1 bulan kemudian....
Kini kembali seperti semula dan Agnes sudah bisa menerima apa yang terjadi pada papa serta mama-nya...
Edlin dan Evan sudah sah menjadi keluarga angkat bagi Agnes dan mereka sangat sayang pada Agnes seperti anak mereka sendiri walaupun sekarang Edlin sedang mengandung....
Edlin kembali melakukan aktiviti seperti biasa dengan pergi kampus ditemani oleh Reva....
“Edlin...”panggil Sean
“iya Sir Sean..ada apa..”tanya Edlin
“saya ingat nak ajak awak keluar lunch hari ini...awak nak tak..”jawab Sean
“maafkan saya Sir kerana saya tak minat dengan semua itu..”balas Edlin
“Edlin tunggu..”ucap Sean sambil menahan tangan Edlin
“lepaskan tangan saya...”ujar Edlin
Sean tidak melepaskan tangan Edlin tetapi memegang erat sehingga pergelangan tangan Edlin menjadi merah...Reva sudah berusaha melepaskan tangan Edlin tetapi dia ditolak sehingga terhantuk di dinding...
Edlin merintih kerana tangannya sakit dipegang oleh Sean dengan kuat....Sarah dan Ika melihat itu terus membantu Edlin tetapi mereka juga di tolak sehingga jatuh....
Sarah menghubungi Irfan agar datang untuk membantu Edlin...
“lepaskan dia Sean..”ucap Irfan
“kau jangan masuk campur dalam urusan aku,Irfan...”balas Sean
“lepaskan...”ucap Irfan sambil melepaskan tangan Edlin
Irfan menarik Edlin ke belakang dirinya dan melindungi Edlin dari Sean yang sejak tadi kasar dengan perempuan...
“kau kenapa Sean,kasar dengan perempuan...”tanya Irfan
“aku hanya ingin agak dia pergi makan sahaja..”jawab Sean
“tapi jika dia menolak,kau tidak bisa memaksanya dengan bergini...kau adalah dosen yang mengajar disini...”ucap Irfan
“baiklah...aku pergi...”balas Sean
Mereka bertengkar di parking yang agak sunyi dan tidak ramai pelajar yang lalu disana sehingga Sean berani bergitu....Sarah dan Ika menghampiri Edlin lalu memeluknya kerana dia tahu Edlin mesti takut...
Mereka membawa Edlin dan Reva ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut....luka di dahi Reva agak dalam kerana di terjatuh di dinding yang berbucu...
“sayang...”panggil Evan dengan cemas
Edlin terus memeluk Evan lalu menangis kerana dia betul-betul takut dengan apa yang terjadi...Evan sudah mendengar semua cerita dari Irfan,Sarah dan Ika tentang kejadian itu...
Reva yang baru sahaja keluar dari bilik dokter terus melutut di hadapan Evan dengan keadaan menunduk....
“maaf Tuan..kali ini saya gagal menjalankan tugas yang Tuan berikan pada saya...saya akan terima segala hukuman yang Tuan akan berikan pada saya...ini bukan kali pertama saya gagal menjaga nyonya tetapi kali kedua dan mungkin Tuan akan menhukum saya...saya terima segala hukuman yang Tuan berikan...”ucap Reva
Sarah,Ika dan Irfan sangat terkejut dengan apa yang Reva lakukan itu...dia mengakui kesilapan dia yang tidak menjaga Edlin dengan benar dan menyebabkan Edlin terluka lagi...Evan hanya diam dan menenangkan Edlin yang menangis sejak tadi...
“saya tidak akan menghukum orang yang tidak bersalah...saya berterima kasih kerana kamu sudah menjaga isteri saya dengan baik sehingga kamu mengalami luka...jangan pernah berlutut dihadapan saya lagi kerana itu adalah perkara yang saya sangat benci....saya hanya minta satu sahaja dari kamu Reva...”ucap Evan
“apa yang Tuan ingin saya lakukan...”tanya Reva
“cepat sembuh dan kembali menjaga isteri saya yang tercinta serta nakal ini...dia tidak mahu saya menganti pengawal untuknya kerana dia selesa bersama awak Reva...”jawab Evan
“terima kasih Tuan....saya janji akan menjaga nyonya sebaik mungkin selepas ini...”ucap Reva
“saya pegang janji kamu itu...”balas Evan
Mereka berpisah di klinik tersebut...Evan merasa geram dengan apa yang terjadi pada Edlin dan ingin memberi pelajaran tetapi dihalang oleh Edlin kerana tidak mahu membuat keributan...
Evan menuruti apa yang Edlin mahu dan sekarang mereka sudah berada di apartment...Agnes baru sahaja tidur siang setelah balik sekolah dan ditemani oleh bibik yang diupah oleh Evan untuk melakukan kerja rumah...
“abang sayangkan sayang sangat-sangat sehingga tak mahu sayang terluka...”ucap Evan
“maaf..sayang tak mampu jaga diri sayang sendiri sehingga buat abang risau tentang sayang...”balas Edlin sedih
“sayang tak salah tetapi abang tak mahu perkara ini terjadi lagi...cukup satu kali semua ini berlaku...abang cukup takut apa-apa terjadi pada sayang nanti...sekarang dia berani paksa sayang dan lepas ini apa yang akan terjadi...”jelas Evan
“sayang janji akan berhati-hati selepas ini dan jika perkara seperti ini berlaku lagi...sayang serahkan semuanya pada abang dan apa tindakan yang akan abang lakukan...sayang akan sokong...”balas Edlin
“baiklah sayang...”ucap Evan
2 minggu kemudian.....
“SAH...”
Irfan dan Sarah telah selamat bernikah selepas banyak dugaan yang mereka lalui...mereka membuat majlis secara kecil-kecilan dan hanya rakan serta keluarga terdekat sahaja yang hadir....
Bergitu ceria wajah Irfan serta Sarah selepas sah menjadi suami isteri...Edlin datang bersama Evan dan Agnes ke sana...dia bergitu gembira apabila Sarah sudah bernikah....
“tahniah Sarah....aku doakan semoga kekal sehingga jannah dan teguh dari segala dugaan yang datang...aku harap korang akan dapat baby yang comel-comel....”ucap Edlin tersenyum
“terima kasih Edlin....aku sebak bila kau cakap macam itu kerana selama ini aku selalu susahkan kau sejak sekolah lagi....terima kasih sebab sudi jaga aku dan sudi menjadi sahabat aku...aku sayang kau...”balas Sarah
“kita akan menjadi sahabat selamanya...”ujar Edlin
Ika baru tiba disana dengan baju bewarna light blue dan dihiasi make up yang cukup indah.....dia menghampiri Edlin dan Sarah sambil membawa hadiah....Edlin dan Sarah tersenyum dengan apa yang mereka lihat....
“tahniash Sarah...aku doakan semoga bahagia dunia dan akhirat serta dapat baby sama seperti Edlin....”ucap Ika
“thanks you Ika sudi datang...tapi kau datang sorang je ke...mana David”ujar Sarah
“dia ada urusan jadi tak dapat datang..”balas Ika
“ouhhh...”ucap Sarah
Mereka berbual sambil makan dan Edlin masih sibuk melayan Agnes kerana takut nanti tumpah di bajunya....
Evan dapat melihat yang Edlin bergitu sayang pada Agnes sehingga semua urusan tentang Agnes dia ingin tahu walaupun dia sibuk di kampus...
Di tempat lain....
“kau rasa apa lagi yang aku perlu lakukan untuk mendapatkan dia...”tanya Sean
“mungkin kau boleh perangkap dia agar dia dibenci dan kau akan dapatkan dia dengan mudah...
“tapi bagaimana caranya...”soal Sean
“bergini.....”
Dengan siapa Sean berjumpa dan apa yang dia akan lakukan serta pada siapa sebenarnya...harap semua yang dirancang menjadi kacau dan gagal....
Selesai ke majlis Sarah,mereka kembali ke apartment kerana sejak tadi Agnes sudah merengek mahu pulang dan kini sudah tidur..Agnes digendong oleh Evan untuk ke biliknya dan diletakkan di atas katil agar lebih selesa....
“sayang...”panggil Evan
“iya abang..ada apa..”tanya Edlin
“sebenarnya abang mahu tahu sesuatu boleh...”jawab Evan
“mahu tahu apa..”soal Edlin
“siapa Glence dan apa sayang buat dengan duit yang sayang menang balapan tu sebab abang tengok sayang tak ambil pun duit tu...”ucap Evan
“perlu ke tahu semua itu..”tanya Edlin
“perlu sayang tapi kalau sayang tak mahu jawab sekarang tak apa tapi abang ingin tahu sahaja...”jawab Evan
“esok sayang akan beritahu yer...sekarang sayang letih...”balas Edlin
“baiklah...sayang rehat okey..”ujar Evan
Kini kandungan Edlin baru berusia 3 bulan dan Edlin sering letih walaupun tidak melakukan apa-apa...jika dia duduk sekalipun tetap letih,itu punca dia selalu melakukan kerja rumah jika Evan tiada kerana dia tidak mahu mendengar Evan bising...
Keesokan paginya...
Agnes sudah ke sekolah di hantar oleh Rendy,iaitu driver peribadi yang di tugaskan menghantar serta jemput Agnes di sekolah...Rendy salah seorang orang kepercayaan Evan untuk melindungi anaknya....
Kini Edlin dan Evan sudah dalam perjalanan ke sesuatu tempat yang disana adalah semua rahsia tentang Edlin,Sarah dan ika berada....
“kita dimana sekarang ini..”tanya Evan
“jom..”ajak Edlin
Rupanya buka sahaja Evan yang berada di sana tetapi Sarah dan Ika juga ada kerana Edlin sudah mesej mereka yang dia ingin beritahu Evan perkara sebenar....
Mereka masuk ke sebuah bunglo yang cukup indah dan dijaga ketat oleh beberapa lelaki berbadan besar....
“siapa kau....”tanya pengawal itu
“Aku Queen..”jawab Edlin
Deg.....
Mereka terkejut apabila mendengar nama itu dan tubuh mereka seketika mengeletar ketakutan....
Mereka membuka pagar tanpa banyak tanya dan mempersilakan Edlin untuk masuk ke dalam....
“salam Queen and Princess”ucap semua
“tak perlu fomal sangat...”ujar Sarah
“maaf Princess kerana ini adalah peraturan disini...”balas pengawal
Mereka menuju ke sebuah bilik dan disana Glence yang menanti kedatangan Edlin serta sahabatnya....dia tahu tujuan Edlin ke sana dan apa sebab ada Evan serta Irfan disana....
“Queen...”sapa Glence
“hmmmm”balas Edlin dingin
Irfan dan Evan terkejut apabila melihat Edlin bergitu di segani dan dihormati....Evan melihat sikap dingin Edlin menjadi takut dan dia tidak sangka yang Edlin bisa dingin bergitu...
Edlin berbincang beberapa perkara dengan Glence,Sarah dan Ika tentang apa yang berlaku lalu dia ingin jujur pada Evan...mereka akhirnya sepakat untuk jujur pada pasangan mereka.....
“abang...”panggil Edlin
“iya sayang...”jawab Evan
“maaf jika kenyataan yang abang akan tahu ini mungkin akan buat abang terkejut tetapi itu adalah kenyataannya...”ujar Edlin
“baiklah...abang sedia mendengarnya...”balas Evan
Edlin menarik nafas dalam lalu menghembus keluar sebelum berbicara....
“sebenarnya sayang adalah .........”ucap Edlin
Share this novel