Part 2 : Godam

Fantasy Completed 144

Selesai mandi, Fared mengelap badannya yang basah menggunakan tuala. Baju dipakai lalu keluar bilik menghidangkan makanan yang dibelinya. Makanan yang dihidangkan adalah ayam goreng pedas dibeli dari Kentucky Fried Chicken. Pinggan-pinggan, gelas cawan, dua piring kecil dan semangkuk sos disiapkan di atas meja makan. Kini hanya perlu menunggu kedatangan Rahman.

Fared menuang air aiskrim soda ke dalam cawan besar. Ketulan ais diambil dari peti ais dan diletakkan dalam minumannya. Fared meminum air minumannya. Terasa kesegaran di tekaknya. Fared berjalan dan duduk di sofa yang berhadapan television. Fared kembali menggodam syarikat-syarikat aplikasi android yang berunsurkan Artificial Intelligence dan chatbot menggunakan komputer riba khas untuk gaming. Pelbagai fail telah dan dimuatturunkan dan disimpan ke dalam hard disk.

Loceng pintu berbunyi. Fared bergegas ke pintu masuk dan membukanya. Rahman berada di hadapan pintu rumahnya. Rahman membawa dua beg komputer riba yang berjenama 'Alienware'. Rahman menghulurkan sekotak pizza. Tersenyum Rahman dan Fared. Fared menjemput Rahman masuk ke dalam rumahnya.

"Waaaaaahhh, Kepci." Kagum Rahman.

"Terima kasih bawa pizza." Ucap Fared kepada Rahman.

"Terima kasih juga belikan ayam goreng pedas 'Kentucky Fried Chicken' untuk kita berdua makan malam. Istimewa sangat ni." Balas Rahman.

"Kau sedang buat apa sementara menunggu aku datang ke sini?" Soal Rahman.

"Aku tadi godam lapan syarikat aplikasi android yang menjalankan dan melancarkan aplikasi berunsurkan Artificial Intelligence dan chatbot. Aku masuk melalui aplikasi mereka, singgah di server dan membuat tinjauan. Puas aku meninjau apa yang terkandung di server mereka. Segala maklumat berkaitan Artificial Intelligence dan data-data mereka ada aku pun telah muat turun. Banyak juga projek-projek dan maklumat lengkap dari data storage mereka. Maksud aku, semua komputer mereka yang digunakan untuk membuat aplikasi yang telah aku godam, diambil semua maklumat. Banyak rupanya projek mereka berkaitan Artificial Intelligence. Bukan setakat itu sahaja." Jelas Fared dengan padat sekali.

"Sekejap, kau memang gila, buat kerja godam seorang diri?" Soal Rahman untuk mendapatkan kepastian.

"Kau tengoklah laptop aku." Ujar Fared.

Rahman berjalan menuju ke komputer riba canggih milik Fared. Rahman melihat pada skrin paparan komputer riba Fared. Rahman menoleh kepalanya melihat Fared dengan perasaan terkejut. Rahman duduk di sofa kerana terkejut sangat-sangat.

"Kenapa kau minta bantuan aku untuk godam sedangkan kau mampu godam seorang diri?"

Fared berjalan menuju ke sofa dan berdiri di hadapan Rahman. Fared melihat pada mata Rahman.

"Aku mahu kau menjadi peninjau manakala aku menjadi penggodam." Kata Fared dengan berkeyakinan tinggi.

Rahman terkejut sekali lagi. Rahman memandang tempat lain. Kemudian Rahman memandang semula wajah Fared.

"Dan kerana itulah mengapa kau panggil aku ke sini?" Tanya Rahman.

"Lebih dari itu." Balas Fared.

"Aku cuma mahu lihat bagaimana kau menggodam. Terfikir juga, adakah kau sehebat penggodam luar negara?" Soal Rahman.

"Belum cuba belum tahu. Aku mahu menggodam dengann kau. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Jadi sehebat-hebat aku, aku tetap tidak professional. Aku jamin, kita tidak akan ditangkap kerana menceroboh melalui menggodam syarikat milik orang lain."

"Okay, aku bantu kau menggodam akan tetapi hanya sekali sahaja." Kata Rahman.

Fared bangun dari sofa lalu menepuk tangan dan merenggangkan badan.

"Mari mulakan." Kata Fared dengan bersemangat.

__________________________________________________________________

"Kita berjaya memasuki server!" Kata Rahman dengan perasaan teruja.

"Sebentar, rileks, ini baru kali kelima kau buat kerja ini suda pun teruja. Aku sedang buat persediaan untuk menghadapi pekbagai kemungkinan. Server yang kita ceroboh ini adalah milik company yang popular membuat perisian. Mungkin ada perangkap ada keselamatan yang menyebabkan kita tersangkut. Kau buat penarik perhatian sebagai pengalih tumpuan perisian keselamatan. Aku pula bersih rekod dan log perisian keselamatan dan kod pendaftaran."

"Apa-apa yang encrypted, aku boleh decrypted." Jelas Rahman.

"Lebih baik muat turun semua yang ada di server dan selepas itu baru kita turun ke pengkalan data company yang kita ceroboh. Semua fail-fail dan maklumat mereka semua menarik." Ujar Fared.

"Matikan perisian keselamatan!" Kata Rahman dengan kuat.

"Siap! Perisian dah shut down tetapi dalam masa terdekat akan restart."

"Apa lagi perlu buat sementara menunggu semua data telah dimuat turun?" Soal Rahman.

"Aku mahu berjalan-jalan."

"Berjalan-jalan?" Tanya Rahman dengan kehairanan.

"Yes, berjalan-jalan menggunakan seluruh camera yang ada di pejabat company ini melalui CCTV atau webcam. Aku pasti ada banyak lagi perkara boleh diambil."

"Aku rasa sudah cukup, banyak lagi company kita boleh ambil maklumat lebih banyak daripada company ini." Pujuk Rahman.

"Tidak mengapa, aku cuma hendak melihat perkara yang seronok." Kata Fared yang sedang berseronok menggodam.

Suatu CCTV menoleh ke arah CCTV yang lain. Fared menjelajah ruang-ruang pejabat syarikat perisian popular itu, syarikat 'Vasta'. Teruja Fared dapat menyalin dan muat turun pelbagai maklumat dari komputer pengkalan data yang banyak di bangunan syarikat 'VASTA'. Tanpa henti Fared menggodam. Semakin banyak pengkalan data digodam, semakin teruja Fared.

"Baiklah sampai di sini sahaja. Banyak aku telah dapatkan." Kata Fared.

"Kau memang gila." Kata Rahman.

"Kita berdua gila Rahman. Buat benda macam ni memang mencari nahas." Balas Fared.

"Okay, kita exit, selepas itu kita makan. Rehat terlebih dahulu" Nasihat Rahman.

"Nanti sambung."

Fared dan Rahman sedang berselera makan ayam goreng Kentucky Fried Chicken. Ayam goreng yang mereka sedang makan dicicah dengan sos cili Adabi. Mereka berdua senyap ketika makan kerana terlalu menikmati makanan tersebut.

"Kau nak tidur sini?" Soal Fared.

"Tidak, tidak. Baju apa-apa pun tidak aku bawa. Habis buat kerja gila ini, aku mahu pulang." Jawab Rahman.

Mereka berdua kembali menikmati kesedapan ayam goreng. Banyak sekali mereka meratah ayam goreng.

"Apa kaitan data yang kau curi dari syarikat lain dengan Artificial Intelligence yang kau hendak bina? Macam mana kau mahu bina?" Ujar Rahman.

"Aku mahu belajar." Jawab Fared.

"Belajar?" Rahman terpinga-pinga.

"Aku mahu belajar bagaimana mereka sudah pun mencapai tahap boleh mencipta perisian Artificial Intelligence untuk kegunaan keselamatan digital. Aku mahu mempelajari kepintaran dan kerjasama mereka. Hasil yang kita godam, itulah aku menjadikannya sebagai rujukan. Idea mereka memberikan aku inspirasi. Aku cuba mencari Idea. Aku mungkin sukar untuk mencipta tetapi aku ada bakat dalam mengubahsuai."

"Cukup dengan data yang kita dapat ini? Bagi aku terlalu banyak. Entah bagaimana kau hendak buat dengan maklumat semua itu." Rahman kehairanan.

"Setiap syarikat ada rahsia tersendiri sebelum diwar-warkan kepada orang awam atau rahsia untuk kegunaan sendiri sebagai senjata. Senjata rahsia bagi melonjakkan kejayaan dan kekayaan mereka. Sudah tentu maklumat kita peroleh tidak cukup." Kata Fared.

"Tak cukup? Kau gila nak buat kerja godam-godam ini lagi? Aku tak mahu mati."

"Tidak cukup kerana ada maklumat yang tidak lengkap. Maklumat yang mereka ada disimpan di syarikat lain. Amanah bersama." Jelas Fared.

"Bagaimana pula kau mahu ambil maklumat dari syarikat lain yang bekerjasama dalam melakukan projek? Syarikat kecil? Bagaimana hendak memperoleh data tanpa perlu godam?"

"Buat lawatan." Jawab Fared dengan sambalewa.

"Itu pencerobohan. Okay cukup, selepas ini adalah kali terakhir aku buat kerja godam. Selebihnya kau buat sendiri."

"Tidak, tidak, tidak. Kau kena bantu aku dalam programming. Nak buat A.I. tidak cukup aku seorang. Aku hendak cepat." Kata Rahman.

"Programming dan pembinaan A.I. aku boleh bantu. Godam-godam, malam ini kali terakhir aku buat kerja godam."

"Bukan sekadar programming dan pembinaan A.I. sahaja. Aku perlukan mesin, aku nak bina A.I. yang ada badan sendiri." Pinta Fared kepada Rahman.

"Celah mana kau hendak bina A.I. berserta badan? Kau terpengaruh movie kuat sangat."

"Bukan pengaruh movie Rahman, aku taksub dengan masa depan." Luah Fared.

"Di mana kau hendak bina badan A.I.? Di sini? Jangan buat lawak."

"Oi, aku serius! Syarikat kita kerja, Terminal Vector ada kilang. Aku pergi kilang, aku buat badan A.I. Banyak kelengkapan alatan membolehkan kita bina badan A.I.!" Tegas Fared

"Tanpa keizinan?"

"Aku bina badan A.I. senyap-senyap. Laporan tidak dilupakan dengan kumpul kos, data perbelanjaan, hutang, barang-barang dan alatan yang guna, kita serah sahaja laporan ke Lembaga Pengarah. Mudah. Sudah tentu kita akan dimaafkan sebab aku telah membuat sesuatu yang mereka semua akan terkejut." Jawab Fared.

"Bagus juga idea itu. Asalkan rahsia kerja kita tidak terbongkar."

"Ini juga akan menaikkan populariti syarikat Terminal Vector dan nama kita berdua." Kata Fared dengan senyuman yang lebar.

"Rujukan? Mana hendak dapat?"

"Aku ambil sahaja dari buku-buku, laman sesawang, buat kajian sendiri. Senang." Fared berkata dengan tenang.

"Rasanya tidak cukup buat kerja ini dua orang."

"Kenapa? Ada cadangan orang lain?" Tanya Fared.

"Ada rasanya tetapi aku cuba cari orang lain yang sesuai dan berminat membina A.I."

"Okay, setuju! Kau cari orang ketiga untuk buat kerja ini dan aku teruskan buat kerja ini." Fared gembira mendengar cadangan Rahman.

__________________________________________________________________________________

Setelah mendapatkan maklumat, hasil daripada aktiviti menggodam bersama Rahman, Fared membaca kesemuanya. Fared meneliti pelbagai data, kiraan dan juga eksperimen yang telah dilakukan oleh syarikat yang lain. Fared tersenyum lalu mengambil secawan air aiskrim soda dan meminumnya. Fared sendawa.

__________________________________________________________________________________

"Bagaimana semalam?" Tanya Rahman di bilik kerja Fared.

"Banyak petunjuk." Jelas Fared.

"Petunjuk apa?" Soal Rahman dengan kehairanan.

"Aku mahu pergi ke syarikat lain dan kilang-kilang mereka. Banyak syarikat kecil-kecilan berkobalorasi dengan syarikat besar-besar."

"Kau nak ceroboh kilang-kilang dan syarikat-syarikat orang lain?" Tanya Rahman.

"Aku nak ceroboh rumah orang."

"Apa?! Fared, ini jenayah tahu tak? Sampai melibatkan menceroboh rumah orang." Tegas Rahman.

"Kau fikir aku ini penjenayah? Menceroboh secara tidak diketahui? Adakah dikira penjenayah? Aku menceroboh dan selepas itu aku keluar tanpa mengubah apa-apa pun. Semuanya seperti biasa tanpa tanda-tanda diceroboh? Aku boleh menceroboh rumah orang tanpa menjejakkan kaki ke dalam rumah orang." Jelas Fared.

Rahman terdiam sebentar.

"Tenang sahaja bro, lengan robotik hampir siap. Selepas ini bolehlah berehat-rehat sebelum memulakan projek baharu syarikat kita kerja ini."

"Baiklah Fared. Buat apa sahaja kau hendak. Kau mesti ada tujuan kau. Terlalu taksub sangat dengan Artificial Intelligence." Mengeluh Rahman.

"Terima kasih. Aku nak buat apa yang aku perlu buat. Selepas ini, aku kena berjumpa dengan doktor fisiologi dan doktor pakar saraf. Kalau lengan robotik Malaysia pertama akan siap, banyak syarikat berkaitan teknologi akan melabur dalam syarikat ini. Gaji aku, Ah Cheong dan kau akan bertambah atau akan mendapat ganjaran daripada Tuan Pengarah."

"Nak sambung buat kerja" Kata Rahman.

"Nice." Balas Fared.

"See you later." Ucap Rahman sambil bangun dari tempat duduk untuk beredar kembali ke biliknya bagi menyambung kerjanya.

"See you sooner." Balas Fared dengan lambaian dan senyuman.

Pada waktu malam yang sunyi tatkala ramai yang sedang tidur, Fared memberhentikan bersebelahan pagar zink. Fared menanggalkan helmet motor. Fared turun dari motorsikalnya. Fared membuka begnya berwarna hitam. Fared memakai sarung tangan warna hitam. Dia mengambil telefon pintarnya dan membiarkan kotak hitam yang mempunyai keyboard serta skrin yang gelap, pemacu kilat, hard disk, komputer riba yang kecil dan juga alat yang berbentuk seperti modem wi-fi berwarna hitam, putih dan kuning berada dalam beg. Fared meletakkan telefon pintarnya di dalam kanan poket seluar.

Fared berlari sekeliling kawasan pagar zink kilang tersebut. Fared menjumpai pintu masuk. Pagar pintu masuk tersangatlah besar namun membolehkan Fared memanjatnya cumalah menjadikan kerja Fared untuk menceroboh menjadi lambat dan berkemungkinan perbuatannya akan terbongkar. Fared berjalan ke pondok pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan gemuk lelaki yang kelihatan muda usianya sedang tidur di meja. Kepenatan barangkali. Fared mengeluarkan telefon pintarnya dan mengakses wi-fi kilang tersebut.

Godaman wi-fi berjaya dilakukan. Fared menekan butang aktif secara digital di telefon pintarnya. Pintu pagar kilang yang besar terbuka dan menghasilkan bunyi akibat pagar yang besar itu bergegar. Fared dengan pantas berlari masuk ke dalam kawasan kilang. Pengawal keselamatan terjaga dari tidurnya lantas bangun dari tempat duduknya. Pengawal keselamatan bergegas keluar dari pondok dan melihat pintu pagar masuk dan keluar terbuka dengan sendiri.

"Argh! Kejang! Kejang! Kaki kejang!" Jerit pengawal keselamatan yang gemuk itu terjatuh ke lantai lalu bergolek keluar dari kawasan kilang kerana lantai yang agak berbukit.

Kini, Fared berada di hadapan pintu masuk pejabat. Fared menyentuh skrin telefon pintarnya. Mesin itu mengimbas kod pada skrin telefonnya. Fared menggodam mesin itu menggunakan telefon pintarnya. Telefon pintarnya diletakkan atas mesin pengimbas jari dan pengimbas kad cip identifikasi petugas. Fared meletakkan kotak hitam yang mempunyai skrin serta papan kekunci yang kecil pada tempat mengimbas.

Fared mengeluarkan screwdriver dari poket jaket bajunya yang berwarna hitam. Fared membuka kelima-lima skru mesin pengimbas cap jari dan kad itu. Tiga wayar dicabut dan disambungkan kepada kotak hitam. Lampu mesin pengimbas menyala warna hijau.

Pintu kaca pejabat terbuka. Fared memeriksa CCTV pejabat itu melalui telefonnya. Fared memanipulasi CCTV pejabat itu dengan memainkan rakaman lama waktu malam semalam. Fared menanggal wayar mesin pengimbas yang bersambung pada kotak hitamnya.

Dia memasang semula mesin pengimbas itu dengan skru. Kemudian dia masuk ke dalam pejabat. Fared segera mencari bilik I.C.T. syarikat itu. Berlari-lari anak Fared mencari bilik I.C.T. Fared menjumpai bilik I.C.T. Bilik I.C.T. berkunci. Kata laluan empat digit dan kad petugas diperlukan untuk membuka pintu tersebut. Fared mengeluarkan sekali lagi kotak hitam. Kali ini kotak hitam disambungkan wayar dengan papan elektronik yang berupa kad pengimbas yang terdapat garisan hitam panjang dan lebar. Fared meletakkan kadnya di ruang pengimbas kad dan membiarkan kadnya dicucuk di situ. Mesin pengimbas kad dan kata laluan itu sangkut proses digitalnya untuk mengimbas kad. Godaman dimulakan.

"Cepat-cepat."Kata Fared kepada alat godamannya.

Skrin kotak hitam memaparkan kata laluan dalam masa 10 saat. Fared segera menekan kata laluan seperti yang dipaparkan kotak hitam. Mesin pengimbas kad itu berbunyi menandakan kata laluan berjaya dimasukkan. Pintu juga berbunyi menandakan tidak lagi berkunci. Fared menolak pintu tersebut lalu menyimpan barang-barangan godamnya.

Begnya diletakkan di pintu bagi mengelakkan pintu tertutup dan berkunci semula. Fared menghidupkan salah satu komputer di dalam bilik I.C.T. itu. Fared mencucuk pemacu kilatnya yang bergambar tengkorak pada dekstop komputer itu. Kata laluan komputer itu tertulis dengan sendiri. Kata laluan berjaya. Skrin komputer itu memaparkan pelbagai fail dan perisian. Fared segera menyambungkan wayar hard disk pada dekstop tersebut. Fared install perisian dari fail hard disknya. Fared memasukkan alamat e-melnya dan kata laluan. Dia menggodam dan mengawal segala perisian yang ada di dalam komputer itu. Pemindahan maklumat dari komputer itu dimasukkan di dalam hard disknya yang bersaiz 1TB.

Fared berjalan ke superkomputer yang berupa dua almari panjang dan mempunyai banyak cahaya yang menyala dan bekelip. Di antaranya ada yang berwarna kuning, hijau, putih dan biru. Fared dengan pantas mengambil komputer riba yang kecil dari begnya yang hitam itu. Fared menyambungkan wayar komputer riba dengan superkomputer yang berupa dua almari panjang itu. Fared menghidupkan pelbagai perisian godaman. Dia memulakan godam superkomputer tersebut. Keselamatan supercomputer dilumpuhkan.

Segala maklumat diteroka oleh Fared. Dia menyalin kesemua data yang ada. Seterusnya mengambil modem wi-fi berwarna hitam milik syarikat itu. Fared menanggalkan wayar modem wi-fi lalu menyambungkan wayar itu kepad modem wi-fi lain yang merupakan miliknya. Modem wi-fi berwarna sama hitam telah ditukarkan. Sim Card dipisahkan dari modem wi-fi yang asal lalu dicucuk dan dipasang pada modem wi-fi yang baru ditukarkan. Fared tersenyum sendiri.

Dengan gembira Fared duduk di meja petugas. Fared duduk di kerusi dengan tenang sambil berfikir. Tiba-tiba dia mendapat idea. Fared bangun dan berjalan ke suatu bilik. Bilik pengurus. Terdapat dua bilik pengurus yang tidak berkunci. Fared masuk bilik pengurus yang pertama. Dia meneroka fail satu persatu. Fared mengeluarkan telefon pintarnya dan mengangkap gambar setiap helaian kertas di dalam fail tersebut. Setelah selesai menangkap gambar semua isi kandungan fail dari bilik pengurus pertama dan kedua, Fared berjalan kembali ke bilik I.C.T.

Fared mengambil semua barangan miliknya setelah selesai menyalin semua maklumat. Perisian yang install sebelum ini telah uninstall. Semuanya telah dikembalikan sperti biasa. Log komputer juga telah dipadamkan supaya tidak meninggalkan sesuatu yang mencurigakan. Fared berjalan ke pintu belakang pejabat. Dia melihat tingkap kaca pintu belakang pejabat itu. Terdapat garaj yang tersangat-sangat besar. Fared berjalan ke garaj. Suis lampu dihidupkan. Pelbagai jenis jentera yang besar dan jentera berat yang terdapat di garaj tersebut. Fared melihat setiap jentera tersebut.

Namun Fared tertumpu kepada komputer-komputer yang berada di huujung garaj. Terlalu banyak alatan-alatan yang pelik-pelik tidak pernah Fared lihat sebelum ini. Fared menyelak kertas-kertas kerja yang ada di atas meja tersebut. Di atas meja itu terdapat banyak blueprint. Blueprint yang banyak itu menunjukkan komponen-komponen yang pelik-pelik. Fared menangkap gambar-gambar komponen itu. Fared menghidupkan komputer berdekatan. Komputer itu diterokai. Hard disk dan pendrive dipasang, segala maklumat disalin dan masuk ke dalam hard disk Fared. Terlalu banyak fail yang encrypted.

"Apa-apa pun masuk dahulu ke dalam hard disk. Nak decrypted, tunggu di rumah atau tempat kerja." Monolog Fared.

Fared membuka salah satu fail berbentuk . Fared membaca sedikit demi sedikit. Fared memahami apa kegunaan komponen-komponen yang pelik terdapat di atas meja. Dia tidak mengerti untuk apakah komponen-komponen tersebut dibina? Di manakah akan dipasang? Fared scroll ke bawah dan menuju ke bawah lagi. Fared cuba memahami bagaimana kompenonen-komponen dipasang dan digabungkan.

Apa yang pasti, langsung tidak berkaitan dengan Artificial Intelligence. Fared ternampak alat komputer kecil khas untuk programming model robot yang kecil. Bukan sahaja robot kecil, pelbagai lagi jenis robot yang bersaiz mainan kecil. Litar juga terdapat untuk model robot-robot dan paling menarik perhatian Farid adalah replika mainan berbentuk suatu mesin. Banyak replika boleh didapati di atas meja tersebut. Dengan pantas, Fared menyalin semua fail yang ada di dalam komputer-komputer tersebut. Fared sekali lagi meneliti komponen-komponen yang pelik. Terdapat ukiran nama syarikat di atas semua komponen-komponen yang berbeza.

"Siapa?! Serah diri!" Jerit pengawal keselamatan yang sedang memegang pistol renjatan elektrik.

Fared duduk menyorok di sebalik meja. Terkejut. Pengawal keeselamatan berjalan memeriksa setiap jentera. Fared menjenguk melihat perbuatan pengawal keselamatan tersebut. Dia telah melakukan kesilapan besar. Dia sepatutnya tidak membuka lampu. Cukup sahaja menggunakan telefon bimbit sebagai lampu suluh. Sifat perasaan ingin tahu memakan dirinya sendiri. Fared menanggalkan hard disk yang telah selesai menyalin segala data yang ada di komputer. Fared mematikan komputer secara senyap. Fared berjalan menunduk dengan laju dan masuk di bawah lori gergasi. Dia meniarap di bawah lori gergasi itu. Fared merangkak dan bersembunyi secara meniarap bersebelahan tayar lori.

"Aku tahu kau ada kat sini, jangan menyorok atau aku tembak, mati kau!" Kata pengawal keselamatan.

Fared dengan tenang berdiam diri di bawah lori gergasi itu dengan meniarap. Dia melihat kaki pengawal keselamatan berjalan melepasinya yang berada di bawah lori. Pengawal keselamatan tersebut berjalan menuju ke komputer-komputer. Dengan pantas Fared merangkak keluar dari bawah lori dan berlari ke pintu belakang masuk ke pejabat. Fared berlari dan berlari tanpa berhenti dan menoleh ke belakang. Pintu pagar keduanya telah ditutup.

Fared mengeluarkan telefonnya dan membuka suatu aplikasi. Telefonnya memaparkan gambar yang menunjukkan seperti papan litar. Fared segera menekan paparan yang ada pada skrinnya. Pintu pagar dibuka. Doia berlari dan keluar mengikut celahan pagar. Dia menyentuh skrin telefon pintarnya sekali lagi. Pintu pagar kembali di tutup. Fared berlari terus ke motorsikalnya. Beg diletakkan di dalam bakul hadapan di motor. Motorsikal dihidupkan dan ditunggang dengan laju. Fared berpuas hati dan lega kerana nyaris ditangkap. Entah apa akan jadi jika dia ditembak dengan pistol renjatan elektrik milik pengawal keselamatan tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience