3 hari kemudian,
"Fared!" Panggil Rahman.
"Ya, ya, ya aku tahu." Kata Fared.
"Apa nak jadi weyh! Kau jadi pencuri, tahu atau tidak?" Soal Rahman.
"Aku tak curi apa-apa, aku copy maklumat mereka sahaja, tiada apa apa aku mahu godam. Aku cuma ceroboh."
"Nasib baik tiada apa-apa bahan bukti. Forensik tidak jumpa apa-apa." Bising Rahman.
"Rileks, bertenang. Aku bukannya nak jadi penjenyah. Aku cuma nak belajar."
"Belajar apa sampai menceroboh tempat orang!?" Tegas Rahman.
"Woi Rahman, kau sendiri yang tidak kisah dan rasa tidak mengapa kalau aku ceroboh tempat orang sebelum ini? Mengapa pula kau hendak bising?" Balas Fared
"Apa jadi kalau kau masuk penjara? Kau boleh hilang kerja! Reputasi kau akan hilang walaupun kau pandai setinggi langit!" Marah Rahman.
"Kau bisinglah sebanyak mana kau hendak. Aku ada kerja nak buat."
Rahman menyapu mukanya dengan tangan lalu beredar dari bilik kerja Fared. Fared mengambil secawan kopi susu dan meminumnya. Fared kembali menatap komputernya. Fared mengeluarkan hard disknya lalu disambungkan kepada dekstop. Fared membuka perisian godaman. Dia menyalin dan menampal alamat identifikasi. Skrin komputer memaparkan notifikasi samnbungan berjaya. Tanpa melengahkan masa, dia terus memecah masuk superkomputer milik syarikat yang dia telah ceroboh pada tiga hari yang lepas melalui menggodam. Modem wi-fi yang telah ditukarkan sangat membantu dan memudahkan kerjanya untuk menggodam. Fared memuat turun maklumat.
"Terima kasih kepada syarikat aku kerja ini, bersyukur dapat bekerja di sini, kelajuan internet dalam muat turun sepantas 300mb persaat memudahkan aku buat kerja dan juga muat turun cerita-cerita yang aku kehendaki." Kata Fared berseorangan.
Banyak fail yang telah dimuatturun oleh Fared. Dia membuka satu persatu fail-fail yang dia dapati. Terdapat satu fail video yang agak berat namun tidak boleh dimainkan. Fared menyalin fail video itu. Pemacu kilat berwarna biru dicucuk pada dekstop. Fail yang telah disalin dimasukkan ke dalam pemacu kilat miliknya. Pemacu kilat tersebut dicabut lalu digenggam dalam genggaman tangan kanan Fared. Fared berjalan dengan laju.
Dia menolak pintu bilik mesyuarat. Bilik mesyuarat tersebut kosong. Dia melihat pada skrin elektronik pada dinding yang memaparkan jadual mesyuarat. Mesyuarat akan diadakan dalam dua hari lagi. Fared berjalan ke tengah bilik mesyuarat. Fared dikelilingi meja mesyuarat yang berbentuk bujur. Fared mencucuk pemacu kilat pada mesin yang agak aneh itu. Dia tekan skrin mesin aneh itu banyak kali bagaikan menggunakan tablet. Fared menekan butang main. Tiba-tiba terpancar cahaya dari mesin aneh itu. Cahaya itu menunjukkan suatu hologram namun Fared tidak dapat melihatnya.
Fared dengan segera menuju ke tingkap bilik mesyuarat dan mengambil alat kawalan jauh di dinding bersebelahan tingkap. Dia menekan salah satu butang alat kawalan tersebut. Semua tingkap menjadi berwarna hitam dan bilik menjadi gelap. Hanya mesin hologram sahaja yang bercahaya. Fared menonton tayangan hologram itu. Dia terkejut. Apa yang ditontonnya adalah video hologram berkenaan mesin gergasi teleportasi. Fared mengambil kerusi lalu duduk. Fared terkejut besar dan tidak menyangka syarikat lain ingin membina mesin teleportasi. Mesin hologram terhenti pada akhir tayangan. Fared melihat hologram itu.
"Fared?"
Fared terkejut lalu bangun dari tempat duduknya dan melatah.
"Fared, apa kau buat ni?" Tanya seorang lelaki berbangsa cina.
"Ya allah, kau rupanya Ah Cheong, tidak buat apa-apa."
"Apa ini?" Kata Ah Cheong.
"Cuma gambar model berbentuk hologram. Kau ikut aku sampai sini?"
"Ya, lengan robotik sudah siap?" Soal Ah Cheong.
"Minggu depan boleh uji." Jawab Fared.
"Aku bawa barang-barang. Aku nak pasang pada lengan robotik. Esok akan ada pakar-pakar sains robotik dan biologi. Kita nak bina pressure censors."
"Okay." Angguk Fared.
"Minggu ini boleh uji asalkan boleh gerakkan lengan robotik."
"Budak kecil lelaki itu sudah buat pembedahan bahu?" Soal Fared.
"Setakat ini belum lagi sebab impulse connecter lengan robotik belum lagi pasang. Minggu depan kita akan pasang dan uji."
"Aku terfikir, sejauh mana kekuatan lengan robotik." Fared tertanya-tanya.
"Bergantung kepada budak kecil itu dan penerimaan impulse otak budak itu. Kebiasaannya lengan robotik diubahsuai mengikut kekuatan budak itu sendiri."
"Kekuatan budak? Maksudnya jika dia mampu angkat seberat yang tangan bukan robotik dia lagi satu mampu angkat, itulah kekuatan engan robotik baru dia? Begitu?" Soal lagi Fared.
"Yes, dan itulah fungsi pressure censors. Tanpa pressure censors, dikhuatiri nanti akan mencederakan orang lain. Kekuatan lengan robotik adalah sepuluh kali ganda daripada kekuatan manusia namun bergantung kepada kekuatan seseorang. Sebagai contoh, budak kecil itu mampu mengangkat 1kg seguni beras, kekuatan lengan robotiknya pula sepuluh kali ganda, yang bermaksud lengan robotiknya mampu mengangkat 10kg seguni beras. Nama pun mesin walaupun kecil. Tengoklah bahan apa kita bina lengan robotik. Seringan-ringan suatu bahan besi mampu, masih kuat dan perlu ditempa." Jelas Ah Cheong
"Baru aku faham." Ujar Fared.
"Bilik kerja kita kau kunci, aku nak masuk."
"Ohh minta maaf, sekejap ya."
Fared bergegas mencabut pemacu kilat dari mesin hologram lalu keluar dari bilik mesyuarat. Ah Cheong mengikut Fared dari belakang. Mereka berdua turun ke tingkat bawa dengan menuruni tangga. Fared berjalan pantas ke bilik kerjanya lalu membuka pintu dengan kunci logam. Fared melihat paparan skrin komputernya. Aktiviti muat turun masih dijalankan. Fared menjadikan paparan skrin komputernya kepada screen lock. Ah Cheong masuk ke dalam bilik.
"Kau pergi mana tadi Ah Cheong?" Soal Fared kepada Ah Cheong.
"Aku pergi kaunter sekejap tadi, ada orang panggil, rupanya ada barang nak hantar esok."
"Barang kau atau kau kena hantar barang?"
"Barang aku, alatan untuk baiki telefon."
"Untuk apa alatan baiki telefon?" Tanya Fared.
"Mengikut group telegram kita, aku diarahkan untuk membuka pejabat baru, aku jadi pengurus dalam cawangan Terminal Vector bahagian membaiki teleffon. Kiranya seperti membuka kedai." Jelas Ah Cheong.
"Aku nak turut serta boleh? Kerja sampingan ke? Alang-alang sudah buka kedai membaiki telefon, apa kata membaiki komputer juga?"
"Cadangan kau itu Fared, kau perlu hantar surat cadangan kepada CEO. Mungkin boleh dibincangkan sebab kau boleh baiki laptop dengan baik."
"Bukan dengan baik, tapi dengan berkualiti." Tersenyum Fared.
"Baiklah, hal itu kita bincang kemudian, mari kita tengok lengan robotik ini. Beri aku blueprint. Aku hendak lihat bagaimana hendak memasang pressure censors akan datang."
Pada hari sabtu jam 9 pagi, Fared menunggang motorsikal di jalan raya. Fared memberhentikan motorsikalnya di tempat jual barangan kitar semula. Fared menolak motorsikalnya masuk ke dalam tempat jual barangan kitar semula itu.
"Encik, ada apa-apa yang menarik ke? Saya mahu beli robot pembantu rumah yang sudah rosak. Dapat kepala pun jadilah." Soal Fared.
"Kelmarin ada orang jual untuk spareparts robot. Kaki ada, tangan ada, kepala ada, badan tiada. Badan besar-besar adalah. Robot automatic vacuum. Robot pembantu rumah versi asas."
"Saya mahu lihat apa yang ada, kalau ada yang menarik, saya letak di dalam troli." Kata Fared kepada pekerja berbangsa India itu.
Fared berjalan-jalan di persekitaran barang buangan terpakai kitar semula. Terdapat pelbagai jenis barangan elektronik dan juga besi-besi kereta yang dikumpulkan. Pekerja berbangsa India itu berjalan mengikuti Fared.
"Encik, siapa nama awak?"
"Gandhi."
"Di mana robot-robot yang awak cakapkan itu? Sini banyak komputer-komputer rosak."
"Ikut saya ya." Kata Encik Gandhi.
Fared mengikuti Encik Gandhi ke lambakan barangan-barangan elektronik dan anggota badan robot yang banyak.
"Sini." Kata Encik Gandhi.
"Wah, bagus ini. Banyak sangat robot rosak-rosak. Siapa boss awak?"
"Saya boss."
"Ohhh minta maaf tidak tahu. Contoh kalau saya ambil satu robot lengkap semua badannya Cuma tidak dibaiki, berapa harganya saya boleh beli?" Kata Fared dengan sopan.
"Untuk apa encik beli robot-robot ini? Untuk baiki?" Tanya Encik Gandhi.
"Saya mahu baiki, nak buat penambahbaikkan dan banyaklah lagi saya mahu buat." Kata Fared.
"Ohhh murah je, lihat dahulu sebanyak mana Encik Fared ambil."
Fared menoleh ke belakang, Fared berjalan ke arah tangan-tangan robot. Dikutip satu persatu dan diletakkan ke dalam troli yang dibawa oleh Encik Ghandi. Kaki-kaki robot dikutip, beberapa kepala robot dikutip dan juga diletakkan di dalam troli. Beberapa dekstop komputer laptop yang rosak dan pecah juga diletakkan di dalam troli.
"Boss, mahu tambah satu troli, suda tidak muat." Pinta Fared.
Encik Gandhi membawakan satu troli kepada Fared. Fared segera mengambil beberapa dekstop yang rosak. Selongkar dan selongkar tanpa henti. Fared mencari komputer riba atau komputer riba mini. Satu komputer mini dijumpai dan diletakkan di dalam troli. Dari tiga dekstop, menjadi sepuluh dekstop. Dari satu komputer riba mini menjadi empat bilangannya. Komputer riba yang dijumpai hanyalah dua. Dua troli dipenuhi dengan anggota badan robot. Tiga troli pula dipenuhi dekstop.
Fared berjalan ke meja kerja pekerja. Fared meminta pemutar skru daripada pekerja di situ. Selepas mendapatkan pemutar skru. Fared membuka skru dekstop-dekstop. Fared sekali lagi pergi ke meja pekerja namun kali ini meminta pelbagai jenis saiz pemutar skru. Fared membedah semua desktop dan mengambil komponen-komponen dari rangka desktop yang pecah dan dimasukkan ke dalam troli. Rangka dekstop diletakkan di lambakan plastik. Fared memeriksa robot-robot yang dikumpulnya. Fared mengangguk seorang diri.
Fared mengeluarkan telefonnya dan membuka telefon. Jam di telefon pintarnya menunjukkan jam 10.45 pagi. Dia memandang langit dan memandang semula pada robot yang diceraikannya. Kini, troli telah menjadi sepuluh bilangannya. Fared mengeluh.
"Kalaulah aku ada kereta." Ujar Fared.
Fared mengeluarkan telefon pintarnya, membuka aplikasi Whatsapp dan mencari nama Rahman lalu membuat panggilan suara kepada Rahman dengan menggunakan internet. Semasa Fared sedang menelefon Rahman, Rahman sedang menyuap anak perempuannya makan bubur yang berumur tiga tahun.
"Ayah, ayah, ayah, telefon ayah berbunyi, cepat jawab." Kata anak lelaki sulung Rahman berumur enam tahun yang sedang melompat-lompat di atas sofa depan television
"Oi, Zikrullah, jangan lompat atas Sofa! Kalau lompat-lompat, nanti tak boleh duduk, rosak nanti!" Marah Rahman kepada anaknya, Zikrullah.
Isteri Rahman turun dari tangga lalu mencubit Zikrullah yang nakal itu.
"Aduh, aduh, aduh, mama mama, sakit mama, minta maaf mama." Kata Zikrullah yang dicubit oleh mamanya.
Zikrullah menurun dari sofa lalu mengambil telefon ayahnya dan terus berlari memberikan telefon kepada ayahnya. Rahman melihat skrin telefonnya itu. Tertera nama Fared yang sedang menelefonnya.
"Assalamualaikum!" Fared memberi salam.
"Waalaikummussalam Fared. Ada apa Fared? Aku tak boleh lepak dengan kau." Kata Fared.
"Sejak bila pula aku pernah ajak kau lepak. Aku tak nak lepak dengan kau, bosan." Balas Fared.
"Eh sampai hati, aku tutuplah telefon ni." Rahman mengusik Fared.
"Woi, Rahman. Aku nak sewa kereta kau."
"Eh buat pada sewa kereta aku?" Soal Rahman.
"Tidak mengapa, aku bayar RM60? Kau hendak?" Fared menawarkan upah kepada Rahman.
"Kau di mana? Kau nak guna kereta aku?" Tanya Rahman.
"Tidak, aku nak guna perkhidmatan kau menjadi seorang pemandu kereta."
"Ewah kau, kau fikir kau sultan atau raja nak aku memandu untuk kau?"
"Bertenanglah, aku bayar RM60, aku bayar kau lebih mahal daripada 'Grab Car', aku ada di tempat barangan kitar semula, aku ada barang yang aku hendak, minta tolong kau memandu kereta untuk aku, please." Pujuk rayu kepada Rahman.
"Okay, okay. Nanti aku datang. Nak uruskan keluarga terlebih dahulu."
"Okay, terima kasih Rahman."
"Okay, aku ada di sini. Di mana kau?" Soal Rahman yang sedang menelefon Fared.
"Aku ada di sini." Jawab Fared.
Rahman keluar dari kereta.
"Letak kereta di dalam, ada barang aku mahu angkat." Ujar Fared.
"Banyaknyaaaaa." Kata Rahman.
"Dah tak muat tetapi aku bawa sedikit dengan letak di motor aku. Selepas ini, terus kita pergi rumah aku."
"Kau nak ajak aku buat godam-godam lagi ke? Aku tak mahu buat jenayahlah." Luah Rahman.
"Bukan, aku hendak bina badan robot dan letak otak." Jelas Fared.
"Otak aku?!" Rahman mengusik Fared.
"Apa pula kau ini? Aku ingin bina A.I. lah, apa lagi. Mari ke rumah aku." Kata Fared.
"Baik bina robot di bilik kerja kita sahaja." Cadang Rahman.
"Hmmm, betul juga kata kau."
"Engkau itu tidak cukup bijak, aku lebih bijak daripada kau. Betulkan?" Kata Rahman dengan membuat gaya macho.
"Ahhh jom jom." Tersenyum Fared diusik Rahman.
"Kami ada kerja encik." Kata Fared kepada pondok pengawal syarikat di mana mereka bekerja, Syarikat Terminal Vector.
"Beri saya kad, saya mahu imbas." Kata Pengawal Keselamatan yang bernama, Hamizan.
Selepas itu, pengawal itu memberikan kad mereka berdua setelah selesai diimbas. Mereka berdua meletakkan kenderaan masing-masing di parkir. Fared berlari masuk ke dalam bangunan Syarikat Terminal Vector. Fared bertemu dengan penjaga kaunter lalu berlari ke bilik kerjanya.
Fared datang semula ke kenderaan dengan membawa bakul troli besar yang beroda. Segala barang-barangan diambil dari kereta Rahman dan motorsikal Fared diletakkan di dalam bakul troli besar yang beroda. Troli itu terus ditolak dibawa masuk ke dalam bangunan dan ke bilik kerja Fared. Semua barangan di dalam troli bakul besar itu dibawa keluar.
"Alang-alang kita berada di sini, aku ingin tunjukkan sesuatu kepada kau. Mari ikut aku ke bilik mesyuarat. Aku perlukan projektor hologram." Kata Fared kepada Rahman.
"Apa pula kali ini? Eish, macam-macam ada perancangan dia ini." Monolog Rahman sambil menggelengkan kepala.
Dengan segera Rahman mengikut Fared berjalan ke bilik mesyuarat yanhg berada di tingkat atas, tingkat dua. Mereka berdua masuk ke dalam bilik mesyuarat lalu Fared menghidupkan projektor hologram. Pemacu kilat dicucuk pada projektor tersebut. Terpancar cahaya daripada lensa projektor hologram. Suatu bentuk terbentuk.
"Inilah dia, alat teleportasi!" Kata Fared dengan teruja.
"Ini cuma hologram. Pandai kau buat hologram." Rahman memuji Fared yang tidak membuat hologram itu.
"Eh, tidak, tidak, hologram ini aku dapat dari syarikat yang aku ceroboh kelmarin. Syarikat kecil yang polis sedang buat siasatan itu tetapi tiada lagi siasatan lanjutan dilakukan. Aku dapat hologram ini dari syarikat itu." Jelas Fared dengan penafian dia tidak membuat hologram tersebut.
"Hologram ini berkenaan alat teleportasi. Aku ada blueprint alat teleportasi mereka tetapi tidak lengkap. Mereka semua baru sahaja mulakan pengkajian untuk mewujudkan alat teleportasi. Komponen-komponen mereka baru sahaja dibina." Tambah Fared.
"Aku tidak seberapa faham." Ujar Rahman.
"Aku mahu bina alat teleportasi."
"Wait what? Alat teleportasi?! Kau banyak tonton movie lah. Mengarut sahajalah kau ini."
"Mari ikut aku. Kita lihat apa isi komputer dan hard disk aku."
Rahman segera mengikut Fared dengan cepat. Mereka tiba di bilik kerja Fared. Fared terus menghidupkan komputernya. Hard disk di pasang pada dekstop komputer Fared. Fared menunjukkan fail-fail yang ada pada komputernya. Fared membuka salah satu fail. Fared menunjukkan blueprint secara digital.
"Ini bukan imaginsi Rahman. Ini bukti, pengiraan ada, bahan-bahan diperlukan ada, komponen-komponen apa yang perlu dibina. Dalam pernyataan banyak-banyak fail itu, banyak tertulis teleportasi. Nama syarikat yang terlibat pun ada. Aku perlukan lebih banyak maklumat."
"A.I. tidak cukup? Teleportasi pula? Baik kau tumpu A.I." Ujar Rahman.
"Tidak, teleportasi dan A.I. akan aku bina." Kata Fared dengan berkeyakinan tinggi.
"Dengan ini aku perlukan bantuan kau. Bantuan kau dalam membina A.I. Pembinaan alat teleportasi, aku mahu kau cari rakan untuk projek aku. Kalau tiada, aku cari sendiri." Fared cuba meyakinkan Rahman.
"Aku bantu kau dalam membina A.I. sahaja. Aku tidak mahu terlibat dengan penjenayah." Pesan Rahman.
"Okay." Fared bersetuju dengan Rahman.
"Aku pulang dahululah. Aku ada urusan."
"Ohh, okay, jumpa lagi akan datang." Ucap Fared.
"Assalamualaikum."Rahman memberi salam.
"Waalaikummussalam."
Fared kembali melakukan kerja programming. Setelah selesai beberapa perkara telah diprogram, dia kembali menelaah fail-fail yang telah digodam tiga hari lepas. Satu persatu dia teliti. Pelbagai fail dibuka oleh Fared. Dia membaca kesemuanya. Kemudian dia melihat laporang pembinaan komponen-komponen alat teleportasi. Dia membaca nama-nama yang terlibat. Kebanyakkan yang terlibat adalah saintis dan kejuruteraan mesin. Fared berfikir sejenak. Dia tahu bahawa dia tidak mampu membinanya seorang diri. Kalau membina A.I. itu tidak mustahil boleh dibina secara sendirian namun alat teleportasi memerlukan pelbagai ilmu kepakaran, pelbagai kemahiran, kecekapan dan juga bahan.
Fared bangun dari tempat duduknya lalu mengalihkan barangan yang baru sahaja dibeli tadi ke bengkel. Fared mengangkat barang satu persatu dengan kemas. Semua barangan dan alatan diletakkan di bengkel. Fared membuka telefon pintarnya dan meneroka internet. Fared mencari nama syarikat. Semua alamt syarikat dan kilang diambil alamatnya. Setersunya Fared melihat kedudukan kilang-kilang melalui Satelit Google Map dan Google Earth. Selepas mendapatkan maklumat yang penting baginya, Fared segera mengambil barangannya dan pulang ke rumah.
Tiba di rumah, Fared mengambil barangan godam. Pelbagai jenis wayar diambilnya dan begitu juga alatan menggodam. Fared melihat jam pada telefon pintarnya. Jam menunjukkan jam 3 petang. Beg yang berisi alatan menggodam dizip secara kemas. Fared duduk dikatilnya. Fared mengecas telefon pintarnya lalu baring di katilnya. Dia mendiamkan diri di atas katil. Terlelap. Dia tertidur dengan tenang tanpa gangguan.
Tempat jam 4 petang, dia membuka matanya. Lantas, dia bangun dari katilnya dan mengambil begnya dan diletakkan du hadapan almari pakaiannya. Dengan kadar segera, dia mengambil tuala lalu mandi membersihkan diri. Fared berasa segar apabila dapat mandi. Kemudian dia keluar dari bilik mandi lalu mengelap badannya.
Air botol mineral diambil di atas meja yang mempunyai cermin muka lalu diminum. Pakaian serba hitam dipakai Fared. Fared memakai baju hoodie juga berwarna hitam. Topeng hitam diambil dan dipakai. Topeng hitamnya menutup hidung hingga ke dagu. Fared memakai topi lalu menyarungkan kepalanya dengan hoodie. Fared berlari keluar rumah dan mengunci pintu dan pintu pagar. Dia berlari menurun kebtingkat bawah dan segera mendapatkan motorsikalnya. Setelah menghidupkan motorsikalnya, dia memecut.
Tiba di suatu kilang di dalam kawasan hutan, Fared meletakkan motorsikal di bawah jambatan yang terdapat terowong agak gelap. Terdapat beberapa orang yang berpakaian comot dan usang tidur dengan berselimutkan kotak. Ada yang memanaskan badan dengan tong besi yang marak menyala apinya. Kilang yang berada di dalam kawasan hutan tidaklah jauh dari bandar. Kilang tersebut hanyalah berada di perkarangan banjaran. Fared mengeluarkan dompet lalu memberikan RM100 kepada seorang lelaki tua yang berjambang penuh diwajahnya. Lelaki tua yang berjambang itu terkejut dan mengucapkan terima kasih tanpa henti lalu menangis mengucup duit kertas RM100 yang diberikan oleh Fared.
Fared mengeluarkan telefon pintarnya lalu menangkap gambar suasana di terowong yang terdapat orang-orang gelandangan. Fared mengunci motorsikalnya pada tiang paip air dengan kemas. Motorsikalnya dirantai menggunakan rantai berteknologi anti-pencuri di mana rantai itu hanya boleh diputuskan dengan alat kimpalan. Fared beredar. Dia berlari dengan membawa begnya yang sarat dengan alatan menggodam. Fared berada di pagar elektrik kilang bernama 'Banjaran moden'. Dia berlari sambil menunduk ke belakang pokok yang besar. Dia bersembunyi. Terdapat banyak camera cctv pada setiap tiang. Telefon pintar dibuka. Rangkaian wi-fi tidak dapat dikesan. Persekitarannya diperiksa. Nampak gayanya, kilang tersebut menggunakan internet wayar fibre optic internet.
Dengan kadar segera, Fared mengelilingi 25 meter dari kilang tersebut untuk memeriksa sesuatu. Terdapat tiang pemancar gelombang internet itu. Fared dengan pantas pergi ke kawasan tiang pemancar gelombang internet itu. Pintu pagar masuk ke tiang pemancar itu berkunci. Dia segera mengeluarkan suatu alat. Alat itu berbentuk seperti kunci. Fared memeriksa alatannya terlebih dahulu.
Alat kunci boleh ubah bentuk itu berfungsi dengan baik. Fared mencucuk alat itu ke dalam ibu kunci. Butang ditekan. Fared cuba memusingkan kunci namun tidak berjaya. Suatu butang pada alatan kunci boleh ubah bentuk dilepaskan. Fared mencuba butang lain. Kunci dipusingkan. Berjaya. Ibu kunci tidak lagi berkunci. Pintu pagar dibuka. Fared berlari ke bilik operator. Bilik operator berkunci. Tombol pintu klasik berkunci. Kunci klasik diperlukan. Fared mengeluarkan kamera mini sebesar wayar lampu mini LED. Wayar dawai kamera mini itu diluruskan. Dawaii berdekatan kamera dibengkokkan. Kamera mini dimasukkan ke dalam lubang.
Aplikasi kamera mini dihidupkan. Kamera mini dipusing-pusing. Kamera mni dimasukkan lebih ke dalam. Digerakkan ke atas. Bentuk kunci diperhatikan. Kamera mini dikeluarkan. Fared mengeluarkan dawai kecil yang keras. Dia mengubah bentuk dawai tersebut lalu dicucuk pada lubang kunci pintu itu. Satu lagi dawai kecil dikeluarkan lalu dibentukkan. Fared mencucuk lubang kunci pintu itu. Kedua-dua dawai dipusingkan sekuat hati. Lubang kunci pintu itu berbunyi. Pintu dibuka. Fared memeriksa bilik operator itu. Terdapat peti besar pada dinding bangunan bilik operator itu. Peti itu dibuka kerana tiada pengunci. Beg hitam keras khas untuk kerja operating diambil dari atas meja lalu dibuka. Semua alatan diambil dari peti besar itu diletakkan pada beg hitam. Beg hitam ditutup. Fared keluar dari bilik itu dengan segera.
Fared berlari ke menara pemancar gelombang internet. Peti pada menara itu dibuka. Pelbagai komponen elektrikal didapat dalam peti itu. Terdapat penarik palang suis elektrik pemancar itu. Fared menarik penarik palang suis itu. Kedengaran bunyi dari menara pemancar internet setelah dimatikan elektrik. Dengan segera Fared membuka satu demi satu komponen. Wayar fibre optic internet dijumpai. Sekali lagi Fared membuka beberapa komponen menggunakan alatn yang diambil dari bilik operator. Peti wayar internet dijumpai dan tertera skrin pada peti itu. Fared membaca skrin itu. Menara pemancar sudah pun dimatikan elektrik namun elektrik untuk internet tidak dimatikan kerana mempunyai wayar elektrik bersamanya. Skru peti itu dibuka. Terdapat lubang untuk penyambung wayar yang berlainan daripada biasa. Namun Fared mempunyai kepala wayar untuk lubang penyambung tersebut.
Komputer riba mini dikeluarkan dari beg. Komputer mini dihidupkan lalu disambungkan wayar pada peti tersebut. Fared dapat mengesan wayar internet bersambungan pada kilang tersebut. Kilang tersebut tidak menggunakan sebarang wi-fi namun mengggunakan wayar internet paip bawah tanah. Fared mematikan sambungan wayar internet kamera cctv kilang tersebut.
Apabila sambungan wayar internet kamera cctv dimatikan, maka mesin penyimpan rakaman kamera cctv tidak lagi berjalan. Kamera cctv masih bergerak secara automatik seperti biasa tetapi tidak dirakam. Fared mmenutup peti itu agar tidak berlaku sebarang kecurigaan. Beg hitamnya yang berisi alatan menggodam diambil. Komputer ribanya yang bersambung dengan wayar peti menara pemancar internet diletakkan di atas lantai lalu dibungkuskan dengan plastik putih yang dijumpainya agar tidak terkena air jika hujan.
Fared berlari ke pintu pagar elektrik belakang kilang tersebut. Terdapat pintu besi pada pagar elektrik tersebut. Fared mengeluarkan kotak hitam dan disambungkan wayar padanya. Beberapa butang ditekan. Kad palsu besi itu dicucuk pada mesin pengimbas kad itu. Sambungan berjaya. Fungsi mesin pengimbas itu berjaya dilumpuhkan. Pintu ditendang dengan kuat. Pintu berjaya dibuka. Pintu itu ditutup semula dan diikat dengan beg plastik hitam yang digulung supaya memudahkan Fared mengikat pintu itu untuk melarikan diri jika berlaku perkara tidak mengikut perancangan. Fared segera berlari ke kilang tersebut. Pintu kilang itu diimbas dengan kad palsu Fared. Mesin pengimbas berjaya dilumpuhkan. Kunci pintu dibuka. Kotak hitam disimpan di dalam begnya.
Fared menarik pintu pagar itu dan menarik pintu kaca plastik itu. Kedua-dua pintu tersebut ditutup semula. Fared berlari memasuki kilang itu. Gelap di dalam kawasan pejabat kilang itu. Dia berlari dan melihat pelan bangunan kecemasan kebakaran dengan menyuluh pelan itu menggunakan lampu sukuh telefon pintarnya. Kilang tersebut mempunyai tiga tingkat. Fared terdengar bunyi tapak kaki. Fared berlari dan melompat melepasi kaunter dan menyorok di bawah kaunter. Kedengaran bunyi tapak kaki seperti terdapat tiga orang berdekatan.
Fared membuka telefon pintarnya. Telefon pintar berada di dalam mod senyap. Cahaya telefon pintarnya ditukarkan kepada mod gelap. Warna telefonnya menjadi serba gelap, hanya ada warna hitam, kelabu. Fared melihat pada skrin telefonnya. Dia mengesan terdapat tiga telefon yang aktif internet. Fared menggodam dengan cuba membuat sambungan gelombang internet telefon. Sambungan berjaya. Fared meneroka telefonnya dan memeriksa fail-fail yang ada pada telefon mereka. Ketiga-tiga orang itu bersembang perkara yang tidak penting. Fared berjaya mendapatkan tiga kod keselamatan dan lima kod kata laluan. Ketiga-tiga orang tersebut beredar dan keluar ke pintu belakang. Fared keluar dari bersembunyi di bawah meja kaunter yang besar itu.
Mujur tidak terserempak. Fared berjalan dengan perlahan. Dia menyorok di sebalik bakul yang dipenuhi pelbagai jenis besi. Dia melihat suasana kawasan tersebut. Tiada orang Fared berlari ke pintu kebakaran. Pintu dibuka lalu terus dengan pantas menaiki tangga. Kini, Fared berada di tingkat dua. Pintu dibuka dan Fared berlari mencari bilik sekuriti. Terdapat dua orang wanita berjalan melepasi Fared dihadapnnya secara tidak disedari. Fared berlari dan bersembunyi disebalik pintu kecemasan.
"Eh, ada orang." Kata wanita berambut perang.
"Ada orang? Tiada oranglah. Pintu itu terbuka. Tiada oranglah" Jawab wanita berambut coklat.
"Tidak mengapa, biarkan sahajalah pintu itu terbuka. Takut hantu muncul pula." Tambah wanita berambut coklat.
"Eish janganlah, mari kita pulang cepat. Janganlah seru hantu lain kali."
Kedua-dua wanita itu berjalan dengan cepat. Fared lega semasa bersembunyi di sebalik pintu tangga kecemasan kebakaran. Nasib baik mereka tidak terserempak dengan Fared. Dia kembali mencari bilik sekuriti. Fared berkeliaran lalu terjumpa makmal kaca. Di dalam makmal kaca tersebut terdapat beberapa orang berpakaian seperti saintis. Fared menyorok di dalam suatu bilik yang gelap tidak berkunci. Fared ternampak fail yang ditulis 'CLASSIFIED' di atasnya.
Terima kasih kepada lampu di koridor membolehkan Fared membaca fail itu. Setelah membaca fail itu dengan pantas Fared menghidupkan salah satu komputer di atas meja itu. Pemacu kilat disambungkan. Komputer itu berjaya dipecahmasuk oleh Fared. Fared menurunkan monitor komuter itu dan diletakkan di atas lantai. Fared mencari sesuatu. Jaket baju diambil dari kerusi dan Fared menutup monitor komputer itu. Hard disk dicucuk pada dekstop komputer itu. Tiba-tiba secara automatik, seluruh fail komputer itu disalin dan dimasukkan ke dalam hard disk Fared.
Fared tersenyum. Hard disk miliknya telah diprogramkan oleh Fared mengikut keinginannya sendiri. Oleh itu, kerjanya menjadi mudah. Fared keluar dari bilik itu sementara menunggu hard disknya siap menyalin maklumat dari komputer tersebut. Fared memeriksa kesemua bilik. Kesemua bilik tidak dapat dibuka kerana dikunci secara automatik seperti penjara.
Pintu pejabat dan makmal dikawal secara terus dari bilik sekuriti. Hanya ada beberapa orang di dalam kilang tersebut. Fared berlari menaiki tangga untuk ke tingkat terakhir. Tingkat teratas. Tingkat tiga.
Fared menjenguk bilik sekuriti. Terdapat seorang pengawal sekuriti di dalam bilik sekuriti tersebut. Fared mengeluh. Bilik sekuriti berdekatan dengan tangga kecemasan. Fared membuka pintu tangga kecemasan kebakaran dengan luas lalu Fared meletakkan speaker kecil bulat berdekatan palang pemegang tangga. Fared mengeluarkan telefon pintarnya lalu menekan skrin telefon pintarnya. Speaker kecil itu diaktifkan lalu mengeluarkan bunyi lagu metalcore. Pengawal sekuriti terkejut lalu mengeluarkan kayu baton serta pistol perenjat elektrik sebagai langkah berhati-hati.
Pengawal sekuriti memasuki kawasan tangga kecemasan kebakaran itu. Dia mengambil speaker kecil itu dan melihatnya, dia menjenguk bawah tangga. Tiada orang. Dengan pantas, Fared menumbuk belakang kepala pengawal sekuriti itu dengan kuat. Pengsan. Fared mengerang kesakitan. Tangan kanannya terseliuh setelah menumbuk belakang kepala pengawal sekuriti tersebut.
Fared membiarkan pengawal sekuriti tersebut pengsan di situ. Fared bergegas ke bilik sekuriti. CCTV masih aktif dirakam. Fared membuka perisian yang mengawal CCTV dari komputer bilik sekuriti tersebut. Rakaman pada hari ini dihapuskan. CCTV dilumpuhkan dan akan hidup semula dalam masa sejam dari sekarang. Fared memeriksa skrin yang memaparkan siaran langsung CCTV di dalam kawasan kilang tersebut. Hanya makmal sahaja terdapat orang. Fared melihat skrin meja yang lain. Terdapat garisan warna merah. Skrin tersebut memaparkan peta kawasan di dalam kilang tersebut. Garisan merah itu ternyata menandakan pintu yang berkunci. Fared menggunakan tetikus dan menekan beberapa butang pada perisian keselamatan komputer itu. Tiada apa-apa berlaku. Fared tersedar. Lampu dibawah lubang kunci yang berada di meja komputer tersebut berwarna merah. Fared memerlukan kunci untuk membuka kesemua pintu pejabat dan makmal tersebut.
Dengan pantas, dia keluar dari bilik sekuriti lalu mengambil kunci pada rantai yang berkunci pada tali pinggang pengawal sekuriti yang pengsan itu. Setelah mendapatkan kunci tersebut, Fared meletakkan jari pada leher pengawal itu. Maish terasa degupan. Jari diletakkan pada hidung pengawal itu. Masih ada nafas. Mujur tidak mati. Kunci dicucuk pada meja komputer bilik sekuriti tersebut. Kunci dipusingkan. Papan kekunci digunakan oleh Fared. Butang 'Enter' ditekan.
L o a d i n g . . .
Garisan merah pada peta paparan skrin meja komputer bilik sekuriti menjadi hijau. Kesemua pintu di dalam kilang berjaya dibuka kecuali pintu masuk. Fared memusingkan semula kunci itu lalu disambungkan semula pada rantai tali pinggang pengawal sekuriti yang pengsan itu. Fared dengan laju berlari pergi dari suatu bilik ke suatu bilik. Banyak Hard Disk berjaya dicucuk pada setiap supercomputer kecuali makmal sains yang terdapat beberapa orang saintis di dalamnya. Fared terjumpa bilik elektrikal namun bilik itu dikunci dengan kata laluan. Fared memeriksa telefon pintarnya. Telefon pintarnya mengesan gelombang mesin itu. Mesin kata laluan itu berupaya pengimbas secara gelombang menggunakan kad petugas. Fared meletakkan telefon pintarnya pada mesin itu. Mesin itu berjaya dilumpuhkan. Pintu bilik elektrikal tidak lagi berkunci.
Pintu ditolak. Terdapat superkomputer yang ditampal logo, barkod dan kod QR serta label syarikat kabel internet. Fared mencucuk wayar USB dan disambungkan kepada komputer riba mininya. Sambungan berjaya digodam. Fared mengaktifkan pelbagai perisian. Kesemua perisian bekerja dengan sendiri. Beberapa perisisan memerlukan menaip. Fared menaip pada beberapa perisian. Status menggodam, pengiraan, statsitik berubah dari suatu masa ke semasa. Perisian dan sistem keselamatan, serta firewall berjaya dilumpuhkan.
Laluan untuk Fared memasuki supercomputer secara maya berjaya dibuka. Godaman berjaya. Fared bersyukur lega. Kesemua supercomputer berjaya disambungkan secara talian internet. Kini kesemua superkomputer bersambung kepada alamat rumahnya secara tersembunyi melalui talian internet. Fared mengeluh lega.
Fared kembali ke setiap pejabat untuk mengambil kesemua hard disknya semula. Dia masuk kembali ke suatu pejabat. Hard disk dicabut. Jaket diletakkan kembali pada kerusi. Monitor diletakkan semula di atas meja. Komputer dimatikan. Fared menjenguk luar dari dalam bilik melalui celahan pintu yang hampir ditutup. Makmal itu masih ada beberapa orang. Dia memeriksa telefon pintarnya. Hanya supercomputer itu sahaja tidak bersambung dengan supercomputer dari bilik elektrikal. Supercompouter di dalam makmal diasingkan dari supercomputer yang lain. Tiba-tiba Fared mendapat idea.
Fared kembali ke bilik elektrikal. Suis ditekan. Seluruh kilang tidak mempunyai elektrik, lampu dan penghawa dingin kecuali supercomputer yang masih hidup dan berbunyi dan berfungsi seperti biasa. Supercomputer mempunyai laluan sumber elektriknya tersendiri agar kajian syarikat kilang tersebut tidak terganggu. Dia berlari pergi ke makmal tersebut. Seluruh dalam kawasan kilang tersebut menjadi gelap gelita. Kesemua pekerja makmal tersebut membuka telfon pintarnya dan menyuluh ke seluruh tempat. Fared memasuki makmal tersebut yang terbuka secara automatik kerana tiada bekalan elektrik. Semua pekerja makmal tersebut berkelakuan tenang. Mereka semua bertindak professional. Salah seorang dari mereka menelefon jurutera elektrik. Tanpa disedari, Fared berjaya menyambungkan telefon pintarnya pada supercomputer di dalam makmal tersebut.
Fared bersahaja membuka paparan telefon pintarnya dengan menggunakan telefon sebalik kain baju hoodienya. Sambungan berjaya. Selepas itu, Fared menyambungkan supercomputer makmal dengan supercomputer dari bilik elektrikal secara maya. Internet berjaya disambungkan.
Segalanya mudah tetapi bukan mudah untuk berselinap ke tempat orang. Fared mencabut wayar yang bersambung supercomputer dengan telefon pintarnya. Tiga orang keluar dari makmal tersebut. Dengan perlahan, Fared melepasi mereka semua. Dia kembali ke bilik elektrikal dan menghidupkan semula kilang itu dengan membuka suis sumber tenaga elektrik. Akhirnya, Fared berjaya keluar dari kawasan kilang tersebut.
Pintu pagar elektrik belakang syarikat itu dibuka dan ditutup seperti biasa. Dia berjalan menuju ke menara pemancar gelombang internet. Dia mengembalikan semua perkara seperti biasa. Sambungan internet secara berwayar dari menara ke kilang itu disambungkan seperti sediakala.
Fared berjalan dengan perlahan meninggalkan kawasan tersebut. Fared berjalan dan berjalan dengan tenang sehingga tiba di terowong yang berada di bawah jalan raya di mana Fared meletakkan motorsikalnya. Motorsikalnya masih ada dan berkunci. Golongan gelandangan yang hidup di bawah terowong sudah tiada dan termasuk juga seorang lelaki tua berjambang penuh yang dia telah berikan wang RM100. Tiada nyawa. Mereka semua ditikam beberapa kali. Agaknya berebut untuk mendapatkan wang RM100. Seingat Fared, terdapat tujuh orang di dalam terowong tersebut. Hanya ada enam orang. Di bawah terowong itu berlumuran darah. Ada yang dikelar lehernya. Ada yang mendapat banyak tetakan pisau. Fared jatuh terduduk dan bersandar pada motornya.
"Adakah mereka ini bernilai RM100 untuk dibunuh begitu sahaja? Mengapa aku beri seorang sahaja duit? Sepatutnya aku beri mereka semua duit." Fared bermonolog sambil menangis bersendirian menyalahkan dirinya sendiri.
Tiba di rumah, Fared lemah longlai lalu berbaring pada katil. Dia tiada semangat untuk melakukan kerja menggodam dan menceroboh lagi. Dia menanggalkan baju hoodie, topi dan bajunya. Bantal dipeluk dan badannya berselimut termasuk wajahnya ditutup dengan selimut. Fared menangis kesal dan ketakutan. Dunia ini seumpama drama dunia hologram. Tiada siapa mengasihani mereka. Hanya memerhati dan tidak berkata apa-apa. Jiwa dipenuhi dunia. Semua manusia menjadi durjana kerana sifat tamak haloba yang dibiarkan menguasai jiwa. Dunia ini hanya hologram semata-mata.
Share this novel