Get the app for full experience
Hilal meregangkan tubuhnya yang separa lenguh seraya bersandar ke belakang kerusi. Kepalanya ditoleh memandang Sakinah yang masih ralit bekerja. "Kinah, jom lunch dengan abang kejap lagi." "Maaf, saya tak keluar dengan buaya," sindir Sakinah dengan satu kerlingan. "Hah? Kinah cakap... abang buaya?" Hilal berkerut tidak mengerti. "Saya..." Tutur Sakinah tergantung selepas telefon bimbitnya di atas meja itu berbunyi. Tett... Tett... Tett... "Hello, waalaikumussalam mak." "Kinahh... Adam..." Bergetar suara Puan Suria di hujung talian. "Kenapa dengan Adam?" Berdegup kencang jantung Sakinah apabila nama adiknya itu disebut dengan tangisan. "Adam..." "Ya Allah, Adam! Kinah datang sekarang mak. Ergh..." Terasa longlai seluruh tubuh ...