“Tahniah Fared dan Rahman!” Ucap Diana.
Fared dan Rahman gembira tersenyum-senyum. Kepulangan Fared dan Rahman kerana mendapat keluar dari penjara sementara.
“Seronoklah dapat tinggal dalam penjara dua minggu. Makan sedap-sedap dan tempat tidur pun mewah seperti hotel.” Haikal melawak lalu kertawa sendirian.
“Haikal, tidak lawak.” Kata Aizat.
Rahman dan rakan-rakan memandang ke arah Haikal. Suasana menjadi tidak selesa. Fared ketawa.
“Tidak apa Haikal. Suatu hari nanti kau akan masuk penjara juga.” Ketawa Fared.
“Tengok! Ada seorang gelak.” Ketawa Haikal kerana Fared ketawa.
Semua menggelengkan kepala kecuali Fared dan Haikal yang sedang ketawa. Mereka semua mula memakan makanan pizza di dalam restoran Pizza Pondok setelah dipelawa dan dibelanja oleh Aizat bagi meraikan kejayaan Fared dan Rahman dapat keluar dari penjara selama dua minggu atas tuduhan tidak berasas.
“Yang tinggal hanyalah perbicaraan jenayah terhadap hakim jahat dan dua anggota polis yang tidak beramanah.” Kata Aizat.
“Aku masih tidak puas hati tentang peguam yang mempertahankan dua anggota polis keji itu.” Kata Fared.
“Cakap perlahan-lahan. Muntah pula Rahman. Rahman telah melalui perkara yang menjijikkan semasa dalam penjara.” Tegur Aizat.
“Aku cuma mahu bercakap tentang peguam. Itu sahaja.” Kata Fared.
“Iya, iya, kita sedang bersuka ria dan meh melalui perkara yang menjijikkan semasa dalam penjara.” Tegur Aizat.
“Aku cuma mahu bercakap tentang peguam. Itu sahaja.” Kata Fared.
“Iya, iya, kita sedang bersuka ria dan menyambut kepulangan engkau dan Rahman. Topik mahkamah itu tidak sedap dibawa sekarang. Hendal bincang pun, perlahan-lahan. Hormati suasana yang sedang berlaku.” Tegur Aizat.
“Baiklah.” Fared bertolak ansur.
“Pada pandangan dan perspektif mahkamah atau siasatan, pada mereka mungkin peguam hanya menjalankan tugasnya sahaja. Peguam dibayar untuk bertindak mempertahankan bahawa klien peguam tersebut tidak bersalah.” Kata Haziq yang turut serta perbincangan Fared dan Aizat apabila terdengar topik yang dibualkan Fared dan Rahman.
“Betul juga.” Kata Fared kepada Haziq.
“Betul,betul,betul.” Kata Aizat setelah mendengar percakapan Haziq yang bernas.
“Mari makan. Nanti kita sambung sembang.” Kata Aizat.
Han berjalan masuk ke dalam restoran Pizza Pondok. Han ternampak Fared, Rahman dan beberapa orang tidak dikenali yang merupakan rakan-rakan Fared. Fared melambai tangan ke arah Han. Han mengangguk. Diana menghulurkan sepinggan dan terdapat dua keping potongan pizza pada pinggan tersebut kepada Han. Han mengucapkan terima kasih kepada Diana. Fared tersenyum.
“Mana emak?” Soal Fared kepada Han.
“Masih di farmasi berdekatan dengan Hana dan puan Farah.” Kata Han.
“Ouh okay.”
Mereka semua menikmati makanan pizza yang sedap dengan senyap. Mereka semua tersenyum bahagia.
__________________________________________________________________
Fared keluar dari bilik doktor psikiatri hospital swasta dan meninggalkan Rahman dan Farah yang merupakan isteri Rahman untuk sesi temu ramah dengan doktor pakar psikologi. Fared duduk di bangku panjang berdekatan kaunter. Puan Hayani berjalan keluar dari bilik doktor pakar psikiatri. Hana dan Han duduk bertentangan menghadapn Fared di bangku panjang. Hana senyum gembira comel kepada Fared. Fared tertawan hatinya kerana kecomelan Hana yang berbangsa cina tersebut. Fared membalasi Hana dengan senyuman. Puan Hayani bertemu dua orang anaknya lalu mengajak mereka pulang ke rumah. Fared bangun dari tempat duduknya lalu berjalan keluar dari hospital swasta bersama-sama dengan puan Hayani dan anak-anaknya.
Fared memandu kereta dan di tempat duduk sebelahnya diduduk oleh Han. Hana dan puan Hayani duduk di tempat duduk belakang bersama. Puan Hayani sibuk membelai Hana dengan penuh kasih sayang. Han pula termenung memandang pemandangan luar dari tingkap tepinya. Mukanya monyok seperti ada masalah. Berkemungkinan Han mengetahui apa yang berlaku namun dia memilih untuk berdiam diri. Diam kerana diarah oleh Fared atau sama ada Han sendiri bertambah sedikit kecerdikan akal pemikirannya. Fared tetap memandu kereta dengan penuh fokus. Puan Hayani dan Hana bersembang-sembang hanya antara mereka berdua sahaja. Han mengeluh sedikit lalu bersandar pada kerusi kereta dan matanya tetap memandang pemandangan luar ketika kereta sedang bergerak dipandu oleh Fared.
__________________________________________________________________
“Rahman bercuti sekejap namun kita perlu melakukan pelbagai percubaan untuk robot humanoid kita. Pemilihan tempat kita akan buat namun standard of procedure perlu dipelajari dan disedari sebelum melakukan sebarang eksperimen.” Jelas Fared kepada kumpulan kerjanya.
Rakan-rakan Fared mengangguk faham. Projektor dihidupkan. Fared membuka aplikasi nanosoft Noktah Kuasa. Muka surat demi muka surat, Fared menerangkan dengan jelas. Rakan-rakan Fared mencatat nota apa yang diceramahkan oleh Fared mengenai prosedur keselamatan eksperimen produk baru iaitu humanoid atau robot berbadan manusia.
Selepas ceramah prosedur keselamatan dan langkah-langkah keselamatan, pembahagian kerja dilakukan. Penyediaan alat-alatan merupakan Hadi dan Haziq. Pemeriksaan tahap keadaan robot berbentuk manusia akan dilakukan oleh Haikal dan Aizat. Diana menjadi pemeriksa alat-alatan dan kelengkapan yang diperlukan semasa eksperimen akan berada dan berlangsung. Fared sebagai pengurus dalam eksperimen.
Mereka semua mengambil selama tiga hari untuk persiapan kelengkapan sebelum tibanya hari eksperimen yang akan berlaku secara rasmi kerana semua data dan hasil eksperimen akan direkodkan serta akan dikaji secara teliti.
Fared menemui seorang pemandu lori yang bekerja di bawah kontrak syarikat Terminal Vector. Fared memaklumkan destinasinya dan barang apa yang perlu dibawa dan diangkut ke dalam lori.
__________________________________________________________________
Selepas tiga hari, papan kekunci ditekan-tekan oleh Fared lalu butang ‘Enter’ ditekan. Ketiga-tiga robot berdiri dari duduk di lantai. Robot prototaip, robot kecemasan kebakaran robot nuklear berjalan memasuki ke dalam kargo lori lalu duduk di lantai kargo lori.
“Fared, suruhlah semua robot-robot itu semua angkat barang-barang semua ini. Beratlah weyh. Robot itu bukannya bayar kita untuk jadi Very Important Person. Senang-senang je masuk dalam lori dan rehat.” Hadi membebel.
Fared dan rakan-rakan semua tertawa berdekah-dekah. Fared menggelengkan kepala kerana lawak Hadi sangat menjadi.
“Okay okay, cakap sahajalah engkau malas mahu angkat barang-barang berat masuk ke dalam lori.” Kata Fared.
“Bukan apa, eksperimen juga ini. Sebahagian eksperimen.” Kata Hadi samhil tertawa-tawa lalu senyum lebar.
Setelah Hadi berkata-kata jenaka, semua kembali tertawa. Terlalu lucu. Bijak sungguh Hadi berjenaka. Bakul-bakul hitam dan beg-beg besar yang berisi barang-barang berkaitan dengan ekperimen robot diangkat oleh tiga robot hasil pembinaan mereka semua. Pemandu lori menggaru-garu kepala dan terkejut melihat robot-robot berjalan serta mengangkut barang-barang masuk ke dalam kargo lori dihadapan dua biji matanya sendiri.
Setelah barang-barang disimpan dan juga ketiga-tiga robot yang telah dibina duduk di dalam kargo lori. Kargo lori ditutup. Lori mula bergerak. Begitu juga dengan kereta Fared dan rakan-rakan. Mereka semua bergerak menuju ke destinasi. Tapak eksperimen.
__________________________________________________________________
Tiba di destinasi, Fared dan rakan-rakan meletakkan kereta di parkir. Sekali lagi, Fared mengarahkan robot-robotnya untuk mengangkat barang-barangan dan menyusun barang. Barang-barang sudah siap disusun. Kamera-kamera juga sudah siap disediakan oleh Haziq. Diana pula mempersiapkan alat-alatan untuk merekodkan semasa eksperimen, dan juga hasil eskperimen. Haikal dan Aizat sedang memeriksa sekali lagi ketiga-tiga robot.
Hadi dan Fared memasang alat pemberat untuk aktiviti angkat berat. Robot prototaip berdiri lalu mengangkat berat. Selepas mengangkat berat, alat tersebut ditambahkan berat oleh Fared dan Hadi. Alat angkat berat ditambahkan berat. Robot prototaip berjaya mengangkat alat angkat yang beratnya pada kadar maksimum namun dapat diangkat sedikit sahaja. Sudah sampai had. Robot prototaip diarahkan untuk meletakkan semula alat angkat berat di lantai. Robot prototaip beredar lalu robot penyelamat kebakaran pula mengambil giliran untuk mengangkat berat.
__________________________________________________________________
Robot penyelamat kebakaran dan robot nuklear berjaya merintangi kesemua eksperimen. Robot penyelamat kebakaran dan robot nuklear kedua-duanya kalis air dan api. Robot prototaip tidak menghadapi eksperimen kalis api. Hanya eksperimen kalis air yang diuji. Ketiga-tiga robot boleh berlari laju pada kelajuan yang mengagumkan. Kehebatan ketiga-tiga robot tersebut mengalahkan rekod larian Usain Bolt dalam larian 100 meter.
“Apa yang kita kekurangan?” Soal Aizat kepada Fared.
Fared berfikir sejenak. Fared menyelak data-data eksperimen setelah meminta dokumen catatan eksperimen robot-robot dari Diana.
“Apa kata, berlainan jenis robot, berlainan harga. Kita menggunakan komponen-komponen badan robot yang kita bina sendiri. Terdapat juga komponen-komponen yang diimport daripada China kerana harga yang lebih murah dan berkualiti akibat nilai pertukaran wang. Negara-negara barat mula memandang Malaysia. Ada yang sudah mula melabur dan menempah robot-robot syarikat kita ini kerana harga yang murah. Harga dinaikkan kerana permintaan yang tinggi dan kos yang sangat tinggi bagi membina robot-robot.”
“Apa yang kurang? Lain aku tanya, lain engkau jawab.” Aizat tertawa sendiri.
“Kita perlu beli dan bina komponen-komponen baru untuk menambahbaikkan robot-robot tersebut supaya harga boleh dinaikkan lebih banyak walaupun komponen-komponen dibuat dalam negara pada kos rendah atau import dari negara China.” Haikal menyampuk perbualan antara Aizat dan Fared.
“Tidak perlu! Tidak perlu!” Haziq pula menyampuk.
Fared, Aizat dan juga Haikal terkejut Haziq menyampuk. Aizat dan Haikal mulai berfikir dan meneka apa pula yang akan Haziq cakapkan. Fared bersedia mendengar apa-apa sahaja cadangan yang akan memberikan keuntungan.
“Lebih baik kita beli tanah-tanah yang ada di negara China. Kita bina kilang-kilang di sana. Kita eksport pekerja-pekerja dari negara kita untuk menetap di sana. Kina bina pelbagai kemudahan kerana kita beli tanah di sana. Tiada siapa akan kacau.” Kata Haziq.
“Bagus Haziq. Bagus. Sungguh bijak. Mari kita menjajah negara orang melalui pelaburan, perdagangan dan perniagaan!” Fared senyum lebar dan bergembira mendengar cadangan Haziq yang begitu bijak.
__________________________________________________________________
Jam 2 petang, Fared dan rakan-rakan pulang ke rumah masing-masing. Fared membuka komputer ribanya di meja makan rumah sewanya. Fared membuka laman web untuk membuat pelaburan saham. Fared membeli pelbagai saham yang berada paras terendah merujuk kepada graf harga saham yang terkini. Pelbagai saham syarikat yang maju dibeli oleh Fared setelah menyemak reputasi-reputasi setiap jenis syarikat dan industri.
Saham luar negara seperti negara-negara Asia yang maju juga dibeli oleh Fared seperti negara Singapura, Thailand, Vietnam, dan China. Tidak dilupakan juga, Fared berhati-hati dan menyemak kesemua syarikat dan industri sebelum ingin melabur kerana khuatir hasil keuntungan dividen membeli saham suatu syarikat adalah dari suatu sumber yang haram seperti syarikat menjual arak dan syarikat perjudian.
Fared menyemak saham syarikat-syarikat besar dalam industri pembuatan telefon pintar, komponen-komponen telefon pintar dan komponen-komponen telefon pintar khas untuk permainan video, alat permainan video, komponen-koponen komputer riba dan juga komponen-komponen komputer riba khas untuk permainan video.
Semakin tinggi pelaburan dilakukan, semakin tinggi pulangan dividen yang sangat lumayan. Fared menjual beberapa saham yang syarikatnya semakin menurun grafnya. Fared sangat berpuas hati dalam penglibatan pelaburan. Fared melihat wangnya yang berada dalam akaun pelaburan. RM5 juta sekarang ini berada di dalam akaun pelaburan miliknya.
Tidak sabar Fared ingin mendapatkan lagi banyak pulangan dividen yang lumayan pada masa akan datang. Fared berazam untuk mengambil alih beberapa syarikat yang akan menjadi miliknya jika dia membeli keseluruhan saham suatu syarikat tersebut.
__________________________________________________________________
Pada waktu malam, silencer dipasang pada Uzi. Pistol Uzi itu ditujukan ke arah kepala seseorang. Pistol Uzi dihalakan ke bawah. Tembakan dilepaskan bertalu-talu. Sebutir peluru pun tidak menembusi badan mangsa yang ditembak. Picu pistol Uzi dilepaskan. Kelongsong peluru bersepah di atas lantai. Mangsa yang ditembak kekal berdiri dan tidak berganjak langsung dari tempat berdirinya. Fared tersenyum puas melihat robot penyelamat kebakaran merupakan kalis peluru. Fared menukarkan pula lapisan badan robot pengendali nuklear. Setelah siap ditanggalkan dan dipasang, pistol Uzi diambil lalu dibuka pengunci keselamatan. Tembakan dilepaskan. Sebutir peluru pun tidak berjaya menembusi atau menghasilkan lubang pada badan robot pengendali nuklear tersebut walau sedikit.
__________________________________________________________________
Selepas sebulan, Fared dan rakan-rakan sedang menyusun barang-barang di Universiti Teknologi Petronas sempena hari Sains Sedunia. Tiga kali rehearsel dilakukan oleh para siswa dan para siswi Universiti Teknologi Petronas.
“Fared, robot-robot pula bila hendak lakukan rehearsel juga? Penting rehearsel. Pelancaran lagi dua hari. Kita perlu rancang elok-elok.” Soal Haikal.
“Jangan risau, Hadi dan Haziq sedang buat pemeriksaan digital. Mana tahu kalau ada kerosakan dalam program dan juga dalaman.” Kata Fared.
“Esoklah rehearsel?” Soal Haikal.
“Iya. Rehearsel untuk robot-robot. Esok masih ada rehearsel lagi.” Jawab Fared.
“Okay.”
__________________________________________________________________
Selepas beberapa hari, wajah Fared dan rakan-rakan serta bersama robot-robot mereka terpampang di wajah hadapan surat khabar. Di seluruh wajah hadapan pelbagai surat khabar memaparkan wajah Fared dan rakan-rakan. Fared dan rakan-rakan bersorak gembira di garaj kerja kerana tidak menyangka mereka semua muncul di wajah hadapan surat khabar.
“Tidak sangka Fared! Kita masuk dalam semua surat khabar!” Sorak Haikal.
“Alhamdulillah. Tanpa izin Allah, kita tidak muncul di wajah hadapan surat khabar,”
“Tahniah Fared. Kamu yang berucap, kamulah pengurus, kamulah yang sebenarnya pembina robot-robot tersebut. Jika ada wartawan television hendak bertemu ramah, bercakaplah juga untuk di pihak kami.” Kata Haziq.
“Baiklah in sya Allah.” Fared tersenyum lebar.
__________________________________________________________________
“Kita sepatutnya berehatlah.” Kata Haikal dalam talian panggilan video.
“Entah, mungkin esok ada apa-apa urusan agaknya.” Kata Aizat yang juga dalam talian panggilan video.
“Bersiap sedia sahajalah. Inilah apa yang akan jadi apabila kita mendatangkan suatu kejayaan dalam sesebuah syarikat. Apa lagi, kerja-kerja, kontrak-kontrak, projek-projek baharu, dan temu ramah. Syarikat sudah menjadi tamak.” Kata Rahman.
“Tidak. Mungkin urusan yang sekejap sahaja agaknya. Kita sudah boleh berehat namun dipanggil hanya untuk hari esok.” Tenang Fared.
“Fared, apa kata kau merayu dengan mister Adam? Kau anak emas syarikat. In sya Allah dia akan mendengar cakap engkau.” Cadang Hadi.
Fared berfikir sejenak lalu berbaring dengan menghadap siling dari mengiring ke kanan.
“Aku pun tidak baik dengan Mister Adam. Dia tidak suka aku. Entah apa dia benci sangat dengan aku.” Kata Fared.
“Cemburu agaknya dengan anugerah Allah beri kepada engkau?” Soal Haziq.
“Mustahil. Mustahil.” Fared enggan menceritakan bahawa mister Adam tidak berhati perut kerana tidak sensitif jika Rahman dihukum gantung ketika dituduh dengan tuduhan yang tidak berasas di mahkamah.
__________________________________________________________________
Fared meletakkan tin penyembur cat di lantai. Robot pengendali radioaktif dan robot penyelamat kebakaran berjaya dicat dengan cantik. Robot penyelamat kebakaran sudah diwarnakan seperti warna uniform petugas bomba penyelamat. Robot pengendali radioaktif pula telah dilukiskan simbol radioaktif pada dadanya dengan warna hijau. Robot pengendali radioaktif tersebut berwarna hitam kecuali warna simbol radioaktif yang berwarna hijau.
Fared berpuas hati. Kertas-kertas yang ditampal pada badan robot-robot tersebut dengan saletip ditanggalkan. Robot-robot tersebut nampak kemas dan bergaya. Fared tersenyum lebar. Garaj kerja Fared dengan segera dikemaskan.
Fared membasuh tangan pada singki, lalu membeli setin air coklat sejuk Tok Aba di mesin air. Fared duduk di bangku panjang yang berada di tepi tebing taman mini yang mempunyai mesin pancuran air yang kecil dan mempunyai banyak pokok-pokok bunga yang indah-indah di dalam ruang tengah bangunan pejabat syarikat, ‘Terminal Vector’ tersebut. Habis Fared termenung seketika, Fared menghabiskan air tin coklat jenama Tok Aba lalu membuang tin tersebut di dalam tong sampah kitar semula khas untuk aluminum atau barangan besi-besi. Fared memberi salam kepada pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu malam lalu beredar menaiki keretanya pulang ke rumah.
Tiba di rumah, Fared mandi membersihkan diri dari segala kotoran dan giginya juga digosok dengan menggunakan berus gigi dan ubat gigi jenama ‘Halalgel’. Setelah membersihkan diri, Fared mengambil air wuduk. Baju bersih diambil lalu dipakai. Sejadah dibentangkan. Fared melakukan solat sunat hajat dan solat sunat taubat dengan khusyuk. Surah-surah dibacakan dengan perlahan-lahan. Setiap ayat dari surah-surah dibaca dengan perlahan dan Fared mengamati serta menghayati ayat Al-Quran yang dilafazkannya dalam solat. Seusai solat, Fared membaca doa dengan panjang sekali dalam bahasa arab lalu beralih kepada bahasa melayu.
Fared bangun dari duduk lalu sejadah dilipat dan digantungkan. Al-Quran diambil dari meja kerjanya lalu dibuka. Surah Al-Mulk dibaca sebelum tidur. Setelah habis dibaca, Fared menutup semua lampu lalu tidur di katilnya dengan berselimut.
__________________________________________________________________
Pengawal keselamatan bernama Kassim Selamat tertulis pada pin namanya sedang memeriksa semua bahagian ruangan bangunan syarikat Terminal Vector. Kesemua checkpoint telah ditandakan secara digital dengan menggunakan kad pengawal keselamatan. Pak Cik Kassim berjalan lalu duduk di kaunter syarikat berdekatan dengan pintu masuk. Buku aktiviti ditulis. Keadaan semasa dan keadaan yang telah diperiksa direkodkan.
Tiba-tiba bahunya disentuh. Pak cik Kassim terkejut lalu melatah. Dia menoleh ke belakang. Terkejut lalu tergamam. Rambutnya digenggam dengan kuat lalu dihentakkan berkali kali pada mejanya. Dihentak dan dihentak dengan kuat sekali. Dahi pak cik Kassim terluka. Dihentak lagi. Encik Kassim meronta-ronta cuba mengambil nafas. Hidungnya patah dan mengeluarkan darah yang terlalu banyak. Buku rekod keselamatan terkoyak dan dibasahi darah pak cik Kassim. Kepalanya dihentak lagi pada meja dengan lebih kuat. Dihentak lebih kuat. Dihentak lagi dengan penuh kekuatan dan kelajuan.
Pak cik Kassim pengsan tidak menyedarkan diri. Kepalanya dihentak lagi tanpa belas kasihan. Meja mulai retak. Encik Kassim tersedar sebentar. Tangannya diangkat-angkat lalu menghayun-hayun dan cuba meraba mencari tubuh badan yang menzaliminya. Tangan tersentuh pelakunya tersebut. Encik Kassim mendongakkan kepalanya ke atas. Matanya kabur akibat darah memasuki kelopak matanya dan membasahi matanya. Penglihatannya terhalang.
Kepalanya dihentak pada meja. Meja hancur. Tengkoraknya retak habis dan mengakibatkan luka yang besar dan sangat dalam. Kepalanya bocor lalu mengeluarkan darah seperti bekas air yang pecah. Meja dibasahi darah kepala pak cik Kassim. Darah mulai menitik-nitik ke lantai. Lantai dibasahi pula dengan darah pak cik Kassim. Pak cik Kassim tidak lagi bernyawa.
__________________________________________________________________
Fared pulang ke rumah dari surau yang berada di tingkat bawah setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Fared memasuki rumah lalu mengunci pintu. Dengan segera beberapa bawang putih dan bawang merah dikupas. Daging ayam dipotong beberapa bahagian kecil. Serai juga dipotong. Api dapur dipanaskan. Periuk nasi elektrik ditutup suis. Bawang-bawang ditumis di dalam kuali. Fared memasak dengan tenang sekali.
__________________________________________________________________
Jam 7.45 pagi, Fared menghidupkan telefon pintarnya yang sudah habis dicas baterinya sehingga penuh. Tiba-tiba, Haikal menelefon Fared seusai telefon dihidupkan. Panggilan telefon diangkat lalu dijawab.
“Assalamualaikum Haikal. Ada apa?”
“Kita tidak perlu hadir ke syarikat pada hari ini. Ada kes pembunuhan. Tidak tahu siapa yang terbunuh. Bangunan syarikat sekarang ini sudah tutup akibat siasatan polis dan ahli-ahli forensik.” Jelas Haikal.
Fared terkejut. WhatsApp group syarikat dibuka. Keluar arahan cuti kecemasan untuk semua pekerja-pekerja syarikat ‘Terminal Vector’, kecuali kilang-kilang dan bangunan kajian pembangunan syarikat Terminal Vector.
__________________________________________________________________
Selepas tiga hari syarikat tutup buat sementara siasatan pihak polis dan pihak bertugas, pekerja-pekerja kembali bekerja sambil sediakala. Fared berjalan masuk melalui pintu masuk, melihat meja kaunter sudah pun tiada. Dipercayai Fared meja itulah di mana pak cik Kassim meninggal dunia mati dibunuh. Fared berjalan sambil membawa beg komputer ribanya masuk ke dalam bilik kerja Fared.
Meja kerjanya dikemaskan. Komputer persendirian bilik kerjanya dibelek-belek kerana khuatir jika ada kerosakan. Nampaknya tiada. Kerja tetap perlu diteruskan seperti biasa.
__________________________________________________________________
“Fared.” Haziq memanggil Fared yang sedang minum air tin coklat Tok Aba sambil menonton video menggodam di WeTube.
“Apa Haziq?” Sahut Fared.
“Robot prototaip hilang.”
“Apa?!” Terkejut Fared.
__________________________________________________________________
“Abang soleh, minta nak tengok rakaman CCTV tiga hari lepas sehingga hari ini.”
“Boleh-boleh.” Kata pengawal keselamatan yang lebih tua daripada Fared.
Fared melihat rakaman kamera CCTV dengan khusyuk sekali. Tiada tanda-tanda pergerakan orang yang telah mencuri robot prototaip Fared. Pelik. Fared meminta Haikal, Hadi dan Haziq untuk meneliti setiap rakaman daripada setiap kamera CCTV yang ada pada bangunan syarikat Terminal Vector tersebut. Dari pagi sampai ke petang tidak menjumpai mana-mana penceroboh yang telah mencuri robot prototaip.
“Nampak gaya mati kutu kita.” Kata Haikal.
“Semua kamera sudah periksa?”
“Ada dua lagi tinggal. Kamera di dalam dan di luar pintu masuk bangunan.” Kata abang Soleh.
“Baik! Terima kasih abang Soleh! Alhamdulillah!” Kata Haziq.
“Sama-sama.” Ucap abang Soleh.
Pita rakaman dipasang. Kedua-dua rakaman kamera dimainkan secara serentak pada dua skrin komputer
“Fared, nampak itu?” Kata Haikal.
“Eh?!” Fared terkejut.
Dalam gelap terdapat seseorang di belakang encik Kassim lalu membunuh encik Kassim dengan menghentak kepalanya berkali-kali dengan kuat pada meja sehingga pecah meja dan kepalanya. Darah kepala encik Kassim membasahi ke meja dan menitik ke lantai. Sedikit cahaya dapat menjelaskan dan menunjukkan empunya tangan tersebut yang telah membunuh encik Kassim dengan kejam.
“Weyh, mustahil! Mustahil!” Sebut Fared berkali-kali.
“Siapa? Kenapa?” Soal Haikal yang terkejut apa yang Fared lihat pada rakaman kamera CCTV tersebut.
“Ya Allah.” Ucap Haziq.
“Ini salinan rakaman. Rakaman yang sebenar ada pada dua orang anggota polis.” Kata abang Soleh.
“Siapa?” Soal Haikal.
“Dalam rakaman ada wajah dua orang anggota polis yang ambil pita rakaman asal?” Soal Fared.
“Rasanya ada, sekejap ya.” Kata abang Soleh.
Rakaman kamera CCTV dimainkan semula. Ulang tayangan. Mencari dan mencari tanpa henti.
“Itu dua orang polis tersebut.” Kata abang Soleh.
“Ya Allah.” Ucap Haikal.
“Dua syaitan!” Kata Fared.
“Kau kenal? Kenapa marah sangat?” Soal Haziq.’
“Mereka berdua yang telah membelasah Rahman tanpa belas kasihan. Seksa Rahman dan telah memperkosa emak kepada kawan aku.” Luah Fared.
“Astaghfirullah hal-azim.” Ucap Haziq.
“Mereka sepatutnya telah diberhentikan kerja.” Kata Fared dengan kekecewaan.
“Fared, kita bukan seperti dahulu. Kini pemerintahan komunis. Mereka hnaya digantung tugas selama beberapa hari. Aku dapat berita daripada mister Adam. Mister Adam yang ambil tahu tentang proses perbicaraan mahkamah ke atas mereka.” Kata Haikal.
“Kita perlu bertarung lagi di mahkamah.” Kata Fared dengan penuh kemarahan.
__________________________________________________________________
“Penatlah macam ini. Kenapalah setiap kali ada kes pembunuhan, aku perlu membuat persembahan nanosoft Noktah Kuasa.” Rungut pegawai polis bernama Abu.
“Nak buat macam mana. Sudah itu tugas engkau.” Kata encik Hill, seorang detektif.
“Nanti ada mesyuarat lagi.” Kata Abu dalam keadaan keletihan.
“Allah Maha Besar, mesyuarat lagi?” Soal encik Hill.
“Selepas ini ada mesyuarat.” Kata encik Abu.
“Alamak.” Kata encik Hill.
__________________________________________________________________
“Terima kasih memberi kerjasama dengan menghadiri mesyuarat kali ini. Saya ada perkara yang ingin disampaikan namun encik Yin dan Fal akan tolong sampaikan.”
“Apa!?” Terkejut beberapa pegawai anggota polis lelaki dan wanita kerana kehadiran encik Yin dan encik Fal ke mesyuarat walaupun lambat.
“Tuan, kenapa mereka masuk? Bukan sepatutnya...” Tegur salah seorang anggota polis namun tegurannya tidak habis akibat dipotong.
“Mereka hanya digantung untuk sementara waktu sahaja. Mereka tidak dibuktikan bersalah.” Kata seorang pegawai polis yang berpangkat paling berkuasa di balai polis tersebut.
Encik Hill sungguh tidak berpuas hati. Begitu juga dengan encik Karim. Semua orang berkelihatan tidak berpuas hati.
“Hai, salam semua. Saya ada eviden yang ingin ditampilkan mengenai kematian mangsa bernama encik Kassim.” Kata encik Yin berbangsa cina sambil tersenyum.
“Saya mempercayai pembunuh mangsa tersebut adalah bukan manusia.” Kata encik Yin.
“Apa ini? Sudah gila selepas digantung kerja? Sudah gila kenapa tidak sahaja pergi hospital? Mengapa datang ke mari?” Marah pegawai polis bernama Siddiq.
“Sabar encik Siddiq, saya juga bersemangat untuk menangkap penjenayah yang sebenar seperti encik. Sabar dan dengar dahulu.”
Pemacu kilat dipasangkan pada mesin projektor. Projektor dihidupkan. Video dimainkan terus dari projektor. Suatu video dimainkan. Seluruh anggota polis yang berada di dalam bilik mesyuarat terkejut menonton video tersebut.
“Ops, hehe, minta maaf, salah mainkan video.” Tersengih encik Yin.
“Astaghfirullah hal-Azim.” Ucap Mr. Hill.
“Tidak mengapa, tidak mengapa. Setiap orang ada hiburan tersendiri.” Ketawa hambar pegawai polis yang berpangkat paling tinggi itu.
Semua orang menjeling ketua pegawai polis, encik Yin dan encik Fal. Encik Hill meletakkan tapak tangannya di muka. Begitu juga dengan encik Abu. Encik Fal mentertawakan encik Yin dan ketua pegawai polis terbahak-bahak tanpa ada rasa sedikit malu
“Ini videonya!” Kata encik Yin sambil tertawa juga.
Suasana menjadi tegang di dalam bilik mesyuarat itu namun encik Yin dan encik Fal masih tertawa mengendahkan suasana yang menjadi tersangat tegang tanpa ada professionalisme dan rasa malu akibat kesalahan memainkan video sebentar tadi.
“Sebagaimana anda semua lihat, ini adalah video rakaman CCTV sebenar yang kami dapat daripada pengawal keselamatan. Bukan movie, bukan cerita TV. Ini adalah mengenai syarikat TV. Syarikat Terminal Visi” Kata encik Yin.
“Robot ini telah membunuh mangsa. Kepunyaan siapakah robot ini? Yang pasti ini bukan sebarang cosplay atau kostum yang dibuat. Ini sememangnya robot. Mustahil manusia boleh membelahkan meja kepada dua bahagian dengan menggunakan kepala mangsa sahaja! Pemilik robot tersebut mestilah bertanggungjawab! Sudah tentu pemiliknya adalah orang yang mengawal robot tersebut! Keadilan perlu dituntut!” Jerit Yin.
Encik Fal tertawa dan seterusnya diikuti encik Yin yang sama tertawa. Mereka berdua tertawa.
“Keadilan konon, bodoh!” Encik Fal tertawa mengherdik encik Yin.
“Kau pun sama, harap sahaja engkau anjing polis.” Ketawa Encik Yin.
Ketua pegawai polis turut tertawa tetapi ketawa hambar lalu berkata,“Mesyuarat bersurai. Setakat ini sahaja ya.”
__________________________________________________________________
“Tidak guna betul! Aku sememangnya tidak berpuas hati!” Marah encik Abu.
“Kenapa? Engkau fikir engkau yang mesti bentangkan persembahan nanosoft Noktah Kuasa? Biarkan Fal dan Yin itu. Setiap hari tayang pornografi seperti tadi bagus juga.” Kata encik Khan kepada encik Abu.
“Aku sebagai anggota polis, aku tidak mahu lagi membuat laporan polis., Tidak berkesan langsung. Aku mahu buat laporan media!” Tegas encik Abu.
“Jalan terakhir? Haha, aku sokong engkau!” Ketawa encik Karim.
__________________________________________________________________
“Baiklah! Aktifkan!” Kata Fared dengan sangat bersemangat.
Hadi mengaktifkan robot penyelamat kebakaran melalui komputer riba yang berada di atas dekstop canggih yang bercahaya bersama dengan powerbank sebesar beg bagasi sebagai sumber elektrik. Semua anggota ahli bomba bertepuk tangan kagum melihat robot penyelamat kebakaran bergerak lalu mengambil alat pemadam kebakaran.
“Hebat! Hebat!” Sorak salah seorang anggota bomba penyelamat.
Robot rondaan pula berpusing-pusing mengelilingi api kerana mendapat mengesan kebakaran atau bahaya. Suhu kebakaran juga diambil kira. Skrin komputer riba aplikasi pengawalan robot rondaan tertulis notifikasi tanda bahaya dan juga tertulis pengesanan suhu yang tinggi iaitu pada 200 darjah celcius pada tong yang berbentuk separuh dan bahan bakar yang terbakar di dalam tong yang separuh tersebut. Robot penyelamat kebakaran segera memadamkan api tersebut dengan menggunakan alat kecemasan pemadam kebakaran.
Api terpadam. Anggota bomba semua bertepuk tangan dan bersorak gembira kagum akan melihat robot berjalan dan memadamkan api di hadapan mata kepala sendiri. Seterusnya, Haikal berjalan lalu menuangkan minyak ke tanah, arang-arang batu diletakkan bersama bahan-bahan bakar yang telah digunakan sebentar tadi. Beberapa sampah diletakkan pada minyak yang dituang membasahi tanah. Haziq menghidupkan api menggunakan kertas yang dibakar dengan pemetik api. Api serta merta menjadi marak. Semua anggota polis kehairanan dengan apa yang Fared dan rakan-rakannya ingin lakukan.
Robot penyelamat kebakaran tersebut berjalan menuju ke api marak lalu berdiri di pertengahan api marak tersebut. Semua anggota bomba penyelamat tersebut tergamam dan terkejut melihat apa yang terjadi.
“Sebagaimana tuan-tuan melihat, robot penyelamat kebakaran ini mampu bertahan berada di dalam api yang panas pada kadar maksimum iaitu 1000 darjah celcius. Dengan izin Allah Taala, kami juga dapat membina robot penyelamat yang baharu dan lebih tahan berada di dalam api ang panas yang melebihi 1000 darjah celcius!” Ucap Diana dengan bersemangat dan gembira diikuti gaya bahasa badan yang tersangat comel.
“Ya Allah, jodoh akukah itu?” Kata salah seorang anggota bomba yang meletakkan kedua-dua tapak tangannya di jantungnya. Lemah gemalai para adam.
“Robot penyelamat ini juga masih berfungsi dan masih boleh membuat kerja menyelamat walaupun dalam kebakaran. Beg bagasi khas untuk robot penyelamat juga telah disediakan! Kain penyelamat yang mempunyai teknologi kain rintangan api berteknologikan nano! Kain ini boleh melindungi mangsa kebakaran daripada terkena api yang bahaya!” Sorak Diana.
“Tambahan pula, tangan robot penyelamat yang besar dan badan yang besar mempunyai tangki alat pemadam kebakaran! Kebakaran boleh dipadam jika terdapat api kebakaran mendekati mangsa! Tidak perlu risau, badan bahagian hadapan terdapat alat pertolongan cemas seperti tangki oksigen yang boleh menyelamatkan mangsa kebakaran maksimum dua orang mangsa kebakaran!” Tambah Diana dengan intonasi suara yang ceria.
Robot penyelamat kebakaran tersebut berjalan dengan pantas keluar dari tempat kebakaran. Semua orang terkejut.
“Robot bergerak sendiri?!” Jerit Fared.
“Apa?!” Terkejut Haziq dan Hadi.
Rahman, Haikal, Aizat, Diana dan anggota-anggota bomba yang lain terkejut lalu tergamam.
“Lawak apa ini? Lakonan gimik pula?” Ketawa salah seorang daripada anggota-anggota bomba penyelamat.
Robot tersebut berjalan laju lalu mengambil beberapa botol yang berisikan minyak petrol. Minyak petrol dibuka penutup kedua-duanya lalu dituangkan ke atas kepala robot itu sendiri. Serta merta seluruh badan anggota robot tersebut terbakar marak.
Sekali lagi semua orang terkejut melihat perbuatan robot penyelamat kebakaran tersebut. Aizat dengan segera mengambil alat kecemasan pemadam kebakaran lalu menyembur alat pemadam api dengan pantas.
“Berhenti! Berhenti! Berhenti!” Jerit Fared berkali-kali.
Notifikasi muncul memenuhi skrin komputer riba. Tertulis secara besar dan jelas berwarna merah. Amaran bahaya, talian terputus.
“Aizat! Lari Aizat! Lari!” Jerit Fared kepad Aizat.
Aizat terkejut lalu memandang ke arah Fared yang menjerit ke arahnya. Aizat ditendang oleh robot penyelamat kebakaran dengan kuat pada perutnya. Aizat terpelanting lalu jatuh bergolek. Aizat menjerit kesakitan. Semua anggota bomba terkejut lalu menarik rakan-rakan Fared menyuruh mereka lari menyelamatkan diri. Fared berlari lalu mengambil alat pemadam kebakaran yang berdiri tegak di atas tanah ketika sedang berlari.
Alat pemadam kebakaran dihayunkan dengan kuat pada kepala robot tersebut. Bunyi hentakan yang kuat didengari semua orang yang berada di situ. Salah seorang anggota bomba berlari cepat mengambil Aizat yang terbaring kesakitan kerana tidak mampu untuk bangun setelah ditendang kuat oleh robot penyelamat kebakaran tersebut. Dua lagi orang anggota bomba penyelamat mengambil alat pembaringan lalu mengangkat Aizat ke atas alat bantuan kecemasan. Mereka bertiga mengangkat Aizat menggunakan alat bantuan.
Dengan padu, robot penyelamat kebakaran memberikan tumbukan sekuat-kuatnya kepada Fared. Bengkok lalu pecah meletus alat kecemasan pemadam kebakaran akibat ditumbuk oleh robot penyelamat kebakaran. Fared berjaya menghalang tumbukan robot tersebut dengan menggunakan alat kecemasan pemadam kebakaran namun Fared jatuh tergolek kerana momentum tumbukan yang tersangat kuat dari robot tersebut.
Jika tiada alat kecemasan pemadam kebakaran tersebut, sudah tentu Fared akan menjadi jenazah. Robot penyelamat kebakaran berdiri di atas Fared lalu meletakkan kakinya pada perut Fared dan menekan dengan sedikit kuat. Fared menjerit kesakitan. Kedua-dua tangan Fared digunakan dengan menghentak-hentak kaki robot tersebut dengan kuat namun kaki robot tersebut yang berada di atas perut Fared sedikit pun tidak berganjak. Tangan kiri robot diacukan kepada Fared. Semua orang terkejut ketakutan.
“Fareeeeed!” Jerit Rahman dengan sekuat hati.
Tembakan dilepaskan. Pemandangan semua orang menjadi kabur dan begitu juga dengan Fared. Pandangan berkabus dengan serbuk alat kecemasan pemadam kebakaran. Pandangan berkabus putih dan lama kelamaan kabus tersebut lenyap. Hanya Fared terbaring di atas lantai. Kelibat robot penyelamat kebakaran tidak kelihatan. Semua orang kerisauan.
“Fared! Fared!? Kau okay?” Rahman berlari ke arah Fared yang terbaring di atas laintai.
“Aku okay, tiada apa-apa.” Fared agak ketakutan. Hampir sahaja mati.
__________________________________________________________________
Fared dan rakan-rakan pulang ke syarikat Terminal Vector setelah mengalami kemalangan yang sungguh kehairanan dengan menaiki kereta masing-masing diikuti dengan lori milik syarikat Terminal Vector. Tiba di bangunan syarikat, beberapa kereta anggota polis sudah pun berada di hadapan pintu masuk syarikat Terminal Vector.
“Apa sudah jadi?” Soal Haikal.
“Fared!” Jerit mister Adam dari jauh.
Wajah mister Adam mempunyai seribu kerutan, wajahnya kemerahan. Tangan kirinya memegang sehelai kertas. Berjalan dengan penuh gaya bahasa badan yang mempamerkan aura kemarahan dan kebengisannya itu. Fared tidak termakan akan aura mister Adam. Fared tidak takut akan mister Adam. Fared hanya risau dan takut apa yang sebenarnya telah berlaku. Fared menghidu sesuatu yang teramat teruk.
“Fared! Kau dipecat! Kau boleh balik sekarang! Balik penjara! Polis! Tangkap pengganas ini!” Arah mister Adam kepada semua anggota polis supaya menangkap Fared.
“Apa yang terjadi?” Soal Fared yang tidak tahu apa yang telah terjadi.
Encik Fal menangkap Fared dengan menggari tangan Fared. Fared terkejut akan kehadiran encik Fal yang telah menggarinya dari belakang secara senyap-senyap.
“Kau!? Perogol emak kawan aku!” Jerit Fared kemarahan.
“Encik Fared, anda ditahan akibat aktiviti keganasan yang telah anda lakukan!” Kata encik Fal dengan tersenyum sinis terhadap Fared.
“Lepaskan aku perogol! Celaka!” Fared menendang kaki encik Fal.
Encik Fal jatuh melutut ke tanah lalu tendangan padu hinggap ke wajahnya dari arah kanan. Encik Fal jatuh terbaring setelah Fared menendang wajahnya. Fared memijak wajahnya beberapa kali dengan kuat sekali. Lebam mata encik Fal.
Fared ditembak pada pahanya menggunakan pistol renjatan elektrik. Fared terkejut lalu rebah ke lantai. Fared cuba melawan tetap juga bangkit dan bangun dari lantai. Fared mengetapkan giginya. Fared mendengus kuat menandakan kemarahan menyirap perasaannya dengan marak lalu menjerit sekuat hati. Fared bangkit lalu menumbuk seorang anggota polis yang telah menembaknya dengan pistol renjatan elektrik. Anggota polis yang telah menembaknya adalah encik Yin. Encik Yin jatuh terbaring ke lantai sepertimana encik Fal jatuh ke lantai.
“Kau juga?! Apa yang kau buat perogol?!” Fared menjerit kuat lalu melutut di atas encik Yin.
Tumbukan berkali-kali dilepaskan dengan teramat kuat pada wajah encik Yin. Melepaskan kemarahannya yang teramat bagaikan letusan gunung berapi yang tidak stabil. Tumbukan diberikan tanpa henti. Badan belakang Fared ditembak. Encik Fal telah menembak badan belakang Fared juga dengan pistol renjatan elektrik.
“Celaka!!!!!!!!!!!!!!!” Jerit Fared arah ke langit.
Seorang lagi anggota polis yang tidak dikenali menembak Fared menggunakan pistol renjatan elektrik. Fared terkejut lalu menggigil-gigil direnjat elektrik. Badannya bergerak mengejut seperti ikan yang tidak berada di dalam air. Akhirnya Fared pengsan. Encik Yin dan encik Fal menendang Fared berkali-kali. Beberapa anggota polis menahan perbuatan encik Yin dan encik Fal dari terus menerus menendang Fared setelah menahannya menggunakan pistol renjatan elektrik.
“Kau dan kau!!! Perogol kawan aku!!! Aku bunuh kau berdua lahanat!!!!!!” Jerit Rahman dengan kemarahan yang membuak-buak.
Tanpa disedari, Rahman ditahan oleh Haikal dan Aizat kerana khuatir akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Memang patutlah pun Fared dilayan dan ditahan sebegitu. Nama pun penjenayah. Bawa si celaka ini masuk ke dalam lokap!” Arah mister Adam.
Fared yang pengsan itu dibawa masuk ke dalam kereta polis lalu beredar pergi. Rahman dan rakan-rakan Fared hanya mampu melihat.
__________________________________________________________________
Selepas seharian berlalu, Fared terbangun dari pengsannya. Kepalanya rasa teramat sakit. Begitu juga dengan paha kaki kanannya. Fared tidak mampu untuk bangun. Fared juga tidak mampu menggerakkan kaki kanannya itu.
“Penjara?” Kata Fared.
__________________________________________________________________
Rahman memasuki bilik pejabat mister Harris setelah meminta keizinan mister Harris melalui setiausaha wanita mister Harris menggunakan telefon.
“Tuan Harris, saya ingin bercakap sedikit dengan tuan.” Ujar Rahman kepada encik Harris yang merupakan orang penting dalam syarikat Terminal Vector.
“Mengenai Fared? Ternyata Fared itu penjenayah. Bukan lagi urusan kamu jika kamu tidak mahu lagi disumbat ke dalam penjara.” Kata mister Adam dengan penuh ketegasan.
“Tuan, dengar dahulu apa yang saya ingin perkatakan. Robot kami juga hilang kawalan semasa persembahan projek robot bomba penyelamat kebakaran. Komputer riba tidak dapat di kawal. Saya bersama Fared, Fared mengawal robot tersebut, tiada kemusykilan yang dilakukan oleh Fared. Tiba-tiba sahaja robot bomba penyelamat kebakaran bergerak sendiri bahkan Fared cuba menyelamatkan nyawa Aizat yang ditendang robot yang kuat. Fared menyerang robot bomba dan Fared juga diserang.”
Mister Harris berhenti membelek dokumen-dokumen pada tablet jenama Mempelamnya. Mister Harris memandang Rahman dengan penuh tumpuan.
“Saksi-saksi? Dimana saksi? Saya tidak mahu dengar cakap awak tanpa saksi dan perbicaraan yang rasmi, cakap kosong sahaja saya tidak mahu dengar! Awak akan diletakkan di bawah jenayah akta hasutan dan akta pakat jahat. Saya tidak bekerjasama dengan jenayah perasuah seperti kamu.”
“Baik, saya akan bawa saksi-saksi.” Kata Rahman
__________________________________________________________________
Rahman dan rakan-rakan duduk di luar bangunan balai polis atas urusan soal siasat mengenai kejadian yang berlaku di balai bomba penyelamat. Rahman bertanyakan anggota bomba yang lain tentang apa yang mereka ceritakan kepada pegawai polis yang bertugas membuat siasatan dan mengambil laporan mengenai kejadian tersebut. Cerita semua anggota bomba adalah sama dengan apa yang berlaku. Rahman menarik nafas lega. Soalan diajukan pula kepada rakan-rakan Fared yang juga merupakan rakan-rakan Rahman.
Hadi, Haziq, Haikal dan Diana mengakui bahawa bukan Fared penjenayah akan keganasan. Sepanjang kerja-kerja programming, Fared tidak turut terlibat. Fared sibuk akan pelajaran ijazah sarjana muda secara pembelajaran jarak jauh ketika itu. Mustahil Fared mengawal robot-robot tersebut.
“Guys, kita ada banyak kerja untuk mempertahankan bahawa Fared bukan pengganas dan penjenayah.” Kata Rahman.
Semua mengangguk faham. Hadi dan Haziq menyatakan bahawa mereka berdua sudah pun mendapatkan idea-idea untuk membuktikan bahawa Fared tidak bersalah.
__________________________________________________________________
“Kenapa engkau pengganas tetapi engkau masih berada di dalam penjara biasa ini? Ini penjara untuk orang yang telah membunuh orang, merompak orang, menculik orang, menjual dadah, dan merogol orang. Engkau pengganas, merosakkan benda sana dan sini, bunuh terlalu ramai orang. Mengganas menggunakan robot pula itu. Sumpah gila genius engkau. Pelik bagaimana jenayah engkau boleh terbongkar?” Soal lelaki tua kurus keding yang bertatu pada lengannya.
Fared hanya mendiamkan diri. Dirinya dipenjara tanpa perbicaraan. Apa yang mampu hanyalah menonton television yang bergantungan pada dinding berdekatan dengan siling untuk mengetahui berita dan isu semasa yang berlaku jika ada apa-apa isu berkaitan dengan robotnya atau syarikat Terminal Vector.
__________________________________________________________________
Pada keesokkan hari, hampir semua surat khabar tertulis berita yang menggemparkan. ‘Insiden tidak sengaja atau sengajakan di dalam mesyuarat?’ menjadi tajuk berita hadapan surat khabar. Video pornografi sengaja dimainkan oleh pegawai polis bernama encik Yin di dalam mesyuarat di balai polis. Ramai menjadi saksi pada hari berkenaan. Ketua pegawai polis balai polis tersebut menyatakan bahawa video yang dimainkan adalah salah satu cara setiap orang menghiburkan diri. Pelapor berita ini juga memaklumkan bahawa ketua pegawai polis balai polis tersebut dan encik Fal juga ketawa tidak menunjukkan professionalisme apabila encik Yin tersalah mainkan video. Merujuk salah seorang saksi, pemilik pemacu kilat adalah milik encik Yin dan dikongsikan bersama encik Fal. Encik Fal memberikan pemacu kilat yang berisikan video pornografi kepada encik Yin.
__________________________________________________________________
“Ini silap engkau! Aku mahu engkau cari siapa yang telah melaporkan perkara yang lepas kepada media surat khabar! Cari atau engkau mati!” Jerit marahnya seorang ketua pegawai polis balai polis tersebut kepada encik Yin.
Encik Yin memberikan tabik hormat lalu berlari keluar bilik pejabat ketua pegawai polis itu.
Di tempat lapang parkir kereta yang berdekatan dengan bangunan syarikat surat khabar ‘berita ideal’, Yin mengintip seorang wartawan lelaki yang berbaju kuning serta bergantungkan tali kad nama pada leher keluar dari bangunan kerjanya. Yin mengekori wartawan tersebut. Yin membuka telefon pintarnya. Terpapar gambar wajah lelaki tersebut yang bernama Tan. Tan seorang wartawan berbangsa cina. Dengan menaiki kereta, Yin mengekori Tan sehingga Tan tiba di rumahnya. Yin mengekori Tan sehingga pada waktu malam. Apabila waktu malam, lampu bilik Tan ditutup kerana Tan ingin tidur setelah penat bekerja di rumah sebagai penulis surat khabar.
Yin keluar dari kereta lalu memanjat pagar rumah Tan. Balkoni tingkat atas dipanjat. Alat pembolehubah kunci dilaraskan. Alat tersebut digunakan dengan mencucuk dan menggodam secara manual pada lubang kunci pintu kaca gelongsor. Pengunci pintu berjaya dinyahkuncikan. Pintu kaca ditolak ketepi. Yin memasuki bilik Tan di mana Tan berada dan tidur malam. Laci meja kerja Tan digeledah. Beberapa dokumen dan kertas dibuka dan dibaca. Telefon pintar dikeluarkan lalu menangkap gambar maklumat-maklumat yang ada pada dokumen-dokumen tersebut. Laci meja ditutup setelah puas diambil gambar maklumat-maklumat tersebut. Telefon pintar ditutup kembali.
“Bangun.” Kata Yin.
Tiba-tiba Tan tersentak lantas bangun dari tidurnya. Jantungnya berdegup kencang kerana sepatutnya dia berada di rumah tersebut berseorangan sahaja kerana masih bujang dan tidak duduk bersama keluarganya. Cuaca yang sejuk pada malam. Tiba-tiba mendengar suara menyuruh Tan untuk bangun.
“Siapa?” Soal Tan dengan menggeletar dan ketakutan.
“Jangan jerit, aku tidak mahu membunuh engkau. Aku mahu engkau perbetulkan semula fakta yang engkau sebar.” Kata Yin.
“Apa maksud engkau?” Soal Tan.
Yin ambil surat khabar yang terdapat di atas meja lalu dilemparkan kepada Tan yang sedang duduk di katilnya. Dalam gelap yang samar-samar, Tan membelek surat khabar tersebut.
“Aku hendak engkau tulis berita dan tulislah bahawa ketua pegawai polis menafikan insiden tidak sengaja memainkan video pornografi dalam mesyuarat anggota polis. Tulis bahawa berita dan laporan insiden tersebut hanyalah fitnah semata-mata dan polis akan siasat perkara tersebut. Jika engkau tidak tulis, aku akan suruh orang lain yang akan tuliskan kerana ajal engkau telah pun sampai ketika itu.” Ugut Yin kepada Tan.
Kemudian Yin mengeluarkan sehelai kain tangan kecil yang basah dengan sejenis cecair. Mulut dan hidung Yin ditekup dengan kain tersebut untuk beberapa saat. Tan pengsan lalu Yin memakaikan kain selimut kepada Tan. Nota ditinggalkan dengan menggunakan surat khabar yang dikoyakkan pada isu tertentu dan ditulis menggunakan pen marker alatan tulis milik Tan berwarna merah. Nota tersebut ditinggalkan di atas meja kerja Tan. Yin beredar pergi dari rumah Tan itu.
__________________________________________________________________
Fared mencari tempat duduk untuk makan tengah hari namun semua tempat duduk penuh. Keputusan telah dibuat. Fared makan di atas lantai bersama seorang lelaki berkulit gelap dan orang tua yang bertatu pada lengan.
“Apa nama engkau?” Soal lelaki berkulit gelap pada Fared.
“Nama saya Fared.” Jawab Fared.
“Kamu tiada langsung ciri-ciri orang jahat seperti aku. Kamu cuma dituduh sebagai pengganas sahaja, rekod jenayah apa pun tiada. Tuduhan tidak berasas. Hukuman tidak berdasarkan jenayah yang telah kamu buat. Mahkamah pun tidak memutuskan bahawa kamu penjenayah. Perbicaraan mahkamah pun tiada.” Jelas lelaki berkulit hitam tersebut.
“Kamu? Nama kamu siapa? Kenapa kamu berada di dalam penjara? Minta maaf saya bertanya, saya cuma hendak tahu sahaja.” Soal Fared.
“Aku Saravanan. Aku dimasukkan penjara kerana dijejak oleh polis siber. Aku godam bank. Aku godam untuk dapatkan duit untuk bayar perubatan emak aku. Emak aku kanser tahap ketiga. Aku perlukan duit. Walaupun aku kerja polis siber tetapi aku terdesak. Tiada siapa mahu bantu. Aku bayar iklan, aku buat iklan minta simpati, tiada siapa mahu sedekah berikan wang. Kalau ada pun, dua tiga orang sahaja. Itu pun tidak banyak. Sekadar puluhan ringgit sahaja.” Luah Saravanan yang badan agak berotot itu.
“Jadi? Engkau masuk penjara, bagaimana dengan emak engkau?” Soal Fared.
“Aku tidak perlu risau sekarang ini. Ada seorang lelaki membayarkan aku bil-bil rawatan emak aku. Emak aku tuliskan surat untuk aku. Orang yang membantu aku berbangsa Cina. Tidak seperti orang-orang yang berbangsa Cina lain. Seperti kata-kata orang melayu, perangai seperti yahudi. Betulkan? Emak aku kata, orang-orang Cina yang lain semua perangai Yahudi. Yahudi asia yang pentingkan diri namun lelaki cina seorang ini sahajalah membantu dengan ikhlas. Pembantu lelaki yang membayarkan bil-bil rawatan tersebut tanpa meminta sebarang balasan sampaikan surat emak kepada aku bulan lepas. Jadi aku lega sangat-sangat.”
“Dengan izin Allah Taala, izin Tuhan, moga emak engkau cepat sembuh.” Ucap Fared.
“Baiknya cina itu, siapa agaknya orang itu?” Kata orang lelaki tua bertatu tangan tersebut.
“Pak cik pula? Apa nama pak cik? Kenapa masuk penjara? Minta maaf saya hanya berdiamkan diri sahaja walaupun orang hina, herdik caci saya acah baik suci soleh kerana diam sahaja dalam penjara. Saya ini fikir penjara hanya tempat orang jahat, rupanya orang baik pun ada dalam penjara.” Luah Fared kepada lelaki tua tersebut.
“Panggil saya pak cik sahaja. Nama tidak penting. Alah, pak cik masuk penjara kerana mengintip anak dara sahaja. Hehe.” Kata pak cik.
“Ya Allah, kenapa pak cik buat macam itu.” Soal Fared.
“Saya ada masalah dengan isteri saya. Saya cintakan dia namun dia berubah hati cintakan orang lain. Saya berkahwin dengan dia. Tidak bercerai langsung tetap[i dia ikut teman lelaki dia balik rumah bina keluarga baru. Maklumlah saya belajar tidak pandai. Saya bekerja sebaik yang mungkin namun nasib tidak baik, ada masalah dengan isteri. Tidak mampu beri apa yang dia mahu kerana pak cik simpan duit. Hendak anak pun, duit tidak banyak. Bagaimana hendak besarkan anak tanpa duit. Pak cik hidup tidak beristeri sejak isteri lari rumah. Tak perlu kamu bersedih dengar cerita pak cik ini. Sedih pak cik akan hilang bila mengintip anak dara orang. Hehe.” Ketawa kecil lelaki tua itu.
“Allah akbar.” Ketawa Fared dan Saravanan.
__________________________________________________________________
Tempat makan penjara kosong kerana masing-masing sedang bersenam termasuklah Saravanan yang sedang melakukan tekan tubi di dalam sel penjara sendiri. Fared mengambil surat khabar di tempat makan penjara lalu membelek surat khabar. Surat khabar tersebut adalah penafian insiden ketidaksengajaan memainkan video pornografi di dalam mesyuarat anggota-anggota polis dalam laporan berita.
Fared mengambil surat khabar tersebut lalu menghempaskannya pada meja dengan kuat. Fared kembali berjalan terhincut-hincut ke sel penjaranya akibat kakinya masih sakit kerana ditembak pistol renjatan elektrik oleh Yin. Kemarahan Fared menyala marak. Fared berjalan terhincut-hincut melepasi penghuni-penghuni penjara yang lain berwajah bengis. Fared menemui Saravanan yang sedang tekan tubi berkali-kali.
“Saravanan.” Panggil Fared.
Saravanan berhenti tekan tubi lalu duduk di atas lantai. Fared memandang tepat ke arah mata Saravanan.
“Apa?” Soal Saravanan dengan kehairanan dan berhati-hati kerana tindakan penghuni penjara adalah berada di luar sangkaan.
“Ajar aku cara untuk bertarung.” Minta Fared.
“Boleh tetapi aku akan ajar engkau hanya cara-cara untuk mempertahankan diri sahaja. Bertarung tidak sesuai untuk engkau.” Kata Saravanan.
“Kenapa? Kenapa tidak ajar aku terus sahaja cara untuk bertarung?”
“Kerana soalan engkau, soalan budak mentah. Engkau tidak pernah belajar dan tidak matang dalam pertarungan bahkan engkau sendiri tidak pernah bertarung bukan?” Saravanan menyoal kembali Fared.
“Ya. Betul.” Fared mengaku.
“Apa-apa pun, menyerang sahaja tidak guna. Yang penting adalah, mempertahankan diri. Tahan emosi, berdisiplin dan melindungi diri!” Kata Saravanan dengan suara agak sedikit kuat.
“Baik.” Sahut Fared.
__________________________________________________________________
Encik Abu dan sekeluarga berjalan-jalan di bandar pada waktu malam dengan menaiki kereta. Secara tiba-tiba, tingkap pemandu kereta diketuk dengan tangan oleh seorang penunggang motorsikal ketika sedang berhenti di lampu isyarat berwarna merah. Encik Abu terkejut dan agak ketakutan. Dia sudah mengagak perkara buruk akan berlaku. Encik Abu tidak mengendahkan ketukan tingkap penunggang motorsikal lelaki itu yang memakai helmet berwarna hitam. Lampu isyarat menjadi hijau. Encik Abu dengan cepat memandu keretanya dengan laju kerana dikhuatiri akan apa-apa perkara buruk mungkin berlaku.
Penunggang motorsikal tersebut tetap terus-menerus mengekori kereta encik Abu yang membawa seisi keluarga. Encik Abu meminta isterinya menelefon polis kerana terdapat orang yang menaiki motorsikal mencurigakan tindakannya malah mengekori mereka sehingga ke lebuh raya. Pistol yang terpasang silencer pada muncungnya dikeluarkan dari jaket baju penunggang motorsikal dengan tangan kanan. Tembakan dilepaskan. Empat das tembakan terkena kedua-dua belah tayar belakang kereta.
Kereta encik Abu hilang kawalan. Encik Abu cuba memperlahankan kereta dan menekan padel brek dengan kuat. Kereta hilang kawalan lalu terlanggar kereta yang lain. Kereta berpusing-pusing lalu melanggar kereta lain lagi dan berhenti apabila kereta lain telah terlanggar kereta encik Abu. Kereta encik Abu terus berhenti apabila tepi badan kereta terlanggar pembahagi jalan selepas dilanggar kereta tadi. Motorsikal diberhentikan. Beberapa kereta berdekatan kemalangan jalan raya juga memberhentikan kereta. Ada yang merakam video tanpa ada yang menelefon bomba. Ada yang menangkap gambar.
Penunggang motorsikal tersebut masih mengekalkan memakai helmet hitam. Dia berlari lalu memanjat kereta yang terlanggar kereta encik Abu sehingga terbabas melanggar pembahagi jalan. Penunggang motorsikal tersebut berdiri di hadapan kereta encik Abu. Pistol diacukan ke arah encik Abu. Isteri encik Abu yang bersebelahan encik Abu menjerit sekuat hati kerana ketakutan dan begitu juga dengan anak-anak encik Abu yang duduk di tempat pennumpang belakang. Tembakan dilepaskan. Tembakan bertalu-talu hinggap di badan encik Abu. Tembakan terakhir pula dilepaskan pada leher encik Abu. Encik Abu tidak lagi bergerak. Isteri encik Abu pula ditembak berkali-kali sehingga tidak bernyawa. Begitu juga dengan anak-anak encik Abu. Penunggang motorsikal itu menembak anak-anak encik Abu yang menangis dan masih kecil umur mereka. Mereka tidak berdoa namun ditembak begitu sahaja.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian menjerit-jerit lalu berlari lintang-pukang kerana ketakutan jika dibunuh oleh orang jahat yang tidak boleh disangka-sangka perbuatannya . Pembunuh misteri itu beredar dengan selamba dengan terus menaiki motorsikal dengan biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
__________________________________________________________________
Ketua polis negara memfailkan saman ke atas syarikat surat khabar ‘Berita Ideal’ kerana tuduhan tidak berasas dan cerita fitnah akan ketua pegawai polis balai polis dan dua orang pegawai polis yang merupakan Yin dan Fal. Beberapa orang atasan memarahi dan menyalahi Tan kerana menulis artikel yang tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Tan menerangkan bahawa terdapat seorang pegawai polis memberitahunya dan mempunyai saksi. Senarai nama-nama yang telah menghadiri mesyuarat anggota-anggota polis juga terdapat pada Tan namun orang atasan tidak menerima apa yang dijelaskan oleh Tan sedangkan orang atasan sendiri yang memberikan keizinan menulis peristiwa benar itu. Tan juga diarahkan oleh pihak berkuasa polis untuk duduk hanya di rumah tidak boleh bertemu dengan sesiapa. Tan digantung kerja.
__________________________________________________________________
Pada waktu pagi, Fared membaca surat khabar ketika semua penghuni penjara sedang bersarapan. Dalam surat khabar ‘Khabar Negara’, ditulis Tan, seorang wartawan yang telah menulis insiden video pornografi yang dimainkan di dalam mesyuarat polis disahkan mati mengejut. Pihak polis memeriksa keadaan rumah Tan apabila diarahkan melalui surat tahanan di rumah sendiri daripada pihak berkuasa. Tan ditemui mati bunuh diri dengan menggunakan tali gantung.
“Nampak sangat konspirasi.” Kata Fared.
Muka surat baharu diselak, tertulis pada surat khabar itu bahawa pegawai polis bernama encik Abu dan sekeluarga mati ditembak di lebuh raya. Mangsa dan keluarga mangsa dilakukan siasatan. Melalui siasatan, didapati kedua-dua tayar belakang kereta ditembak menjadi punca menyebabkan berlakunya kemalangan. Keadaan huru-hara tersebut digunakan untuk membunuh pegawai polis encik Abu, isteri encik Abu dan empat orang anak yang masih kecil lingkungan umur 4 tahun sehingga umur 12 tahun juga mati ditembak tanpa belas kasihan.
“Mesti orang yang sama bunuh mereka. Ya Allah. Kejamnya. Jahanam, lebih baik sahaja perogol berdua itu mati.” Marah Fared berseorang diri.
__________________________________________________________________
Di dalam pejabat bangunan syarikat surat khabar, “Berita Ideal”, encik Hill bertemu dengan Editor surat khabar. Editor tersebut merupakan seorang perempuan berbangsa cina. Nama di mejanya tertulis, Miss Boon.
“Cik Boon, saya Hill. Hillmi. Boleh saya hendak berbual dengan cik mengenai insiden video lucah dalam mesyuarat anggota polis?” Soal encik Hill kepada Miss Boon.
“Boleh tuan, boleh. Masuk Tuan.”
“Baik. Saya masuk.”
Encik Hill masuk ke dalam bilik pejabat editor surat khabar tersebut lalu mereka berdua berbual. Encik Hill mengakui bahawa sememangnya insiden tersebut berlaku ketika sedang bermesyuarat. Encik Hill menjamin bahawa, senarai-senarai nama yang di dalam artikel surat khabar tersebut boleh membenarkan bawa insiden tersebut pernah berlaku di depan mata mereka dan mata encik Hill. Miss Boon terkejut. Di dalam tangannya merupakan telefon pintarnya yang hidup kerana merakam perbualannya bersama encik Hill.
__________________________________________________________________
Tekan tubi dilakukan. Nombor kiraan tekan tubi sudah mencecah seratus kali. Fared baring lemah setelah tekan tubi sebanyak seratus kali. Saravanan menepuk tangan memberi semangat kepada Fared dan juga sebagai tanda mengucapkan tahniah kepada Fared.
“Petang ini pula boleh lakukan tekan tubi 100 kali. Setiap pagi dan petang, engkau wajib lakukan tekan tubi 100 kali.” Kata Saravanan.
“Baik.” Sahut Fared yang kepenatan sedikit.
“Fared, ada tetamu.” Kata pengawal penjara yang sedang memeriksa setiap sel penjara.
Fared dibawa oleh dua orang pengawal penjara ke bilik tetamu. Terdapat meja banjang dan beberapa kerusi. Meja panjang tersebut mempunyai cermin plastik yang berfungsi membahagi bilik kunjungan tetamu kepada dua bahagian. Meja cermin plastik tersebut memisahkan antara pelawat penjara dan penghuni penjara.
“Hadi?” Soal Fared ya.
“Ya, aku. Aku mahu beritahu engkau perkara penting sahaja. Hendak melawat lama-lama sudah tidak boleh. Tidak lama lagi, engkau akan dikeluarkan dari penjara. Hasil siasatan menunjukkan engkau tidak bersalah namun polis siber pula memerlukan engkau untuk siasatan lebih lanjut melalui forensik siber.” Kata Hadi.
“Baik.” Sahut Fared.
__________________________________________________________________
“Siapa datang?” Soal Saravanan yang sedang membaca surat khabar.
“Kawan aku datang melawat. Dia kata tidak lama lagi aku akan dikeluarkan penjara. Mungkin minggu hadapan tetapi tidak tahu bila.”
“Baguslah, aku entah bila hendak boleh keluar dari penjara. Orang yang hantar surat emak aku dia kata, aku akan keluar dari penjara tidak lama lagi. Sudah sebulan aku berada di dalam penjara.” Luah Saravanan.
“Ouh, engkau sudah lama berada dalam penjara. Aku baru sahaja dua minggu.” Kata Fared.
Fared masih memikirkan kehilangan ketiga-tiga robot yang dibina bersama rakan-rakannya. Masih menjadi misteri. Tidak tahu bagaimana ketiga-tiga robot tersebut mampu bergerak sendiri dan mencederakan Aizat.
__________________________________________________________________
Fared duduk di meja makan dan meminum air teh sambil menonton television untuk sesi minum petang. Di tempat makan penjara itu tidak ramai orang. Ada beberapa orang sahaja termasuk Fared dan Saravanan. Fared minum air teh dengan tiga lagi orang kawan baharu yang dikenali oleh Fared dan Saravanan. Mereka berlima gembira berbual bersama.
Secara tiba-tiba, berita menunjukkan siaran langsung rompakan bank yang dilakukan oleh dua robot yang dibina oleh Fared. Robot prototaip dan robot bomba penyelamat. Fared dan rakan-rakan terkejut melihat berita tersebut.
“Fared, itu robot engkau?” Soal salah seorang rakan baharu Fared.
“Ya, bukan satu, tetapi kedua-duanya adalah milik aku.” Jawab Fared.
“Berita tv Al-Hijrah sedang merakamkan secara siaran langsung! Dua robot sedang memusnahkan mesin ATM dan mesin CDM! Kami akan merakamkan keadaan lebih dekat!” Kata seorang wartawan berbangsa cina yang bertudung labuh.
Rakaman kamera television dirakamkan secara siaran langsung. Kamera zoom in. Robot prototaip yang berwarna putih sedang menumbuk berkali-kali mesin CDM lalu menarik sebahagian badan mesin CDM. Robot bomba penyelamat yang berwarna oren pula menggunakan tangan yang ketiga iaitu tangan kanan yang kedua yang mempunyai gergaji. Tangan kanan kedua dihidupkan gergaji lalu memotong badan mesin bank CDM tersebut.
“Angkara siapakah ini?” Soal wartawan tersebut dengan terkejut pada mikrofonnya sambil melihat robot-robot tersebut merosakkan mesin bank CDM.
Empat slot yang berisi wang diambil lalu dimasukkan ke dalam guni beras. Kesemua duit telah diambil dari mesin bank CDM lalu beralih kepada mesin yang berada di sebelah. Skrin mesin bank ATM ditumbuk dengan kuat oleh robot prototaip yang berwarna putih. Bahagian depan mesin ATM ditarik kuat kuat oleh robot tersebut. Bahagian depan Mesin ATM berjaya dikoyakkan lalu dilemparkan pada dinding kaca bangunan Maybank. Dinding kaca bangunan Maybank pecah sertaa merta.
Tiga slot besi yang berisikan duit diletakkan juga di dalam guni. Lima kereta polis tiba. Salah seorang dari mereka menyuruh anggota-anggota polis tersebut untuk melepaskan tembakan kerana kawasan berdekatan bank tersebut telah dikosongkan. Tembakan dilepaskan. Tembakan bertalu-talu mengena dua robot tersebut. Peluru-peluru melanting. Tembakan tidak memakan tubuh kedua-dua robot tersebut. Tiada sebutir peluru pun berjaya menusuki tubuh badan tersebut walau sedikit. Robot tersebut hanya calar-balar tanpa ada sedikit kerosakan.
Kedua-dua robot tersebut menyibukkan diri dengan meneruskan rompakan. Fared terkejut apabila menonton berita television Al-Hijrah tersebut sehinggakan berdiri dari tempat duduknya lalu berjalan berdekatan dengan television yang bergantungan pada siling tersebut.
“Sejak bila pula robot itu ada tiga tangan?!” Jerit Fared yang kehairanan dan kekeliruan.
“Berhenti menembak!” Arah ketua skuad polis tersebut setelah menembak tanpa henti kerana tembakan-tembakan mereka sedikit pun tidak merosakkan kedua-dua robot tersebut.
“Empat orang pergi berdekatan dengan dua robot itu. Tembak dua robot itu dengan senapang!”
Empat orang anggota polis diarahkan untuk menembak dua robot tersebut menggunakan senapang patah. Empat orang anggota polis pergi berlari anak-anak berdekatan dengan dua robot tersebut. Empat orang anggota polis kini berdekatan dengan hadapan pintu masuk kaca bank yang telah pecah berderai di lantai. Beberapa das tembakan dilepaskan. Ditembak dan ditembak lagi berkali-kali. Senapang patah juga tidak berjaya merosakkan dua robot tersebut. Semua anggota polis yang berada di situ kebuntuan.
Ketua skuad anggota polis tersebut mengambil radio lalu meminta bantuan S.W.A.T. Permintaan diterima memandangkan situasi menjadi lebih buruk. Anggota-anggota polis yang berada di situ diarahkan menunggu di tempat tersebut tanpa bergerak selagi tiada ancaman bahaya untuk menunggu kedatangan S.W.A.T. Tidak lama kemudian, sebuah lori berwarna hitam hadir ke kawasan tersebut namun dua robot tersebut telah pun selesai merompak dan merosakkan mesin CDM dan mesin ATM.
“Gunakan sniper rifle!” Arah salah seorang anggota S.W.A.T.
Semua anggota SWAT berada di posisi masing-masing. Ada yang menyasarkan sasaran dari bangunan lain, ada yang menyasarkan sasaran di belakang kereta polis dan lori SWAT.
“Tembak!”
Tembakan bertalu-talu diberikan kepada dua robot tersebut. Hujan peluru bertalu-talu tanpa henti. Anggota SWAT menembak secara bergilir-gilir. Ramai orang menyaksikan aksi tembak menembak dari pasukan SWAT menembak dua robot tersebut melalui kaca television. Tiada sebarang kesan. Semua anggota SWAT dan anggota polis tergamam. Tiada langsung kesan tembakan pada kedua-dua robot tersebut. Dua robot tersebut masih tenang melindungi guni-guni yang berisi bekas besi terkandung duit di dalamnya. Robot prototaip bangkit lalu berlari pecut ke arah anggota-anggota polis tersebut termasuklah anggota-anggota SWAT.
Kereta polis ditolak sekuat yang mampu. Beberapa anggota polis terlanggar tolakan kereta polis tersebut. Kereta tersebut mulai terbalik lalu menghempap anggota-anggota polis yang menjerit ketakutan. Bunyi patahnya tulang-belulang kedengaran. Robot prototaip berwarna putih melompat lalu berdiri di atas kereta yang telah terbalik. Semua anggota polis dan SWAT berundur sedikit demi sedikit kerana peluru-peluru senjata api tidak berkesan ke atas robot prototaip tersebut. Robot prototaip memaandang ke arah mereka seorang demi seorang.
Robot prototaip melompat turun dari kereta ke arah seorang anggota polis dengan laju. Tulang rangka badan anggota polis tersebut kedengaran bunyi patah yang tersangat kuat. Mangsa itu memuntahkan darah lalu mati terbaring di tanah dan dipijak oleh robot prototaip. Tembakan dilepaskan. Tiada kesan. Tumbukan dilepaskan kepada seorang anggota polis yang telah menembaknya pada mukanya. Mukanya serta merta pecah, rahangnya bergerak. Kemik wajah anggota polis tersebut dan berdarah. Rebah ke lantai dan mati. Dengan pantas sekali, tumbukan demi tumbukan diberikan kepada anggota polis yang lain. Tujuh orang gugur mati ke lantai akibat tumbukan yang padu dan kuat dari robot prototaip tersebut.
Tendangan padu diberikan kepada seorang anggota SWAT lalu melambung naik ke udara dan jatuh ke atas kereta orang yang tidak dikenali. Retak cermin hadapan kereta sport berwarna kuning yang berada di belakang mereka. Tumbukan padu hinggap di abdomen seorang anggota SWAT. Visor helmet dibasahi darah yang membuak keluar dari mulut seorang anggota SWAT selepas menerima tumbukan padu di perut walaupun memakai baju kalis peluru lalu terpelanting jauh ke hadapan. Terbaring di tanah dan tidak lagi bergerak. Anggota polis yang lain terus menembak robot prototaip tersebut menggunakan pistol. Mengharapkan harapan yang tipis namun harapan punah mati di tangan robot prototaip.
Robot bomba penyelamat yang berwarna oren melarikan diri dengan tiga guni yang berisikan bekas besi terkandung di dalamnya dengan memanjat dan melompat dari suatu bangunan dan ke bangunan yang lain. Seorang anggota SWAT ditangkap lalu dilemparkan ke dalam bangunan bank bahagian mesin-mesin CDM dan ATM tersebut. Tangan anggota SWAt tersebut patah. Robot prototaip melompat jauh lalu menghentakkan kakinya dengan kuat pada lutut kaki kanan anggota SWAT tersebut. Lelaki itu menjerit sekuat-kuatnya selepas kakinya dihentak dengan kaki robot prototaip. Dihentak-hentak berkali-kali. Darah memercik dan membasahi lantai. Tangannya yang patah pula ditarik lalu dipulas-pulas sehingga terkoyak tangannya dan diputuskan dengan kejam. Anggota SWAT itu tidak mampu melawan kerana tubuh badan robot itu yang keras dan tersangat kuat kekuatannya. Lelaki itu menjerit-jerit kesakitan sekuat-kuat hati. Kepalanya yang memakai helmet kalis peluru pula dihentakkan dengan kaki robot tersebut. Serta merta helmet kalis peluru dan kepalanya hancur dihentak berkali-kali.
Terburai otak lelaki tersebut darah melimpah keluar setelah kepala lelaki itu dipijak sekuat-kuatnya. Pecah kepala lelaki itu. Tembakan dilepaskan berkali-kali pada robot prototaip tersebut. Ditembak dan ditembak lagi berkali-kali. Kosongnya peluru dan diisikan kembali lalu menembak robot prototaip itu semula berkali-kali dan berulang kali. Robot prototaip itu keluar dari bangunan bank tersebut lalu melompat melepasi pada ketinggian 6 meter dengan tangannya memegang guni yang berisikan bekas besi berkandungan duit yang banyak. Robot prototaip tersebut berlari meningggalkan kawasan kejadian dengan laju sekali.
“Mustahil. Ada orang yang sabotaj!” Jerit Fared.
__________________________________________________________________
Pembelian surat khabar semakin hangat. Ramai orang membeli surat khabar akibat kejadian pembunuh robot prototaip ke atas anggota polis dan SWAT. Nama syarikat Terminal Vector menjadi buruk kerana robot-robot tersebut merupakan keluaran dari syarikat Terminal Vector. Syarikat Terminal Vector perlu bertanggungjawab atas kerosakan dan kerugian yang berlaku. Syarikat Terminal Vector menghantar wakil, mister Harris menafikan kepada wartawan akhbar dan televisyen perbuatan-perbuatan kedua-dua robot tersebut merupakan di bawah kawalan syarikat tersebut. Pembina robot-robot tersebut adalah merupakan Fared dan rakan-rakan. Fared adalah pencetus pembinaan robot dan penaikkan taraf oleh Fared sendiri.
Nama Fared pula yang naik populariti. Banyak syarikat surat khabar dan syarikat berita televisyen ingin menemu ramah Fared dan juga menuduh Fared di sebalik kejadian tersebut namun mister Harris menafikannya bahawa sebelum sehingga selepas kejadian tersebut Fared telah dipenjarakan. Pernah berlakunya kejadian pembunuhan yang dirakam melalui rakaman kamera CCTV sebelum berlakunya kejadian robot rompakan. Robot-robot tersebut bukan berada di kawalan Fared sedangkan kawan-kawan Fared yang menjaga dan menguruskan robot tersebut. Fared bertanggungjawab untuk mengawal jika adanya aktiviti demonstrasi. Tiada tanda-tanda mencurigakan dan juga sabotaj sebelum ini.
__________________________________________________________________
“Fared, anda boleh pulang ke rumah sekarang.” Kata seorang pegawai penjara.
“Eh???” Terkejut Fared.
“Kenapa? Tidak mahu pulang ke rumah? Seronok tinggal dalam penjara?”
“Okay, okay, okay. Terima kasih. Saya kemas barang-barang saya.” Kata Fared.
__________________________________________________________________
Selepas Fared mengemas barang pakaian dan alat-alat pembersihan diri, Fared bersalaman dengan rakan-rakan sepenjara. Fared keluar dari bangunan penjara diringi oleh dua pengawal penjara. Fared berjalan sehingga masuk ke dalam bilik khas untuk tetamu dan penghuni penjara. Mak dan Abah Fared berdiri dari duduk di kerusi setelah Fared masuk ke dalam bilik pelawat apabila Fared berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. Fared terkejut melihat mak dan abahnya yang menunggunya di bilik pelawat. Emak Fared berlari anak-anak lalu memeluk Fared dengan erat.
“Nasib baik engkau dibuktikan tidak bersalah. Sudahlah dibuktikan tanpa melalui perbicaraan mahkamah. Perbincangan antara anggota-anggota polis sahaja. Entah apa sudah terjadi dengan negara kita ini.” Abah Fared marah sendiri.
“Sudahlah abahnya. Anak kita sudah pun keluar penjara.” Pujuk emak Fared kepada abah yang hatinya kerisauan.
Encik Hill masuk ke dalam bilik pelawat. Fared dan emak abahnya duduk di sebaris kerusi yang sama. Encik Hill berbincang dengan emak abah Fared. Tidak lama kemudian, encik Karim msuk ke dalam bilik pelawat yangg terdapat encik Hill dan emak abah Fared serta Fared sendiri dengan membawa suatu beg. Beg dibuka lalu encik Hill memasang alat pengesan GPS pada kaki kiri Fared. Emak abah Fared kehairanan akan apa yang dilakukan oleh encik Hill.
Encik Karim menerangkan fungsi alat pengesan GPS tersebut. Fared tidak dibenarkan keluar rumah dengan jarak sejauh 50 meter. Fared perlu mengasingkan diri daripada masyarakat dan tempat kerja atas sebab siasatan dan pemerhatian mesti dilakukan oleh kumpulan penyiasatan anggota polis terutama encik Hill yang akan mengawasi tingkah laku Fared bagi membuktikan bahawa Fared terbukti tidak bersalah. Walaubagaimana pun Fared boleh bekerja dari rumah untuk syarikat.
Emak abah Fared melafazkan kelegaan kerana tempoh arahan berkurung dari pihak berkuasa ke atas Fared untuk dua minggu sahaja. Dalam tempoh dua minggu, Fared akan dipanggil untuk membantu siasatan lanjut dengan pihak penyiasat yang bertanggungjawab. Fared dihantar pulang ke rumahnya oleh emak dan abahnya. Fared tidur di dalam kereta kerana kelegaan dan keletihan setelah tiga minggu berada di dalam penjara.
“Aku fikir hanya berita mengenai syarikat dan Fared sahaja yang meletup! Berita pembunuh bersiri juga meletup! Apa yang penting adalah, pembunuh bersiri ini hanya membunuh pembunuh, ahli-ahli kongsi gelap dan semestinya ketua kongsi gelap.” Kata Haikal yang sedang membaca surat khabar dalam talian.
“Aku rasa mesti dia diupah. Ada muka dia dalam surat khabar?” Soal Hadi yang sedang membuat kertas kerja bersama Diana dan Rahman.
“Tiada, pembunuh bersiri ini memakai topeng berwarna hitam dan ada tanda pangkah besar berwarna merah pada topeng hitamnya. Apabila berlakunya pembunuh, ramai orang sangka orang minyak telah membunuh orang-orang tertentu. Rupanya bukan orang minyak, orang yang memakai pakaian sut berwarna hitam ini digelar oleh pihak berkuasa dengan nama panggilan, ‘X’.”Jelas Haikal.
“Betul apa yang engkau cakapkan Haikal?” Soal Rahman kepada Haikal.
“Iya betul, sudah beberapa kongsi gelap sudah dia jatuhkan dengan membunuh ahli-ahli kongsi gelap termasuk orang-orang penting kongsi gelap dan ketua kongsi gelap. Tidak silap aku, dahulu X ini membunuh orang. X ini asalnya seorang pembunuh upahan sebelum menjadi pembunuh kongsi gelap.” Tambah Haikal.
“Ouh.” Sahut Rahman.
__________________________________________________________________
Encik Hill berjalan ke tempat kejadian. Dilaporkan bahawa mangsa bunuh diri dengan terjun dari tingkat yang teratas, tingkat 20. Mangsa merupakan seorang wanita dan juga pegawai polis perempuan yang bernama, cik Qamalia. Tiada siasatan lanjut dilakukan. Waktu kematian, jam 9 malam. Encik Hill membuka kain plastik yang menutup mayat cik Qamalia. Meninggal dunia dalam keadaan tidak bertudung dan berbaju pakaian santaian di rumah. Encik Hill mula tidak terkeruan. Encik Hill tidak boleh menerima kenyataan bahawa dua orang mati begitu sahaja. Mati dibunuh dan seorang lagi mati bunuh diri. Apa pula akan jadi selepas ini?
“Ini kerja si X lagi? Aku rasa tidak. Ini sah tindakan bunuh diri, tekanan kerja agaknya. Sepatutnya Qamalia berkahwin dengan aku. Gerenti bahagia.” Kata Fal dengan seorang forensik.
Encik Hill hanya menjeling encik Fal tanpa disedari. Encik Hill bermasam muka selepas mendengar kata-kata dan memandang wajah encik Fal. Encik Fal dan encik Yin adalah dua anggota polis yang paling bermasalah, licik dan juga dilindungi pihak berkuasa sedangkan melindungi penjenayah merupakan jenayah yang berat. Encik Hill bangun dari melutut ke lantai lalu pergi ke keretanya. Keretanya dipandu dengan laju. Skrin pada pemain radio kereta polis tersebut diaktifkan. Encik Hill menelefon encik Karim melalui skrin digital kereta itu yang merupakan pemain radio digital.
“Assalamualaikum. Ya Hill? Ada apa engkau telefon aku?” Soal encik Karim.
“Karim, aku hendak minta tolong engkau untuk mengintip Yin. Aku rasa dia mesti ada rancangan dia tersendiri. Seorang demi seorang mati hanya kerana kesalahan mereka sendiri kerana memainkan video pornografi ketika mesyuarat!” Marah encik Hill.
“Baiklah Hill. Aku akan intip dan siasat Yin. Jika ada apa-apa makluman yang mustahak, aku akan hubungi engkau sepantas yang aku mampu. In sya Allah.” Kata encik Karim.
“Alhamdulillah, baiklah, terima kasih.” Ucap encik Hill.
__________________________________________________________________
PadaEncik Karim memperlahankan kereta lalu mematikan enjin sebaik sahaja meletakkan kereta di parkir. Encik Karim memerhatikan gerak-geri dan kelakuan encik Fal. Encik Fal baru sahaja keluar dari bangunan rumah urut. Fal berdiri di hadapan kedai bangunan rumah urut lalu mengeluarkan sekotak rokok. Sebatang rokok diambil. Seorang pelacur perempuan berbaju yang teramat seksi menawarkan pemetik api. Hujung rokok milik Fal dibakarkan. Sebatang rokok tersebut dihisap lalu dihembus bagaikan baru sahaja dapat bernafas lagi. Fal mengusap dan mengelap bibir pelacur cantik tersebut dengan jari tangan kirinya lalu beredar. Fal berjalan sehingga ke keretanya. Fal membuka kunci kereta dan masuk ke dalam keretanya.
Enjin dihidupkan, enjin berderam bunyinya seperti enjin kereta sukan. Keretanya terus dipandu laju. Enjin kereta dihidupkan oleh encik Karim lalu dengan segera encik Karim mengekori Fal. Di dalam malam yang kelam, cahaya terang benderang di bandar sesak. Cahaya terang benderang sehingga langit kehilangan bintang dilangsirkan cahaya bandar yang terang teramat. Meriah dan riuh bandar tersebut waktu malam. Gagahkan juga mengekori Fal walaupun jalan raya di bandar sesak. Encik Karim mengekori Fal sehinggalah tersesat tiba bangunan-bangunan rumah yang lama. Kawasan rumah tersebut kebanyakkannya penyewa dan penghuni yang merupakan pendatang asing tanpa dokumen sah dan juga pendatang asing yang mempunyai dokumen sah.
Gelap kawasan tersebut. Lampu kereta dimatikan. Dengan bantuan cahaya bulan dan sedikit cahaya lampu jalan raya yang berada di luar kawasan perumahan rumah pangsapuri tersebut, penglihatan samar-samar juga tetap diteruskan kerja intipan encik Karim. Kehilangan jejak. Enjin dimatikan.
“Di sini adalah rumah Fal? Mustahil dia tinggal di sini. Ambil duit rasuah punyalah banyak, mustahil duduk di rumah buruk sebegini.” Kata encik Karim berseorang diri.
Encik Karim berjalan menuju keretanya semula lalu menghubungi encik Hill. Panggilan telefon bersambung.
“Hill, aku hilang jejak. Aku ekori dia, namun jalan raya terlalu sesak sehinggakan aku tersesat.” Lapor encik Karim kepada encik Hill.
“Engkau boleh pulang, tidak perlu memaksa diri.” Kata encik Hill.
“ARGH!” Jerit encik Karem pada panggilan telefon. Beberapa das tembakan dilepaskan namun berbunyi seperti terdapat penggunaan silencer ketika menembak.
“Karim?!”
Panggilan telefon tergantung buat seketika lalu terputus. Encik Hill terpaku. Sahabatnya masih hidup atau sudah mati? Persoalan sebegini berlegar di dalam kepalanya.
Fal menyepak mayat encik Karim yang badan berlumuran darah dan kepalanya yang berlubang dan membocorkan darah yang mengalir keluar dari kepala. Jalan tar dibasahi darah encik Karem.
Fal melihat skrin telefon pintar encik Karem yang tidak berkunci. Telefon pintar tersebut dibelek. Sejarah panggilan telefon jelas tertulis nama encik Hill. Panggilan telefon telah dilakukan pada 30 saat yang lepas. Fal tersenyum sinis.
Share this novel