus juga kau tanya soalan aku. Kalau kau hendak tahu apa yang aku termenungkan, dengan syarat, kau perlu bantu aku.” Jawab Fared kepada Rahman.

“Okay apa dia?”

“Macam ini...” Fared tersenyum gembira lalu menerangkan semua apa yang ada dalam fikirannya kepada Rahman.

__________________________________________________________________

Dua buah kereta diletakkan berhampiran dinding zink di parkir berdekatan. Rahman dan Fared keluar dari kereta masing-masing. Mereka berdua memasuki kawasan kilang yang terbiar tersebut. Fared dan Rahman berjalan memasuki kilang usang yang gelap itu lalu bertemu dengan Han dan keluarganya. Emak Han sudah mampu berjalan. Lebam-lebam pada lengan, muka dan kakinya sudah pun hilang. Emak Han berjalan sambil memimpin tangan anak perempuannya yang kecil, Hana. Setelah menjemput mereka, mereka semua menaiki kereta Rahman. Emak Han, Han, dan Hana menaiki kereta Rahman bersama isteri Rahman serta kereta Rahman dipandu oleh Rahman sendiri.

Rahman memandu keretanya yang ditumpangi oleh isterinya sendiri, emak Han, Han dan juga Hana. Fared memandu kereta mengikuti kereta Rahman. Tiba di rumah Rahman, Rahman dan isterinya mempelawa emak Han, Han dan juga Hana untuk masuk ke rumah mereka. Mereka semua dihidangkan makanan-makanan yang lazat-lazat. Isteri Rahman menyediakan semua, menghidangkan semua makanan-makanan. Tudung saji dibuka, nasi diletakkan oleh Rahman ke dalam pinggan-pinggan. Isteri Rahman menghidangkan beberapa pinggan nasi kepada emak Han, Han dan juga Hana. Hana bermain dengan anak-anak Rahman.

Emak Han dan Han menikmati hidangan makanan yang dimasak oleh isteri  Han dan dibantu oleh Han. Emak Han dan Han makan makanan tersebut sambil mengeluarkan air mata. Tersedu-sedu mereka kerana setelah sekian lama tidak makan makanan segar, panas dan sungguh dapat merasai keikhlasan dan kasih sayang dalam masakan.
Fared menemani Hana bermain dengan anak lelaki dan anak perempuan Rahman. Fared mengambil sepinggan nasi dan diletakkan lauk. Fared menyuap Hana yang kecil itu. Mereka semua bergembira bersama.

__________________________________________________________________

“Emak Han, Han dan Hana tidur di rumah engkau Rahman. Sementara isteri engkau jaga mereka semua, malam ini aku dan engkau pergi belikan tilam-tilam, bantal, keperluan peribadi mereka seperti berus gigi, ubat gigi, shampoo rambut, sabun badan dan lain-lain.” Terang Fared kepada Rahman.

“Okay, roger that.” Rahman mengangguk faham.
__________________________________________________________________

Hana dan anak perempuan Rahman sudah pun masuk tidur. Han dan anak lelaki Rahman pula sibuk menonton television. Isteri Rahman dan emak Han berbual sesama mereka. Berbual dari hati ke hati. Segala apa yang terjadi, emak Han menceritakan semua di dalam bilik tidur isteri anak perempuan Rahman. Isteri Rahman menutup mulutnya apabila mendengar cerita realiti sadis yang dihadapi oleh emak Han. Bercerita dan bercerita, mereka berdua menangi lalu isteri Rahman memeluk emak Han dan cuba menenangkan serta memujuk emak Han dengan lembut. Mereka berdua berpelukkan dan berpegangan tangan dengan erat. Isteri Rahman mengusap badan belakang emak Han cuba menenangkannya.

Sementara itu, Fared dan Rahman berada di bandar membeli tilam-tilam, bantal-bantal dan banyak lagi barang-barang keperluan lain. Fared membayar pelbagai barangan yang diambilnya dan keluar dari bangunan pasar raya MYDIN. Fared dan Rahman mengangkat pelbagai barangan dan memasukkan semua ke dalam kereta Fared. Fared dan Rahman berangkat lalu menaiki kereta bergerak ke tempat lain.
Fared memandu kereta dengan tenang sambil memasangkan audio alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Rahman pula membaca zikrulah. Rahman tiba-tiba mendapat akal lalu bertanyakan sesuatu kepada Rahman.

“Rahman, kau dah pilih tempat tidur mereka? Tidak mungkin pula kau menumpangkan mereka di rumah kau. Semua pakai duit engkau? Kenapa pakai duit engkau sahaja?” Soal Rahman.

“Tidaklah. Aku beli barang semua ini untuk mereka semua. Kita baru sahaja dapat duit berjuta kerana telah memulakan dan melangsungkan projek robot rondaan. Banyak kontrak, kobalorasi dan hasil jualan serta keuntungan yang kita dapat. Banyak sangat duit aku dalam bank. Aku rasa tidak selesa mempunyai terlalu banyak wang walaupun wang diterima berdasarkan penghargaan atau bayaran atas penat lelah aku selama ini. Jadi pada pandangan aku, lebih selamat jika aku mengurangkan duit di dalam bank aku untuk disalurkan kepada pihak yang betul atau pihak yang memerlukan.” Jelas Fared sambil memandu kereta.

“Panjang betul jawapan. Bukan apa, aku jua mahu bersedekah, bantu orang. Beri pula aku peluang untuk bantu mereka.” Kata Rahman.

“Ya betul apa yang engkau cakap. Aku ada tugasan untuk engkau supaya engkau juga dapat pahala tapi lebih berpanjangan daripada aku.” Balas Fared.

“Apa dia?” Soal Rahman kehairanan.

“Apa kata, guna duit engkau untuk bina rumah sederhana khas untuk keluarga ini. Rumah seperti rumah rakyat. Kontraktor rumah dan pekerja-pekerja semua aku hendak beragama islam kerana mereka semua bayar zakat. Sama juga pendawaian elektrik. Jubin lantai juga aku mahukan kontraktor beragama islam.”
“Bagus, bagus. Kau berpemikiran sama dengan aku! Kau tidak perlu beritahu apa yang engkau mahu. Aku tahu siapa. Sudah ada dalam pemikiran aku. Kita ada duit banyak sekarang. Buat masa ini, aku cari rumah sewa dan tolong carikan kerja bersesuaian dengan emak budak-budak itu. Sebuah rumah nak siap mungkin dalam lima bulan atau hingga enam bulan.” Jelas Rahman.

“Lebih cepat, lebih bagus. Tentang pekerjaan dan rumah sewa keluarga tersebut, aku yang uruskan. Kau fokus kontrak pembinaan rumah sederhana. Bagaimana pula cepat sangat kau sudah ada orang untuk dibayar membuat rumah?” Soal fared kepada Rahman.

“Aku pun sedang proses membina rumah. Sememangnya kontraktor yang menguruskan pembinaan rumah aku tersebut beragama sama dengan kita.”

“Ouh, patutlah cepat.”

“Haha, iya.”

“Budak lelaki itu berumur 15 tahun kan? Pendek sangat ketinggian dia. Macam budak.” Soalan Rahman ditanyakan kepada Fared.

“Haah, umur 15 tahun. Dia tidak bersekolah kerana tiada rumah dan tiada duit.” Jawab Fared.

“Ya Allah, bagaimana pula mereka semua hendak makan?”

“Mungkin ada kisah mereka tersendiri sehinggakan emak mereka tidak larat hendak bangun.”
“Ya Allah rabbi.”

“Budak lelaki bernama Han itu, dia mencuri makanan di sekitar bandar terdekat dengan kilang tersebut. Aku pun tidak tahu sudah berapa lamakah mereka berada di situ. Aku tidak tahu sangat cerita mereka.” Jelas Fared.

“Eh sekejap. Budak lelaki itulah yang telah tikam engkau kerana hendak mencuri makanan?” Fared tiba-tiba terkejut lantas bertanyakan soalan tersebut.

“Ya tetapi bukan salah budak itu. Aku maafkan budak itu.” Jawab Fared dengan tenang walaupun hatinya tidak tenang.

“Allah Akbar, Allah Akbar, Astaghfirullah-al Azim.” Ucap Rahman.

“Aku tidak buat laporan polis. Aku mahu ubah budak tersebut. Itu menjadi pengajaran.”

“Iya, iya. Apa-apa sahaja boleh terjadi jika terdesak. Itulah yang terjadi kepada kita sekarang. Ramai yang menganggur dan tiada rumah. Anak-anak dan keluarga terbiar dan tinggal di tepi jalan berdasarkan akhbar namun tiada di depan mata. Sedikit pun kita tidak nampak gelandangan di mana-mana. Mungkin juga mereka mencari tempat yang selamat untuk mengelakkan jenaya berlaku. Kesian orang-orang gelandangan. Lebih-lebih lagi gelandangan ramai terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama islam di bandar tetapi di mana mereka semua?” Khuatir Rahman. Timbul banyak persoalan.

“Bagus juga kita terlibat dengan orang yang memerlukan pertolongan dan ihsan. Kita tidaklah terlalu mengejar kemewahan dan kejayaan sambil melupakan orang yang dibawah. Alhamdulillah Allah kurniakan kita pekerjaan yang halal.”
“Betul-betul. Sekarang inilah kita balas apa yang Allah beri kepada kita melalui membantu orang, sedekah, dan membayar zakat. Alhamdulilah dapat peluang untuk bantu orang. Sedih dan sebak aku. Ya Allah, ampunilah dosa aku ya Allah.”

Fared diam sambil tersenyum. Dalam hatinya mengaminkan doa Fared dan juga berdoa agar Rahman dan keluarga tersebut dilimpahi rahmat dan kebahagiaan. Fared memandu kereta dengan tenang dalam malam yang pekat dan indah. Fared mengesat air mata kanannya dengan lengan baju warna merahnya yang panjang. Sedih dan sebak. Masih Fared teringat pertama kali bila dia melihat keadaan emak Han yang tidak larat untuk bangun dan juga adik perempuan Han yang kurus keding akibat cukup makan. Entah apa yang dilalui oleh Han sehinggakan Han sanggup untuk menyerang orang menggunakan pisau dan sanggup menikam Fared sendiri menggunakan pisau.
__________________________________________________________________

Selepas seminggu, Fared meminta emak Han dan keluarganya bersiap dan mengemaskan barangnya kerana ada destinasi yang mereka hendak dituju. Ada urusan yang perlu dilakukan berkaitan mereka sendiri. Pada mulanya Han enggan sambil menghalang emaknya dan juga adik perempuannya mengikuti Fared dan Rahman namun Han akur apabila Rahman membawa bersama anak perempuannya. Han dan keluarganya menaiki kereta dipandu oleh Fared dan juga milik Fared.

Mereka menaiki kereta sehingga tiba di kawasan perumahan rumah teres. Fared memberhentikan kereta dan diletakkan di hadapan rumah. Fared keluar dari kereta lalu membuka pintu pagar serta membuka kunci pintu. Perlahan-lahan Han dan keluarga Han berjalan ke arah rumah kosong tersebut. Secara mengejut, Fared memberikan kunci rumah kepada emak Han. Emak Han diam. Terpaku. Kunci rumah tersebut yang baru sahaja diterima mmebuatkan dia tercengang. Berkali-kali emak Han memandang kunci rumah tersebut lalu memandang wajah Fared. Selepas beberapa kali perbuatan tersebut diulangkan, emak Han memandang wajah Rahman, anak perempuan Rahman lalu memandang pula wajah anak-anak kesayangannya.
Sekali lagi emak Fared mengeluarkan air mata. Bertambah-tambah perasaan sedih dan syahdu yang pasti bukan sendu. Emak Han tertunduk. Terlalu sedih sehinggakan dia duduk di lamtai. Mengesat air tangisan terharunya menggunakan kain bajunya. Anak perempuannya, Hana datang kepadanya lalu memeluknya. Anak perempuannya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Hana bertindak memegang kain emaknya menemani emaknya yang sedang lemah dan sedih akibat terharu. Han pula menajamkan pandangannya terhadap Fared. Kerut wajahnya jelas menunjukkan kemarahan terhadap Fared. Han salah faham. Fared tidak melayan reaksi Han.

“Betul ke ini? Ya Tuhan!!! Betulkah?” jerit emak Han berbentuk soalan.

“Betul Puan.” Jawab Fared.

“Terima kasih, ya Tuhan. Aku bersyukur sangat-sangat. Aku berdosa. Aku berdosa wahai Tuhan. Mengapa Tuhan? Mengapa?” Emak Han keluh resah pada dirinya.

“Puan, selagi kita ini ciptaanNya, makhlukNya, hambaNya, selagi itu dia sayangkan kita.” Jawab Fared dengan tenang sambil senyum lembut kepada emak Han.

“Masuk puan. Masuk ke dalam rumah puan yang baru ini.” Pelawa Fared kepada emak Han untuk masuk ke rumah baru milik emak Han.

Emak Han mengangguk faham lalu menolak anak perempuannya dengan perlahan agar masuk ke dalam rumah bersamanya. Emak Han masuk ke dalam rumah dengan anak perempuannya. Han mengekori emaknya dan mengeluarkan pisau yang panjang dan tajam dari dalam bajunya yang disorokkannya lalu mencabut sarung pisau tersebut. Jelingan tajam diberikan kepada Fared.

“Fared, dah kenapa dengan budak itu.” Bisik Rahman pada telinga Fared.
“Entah.” Fared tertawa kecil.

“Risau aku dibuatnya. Budak itu pegang pisau. Apa kita hendak buat? Psychopath budak itu. Nak rampas pisau dia? Marah dia? Takkan pula hendak emaknya menangis setelah menangis dalam keadaan terharu dan sedih?” Bisik lagi Rahman kepada Fared.

“Dia risau sahaja agaknya. Nanti dia simpan lah balik pisau itu setelah dia tahu keadaan dia dan keluarga dia selamat.”

Rahman memandang wajah Fared. Riak wajah Rahman tertulis banyak persoalan seperti kertas soalan peperiksaan.

“Aku berpengalaman la.” Kata Fared.

“Kau ada anak luar nikah ke?”

“Tempurung tengkorak kau jenama manusia.” Ketawa kecil Fared.

__________________________________________________________________

Han membentangkan tilam lalu membentang alas tilam. Bantal diletakkan pada hujung tilam. Han baring di atas tilamnya. Minda membuat spekulasi dan pelbagai jenis dan perspektif pandangan mengenai Fared dan niat Fared. Dalam dirinya masih membuak-buak kemarahan bagaikan air panas yang menggelegak.

Han membayangkan bagaimana Fared patut dibunuh, di mana patut disorokkan mayatnya. Han tidak mahu perkara buruk berlaku lagi ke atas keluarganya.

__________________________________________________________________

Pada keesokkan harinya, emak Han dan anak perempuan Han mengikuti isteri Rahman dan anak perempuan Rahman untuk membeli pakaian sekolah dan kerja khusus buat untuk emak Han dan adik perempuan Han di pasar raya Mydin. Jenama baju sekolah ‘Canggih’ menjadi pilihan. Beberapa helai baju sekolah dibelikan untuk adik perempuan Han. Isteri Rahman membelikan beberapa helai baju kurung khusus untuk baju emak Han sebagai kegunaan pejabat atau kerja. Baju yang lain pula untuk pakaian harian emak Han dan adik perempuan Han.

Begitu juga dengan Han. Rahman, anak lelaki Han, Fared dan Han juga di bahagian baju sekolah lelaki. Han menenangkan diri. Ikuti sahaja apa yang terjadi. Selepas membeli barang-barangan seperti tali pinggang, kasut sekolah, baju sekolah, seluar sekolah, sikat rambut, pewangi badan, pakaian dalam, beg sekolah, alatan-alatan tulis dan juga sarung kaki.

Setelah puas dan cukup barang-barangan yang perlu dibeli khusus untuk kerja emak Han, persekolahan Han, dan adik perempuan Han, mereka semua singgah di Restoran Syafie untuk makan tengah hari. Fared dan Rahman tertawa bersembang berdua. Han pula melayan kerenah anak lelaki Rahman yang tidak tahu duduk diam.

__________________________________________________________________

Keesokan hari pula, Rahman bersama Han berada di Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendapatkan maklumat identiti mengenai emak Han, adik perempuan Han dan juga Han sendiri.

“Minta maaf tuan. Berdasarkan masalah puan dan anak-anak puan, kami tidak boleh menyerahkan dokumen pengenalan dan anak-anak puan.” Kata seorang kerani bertudung yang agak lebar badannya di kaunter pendaftaran sambil membuat wajah yang tidak selesa.

“Kenapa ya Puan? Ada yang apa-apa mereka perlu lakukan? Perlu ada cap jari? Ingat nombor sijil lahir? Beri nombor kad pengenalan yang dihafal?”

“Minta maaf tuan dan puan, Jabatan Pendaftaran Negara tidak lagi melakukan perkara seperti mencetak, menyerahkan dokumen dan lain-lain kepada orang yang tidak bertanggungjawab menyimpan dan menjaga dokumen sendiri dengan elokdaripada hilang.” Kata kerani tersebut.

“Eh kenapa pula. Inikan pejabat pendaftaran. Sudah tentu perkara-perkara tersebut merupakan tanggungjawab dan tugasan Jabatan ini.” Soal Rahman dengan tidak berpuas hati.

“Minta maaf, ini peraturan baharu Jabatan Pendaftaran Negara. Penyerahan dokumen pengenalan orang tidak boleh sewenang-wenangnya diberikan kepada orang lain.” Kata kerani bertudung berbadan lebar itu.

“Puan, puan. Begini, kami bukan orang luar dan bukan orang lain. Saya membantu puan ini. Puan sebelah saya ini. Dia yang perlukan dokumen pengenalan diri dia.Saya menemani dan membantu dia untuk dapatkan dokumen pengenalan untuk diri dia supaya mudah mendapatkan pekerjaan.” Jelas Rahman.
“Dokumen pengenalan sangat penting untuk puan ini. Tidak ada bukti dan dokumen pengenalan, bagaimana hendak mendapatlan pekerjaan?” Tambah Rahman.

“Minta maaf, saya tidak dapat membantu. Saya hanya bekerja dengan orang. Bukan semua urusan saya boleh buat. Selebihnya orang atasan.” Jawab kerani perempuan berbadan lebar itu dengan membuat reaksi wajah yang menyakitkan hati. Wajah sombong dan reaksi wajahnya menonjolkan tanda penghinaan dan jijik kepada sesuatu.

Rahman jalan dengan perlahan meninggalkan kaunter mengeluh kecil secara sendiri. Emak Han hanya memandang Rahman yang kepenatan. Han yang duduk bersama adik perempuannya memandang tajam ke arah kerani kaunter itu. Kerani kaunter itu tidak menyedari bahawa Han sedang merenung tajam ke arahnya. Setelah mengeluh, Rahman datang semula ke kaunter. Tiba-tiba Fared muncul di pintu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Pintu dibuka oleh Fared sendiri yang berbaju hoody dan memakai tudung baju sejuk lalu duduk di kerusi.

“Begini ya puan. Jika proses untuk mencari, proses mencetak, proses pengesahan, dan penyerahan dokumen itu sukar, dan perlukan caj atau pembayaran tambahan, saya bayar. Saya minta tolong puan untuk bantu puan sebelah saya ini yang sedang duduk di hadapan puan. Hendak makan gaji halal juga seperti puan. Hendak juga dapat kerja yang selesa seperti puan. Saya bantu dia. Puan pun bantulah dia, dengan izin Allah, mudah urusan puan pada masa akan datang. Asalkan puan bantu urusan bantu puan ini dan saya bayar mengikut jumlah perkhidmatan yang saya perlu bayar. Kalau bayar sedikit maka lama masa perlu diambil untuk menyiapkan dokumen tersebut. Saya faham, sukar kerja untuk dokumen pengenalan itu. Saya datang, saya bayar. Saya hendak dokumen pengenalan itu semua siap untuk puan ini, dan selepas itu saya hendak puan selesaikan dokumen-dokumen anak-anak puan ini. Saya bayar juga. Saya ambil perkhidmatan premium, saya bayar mahal perkhidmatan premium supaya cepat dokumen semua diuruskan.” Panjang percakapan Rahman.

“Apa ini? Awak jangan main-main dengan saya! Saya tidak makan rasuah! Bayarlah sebanyak mana pun awak hendak, semampu banyak mana wang awak ada, saya tidak akan sesekali makan rasuah! Jangan sesekali cuba untuk sogok saya dengan duit kopi! Saya akan laporkan kepada polis dan SPRM! Habis awak! Saya sudah kata, bukan urusan saya dengan dokumen berkenaan! Tidak boleh, tidak bolelahlah! Saya dibayar hanya untuk buat kerja saya! Bukan buat kerja untuk orang lain! Datang lain kali! Suruh orang lain uruskan! Saya tidak boleh buat kerja ini! Itu peraturan Jabatan Pendaftaran Negara! Saya akan telefon polis! Saya telefon jabatan SPRM!” Ugut kerani berbadan lebar itu.

Orang ramai di dalam pejabat itu memandang ke aarah Rahman. Riak wajah mereka tertanya-tanya. Ada yang menggeleng-gelengkan kepada Rahman kerana ramai menyangka Rahman ingin menyuap duit kopi. Rahman hanya mendiamkan diri lalu duduk di kerusi. Fared bangun dari kerusi lalu duduk bersebelahan Rahman.

“Aku sudah agak perkara macam ini akan terjadi. Waktu aku sedang belajar di kolej, nak bayar denda kad pengenalan yang pun tidak boleh. Bayar denda dua kali ganda. Bayar denda lain, bayar proses buat kad pengenalan lain. Padahal buat benda itu mudah, kita cuma perlu tunggu. Tahu apa jadi pada waktu itu?” Bisik Rahman kepada Fared.

“Apa dia?” Soal Fared.

“Aku wajib ambil perkhidmatan premium. Kad pengenalan siap lebih cepat daripada biasa, tidak perlu tunggu lama seperti orang lain. Bayaran lima kali ganda daripada harga asal untuk bayar perbaharui kad pengenalan yang hilang. Apa lagi, aku kerja separuh masa. Pagi dengan malam. Semata-mata untuk bayar denda yang dua kali ganda dan perkhidmatan yang berganda harganya. Alhamdulillah tempat kerja aku bayar ikut jam. Habis kerja, terus dapat duit hari itu juga sebelum balik. Dalam dua minggu dapatlah aku bayar denda dua kali ganda dan kos perkhidmatan yang lima kali ganda.” Marah Rahman.
“Mak abah aku sudahlah tidak mampu hendak bayar, mereka buat aku begini.  Sekarang? Ini pula yang terjadi! Nak bayar tidak boleh. Nak bayar perkhidmatan yang mahal pun tidak boleh! Dasar penindas!” Marah lagi Rahman.

“Bertudung ikut syariat islam tetapi kerja buat kerja yahudi!” Tambah Rahman yang sedang kemarahan.

“Jangan risau. Sabar Rahman.” Kata Fared.

“Kenapa duduk di sini? Urusan dah selesai! Tiada urusan kan? Ada urusan lain? Bukan sini tempatnya. Pergi duduk sana!” Marah kerani tersebut kepada emak Han.

Emak Han bangun dari kerusi pelanggan kaunter itu lalu duduk di kerusi tengah antara Han dan Hana. Rahman memandang mereka dengan pilu dan impati. Fared menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan lalu mengeluh kecil. Secara tiba-tiba muncul dua orang anggota polis lalu masuk ke dalam pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.

“Siapa yang telefon kami tadi?” Soal salah seorang anggota polis. Mereka berdua memakai cermin mata hitam dan topi polis yang hitam Baju mereka serba kemas. Kasut hitam yang panjang berkilat.

“Saya, itu orangnya, berbaju t-shirt berwarna biru. Itu dia.” Kata Kerani itu.

“Minta maaf tuan. Nama tuan siapa? Tuan diminta berdiri. Masalah kita berbincang di balai.”

“Saya Rahman. Baik, saya akur.”
Tangan Rahman diambil lalu digari dengan tersangat ketat. Rahman menjerit sedikit ketat apabila tangannya tersebit dengan gari dan diketatkan dengan seketat kuat yang boleh.

“Tuan, saya tidak lari! Saya akur! Kenapa gari? Saya bukan penjenayah! Apa hak tuan menggari orang awam yang tidak bersalah? Ada waran tangkap”

“Bertenang, perasuah layak dilayan sebegini. Saya anggota polis. Saya ada kuasa. Saya adalah waran tangkap kamu.” Kata anggota polis yang menggarinya.

Orang ramai tertawa kecil dengan apa yang dikatakan oleh anggota polis tersebut. Emak Han keresahan dengan apa yang terjadi di hadapannya. Fared memandang Rahman yang kesedihan kerana cubaan untuk buat perkara yang mendatangkan pahala gagal.

“Sabar Rahman. Ikutkan sahaja. Bertenang.” Pesan Fared.

“Kamu siapa?” Soal salah seorang anggota polis kepada Fared.

“Saya baru sahaja datang di sini untuk memohon dokumen untuk urusan saya.” Jawab Fared.

“Jangan bercakap dengan penjenayah! Kalau kamu penjenayah, bercakaplah dengan penjenayah!” Amaran daripada salah seorang anggota polis kepada Fared.

“Tuan, lepaskan dia Tuan. Dia tidak bersalah. Dia cuma bantu saya tuan untuk dapatkan dokumen saya untuk selesaikan urusan saya. Dia hanya datang untuk membayar perkhidmatan bagi dokumen saya sahaja Tuan.” Rayu emak Han.
Dua orang anggota polis tersebut saling berpandangan antara mereka berdua sahaja lalu gelak tawa dengan kuat.

“Apa yang lawak?” Soal Rahman dengan suara yang kuat.

Rahman ditampar pada wajahnya dengan kuat. Satu pejabat telah mendengar tamparan yang kuat menyinggah pada pipi Rahman. Semua orang tertawa dengan kuat. Ada yang terlalu geli hati.

“Kuat dramalah kamu semua ini! Bodoh!” Jerit salah seorang yang juga hadir menunggu giliran di kaunter pejabat tersebut.

“Cun bhai perempuan ini. Isteri engkau ke?” Soal anggota polis yang memegang tangan Rahman yang digari.

“Bukan.” Jawab ringkas Rahman.

“Tuan-tuan! Perempuan itu juga bersubahat untuk sogok saya dengan duit kopi! Mereka hendak suap saya dengan duit rasuah! Gari dan tangkap perempuan itu bersama!” Jerit kerani itu dengan kuat sekali lalu tersenyum gembira.

“Bawa dia juga.”

“Tuan, tuan! Saya tidak bersalah! Tolong tuan! Saya tidak bersalah! Saya cuma hendak urusan saya selesai.” Rayu dan pinta emak Han.

“Ah!” Jerit emak Han. Tangannya digari dengan ketat sekali. Punggungnya disentuh anggota polis. Paha emak Han juga diraba-raba salah seorang anggota polis.

Fared memandang mereka dengan renungan yang tajam. Diam buat seketika laalu menegur dua anggota polis tersebut.

“Kau orang berdua perogol atau anggota keselamatan negara!? Raba-raba emak orang pula! Dah tangkap itu, tangkap sahajalah! Jangan ambil kesempatan!” Jerit Fared kepada dua orang anggota polis.

Orang ramai memandang ke arah Fared yang jerit kepada dua anggota polis tersebut. Fared bangun lalu duduk bersebalahan Han lalu menekan Han pada kerusi. Fared merenung tajam kepada Han yang sedang merenung tajam kepada dua anggota polis tersebut. Kemarahan Han membuak-buak bagaikan api yang marah disimbah petrol.

“Kau kenapa?! Nak biarkan sahaja?!” Bisik Han kepada Fared.

“Aku tidak mahu engkau menambahkan kehuru-haraan dan merumitkan keadaan. Biar aku uruskan. Kau duduk sahaja di sini.” Bisik Fared kepada Han.

Adik perempuan Han menangis dengan kuat. Fared mengambil adik perempuan Han yang turun dari tempat duduk dan pergi berjalan menuju ke emaknya.

“Maaaaaaaak, maaaaak, mak mak mak, Kenapa emak kena tangkap dengan polis? Emak tak jahat!” Kata Hana sambil menangis di dukungan Fared.

Fared meletakkan adik perempuan Han di kerusi sebelah Han. Fared menyuruh Han menjaga adiknya lalu Fared mengekori dua anggota polis yang menggari dan membawa Rahman dan emak Han ke balai polis. Rahman diletakkan di dalam kereta di tempat duduk bersebelahan pemandu kereta. Emak Han pula diletakkan di tempat duduk belakang duduk bersama anggota polis yang menolaknya masuk ke dalam. Kemudian kereta polis yang dinaiki Rahman dan emak Han berlalu pergi.

“Han, Hana. Jom ikut abang.” Panggil Fared kepada Hana dan Han.

Fared mendukung Hana lalu berjalan ke keretanya sambil mendukung Hana yang sedang menangis dengan kuat itu. Han duduk di tempat duduk bersebelahan pemandu. Fared membaringkan Hana di tempat duduk belakang lalu menghidupkan enjin kereta. Pantas, Fared memandu kereta dan mengekori kereta polis tersebut. Perlahan-lahan Fared memandu keretanya mengekori kereta polis tersebut. Hana masih menangis sekuat hati di tempat duduk belakang. Menangis sambil berbaring di tempat duduk belakang. Han pula mengetap giginya. Kemarahannya membuak-buak. Fared masih memandu mengekori kereta polis tersebut.

__________________________________________________________________

Selepas beberapa minit, Rahman dan emak Han dikeluarkan dari kereta lalu dibawa masuk ke dalam balai. Begitu juga dengan Fared. Keluar dari kereta lantas mendukung Hana. Sebelum itu, Fared menyuruh Han mengikutinya dan duduk di sofa panjang di dalam balai polis. Fared mendukung Hana sehingga duduk di kauter bercakap dengan anggota polis perempuan yang bertudung bertugas menjaga di bahagian kaunter.

Fared meletakkan Hana di kerusi bersebelahannya lalu mengesat air mata Hana dengan menggunakan tisu yang diambil dari kotak tisu di atas meja kaunter balai polis tersebut.

“Allah, comelnya. Anak Encik?” Soal anggota polis perempuan bertudung tersebut.

“Bukan puan. Bukan anak saya. Anak kawan ini. Saya belum kahwin lagi puan.” Jawab Fared.

“Ouh, nak kahwin dengan saya? Saya masih dara. Masih belum kahwin. Saya berumur 30.” Kata anggota polis perempuan tersebut.

“Minta maaf puan. Saya datang bukan hendak melamar puan. Saya datang untuk membuat laporan polis.” Jawab Fared dengan kehairanan.

“Iya saya tahu, saya cuma bergurau sahaja. Kerja tak elok stress, bolehlah berjenaka sedikit kan?” Polis perempuan tersebut menyembunyikan perasaan malu kerana cinta ditolak.

Fared pun membuat laporan polis dengan mengisi borang pelapor dan menulis kejadian yang baru sahaja berlaku tadi. Fared bersabar dan tenang sahaja dengan apa yang baru sahaja terjadi. Setelah siap menulis borang, Fared serahkan borang laporan polis kepada polis perempuan tersebut. Polis perempuan tersebut diam sejenak lalu meletakkan borang laporan tersebut di atas meja lalu ditolak kepada Fared. Wajah polis perempuan tersebut menggambarkan seperti tidak senang atau tidak tenang hati.

“Kenapa puan? Puan juga tidak mahu lakukan tugas puan?” Soal Fared kepada anggota polis perempuan tersebut.
“Bukan, bukan saya tidak mahu membantu. Bukan di sini ya. Minta tolong dan buat laporan di balai polis luar dari bandar sini. Pergi balai polis yang jauh-jauh. Di sini susah. Buat laporan, tetapi laporan tidak diambil dan tidak buat siasatan. Harap Encik faham-fahamlah mengapa. Dengan izin Allah, urusan Encik lebih mudah jika membuat laporan di balas polis yang lain. Minta maaf, saya hendak bantu tetapi  situasi dan keadaan tempat ini tidak mengizinkannya.” Jawab jujur anggota polis tersebut.

“Baiklah, terima kasih puan kerana bantu saya. Moga Allah permudahkan urusan puan. Cuma saya mahu minta tolong puan. Minta tolong tengokkan dan jengukkan rakan saya yang tadi baru masuk. Lelaki dan perempuan. Puan tahu yang siapa saya maksudkan? Minta tolong ya. Saya risaukan mereka. Kalau boleh, bercakap dengan mereka, tangkap gambar mereka dan rakam video jika ada apa-apa yang terjadi kepada mereka berdua.” Pinta dan rayu Fared.

“In Sya Allah. Jangan risau ya Encik. Saya ada orang yang boleh dipercayai dan laporkan sesuatu kepada mereka.”

“Baiklah puan. Terima kasih banyak-banyak.” Sedih Fared.

“Iya baik. Sama-sama.” Senyum lemah anggota polis perempuan tersebut.

Fared mendukung Hana lalu memanggil Han untuk keluar dari Balai Polis. Mereka bertiga keluar dari balai polis tersebut. Fared menyuruh Han dan Hana masuk ke dalam keretanya. Fared berdiri di luar kereta lalu termenung seketika. Fared memandang sekeliling buat seketika. Balai polis yang besar dipandang. Fared mengeluh dan rasa lemah badan seketika. Ujian hidup untuk menguatkan diri. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Fared masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta. Fared memandu kereta berlalu pergi meninggalkan balai polis besar tersebut dengan suram sedih.
__________________________________________________________________

“Baik, terima kasih tuan. Laporan encik diterima. Encik perlu bersabar. Kami akan beri beberapa pilihan peguam untuk Encik Fared atau Encik Fared boleh mengupah peguam sendiri.” Kata pegawai polis lelaki tersebut di kaunter balai polis yang berlainan.

“Terima kasih tuan ya. Saya mahu berfikir sebentar.” Balas Fared.

“Baik tuan. Kes ini kami akan siasat. Encik cari peguam terlebih dahulu sebelum akan diadakan perbicaraan mahkamah.” Jelas pegawai polis tersebut.

“Baik, terima kasih.” Ucap Fared.

Fared mendukung Hana yang lena tertidur kerana kehilangan tenaga akibat menangis terlalu lama kemudian Fared kembali ke keretanya. Pintu belakang dibuka lalu Fared membaringkan Hana di kerusi belakang. Pintu belakang kereta ditutup lalu pintu bahagian pemandu dibuka. Fared duduk di kerusi pemandu kereta lalu mengeluh. Han juga tidur keletihan. Han dan Hana keduanya tidur. Fared tersenyum melihat Hana lalu menghidupkan enjin. Fared berlalu pergi dari kawasan balai polis tersebut.

__________________________________________________________________

Keesokkan harinya, Fared dan rakan-rakan duduk termenung di meja panjang. Mereka semua kebuntuan apa yang boleh dilakukan untuk membantu Rahman dan emak Han yang dianiaya. Pintu diketuk. Fared dan rakan-rakan terus memandang ke arah pintu yang diketuk oleh seseorang.

“Fared.” Panggil Umar akan Fared.

“Ya apa dia?” Sahut Fared.

“Mister Adam hendak bertemu dengan engkau sekarang. Ada urusan penting kata Mister Adam.” Umar menyampaikan pesanan kepada Fared.

“Baik terima kasih.” Sahut Fared.

Fared berjalan keluar dari garaj kerjanya meninggalkan rakan-rakan di dalam garaj tersebut. Fared mengikuti Umar sehingga tiba di pintu pejabat Mister Adam. Fared mengetuk pintu bilik pejabat Mister Adam.

“Siapa?” Soal Mister Adam dari dalam bilik.

“Saya Fared, Mister.”

“Okay, masuk.”

Fared membuka pintu lalu masuk dan pintu bilik pejabat Mister Adam ditutup kembali. Fared berdiri lalu membuat tunduk hormat.
“Fared, dipersilakan duduk.” Arah Mister Adam.

“Baik tuan. Terima kasih Mister.” Kata Fared sambil menundukkan kepala sebagai tanda terima kasih dan hormat.

Fared menarik kerusi yang mahal beroda itu lalu duduk dengan selesa. Fared duduk dalam keadaan bersandar. Kedua tapak tangannya bertemu lalu digenggam keduanya. Fared memberi tumpuan penuh kepad Mister Adam.

“Fared, kamu bagaimana hari ini?”

“Baik-baik sahaja Mister.”

“Apa perasaan kamu semalam?” Soal Mister Adam kepada Fared.

“Sedih tuan.”

“Okay.” Balas Mister Adam sambil menyemak dokumen-dokumen yang berada di atas meja.

Mister Adam membetulkan cermin matanya lalu matanya memandang tajam ke arah Fared. Siapa yang tidak takut dengan Mister Adam. Mister Adam merupakan orang penting syarikat Syarikat ‘Terminal Vector’. Tanpa Mister Adam, syarikat tidak akan mendapat banyak projek dan tidak menyerlah.

“Fared.”
“Ya Mister.” Sahut Fared.

“Boleh awak beritahu apa yang berlaku semalam? Apa sudah jadi dengan Rahman? Beritahu saya apa yang kamu tahu.” Arah Mister Adam.

“Baik Mister.” Fared mengangguk.

__________________________________________________________________

“Begitu rupanya. Begini, syarikat ini akan mengambil berat tentang pekerja. Sudah tentu syarikat akan berpihak kepada Rahman. Rahman, kamu dan rakan-rakan kamu lain yang terlibat dengan projek robot rondaan dan humanoid menjadikan kamu dan rakan-rakan kamu asset syarikat. Kami tidak mahu maruah rakan-rakan kamu tercemar hanya kerana tuduhan tidak berasas. Fared tidak perlu risau. Kami akan membuat siasatan lebih lanjutan berkaitan kes Rahman.” Jelas Mister Adam.

“Terima kasih encik Adam.”

“Mister Adam.” Tegur Mister Adam akan percakapan Fared.

“Terima kasih Mister Adam.” Fared bangun lalu menundukkan badannya sebagia tanda hormat kepada Mister Adam.

“Tuan, boleh saya tahu nombor peguam-peguam dan orang-orang yang akan siasat perkara ini?” Soal Fared kepada Mister Adam.

“Saya akan maklumkan kepada kamu setelah saya sudah berjumpa dan berbincang dengan mereka. Boleh juga kamu membantu nanti kerana kamu adalah saksi di tempat kejadian.”

“Baik, Mister, Terima kasih banyak-banyak Mister.” Ucap Fared kepad Mister Adam.

Tunduk hormat lalu Fared berjalan perlahan keluar dari bilik pejabat Mister Adam. Fared menutup pintu bilik Mister Adam dengan perlahan-lahan. Pintu tertutup. Fared memalingkan pandangannya dari memandang tombol pintu. Mengeluh lalu Fared kembali ke bilik kerjanya. Fared berjalan dengan perlahan-lahan. Memikirkan mengenai Rahman dan keluarga Rahman.

__________________________________________________________________

Beberapa hari kemudian, emak Han dilepaskan dari penjara sementara kerana tidak bukti kukuh emak Han terlibat dengan jenayah rasuah. Rahman masih berada di penjara kerana dituduh kerana cubaan merasuah. Fared mengambil emak Han di balai polis. Emak Han menangis teresak-esak. Diana memapah emak Han yang lemah badannya. Isteri Rahman turut memapah emak Han. Fared dan Haikal menunggu mereka bertiga berjalan menuruni tangga perlahan-lahan. Fared dan Haikal turut bersedih melihat emak Han.

Tiba di rumah Rahman, Fared menurunkan Haikal, isteri Rahman dan juga Diana. Emak Han masuk ke dalam rumah Rahman setelah isteri Rahman membantunya membukakan pintu hadapan. Pintu dibuka. Han dan Hana menjerit memanggil emak mereka. Mereka berdua berlari ke arah emak mereka lalu berpelukkan. Emak Han jatuh terduduk memeluk kedua-dua anaknya. Mereka bertiga menangis sepuas-puasnya. Emak Han mencium berkali-kali akan Han dan Hana.
Haikal menutup wajahnya. Fared menutup mulutnya begitu juga dengan Diana. Mereka terdiam dan menangis menahan air mata yang keluar. Terlalu besar dan berat ujian yang menimpa emak Han dan anak-anaknya. Tidak dilupakan juga isteri Rahman. Ini juga ujian untuknya. Mereka semua terdiam dan menangis.
__________________________________________________________________

Diana dan isteri Rahman, Farah keluar dengan wajah yang sedih dari bilik anak perempuan Farah. Fared dan Haikal menunggu Diana dan Farah di hadapan bilik anak perempuan Farah. Diana dan Farah memandang Fared dan Haikal. Mereka berdua menggelengkan kepala. Haikal dan Fared menganggukkan kepala lalu duduk di kerusi sofa panjang. Diana pula memapah Farah yang terlalu kesedihan. Emak Han yang dianiaya dan suaminya pula dipenjara. Farah mengambil tisu lalu mengelap air matanya yang bercucuran. Fared dan Haikal menyambung di mana mereka termenung.
__________________________________________________________________

“Selamat datang ke kilang syarikat ‘Terminal Vector’. Ini adalah kilang syarikat yang saya kerja. In Sya Allah puan akan bekerja di sini. Gaji jangan risau. Bayaran akan dibuat secara tunai jika puan bekerja di sini. Saya yakin puan akan mendapat kerja di sini.” Kata Fared kepada emak Han.

“Hello puan, selamat sejahtera dan selamat pagi.” Sapa seorang perempuan yang agak cantik wajah dan mempunyai bentuk badan yang menarik kerana berbaju pejabat yang ketat menyebabkan penampakan bentuk badan yang langsing dan bentuk yang mengiurkan para adam.

“Ini manager kilang syarikat ‘Terminal Vector’.” Fared memberitahu kepada emak Han.

Emak Han mengangguk lalu tunduk hormat. Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan manager kilang syarikat ‘Terminal Vector’. Manager kilang syarikat ‘Terminal Vector’ itu memandang ke arah Fared lalu mencebikkan bibirnya. Manager tersebut juga memeluk tubuh. Huluran tangan emak Han tidak diendahkan.

“Fared, siapa ini? Wanita mana ini awak kenal dan ambil? Wanita lorong gelap? Tak sangka awak ada sisi gelap sendiri. Fikir awak-baik-baik sahaja, anak lelaki solehah akhir zaman.” Kata Manager dan memakai tag nama bertulis ‘Bella’ pada dadanya yang menonjol.

“Dia emak kepada kawan saya. Saya cuma tolong kawan saya sahaja supaya emaknya memperoleh pekerjaan untuk menyaraa hidup adik bongsunya yang perempuan.”

“Kawan? Kenapa betina ini nampak muda sahaja? Betul ke ini? Tidak ada rupa seperti orang tua langsung betina ini.” Kata Bella kepada Fared.

“Jaga mulut engkau. Kawan aku itu berumur 15 tahun tapi aku anggap dia seperti kawan aku sendiri. Kami sememangnya rapat. Aku dan emak dia rapat. Jangan kau terlalu cepat menilai seseorang!” Marah Fared kepada Bella.

“Alaaaaa Fared, janganlah marah kita ya. Datanglah ke rumah kita bila-bila. Rumah kita, rumah awak juga.” Pujuk Bella kepada Fared dengan membuat suara manja dan mendayu-dayu.

“Tengkorak kau. Jom masuk pejabat kau.” Kata Fared.

“Eh, cepatnya! Bersabarlah, kita bermesra-mesra di rumah eh? Nakallah awak, tidak bersabar-sabar, hendak bermesra dalam bilik pejabat saya. Miang!” Bella buat vaya mengada-ngada untuk memikat nafsu Fared.

“Woi gila! Masuk pejabatlah! Kita berbincang dengan puan ini!” Kata Fared kepada Bella.

“Okay sayang!” Kata Bella.

“Minta maaf puan. Dia memang seperti itu. Jenis tergila-gilakan lelaki sehingga tidak boleh dikawal lagi kelakuan dia.” Jelas Fared kepada emak Han.

Emak Han hanya bertenang dan mengangguk faham. Fared meminta emak Han untuk mengikutinya masuk ke dalam bilik pejabat Bella, manager kilang syarikat ‘Terminal Vector’. Bella membukakan pintu bilik pejabatnya untuk Fared dan mempelawa Fared masuk ke dalam. Fared masuk lantas Bella menutup pintu bilik pejabat lalu menguncinya.

“Kau buat apa gila?!” Fared melantangkan suara kepada Bella lalu membuka pintu bilik pejabat Bella lalu mempelawa emak Han dengan lembut.

Bella sekali lagi mencebikkan bibirnya dan membuat muka merajuk lalu duduk di kerusinya. Fared menarik kerusi berdekatan dengannya lalu mempelawa emak Han untuk duduk di kerusi. Emak Han mengangguk terima kasih lalu duduk di kerusi yang dipelawa oleh Fared. Satu lagi kerusi diambil lalu diletakkan bersebelahan dengan emak Han. Emak Han mengeluarkan kurikulum vitae dari fail plastik hitam lalu diberikan kepada Bella.

Dokumen kurikulum Vitae diperiksa oleh Bella. Bella menutup matanya lalu mengeluh. Tertulis pada dokumen kurikulum bahawa emak Han, puan Hayani tamat persekolahan pada umur 15 namun mempunyai pengalaman kerja separuh masa di pelbagai jenis tempat kerja.

“Baguslah, hampir sahaja aku menolak permohonan kerja engkau. Oleh tidak kerana pengalaman kerja engkau, sudah lama aku tidak menerima dan membuang dokumen engkau.” Tegas Bella dengan bongkak sombong terhadap puan Hayani.

Fared mengeluh. Bella mengambil suatu dokumen lalu menyuruh puan Hayani untuk mengisi borang-borang tersebut. Fared memandang kelakuan Bella. Bella memalingkan wajahnya ke tempat lain.

“Kenapa awak pandang saya? Malulah saya.” Tegur Bella.

Fared menggaru kepalanya. Runsing akan perangai Bella. Menggedik tidak kira masa. Puan Hayani memeriksa satu persatu kertas dokumen tersebut.

“Saya mahu esok juga siap! Esok awak datang dan saya mahu lihat dokumen semua ini lengkap! Apabila dokumen ini sudah lengkap dan dihantarkan kepada saya, kau boleh kerja mulai esok juga!” Marah Bella.

“Hoi gila, berlembutlah dengan puan Hayani.” Marah Fared.

“Minta maaf sayang.” Bella membetulkan rambutnya lalu menunduk malu. Badannya bergerak-gerak sedikit sebagai tanda malu dan entah apa yang difikirkan olehnya.

Fared memejam matanya lalu mengeluh. Fared memandang pula ke arah puan Hayani. Puan Hayani memeriksa satu persatu dokumen yang perlu dilengkapkan.

__________________________________________________________________

Fared duduk di kerusi berhadapan tiga robot berbentuk manusia yang juga duduk pada kerusi dan bersandar pada kerusi. Fared termenung melihat ketiga-tiga robot humanoidnya. Teringat kepada Rahman yang masih berada di penjara. Rahman tidak bersalah dan bukan seorang perasuah. Hanya seorang sahabat dan seorang ketua keluarga yang beramanah.

__________________________________________________________________

“Nama saya Fared. Selamat berkenalan.” Fared menunduk hormat kepada rakan-rakan Mister Adam yang sedang duduk di meja mesyuarat dengan terdapat kertas-kertas dan juga dokumen di atas meja serta secawan kopi pada setiap seorang.

“Dipersilakan duduk Encik Fared.” Pelawa Mr. Harris.

“Baik, terima kasih.”

“Untuk makluman. Ini peguam kita dan beberapa rakan saya dan Mister Adam yang mempunyai kepakaran dalam bab undang-undang dan perbicaraan mahkamah. Kami sedang bincangkan mengenai kes dan tuduhan tidak berasas terhadap encik Rahman.” Jelas Mr. Harris.

“Baik.” Ucap Fared lalu duduk di kerusi setelah diminta duduk oleh Mister Adam.
“Mari mulakan perbincangan.” Kata Mr. Harris.

__________________________________________________________________

“Tuan Helmi.” Fared memanggil nama peguam yang diupah untuk menyelesaikan kes encik Rahman. Di hadapan pintu masuk elektronik automatik syarikat ‘Terminal Vector’.

“Ya? Encik Fared?” Sahut tuan peguam, encik Helmi.

“Saya ada perkara hendak diberikan kepada encik.” Kata Fared.

Fared memberikan CD kecil seperti CD kamera kepada tuan Helmi. Setelah itu, Fared menunduk hormat kepada Tuan Helmi. Tuan Helmi terkejut. Tergamam sebentar.

“Minta tolong tuan Helmi untuk pengesahan isi kandungan CD tersebut adalah benar dan merupakan rakaman rasmi. CD ini ada berkaitan dnegan kes Rahman. Bantu saya tuan. Saya merayu.” Rayu Fared

“Baik encik Fared. Saya lakukan apa yang saya termampu.” Kata tuan Helmi, peguam bagi pihak Rahman.

“Terima kasih tuan.”

“Sama-sama. Doakan agar semua baik-baik sahaja. Biasalah hidup dalam pemerintahan perkauman. In Sya Allah, doa orang teraniaya termakbul” Senyum tuan Helmi.

“Baik.” Fared tersenyum lega kerana peguam islamik orangnya.

__________________________________________________________________

Di suatu balai polis di tempat berlainan, Fared membawa puan Hayani, Han dan Hana ke kaunter balai polis. Puan Hayani masih menundukkan wajahnya. Diselubungi kesedihan dan kemurungan. Fared berasa resah dan gelisah puan Hayani menjadi keadaan sedemikian.

“Dik, minta maaf. Akak cuma hendak bercakap dengan polis wanita sahaja. Bercakap mengenai hal perempuan.” Pinta puan Hayani.

“Okay, baik kak.” Fared akur.

Puan Hayani berjalan ke kaunter lalu menemui dua anggota polis wanita yang bertudung rapi dan kemas dengan uniform anggota polis. Mereka bertiga duduk pada kerusi dan hanya bercakap sesama mereka. Fared duduk di kerusi panjang bersama Hana dan Han.

“Kenapa datang lagi ke balai polis? Kenapa balai polis yang berlainan tempat?” Soal Han kepada Fared.

“Emak engkau ingin buat laporan atas sesuatu perkara. Hal perempuan.” Jawab Fared.

Han mengetap gigi. Perasaannya bagaikan api yang marak menjilat hutan. Kedua-dua belah tangannya digenggam sekuat-kuatnya.

“Sabar sahajalah. In Sya Allah semua akan jadi baik-baik sahaja. Belajarlah dari pengalaman, Han. Mana tahu sejarah berulang. Kau perlu bertindak matang sekarang. Keganasan bukan jawapan. Keganasan penambah permasalahan.” Pesan Fared.

Han hanya mendiamkan diri lalu menarik tangan Hana. Hana memandang Han dengan kehairanan. Han memeluk Hana dengan erat. Mencium kepala Hana dengan lembut dan memeluk dengan kasih sayang. Fared hanya memerhati perbuatan Han terhadap adik perempuan bongsunya yang comel dan indah. Fared menoleh pula ke arah puan Hayani. Sekeping kertas ditulis oleh salah seorang anggota polis wanita. Seorang lagi anggota polis wanita menenangkan puan Hayani yang sedang menangis dengan mengusap badan belakang puan Hayani. Berat benar ujian yang dihadapi oleh keluarga ini.

__________________________________________________________________

Setelah menghantar puan Hayani dan Hana pulang, Fared dan Han berjalan-jalan di bandar. Pelbagai tempat mereka singgah, tempat membeli-belah, taman rekreasi, muzium, taman bunga dan tempat permainan arked. Han hanya berdiam dan melihat kawasan sekeliling tanpa sebarang reaksi wajah. Semuanya bagaikan bosan pada Han. Selepas itu, Fared dan Han berhenti singgah di gerai kecil Mc Danial membeli aiskrim dan makan di bangku panjang di Mc Danial.

Fared mengambil peluang untuk bertanyakan soalan mengenai pribadi Han ketika sedang memakan aiskrim Mc Danial yang sedap.

“Han, kau ada bapa?” Soal Fared kepada Han.

“Terlalu banyak bapa. Bertukar-tukar.” Jawab Han.

Fared tergamam sebentar lalu sambung memakan aiskrim yang sedap di tangannya.

“Bagaimana kamu tahu kamu ada banyak bapa?” Soal Fared.

“Ramai lelaki masuk ke dalam bilik emak. Itu sahaja yang aku tahu. Pada waktu itu aku masih kecil. Bapa aku meninggal dunia akibat dibunuh semasa berada di bandar. Bapa aku sahajalah satu-satunya manusia yang melindungi emak aku ketika emak aku masih bersekolah menengah. Senang cerita, aku anak luar nikah. Keluarga emak aku pula memperalatkan emak aku. Ketika itu aku masih kecil. Makan dan minum diberi oleh bapa saudara aku. Ramai saudara masuk ke dalam bilik emak aku dengan bayaran kepada bapa saudara aku. Bapa saudara aku abang kepada emak aku. Syaitan dia itu.”

Fared kekal diam dan menghabiskan aiskrimnya itu dikhuatiri aiskrim tidak boleh dimakan kerana perasaan Fared bakal diselubungi cerita kejam dan jijik dari Fared.

“Emak aku kata, dia sudah lama membuat kerja tersebut sejak kecil. Atuk aku selalu masuk bilik emak aku. Atuk aku melepaskan nafsunya dan begitu juga adik beradik atuk aku termasuk saudara-mara syaitan jantan sehinggalah suatu hari, emak aku ada teman lelaki. Emak aku pada waktu itu sungguh dungu.”
“Tidak tahu apa-apa kerana perbuatan keji tersebut dilakukan sejak kecil dan dianggap kebiasaan. Boleh dikatakan, perbuatan lelaki masuk ke dalam bilik emak adalah salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang. Atuk saya yang ajar perkara itu semasa emak saya kecil. Emak lahirkan saya ketika dia berumur 15 tahun Seluruh keluarga emak saya memarahinya kerana melahirkan anak teman lelakinya sedangkan teman lelakinya tidak pernah menyentuhnya. Begitu juga dengan keluarga teman lelaki emak saya yang juga sebaya dengannya berumur 15 tahun. Dimarahi, dicerca, dipukul kedua-duanya. Sedangkan, penyebab emak saya mengandung adalah saudara kandungnya sendiri. Bapa saya bekerja setelah berhenti sekolah ketika umur 15 tahun. Emak saya di jaga di rumah dan dipisahkan dengan bapa saya. Mereka berdua tidak boleh bertemu langsung. Bapa saya tetap memberi wang kepada atuk saya sebagai duit menyara emak saya. Wang yang diberikan oleh bapa saya digunakan oleh saudara mara. Bukan emak saya.”

“Setelah tiga tahun, bapa saya sedar setelah jiran memberitahunya emak saya sudah tidak lagi berada di rumah sepanjang tiga tahun bapa saya bekerja dan memberikan duit kepada keluarga saya. Baru sahaja dia tahu bahawa dia hanya menyara hidup keluarga syaitan emak saya. Bapa saya bertanyakan kepada jiran di mana emak saya di jaga. Emak saya berada di rumah saudara. Bapa saya pergi mencari rumah saudara saya mengikut alamat yang diberikan oleh jiran kampung emak saya. Tiba di rumah saudara, bapa saya dihalau oleh saudara mara emak namun bapa saya berkeras lalu bergaduh dengan semua saudara lelaki yang ada di rumah tersebut. Bapa saya menjumpai emak saya. Emak saya berada di atas tilam bersama tiga orang saudara lelaki emak yang tidak berbaju. Cukup-cukup bapa saya belasah mereka semua.”

“Setelah itu, emak saya tinggal di rumah bapa saya. Saya yang berumur tiga tahun, dijaga oleh saudara perempuan emak. Saudara perempuan emak saya tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Bapa dan emak saya tidak memberitahu mereka. Bapa dan emak menjaga saya sehingga saya ada adik dan saya berumur 14 tahun. Kami hidup bahagia walaupun serba miskin. Bapa saya bekerja kilang. Emak saya menjadi pengasuh anak orang lain. Ketika berumur 14 tahun, saya pulang dari sekolah. Pada waktu itu hujan, saya mendapat tahu bahawa emak saya hilang apabila bapa saya beritahu. Diculik saudara mara. Bapa saudara dipukul dengan teruk. Berdarah.”
“Hana, adik perempuan saya ketika itu masih tidur. Saya menjaga Hana dan membawa Hana keluar rumah mencari bapa saya kerana bapa saya terus keluar rumah mencari emak setelah saya berada di sisi Hana. Bapa saudara dan saudara mara emak saya menjual emak dengan harga mahal di kelab malam. Bapa saudara saya mati di kelab malam di bandar. Mati melindungi emak saya. Saya pula lindungi emak saya dan Hana. Kami dikejar kongsi gelap kelab malam tersebut. Mahu atau tidak mahu, saya bunuh beberapa ahli kongsi gelap. Membunuh dengan pisau yang agak berkarat yang saya jumpa di lorong gelap dan sempit. Tiga orang kongsi gelap membiarkan saya membawa lari emak saya.”

Fared berjalan ke kaunter Mc Danial lalu meminta sekotak tisu. Fared duduk kembali di meja di mana Fared dan Han berbual di antara mereka berdua sahaja. Fared mengelap tangisannya dengan tisu lalu kotak tisu yang dipegang Fared diberikan kepada Han. Han mengelap tangisannya juga dengan tisu.

“Saya, emak dan Hana berlari sejauh yang boleh. Kami duduk di bawah jambatan jalan raya, bertemu pula dengan beberapa ahli kongsi gelap yang lain di tempat lain. Mereka mengambil emak saya. Saya menyuruh Hana duduk dengan seorang mak cik tua yang juga tiada rumah tinggal di bawah jambatan. Saya mengikuti emak saya sehingga ke bangunan kongsi gelap. Bangunan tersebut mempunyai tiga tingkat. Saya masuk ke dalam bangunan tersebut untuk mengambil semula emak saya namun gagal. Saya dipukul sehingga tidak mampu lagi untuk bangun dan berdiri. Saya dibuang ke dalam tempat pembuangan sampah. Saya tertidur kerana sakit dan penat dipukul habis-habisan oleh kongsi gelap. Saya terbangun apabila terlampau lapar dan bau sampah yang semakin membusuk. Saya membersihkan diri di paip air di belakang restoran. Saya dihalau dan saya kembali kepada Hana. Saya ambil Hana lalu tinggal di tepi bangunan kongsi gelap. Saya mencuri makanan, baju, wang dan dompet. Pelbagai perkara saya lakukan bagi mendapatkan makanan dan baju untuk Hana.”

“Beberapa bulan kemudian, emak saya dilepaskan dengan baju yang bersih. Saya terus memeluk emak saya. Emak saya dipaksa menjadi pelacur tetap di bangunan kongsi gelap. Emak saya hanya turuti permintaan mereka. Apa yang terjadi di dalam bangunan kongsi gelap itu, emak saya tidak menceritakannya. Kongsi gelap tersebut memberikan makanan, minuman. Pakaian tidak diberikan. Emak saya tidak berpakaian sepanjang berada di dalam bangunan kongsi gelap itu. Itu sahaja emak saya cerita. Emak saya perlu mencari makanan mewah sendiri dengan wang sedikit dan mesti kembali ke bangunan kongsi gelap tersebut atau akan dibunuh. Saya merayu dengan emak saya agar saya, emak dan Hana berlari ke tempat yang berjauhan. Kami semua melarikan diri selepas saya merayu dan emak menuruti rayuan saya. Emak lemah. Sungguh lemah. Saya memapah dan mengangkat emak saya dibelakang sehingga menjumpai kilang kosong tersebut. Sudah berbulan kami berada di kilang tersebut sebelum engkau hadir kepada kami. Pelbagai tempat kami berada dan tinggal buat beberapa hari. Saya memberi makan kepada emak yang lemah kerana mentalnya yang rosak sedikit. Emak saya sentiasa lemah. Hana sahaja yang menemani emak dan sementara itu saya mencuri makanan dan wang untuk membeli makanan untuk emak dan Hana.”

Han berhenti bercerita lalu menangis sepuas-puasnya. Fared sudah menangis lebih awal daripada Han dan menangis sambil mendengar luahan cerita Han sebelum ditemui Fared.

__________________________________________________________________

Puan Hayani berada di rumah bersama Han dan Hana setelah bekerja selama seminggu dan mendapat surat cuti sakit selama dua minggu daripada doktor psikiatri Hospital Syifa’, hospital swasta yang dibiayai oleh Fared. Fared pula bertemu dengan Rahman di penjara. Wajah Rahman lebam teruk, berluka-luka dan berdarah. Fared menangis melawat Rahman dipenjara. Rahman dibiayai sebegini. Fared perlu bertindak segera atau Rahman akan mati di tali gantung akibat tuduhan merasuah.

Perjumpaan Fared dan Rahman hanya dibenarkan selama 5 minit. 5 minit dihabiskan dengan luahan Rahman yang sakit hidup di penjara dan dianiayai. Seolah-olah semua perkara buruk yang berlaku ke atas Rahman sudah pun dirancang lebih awal.

“Jangan risau Rahman. Kau akan menang di gelanggang.” Kata-kata akhir  Fared kepada Rahman sebelum berakhirnya 5 minit dan Fared dihalau dari penjara.

__________________________________________________________________

“Yang Arif, tiada bukti bersalah kepada Rahman. Dompetnya kosong. Hanya ada kad pengenalan, dan kad lesen memandu dan tiada kad bank. Duit yang hanya dibawa oleh Rahman hanyalah RM200. Bertepatan dengan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara. Percetakan dan pengeluaran identiti secara sah dari Jabatan Perndaftaran Negara secara premium dan pantas berharga RM200. Bagaimana pula boleh dituduh sebagai perasuah. Rahman membantu Hayani untuk mendapatkan dokumen pengenalan secara sah melalui Pejabat Pendaftaran Negara. Dompet Rahman masih ada pada detektif, En. Amran. Dompet tersebut masih kosong. Hanya ada isi yang telah saya sebutkan sebelum ini.”

Fared, isteri Rahman, dan puan Hayani berada di dalam mahkamah sebagai pendengar. Rahman berada di dalam kandang.

“Saya juga berminat untuk meletakkan pesalah dalam kandang mahkamah kerana kita perlukan pengganti Rahman sebagai pesalah di kandang ini. Rahman pula menggantikan pesalah di kerusi pendengar atau saksi. Yang Arif lagi bijaksana, ada orang yang layak berdiri di tempat di mana Rahman berdiri sekarang ini.” Kata peguam Rahman, Tuan Helmi.

“Mahkamah bersurai.”

__________________________________________________________________

“Kenapa mahkamah tiba-tiba sahaja bersurai? Celaka! Tiada etika langsung hakim tadi! Dasar komunis!” Marah Fared kepada cermin dinding di hadapannya. Ingin sahaja Fared menumbuk cermin tersebut.

“Sabar, En. Fared. Orang-orang yang menguruskan mahkamah adalah musuh kita. Sedikit sahaja lagi. Kita akan menang. Saya sudah uruskan setiausaha mahkamah. Rakaman sidang mahkamah tadi sudah pun dirakam. Kamera sudah pun mula dirakam sebaik sahaja kita masuk ke dalam mahkamah. Segala rakaman ada dalam telefon pintar saya.”

“Tuan, berikan saya video tersebut. Boleh buat backup.” Kata Fared.

“Baik, saya hantar sekarang juga. Apa yang penting, bersabar. Lambat atau cepat, in sya allah kita akan menang.”

“Baik tuan, terima kasih bantu kami.”

“Sama-sama. Teruskan berdoa.” Kata peguam Rahman, senyum lalu beredar menaiki keretanya.

“Kita perlukan pengganti peguam Rahman yang sekarang ini. Aku takut dikhuatiri perkara tidak elok akan berlaku. Bumi boleh terbalik bila-bila sahaja.” Luah Fared.

“Apa?” Isteri Rahman dengan wajah kerisauan.

“Walaupun bumi terbalik, tetap selamat kerana ada graviti. Saya akan bawa kes ini dan masuk dalam perbincangan  orang-orang penting syarikat saya. Saya perlukan lagi peguam seperti tuan Helmi.” Luah Fared.

“Buatlah apa yang Fared rasa dan patut dilakukan. Asalkan orang lain tidak dianiaya kerana saya.” Sedih puan Hayani.

“Puan pun perlu bersabar. Kita perlu merancang berhati-hati dan peka sama ada untuk berjaya atau gagal merancang adalah merancang untuk gagal.” Tambah Fared.

__________________________________________________________________

“Peguam baru?” Soal Mister Adam.

“Ya tuan” Jawab Fared.

“Kau tidak percayakan kami? Kau tidak percayakan peguam yang kami pilih untuk kau? Duit banyak? Hendak cari peguam sendiri?” Soal Mister Adam dengan sedikit marah.

“Bukan tidak percaya tuan. Saya ada pelan sandaran sebelum pelan yang sekarang ini hancur.”

“Pelan apakah ini? Apa niat kamu?”
“Musuh sentiasa mahu menang tuan. Mereka hati mati. Kerja kotor adalah kerja mudah bagi musuh. Apa yang akan jadi jika peguam tidak hadir ke perbicaraan mahkamah pada akan datang?” Soal Fared.

“Aku tidak mahu mendengar apa-apa dari kau.” Kata Mister Adam.

“Tuan! Kita akan kalah! Mereka akan ubah bukti-bukti dan transkrip perbicaraan mahkamah! Hakim juga tidak menyebelahi kita walaupun kita memberikan bukti yang cukup bahawa Rahman tidak bersalah!”

“Itulah cara mahkamah. Keputusan mahkamah adalah muktamad. Mahakamah putuskan kawan kamu adalah penjenayah maka tali gantung.” Jawab Mister Adam.

“Jadi, mahu dibazirkan wang dan usaha rakan-rakan Mister Adam? Mahu dibiarkan rakan Mister Adam yang peguam itu mati?”

“Awak ugut saya? Keluar dari syarikat saya!” Tengking Mister Adam.

“Saya tidak mengugut. Segala kemungkinan boleh berlaku. Syarikat ini boleh mati bila-bila sahaja. Mister Adam dan rakan-rakan Mister Adam boleh dibunuh tanpa diambil peduli kuasa autoriti. Saya guna duit yang saya ada untuk upah peguam saya sendiri.”

“Duit dalam bank bukan duit kau, itu duit syarikat. Kami berhak ambil semula. Kami berkuasa mengarahkan bank ambil semula duit kami!”

“Siapa suruh letak duit syarikat dalam bank saya? Akaun bank saya, duit saya. Minta maaf, duit saya bukan milik awak.” Fared memberi tunduk hormat lalu keluar dari bilik pejabat Mister Adam.

“Kesombongan dan keangkuhan membunuh kebijaksanaan dan kemanusiaan.” Kata Fared bersendirian ketika berjalan kembali ke pejabatnya. Pekerja-pekerja di luar bilik pejabat Mister Adam hanya memandang Fared dengan wajah yang kehairanan dan amat terkejut.

__________________________________________________________________

“Waalaikummussalam, ya encik Fared. Ada apa telefon saya?” Soal Tuan Helmi.

“Boleh saya dapatkan salinan transkip perbicaraan mahkamah yang sudah mendapat pengesahan rasmi mahkamah?”

“Boleh-boleh. Saya akan hantar melalui email kepada akaun email encik. Boleh saya tahu email tuan?”

“Hantarkan sekarang boleh?” Soal Fared.

“Boleh-boleh, tiada masalah.” Kata Tuan Helmi.

“Terima kasih tuan.”

“Sama-sama.”
“Oh, sekejap ya tuan. Tuan ada rakan-rakan yang juga peguam seperti tuan?” Soal Fared.

“Ada? Mengapa?”

“Saya ada perkara untuk bertanyakan soalan. Saya tidak mahu mengganggu tuan Helmi yang sedang bersibuk meneliti kes rakan saya. Lebih mudah untuk saya bertanyakan soalan dan bertanyakan pendapat. Boleh saya dapatkan nombor telefon rakan-rakan tuan?”

“Boleh-boleh. Saya hantar segera.”

Panggilan telefon dimatikan. Nombor telefon rakan-rakan tuan Helmi yang juga peguam dikongsi kepada Fared melalui aplikasi WhatsApp. Fared meneliti kesemua nombor-nombor telefon dan penama milik nombor-nombor telefon tersebut. Fared mengucapkan terima kasih kepada tuan Helmi melalui aplikasi WhatsApp. Tuan Helmi telah menghantar emoji bergambar isyarat tangan yang bermaksud, ‘bagus’. Fared menelefon satu demi satu nombor telefon tersebut. Tarikh temu janji telah dirancang. Pelbagai bahan telah ditulis dalam kertas senarai perbincangan dan soalan yang ingin Fared kemukakan pada masa akan datang.

__________________________________________________________________

Empat bulan kemudian,

“Di mana peguam Rahman? Sakit perut?” Sindir peguam yang menjadi defendan kepada dua orang anggota polis dan seorang pekerja kaunter wanita pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berbadan lebar dan pernah bergaduh mulut dengan Rahman sebelum ini. Orang ramai ketawa mendengar sindiran peguam tersebut.
“Perbicaraan dimulakan.” Kata Hakim dengan selamba tanpa kehadiran peguam Rahman.

“Yang Arif, minta maaf saya menegur, perbicaraan mahkamah tidak boleh dimulakan tanpa korum yang dikehendaki.” Tegur perakam perbicaraan mahkamah.

“Setiausaha, anda tidak dibenarkan bersuara. Hormati perbicaraan mahkamah atau sila berada di luar mahkamah.” Kata peguam pihak lawan.

Perakam perbicaraan mahkamah menjeling tajam terhadap peguam pihak lawan peguam Rahman yang tidak hadir. Wajah Rahman semakin resah. Tangannya masih diangkat berdoa tanpa henti sambil memejamkan matanya dengan kuat meminta pertolongan Allah Taala. Peguam pihak lawan berdiri lalu menyatakan suatu pernyataan.

“Dompet Rahman, berisikan RM500. RM500 digunakan untuk membuat kad pengenalan dan dokumen pengenalan palsu untuk Hayani kerana Hayani adalah pendatang asing dari negara China tidak membawa apa-apa. Hayani ingin menjadi pelayan sosial kelab malam tidak berlesen. Rahman adalah orang tengah penyeludupan warga asing secara atas talian. Hayani ditempah oleh seseorang yang tidak dikenali secara atas talian untuk perkhidmatan sosial untuk beberapa hari di hotel, rumah tumpangan dan juga kelab malam. Ramai melanggan Hayani untuk perkhidmatan sosial. Permintaan tinggi terhadap Hayani dan untuk berbuat demikian bagi mengatasi permintaan yang tinggi serta menetap di dalam negara ini melebihi tarikh sepatutnya yang telah ditetapkan. Dokumen pengenalan perlu disiapkan.”

Rahman termenung lalu memandang ke arah Fared. Rahman benar-benar terkejut. Mata Rahman kosong. Nyawanya bakal dihabiskan di tali gantung. Wajah Fared kemarahan. Mahu sahaja Fared mengamuk tidak tentu hala. Perbicaraan mahkamah masih diteruskan walaupun tanpa kehadiran peguam Rahman.
Fared membuka telefon pintarnya lalu membuka aplikasi WhatsApp. Fared menghantar mesej kepada Mister Adam yang juga berada di dalam mahkamah dengannya cuma duduk di kerusi panjang di barisan yang lain. Mesej Fared kepada Mister Adam dibiarkan dua tanda kelabu. Mesek masuk tetapi tidak dibaca walaupun Mister Adam sedang membuka telefon pintar sendiri. Wajah Mister Adam seakan-akan tidak ambil peduli apa yang terjadi di dalam perbicaraan mahkamah. Fared merenung Mister Adam seketika. Mister Adam hanya membuat riak wajah yang menyakitkan hati sesiapa sahaja yang memandang wajahnya. Fared merasakan dirinya diabaikan dan dipermainkan.

“Buktinya saya tunjukkan melalui projektor pada skrin layar.” Kata peguam pihak lawan.

“Ini adalah pemacu kilat milik Rahman yang telah dirampas. Kandungan pemacu kilat tersebut adalah dokumen pengenalan yang telah ditulis oleh Rahman sendiri. Semua maklumat dokumen pengenalan di dalam pemacu kilat ini adalah palsu. Rahman ingin menjadikannya sebagai rasmi.”

Orang ramai mulai berbisik-bisik di dalam mahkamah. Rahman menangis di kerusi panjang dan meja panjang sebaris dengan kerusi-kerusi kosong. Tiada yang duduk bersama Rahman walaupun peguamnya sendiri.

“Mahkamah, ber⸻”

“DIAM!!!”

Fared menjerit dengan kuat dan berdiri di tempatnya. Orang ramai di dalam mahkamah terkejut dengan jeritannya yang memenuhi dewan mahkamah dan menyakitkan telinga para hadirin perbicaraan mahkamah tersebut.
“Pengawal, bawa orang ini keluar!” Jerit Hakim menyuruh pengawal keselamatan menghalau Fared keluar dari dewan.

“Yang Jahil, lagi terlampau hina! Kau hilang kuasa sebagai Hakim! Engkau putarbelitkan semua, engkau yang uruskan semua, perbicaraan ini engkau menang mendapat habuan duit daripada peguam pihak lawan! Semua di dalam mahkamah ini adalah korpusi!” Jerit Fared.

Pengawal keselamatan dengan bergegas menuju ke Fared. Batang kayu ditarik keluar dari pinggan pengawal keselamatan. Fared menjulang tinggi telefon pintarnya lalu menekan butang pada skrin telefon pintarnya. Pembesar Suara mengeluarkan bunyi yang kuat. Cahaya mesin projektor menjadi biru lalu memainkan suatu video. Perhatian orang ramai berjaya dirampas. Semua menonton video tersebut.

Video yang dipaparkan di layar skrin melalui projektor menunjukkan kejadian yang terjadi pada hari di mana Fared, Rahman dan puan Hayani berada di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Dua anggota polis memberkas Rahman tanpa sebab munasabah. Puan Hayani diraba secara rawak oleh seorang anggota polis lelaki. Rahman dan puan Hayani dibawa keluar dari pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Rahman dan puan Hayani dimasukkan ke dalam kereta polis. Video rakaman kamera dari dalam kereta polis pula dimainkan. Rahman dipukul-pukul dan ditumbuk berkali-kali di wajahnya sehingga berdarah teruk hidungnya. Puan Hayani pula diraba-raba lalu dicabul tanpa rela oleh seorang anggota polis yang duduk di tempat penumpang belakang kereta polis. Kedua-dua wajah anggota polis kelihatan seronok dan tertawa. Puan Hayani menjerit-jerit meminta tolong kerana dicabul dan disakiti di tempat maruahnya oleh manusia anggota polis bernafsu syaitan.

Seterusnya, video rakaman tersembunyi dari penjara sementara balai polis. Dua video dimainkan secara kolaj bersebelahan. Video rakaman CCTV dan kamera tangan.
Rahman dipukul-pukul habis-habisan di dalam penjara. Puan Hayani pula digari pada sel penjara Rahman. Dua anggota polis keluar dari sel penjara sementara Rahman lalu dikunci pagar penjara. Setelah dua anggota polis tersebut keluar dari sel penjara Rahman, mereka mengalihkan pandangan ke puan Hayani. Mereka berdua meraba-raba badan sambil tertawa besar. Salah seorang anggota polis menyingkap kain puan Hayani. Kaki yang tidak ditutup dengan kain diangkat lalu ditunjukkan kepada Rahman yang digari pada penghujung sel penjara. Kain yang menutup kaki puan Hayani ditarik sehingga tertanggal kain tersebut. Rahman merayu dan meminta tolong. Rahman menjerit sepuas-puas hati.

Salah seorang anggota polis menjerit. Wajahnya terdapat di dalam rakaman video tersebut. Dengan segera, anggota polis lelaki tersebut ditahan oleh dua anggota pengawal keselamatan. Seorang lagi anggota polis tergamam. Perbuatan kejinya terbongkar. Puan Hayani menangis teresak-esak di dalam mahkamah.

“Itu bukan aku! Itu bukan aku! Itu semua dusta! Video itu suntingan semata-mata!”

“Bertenang! Bertenang! Tutup projektor tersebut!”

Fared menukarkan video dari telefon pintarnya. Bahan-bahan bukti bahawa Rahman tidak bersalah ditunjukkan pula. Transkrip ditayangkan. Transkrip perbicaraan mahkamah sebelum ini ditayangkan. Perbicaraan hari ini diubahsuai daripada perbicaraan sebelum ini.

“Perbicaraan mahkamah tidak mengikut etika, prosedur yang sepatutnya!” Jerit Fared.

Giliran Fared pula ditahan oleh pengawal keselamatan. Projektor dicabut wayar sambungan kuasa elektrik oleh peguam pihak lawan. Pengawal keselamatan menarik Fared dengan kasar lalu membawa keluar mahkamah.

“Berhenti! Lepaskan dia!” Arah seorang wanita tua berbangsa cina yang memakai cermin mata yang bulat dan berbaju seperti Hakim. Beberapa orang pegawai polis dan ahli-ahli jawatankuasa mahkamah berjalan masuk ke dalam perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung.

“Tuan Hakim, Yang Arif lagi Bijaksana, oleh kerana kebijaksanaan anda dalam pakat jahat, anda ditahan di bawah Akta 574 Seksyen kanun keseksaan, Jenayah Pakat Jahat!” Jerit seorang anggota polis yang bermisai, memakai topi beserta lambang polis dan berlencana pangkat pada dadanya.

Beberapa orang peguam rakan tuan Helmi yang Fared kenali berdiri di samping Rahman. Mereka semua merenung tajam terhadap Hakim dan peguam pihak lawan Rahman yang tidak amanah.

“Perbicaraan mahkamah dibatalkan dan bersurai kerana telah melanggar kod! Bersurai semua!” Arah seorang wanita tua berbangsa cina yang memakai cermin mata yang bulat dan berbaju seperti Hakim.
__________________________________________________________________

Puan Hayani menangis sambil memeluk isteri Rahman, puan Farah. Kedua-dua mereka menangis. Kedua-dua lelaki anggota polis diberkas dan dibawa masuk ke dalam kereta polis. Peguam pihak lawan Rahman dan juga Rahman dimasukkan ke dalam kereta polis namun kereta polis yang berlainan. Beberapa orang wartawan yang hadir secara kebetulan pada masa yang sama berada di tempat kejadian terus bertanyakan soalan untuk mengetahui keadaan sebenar dan perkara yang berlaku untuk membuat laporan.
__________________________________________________________________

“Fared, tuan Helmi meninggal dunia ketika sedang duduk di luar rumah bersantai bersama keluarganya pada waktu malam. Tuan Helmi ditembak beberapa das pada tubuh badannya. Hakim dan peguam jahat yang merupakan pihak lawan Rahman sudah pun ditahan. Peguam dan Hakim yang baru akan ambil alih tugasan dan amanah Hakim dan peguam yang jahat. In Sya Allah tiada apa-apa lagi yang berlaku. In Sya Allah semua berjalan dengan lancar. Kes pembunuhan tuan Helmi masih disiasat untuk mengetahui siapa pembunuhnya. Penunggang motorsikal adalah seramai dua orang yang telah membunuh tuan Helmi. Seorang penunggang motorsikal dan seorang lagi merupakan penumpang dan telah menembak tuan Helmi dihadapan keluarga tuan Helmi.” Kata seorang inspektor.

“Kejam.” Kata Fared sambil memandang ke bawah.

“Tuan, semua ini juga berterima kasih terhadap encik Fared kerana memaklumkan kami maklumat yang sahih berkaitan kes mahkamah dan kes palsu Rahman melakukan rasuah. Saya kagum dengan encik. Jika saya, saya tidak mampu untuk bersemuka dengan kuasa tinggi mahkamah dan juga peguam-peguam yang lain.” Puji Inspektor polis kepada Fared.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa, saya berdoa kepada Allah, saya berusaha. Allah beri ilham, saya laksana. Terima kasih juga kepada tuan Helmi, dia telah merancang sebaik-baiknya dan saya hanya menyambung tugasan arwah tuan Helmi pada kadar yang saya mampu.”

“Apa-apa pun saya kagum dengan tuan.” Puji lagi Inspektor kepada Fared.

“Saya hanya manusia biasa, kekaguman tuan perlu kagum akan Allah Maha Kuasa. Dia berkuasa atas segalanya.”

“Alhamdulillah. Tuan berdua masuklah ke dalam dewan mahkamah. Perbicaraan hampir bermula.”

“Baik. Terima kasih tuan inspektor.” Kata Rahman dengan wajah agak gembira.

“Sama-sama.” Ucap tuan Inspektor.

Fared dan Rahman dibawa masuk ke dalam mahkamah oleh dua anggota polis FBI yang memakai vest kalis peluru dalam keadaan bergari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience