Jam 9 malam, ramai yang hadir di dewan besar untuk makan malam sempena majlis pelancaran robot rondaan. Majlis makan malam ditaja oleh Syarikat Telekomunikasi Malaysia. Ratusan orang pekerja Syarikat Terminal Vector hadir di majlis tersebut. Majlis makan malam tersebut dipengerusi oleh Encik Ali yang merupakan salah seorang ahli lembaga pengarahsyarikat Terminal Vector. Promosi produk syarikat Terminal Vector dilakukan. Pameran evolusi robot rondaan dan beberapa produk yang dipromosikan termasuk produk syarikat Telekomunikasi Malaysia.
Ucapan diberikan oleh Fared berkenaan robot rondaan. Sekali lagi, robot rondaan dijelaskan oleh Fared. Selepas memberi ucapan dan huraian yang yang sangat panjang, Fared meminta diri. Seluruh orang di dewan besar itu menepuk tangan untuk Fared.
"Sangat cemerlang Fared, sangat cemerlang!" Puji Rahman kepada Fared.
Fared senyum gembira kerana dipuji oleh Rahman. Fared duduk di meja makannya lalu memakan kek yang sedap dan cantik bentuknya yang dihulurkan oleh Hadi. Fared memakan kek tersebut dengan berselera sekali. Hadi dan Haziq senyum gembira kerana Fared makan dengan penuh selera.
"Mc Danial dan ayam goreng Kentang Farhan Club (KFC) pun tidak sesedap sebegini." Kata Haziq.
"Betul." Kata Fared.
"Aku ada perkara hendak dibuat." Kata Fared.
"Apa dia?" Soal Haikal.
"Aku hendak bina robot. Robot seperti manusia. Haikal, Hadi, Aizat, Haziq dan Rahman boleh datang ke rumah aku akan datang. Aku hendak tunjukkan robot yang aku bina. Boleh dikatakan pembantu rumah."
"Seriously?" Soal Haikal.
"Datanglah bila-bila ke rumah aku." Balas Fared.
Fared bangun dari tempat duduknya lalu mengambil nasi arab dan kambing. Banyak sayuran diletakkan di atas nasi. Susu khas untuk nasi arab juga diletakkan pada nasi. Begitu juga dengan sambal nasi arab. Sungguh menyelerakan. Fared berasa sangat puas dan memakan nasi arab. Rasa sedap nasi arab memenuhi seluruh ruang di dalam mulut Fared. Sayuran dan susu serta sambal nasi arab sungguh menambah deria rasa Fared. Gembira hatinya.
Dua tahun telah pun berlalu dengan jayanya, negeri Melaka, negeri Terengganu, negeri Selangor, negeri Brunei, dan juga negara Singapura mempunyai robot rondaan hasil buatan syarikat Terminal Vector. Syarikat Terminal Vector mendapat sambutan yang baik. Walaubagaimana pun, pelbagai kerja dan halangan perlu ditempuhi untuk menyediakan robot rondaan di seluruh negeri dalam Malaysia. Fared mempunyai wang banyak. Fared sudah menjadi jutawan bersama rakan-rakannya. Setelah projek robot rondaan sudah siap, Fared dan rakan-rakannya membina robot Fared bersama di garaj. Fared tersenyum gembira setelah menyiapkan sebuah robot berbadan manusia.
"Setelah hampir dua tahun akhirnya hampir siap!"
"Alhamdulillah." Ucap Rahman.
"Kita boleh uji esok. Selaju mana robot ini boleh berlari, setinggi mana robot ini boleh melompat dan juga di tahap manakah kekuatan robot ini." Kata Diana.
"Aku boleh uji sendiri." Kata Fared.
"Aku dengan Fared akan uji robot ini. Fared sudah semestinya memerlukan kereta aku untuk membawa robot ini." Kata Rahman.
"Bila hendak uji?" Soal Haikal.
"Bila-bila aku ada masa lapang. Aku hanya perlu salin dan letak semula program dan data dari robot aku yang sedia ada di rumah." Jelas Fared.
Haziq mengambil kerusi lalu duduk di meja kerja Fared. Kertas-kertas kerja berkaitan robot manusia Fared diteliti Haziq.
"Ini robot yang ada di rumah engkau?" Soal Haziq kepada Fared.
"Ah ya betul. Robot yang ada di rumah aku tidak memerlukan kos yang banyak berbanding robot yang kita bina ini. Aku hanya gunakan bahagian-bahagian robot yang elok diambil dari kedai kitar semula. Banyak robot dibuang kerana kos membaiki robot tersangatlah mahal. Beli pun sudah memakan beribu harganya, ini pula hendak membaiki." Jawab Fared.
"Syukur kita semua boleh membina robot bersama." Tambah Rahman akan pernyataan Fared.
"Robot ini adalah untuk kerja-kerja berkaitan nuklear dan pengendalian bahan-bahan radioaktif?" Soal Aizat.
"Haah, boleh juga untuk pengendalian bahan-bahan radioaktif dan juga tugas-tugas menyelamat ketika kebakaran." Jawab Fared.
"Cantik robot ini." Kata Diana.
"Betul, warna oren robot ini. Robot kelihatan seperti robot industri pula atau robot buruh pembinaan." Balas Hadi.
"Okaylah itu, sesuai dengan sifat robot ini bekerja untuk kerja-kerja tersangat lasak." Kata Rahman.
"Apa-apa pun, keseimbangan dan koordinasi badan robot ini penting. Boleh berdiri tegak dengan elok." Kata Fared.
Fared berada di rumahnya pada waktu malam yang sunyi dan sejuk. Beberapa botol mineral dihabiskan oleh Fared. Sebotol lagi air mineral diminumnya. Program dari robot pembantu rumah Fared berjaya dimuat naik. Secara automatik robot kedua Fared di kilang Terminal Vector garaj kerja Fared memuat turun program dan data yang dimuat naik dari rumah Fared sendiri.
Fared berupaya untuk mengawal robot A.I. keduanya dari rumah. Kamera berfungsi sebagai mata robot dihidupkan. Lampu dipasang. Lampu robot menerangi garaj kerja Fared. Kelihatan barang-barang serta perabor-perabot di garaj kerja Fared kilang Terminal Vector. Fared menekan papan kekunci. Robot oren Fared menunduk dan melihat tangan kanan robotnya. Tangan kanan robot diangkat lalu dibalikkan. Terlihat tapak tangan robot. Wayar USB diambil lalu dicucuk pada gajet VR. Fared memulakan kerja programming.
"Bagaimana dengan robot baru?" Soal Aizat kepada Fared di restoran memakan tengah hari bersama Rahman dan Haikal.
"Nanti aku mahu buat kejutan. Aku ada idea baru untuk robot baru yang kita bina bersama." Jawab Fared akan soalan Aizat.
"Jangan rosak sudahlah." Ketawa Haikal mengusik Fared.
Fared dan Aizat turut ketawa mendengar jenaka Haikal yang mengusik Fared. Fared mencubit Haikal.
Seminggu berlalu, robot kedua Fared berjaya diprogramkan dari rumah dan juga apabila berada di waktu kerja di syarikat Terminal Vector. Fared, Rahman dan juga keluarga Rahman berada di litar motorsikal cross. Litar yang berbukit dan sesuai untuk uji robot terbaru Fared dan rakan-rakan bina.
Kereta wira berwarna putih milik Rahman diletakkan ditepi pagar. Khemah payung dibuka lalu diletakkan kerusi untuk isteri Rahman dan anak-anak. Fared dan Rahman berada di pondok kayu litar motorsikal lasak tersebut. Kerja-kerja akhir dan pemeriksaan dilakukan oleh Fared dan Rahman. Robot diaktifkan. Fared berjalan berjauhan dengan robotnya. Tali meter diukur. Jarak 100 meter. Fared menunggu di penghujung jarak 100 meter. Fared menjerti dari jauh menyebut, "Mula!" Rahman menekan butang 'Enter' pada komputer riba Fared.
Dengan pantas, robot oren Fared lari memecut. Dari awal sehingga ke penghujung 100 meter. Terkejut Fared dan Rahman. Fared berjalan bersama robotnya kembali ke pondok kayu yang kecil. Isteri Rahman dan dua orang anaknya teruja dan menepuk tangan.
"Laju betul. Berapa masa kelajuan robot ini berlari?" Soal Rahman kepada Fared.
" 10 saat." Jawab Fared.
Terbeliak Rahman mendengar jawapan Fared. Fared mencatat masa yang diperlukan oleh robot berlari 100m. Seterusnya ujian melompat. Kayu panjang diambil. Pencebak diambil lalu dikorek tanah. Lubang telah digali lalu diletakkan kayu di dalamnya. Kayu panjang tersebut tertulis meter. Kayu tersebut sepanjang 5 meter.
Papan kekunci ditekan oleh Rahman. Robot menunduk dan merendahkan badannya. Kaki dibengkokkan lalu dengan pantas robot tersebut melompat tinggi melepasi ketinggian Fared. Fared dan Rahman terbeliak. Robot melompat tinggi. Robot oren Fared mendarat selamat tanpa kerosakan atau secara kemalangan. Fared dan Rahman saling berpandangan. Fared catat ketinggian lompatan robot orennya pada kertas. Ketinggian yang dilompat oleh robot tersebut adalah setinggi 4 meter. Fared senyum gembira lalu tertawa.
"Ujian kekuatan pula." Kata Rahman
"Ya." Balas Fared.
Isteri dan anak-anak Rahman sekali lagi menepuk tangan teruja akan kehebatan robot tersebut. Fared dan Rahman tersenyum bersama. Fared mengarahkan robotnya mengangkat tayar lori. Tayar lori diangkat menggunakan kedua-dua belah tangan robot oren tersebut. Rahman meneliti data pada program robot di komputer riba Fared.
"Bagaimana?" Soal Fared.
"Sensor pemberat berfungsi dengan baik. Robot itu boleh angkat tayar yang lebih besar pula." Jawab Rahman.
Fared mengarahkan robotnya berjalan bersamanya menuju tayar yang teramat besar. Tayar jentera pengangkat lori. Tayar jentera pengangkat lori lebih besar daripada badan manusia. Fared menyuruh robot orennya mengangkat tayar lori tersebut. Dengan bersahaja, robot oren Fared angkat dengan mudah. Fared memalingkan kepala terhadap Rahman. Rahman dengan wajahnya seperti baru ternampak hantu mengangguk. Isteri Rahman dan anak-anak menepuk tangan dengan riang.
"Alhamdulillah." Ucap Fared.
Malam yang kelam dan suram, di pekan kampung Papan Putih, pekan hantu. Tiada seorang pun yang menetap di kampung Papan Putih tersebut. Tiada penduduk berada di pekan kampung papan putih. Fared memberhentikan kereta baru miliknya. Keluaran terkini, 'Proton Saga'. Keretanya diberhentikan dan diletakkan di hadapan sesebuah bangunan yang kosong dan gelap. Telefon pintar jenama 'papa A91' dikeluarkan dan dijadikan sebagai lampu suluh. Fared berjalan di celah-celah antara suatu bangunan dan bangunan yang lain. Lorong yang kecil disuluh oleh Fared menggunakan telefon pintarnya.
Guruh kedengaran. Menambahkan lagi suasana yang menakutkan. Terdapat pondok kecil di hujung pengakhiran lorong celah-celah di antara suatu bangunan dengan bangunan yang lain. Seorang lelaki berwajah iras-iras pakistan atau kazakhstan berantai besi. Matanya bulat dan hidungnya tajam kehadapan. Rambutnya kerinting. Lelaki itu berjaket biru jeans yang berkoyak-koyak. Selamba merokok sambil mendengarkan lagu-lagu blues dari radio klasik versi modernnya yang dicucuk pemacu kilat.
"Engkau sesat?" Soal seorang lelaki tersebut kepada Fared.
"Tidak." Balas Fared dengan menggelengkan kepala.
Lelaki tersebut berada di dalam pondok. Jaringan tingkap menjadi pemisah antaranya dengan Fared.
"Saya seorang pelanggan." Kata Fared.
Lelaki tersebut menunduk lalu mengambil senapangnya yang berwarna jingga. Laras senapang ditarik. Bunyi kedengaran. Peluru sudah pun masuk ke tempatnya. Hanya tinggal picu yang perlu ditekan.
"Saya mahu beli pistol revolver. Ada? Saya mahu pistol revolver bersama pelurunya." Kata Fared.
Lelaki tersebut mengambil sepuntung rokok dari mulut dan dibuang ke lantai kerana sudah pendek.
"Aku beritahu apa yang aku tahu. Aku tidak pernah nampak muka engkau di sini." Kata lelaki itu.
"Saya pertama kali datang ke sini sebagai pelanggan. Berapa harga sepucuk pistol revolver?" Soal Fared.
Lelaki itu memandang Fared dengan tajam sekali. Buku katalog senjatanya dikeluarkan lalu ditunjukkan kepada Fared melalui lubang jaring tingkap. Fared mengambil katalog pistol revolver lalu diteliti satu persatu.
"Ada berapa dalam tangan kau?" Tanya lelaki itu kepada Fared.
"Maafkan saya? Apa yang ada berapa?" Balas Fared dengan soalan untuk mendapatkan kefahaman.
"Duit." Jawapannya dengan pendek.
"Saya ada RM500." Jelas Fared.
"Pistol revolver murah sahaja. Lebih murah daripada harga telefon pintar. Tengok katalog itu. Ditulis dolar amerika. Sepucuk pistol kebiasaanya boleh dapat RM300. Kalau hendak murah, beli pistol revolver yang kecil. Ada 5 ruang untuk isi peluru. Tembakan tidak jauh. Sekadar untuk pertahankan diri sahaja. Hendak yang mahal, ada yang panjang muncungnya. Besar revolvernya. Ruang boleh isi 6 peluru. Boleh untuk tembak dari jauh."
"Kalau pistol biasa? Selain pistol revolver. Pistol auto dan semi-automatik." Soal Fared.
"Pistol seperti G-Lock mahal sedikit. RM800." Jawab lelaki itu.
"Kalau SMG? Seperti Uzi?" Soal lagi Fared.
"RM1200." Jawapan ringkas daripada penjual senjata api.
"Saya mahu Uzi. Bayaran atas talian dibolehkan atau tidak? Saya cuma bawa RM500."
"Bayar RM500 terlebih dahulu. Bayar dahulu baru dapat." Jawab penjual senjata api.
"Peluru harga berapa? Sebutir?"
"Tidak jual sebii-sebiji, atau sebutir-butir. Jual kotak. Kalau hendak satu ammo, RM10."
"Saya mahu sekotak."
"Sekotak terdapat sedozen ammo. RM180." Jelas lelaki itu.
"Ini dia, RM500. Telefon saya, sudah tersedia kod QR. Imbas sahaja." Kata Fared.
"Saya tidak mahu imbas. Guna mesin kad sahaja pun boleh."
"Oh." Fared memberi kad debitnya kepada lelaki penjual senjata api tersebut.
Pembayaran telah dilakukan oleh Fared. Pistol Uzi disimpan di dalam kotak besi khas untuk sepucuk pistol. Sekotak dipenuhi peluru pistol Uzi diberikan kepada Fared.
"Ada sesuatu saya hendak beritahu." Kata penjual itu.
"Apa dia?"
"Sorok barang semua ini. Letak di bawah kerusi kereta. Letak untuk malam ini sahaja. Tiba di rumah, simpan di tempat mana yang sepatutnya disimpan."
"Okay, baiklah. Terima kasih, saya beli." Ucap Fared.
Fared berlalu pergi dari pondok menjual senjata tersebut. Fared meletakkan barangan senjata api dibelinya tadi di bawah kerusi kereta seperti yang dipesan oleh penjual senjata tadi.
Enjin kereta dihidupkan lalu memandu kereta keluar dari kawasan pekan kampung Papan Putih tersebut.
Pada suatu hari, Fared mendirikan sebuah patung putih di hadapan sebuah pokok yang agak besar. Patung putih itu dipakaikan baju besi. Fared menjarakkan diri daripada patung putih berbaju besi tersebut lalu mengacukan pistol SMG ke arah patung tersebut. Tembakan dilepaskan. Picu ditarik. Telinga Fared berdesing. Fared kesakitan. Penutup telinga diambil yang berada di sebelahnya di atas meja kecil. Penutup telinga dipakaikan. Tembakan pertama sebentar tadi tidak mengena. Tembakan kedua dilepaskan. Berlubang baju besi patung putih tersebut.
Fared mengunci pistol Uzinya lalu diletakkan di atas meja kecil yang berada di sebelahnya. Baju besi pada patung putih tersebut ditanggalkan lalu dipakaikan baju besi yang lain. Baju besi dipakaikan pada patung putih tersebut dengan kemas. Fared kembali menembak. Tembakan bertubi-tubi dilepaskan. Terhasil lubang yang banyak pada baju besi patung putih tersebut. Diulangi sekali lagi. Patung putih tersebut pula dipakaikan baju besi yang berlainan dan lebih baharu. Tembakan dilepaskan tanpa henti. Baju besi kali ini kalis peluru. Tembakan pistol SMG diulangi. Tembak dan tembak lagi. Baju besi tersebut berlubang dan juga terdapat peluru sangkut pada baju besi tersebut.
Robot besi berwarna hitam berjalan di dalam garaj kerja Fared. Robot berwarna hitam merupakan robot kedua Fared dan rakan-rakan bina bersama. Robot ketiga masih dalam pembinaan. Robot pembantu rumah, robot radioaktif, dan robot penyelamat. Robot penyelamat masih dalam pembinaan.
Fared dan Rahman sibuk meneliti robot tersebut. Robot itu hanya perlu tinggal untuk memasang kaki. Robot penyelamat digantung dengan rantai besi. Robot ketiga tersebut berbadan besar dan juga bertangan besar. Hadi dan Haziq juga sibuk membina suatu komponen penting yang merupakan sebahagian mesin yang diperlukan dalam robot ketiga tersebut bagaikan organ yang penting. Diana, Aizat dan Haikal sedang menyiapkan kaki robot ketiga yang sangat besar.
Setelah berpeluh membina robot ketiga, Fared duduk di kerusi bawah mesin penghawa dingin bagi mendapatkan udara sejuk. Telefon pintar 'Papa A91' diambil lalu dibuka aplikasi CCTV. Perkarangan kawasan rumah flat dan dalam rumah Fared berada dalam keadaan baik. Fared meneliti satu persatu. Setiap kamera CCTV yang ada di bucu rumah flat dipantau oleh Fared. Tiada sebarang penceroboh atau situasi yang mengganjilkan berlaku. Air kotak berperisa coklat kurma yang di atas meja Fared dicapai lalu diminum.
Pada waktu petang, Fared berada di pasar raya besar Giant. Pelbagai jenis bijirin, kotak susu dan pelbagai paket tepung bancuhan air susu dan coklat diambil. Baju-baju juga diambil lalu diletakkan ke dalam troli. Pasar raya dipenuhi dengan orang ramai membeli-belah. Majoriti orang ramai yang hadir di situ merupakan pasangan suami isteri atau pasangan kekasih. Agak mengganggu kesenangan Fared kerana Fared sendiri tidak mempunyai isteri atau calon isteri. Fared tidak sekacak adam yang lain. Fared hanyalah seorang yang normal kecuali kearifan dan kepakarannya yang dianugerahkan Allah dalam bidang teknologi. Fared mengambil biskut Chipsmore lalu merenung lama pada biskut Chipsmore tersebut.
Setelah merenung, Fared mengeluh lalu meletakkannya ke dalam troli. Seorang wanita melayu bercakap dalam bahasa melayu diiringi memuji nama-nama Allah dalam percakapannya namun berpakaian ketat menampakkan garis dada dan juga skirt hitam yang pendek menayangkan separuh daripada pahanya.
Fared mengalihkan pandangannya. Seingat Fared, ketikaa umurnya sekolah menengah, masih ramai yang bertudung walau di mana jua namun kini, tidak lagi. Hanya seorang dua orang sahaja bertudung, manakala yang lain pula tidak bertudung bahkan berpakaian mencolok mata. Pakaian mencolok mata menjadi kebiasaan para wanita. Fared menundukkan pandangannya lalu menolak troli. Ketika keluar dari kawasan membeli-belah, Fared memberhentikan trolinya di kedai gajet. Power bank 20 000mAh jenama 'Penang' dibeli dengan harga murah. RM70. Sangat berbaloi.
"Berhenti! Berhenti!" Jerit seorang lelaki dengan kuat.
Pandangan dialihkan. Terdapat seorang remaja lelaki berlari ke arah pintu keluar pasar raya. Dua orang pengawal keselamatan yang agak besar dan lebar badan mereka sedang mengejar remaja lelaki tersebut yang berjaket hitam dan memegang plastik berwarna. Plastik jingga tersebut berwarna cerah dan menampakkan isi dalam plastik tersebut. Berisi makanan agaknya.
"Sesiapa, hentikan pencuri itu!" Pekik salah seorang pengawal keselamatan.
Jauh ketinggalan dua orang pengawal keselamatan berbadan berat mengejar remaja lelaki tersebut. Fared mengeluh. Troli yang berisi barangannya yang telah dibayar ditolak kuat menggunakan kaki kanannya. Begitu laju troli bergerak ke arah dinding yang berdekatan dengan pintu keluar pasar raya. Secara tidak sedar, remaja lelaki tersebut terlanggar troli Fared lalu jatuh bergolek ke lantai. Barang-barang remaja lelaki itu juga keluar dari plastik jingga lalu jatuh bersepah ke lantai. Plastik jingga milik remaja tersebut pecah. Troli terbaring di lantai kerana dilanggar oleh pencuri yang merupakan seorang remaja lelaki. Fared bergegas berlari ke arah remaja lelaki yang terbaring di lantai dan cuba bangun semula dari lantai. Fared menarik jaket hitamnya.
Tiba-tiba, tersedar sesuatu. Mata remaja lelaki yang amat muda tersebut tersapat air tangisan. Wajahnya dalam kesedihan. Berkerut wajahnya. Basah pipinya. Matanya berlinangan. Fared menundukkan wajahnya. Pisau terpacak pada perutnya. Fared jatuh rebah. Bajunya kemerahan. Darah keluar dengan banyak melalui luka pisau yang hinggap pada perutnya. Tenaga Fared hilang hanya dihabiskan kepada merasai kesakitan terlampau ditikam dengan pisau. Jeritan kesakitan keluar dari mulut Fared. Mulai pitam. Penglihatannya berkelip-kelip.
Remaja lelaki yang muda tersebut menanggalkan bajunya sambil mengeluarkan air mata mengalir terus menerus membasahi pipi lalu mengisi barangan makanan yang dicurinya dan juga mengambil plastik barangan makanan yang telah Fared beli. Barangan makanannya juga dicuri oleh remaja lelaki muda tersebut. Tanpa menoleh ke belakang, remaja lelaki tersebut lari memecut keluar melalui pintu pasar raya dan meninggalkan Fared terbaring di lantai dengan perutnya berdarah. Beberapa orang hadir berdekatan Fared. Memegang telefon pintar sambil merakam situasi yang berlaku. Hampir-hampir mahu pengsan kerana terlalu sakit pisau berada di perutnya namun Fared melawan agar tidak pengsan di lantai. Fared mengalihkan pandangan dari melihat perut.
Keadaan di sekeliling dipandang Fared. Ada yang merakam perut Fared berdarah. Ada yang mendekatkan telefon pintar berdekatan wajah Fared. Merakam wajah Fared mengerang, betapa peritnya kesakitan perut dihinggap pisau. Ramai berdiri dan juga mencangkung berdekatan Fared hanya untuk merakam kejadian yang berlaku. Tiada yang terkejut atau berwajah kerisauan. Ada pula berkesempatan berdialog dengan rakaman telefon pintarnya sendiri. Sinaran cahaya mencucuk mata Fared. Menambahkan lagi rasa Fared ingin pengsan. Terdapat seorang wanita dan seorang lelaki menangkap gambar wajah Fared dan badan Fared yang perutnya berdarah dicucuk pisau dengan memasang lampu kamera menyuluh dan menyilaukan mata Fared supaya mendapat menangkap gambar dengan jelas.
Seorang perempuan berwajah lingkungan umur 30-an perlahan-lahan bergerak ke troli Fared yang terbaring di lantai bersama Fared. Satu plastik yang berisi barangan yang Fared beli diambil oleh wanita tersebut dan berlalu pergi walaupun Fared memandang tepat ke mata wanita tersebut. Seorang pengawal keselamatan mengambil barangan yang telah dibeli Fared lalu meletakkan semula ke dalam troli. Seorang lagi pengawal keselamatan menelefon ambulan.
Pandangan menjadi semakin gelap dan gelap. Akhirnya Fared pengsan di situ. Rasa lemah tersangat-sangat. Hidup atau mati, Fared berserah kepada Allah yang menghidupkan dan mematikan.
Share this novel