BAB 49

Romance Completed 13424

4 bulan kemudian...

Setelah kejadian itu Evan menjadi semakin posesif terhadap Edlin dan anak-anaknya...dia sering mengikuti kemana Edlin pergi walaupun dia sedang sibuk...dalam masa yang sama,Ika sudah melahirkan seorang bayi perempuan yang cukup cantik dan mungil...

“tahniah dan selamat datang ke dunia ibu Puan Zulaikha Aweera..”ucap Edlin
“terima kasih Edlin sebab selama ini selalu support aku dan beri semangat tak putus-putus agar aku dapat menjalani proses kehamilan aku dengan baik...”ujar Ika
“itu gunanya sahabat...aku akan selalu support kau dan Sarah kerana korang dah macam keluarga aku sendiri...”balas Edlin
“terima kasih nyonya sebab selama ini selalu ada dengan Ika jika saya berada di luar dan berkongsi pengalaman untuk isteri saya ini serta hadiah ini juga...”ucap David
“aku rasa kau sudah tidak sayang lagi pada kerja kau yer sehingga kau memanggil aku bergitu..”balas Edlin
“ma..maksudnya apa..”tanya David
“sudah ku katakan yang aku tidak suka dipanggil nyonya dan sudah berapa kali kau dipecat oleh Evan kerana perkataan itu..atau kali ini dipecat dan tidak akan kembali lagi...”jawab Edlin dingin
“ma..maafkan saya kerana saya sudah biasa bergitu..”ujar David
“UBAH...”marah Edlin
“baiklah..Ed..Edlin..”ucap David gugup
“kan bagus bergitu...mudah sahaja dan tak perlu diugut dulu baru ingin diubah..”balas Edlin

Ika hanya menggelengkan kepalanya kerana dia tahu yang Edlin tidak mahu dihormati bergitu sekali dan dia ingin David menganggapnya seperti adik atau sahabat...kebanyakan orang sangat hormat pada Edlin yang selalu bergitu dan tidak gila pada kuasa atau pangkat...

Di sebuah mall..

“REA..”jerit Adam
“Adam..”gumam Reva perlahan

Reva mempercepatkan jalan agar tidak bertemu Adam kerana saat ini dia sedang bersama Edlin dan takut terjadi apa-apa pada Edlin...

Adam berlari laju menghalangi Reva dan kini langkahnya terhenti apabila Adam berada di depannya...Edlin masih berada di dalam butik untuk melakukan pembayaran...

“Rea...kenapa kau lari apabila bertemu dengan aku..”tanya Adam
“sudah berapa kali aku katakan yang aku tidak mahu bertemu dengan kau lagi...”jawab Reva
“tapi kenapa...atau kau masih marah soal dulu...”soal Adam
“aku tanya pada kau satu soalan...”ucap Reva
“apa..”tanya Adam
“apa kau akan buat bila kau ada di situasi aku saat itu dan orang yang buat onar itu datang memohon maaf...”balas Reva

Adam terdiam mendengar ucapan Reva itu kerana tentu dia kan marah dan melakukan perkara yang sama seperti mana Reva lakukan sekarang ini...Reva tersenyum kerana dia tahu apa yang Adam sedang fikirkan...

“kau tidak dapat jawab soalan itu kerana bukan kau yang ada di situasi aku....dan jika itu berlaku kau akan lakukan seperti mana yang aku lakukan sekarang ini...”ucap Reva
“Rea...aku..aku...aku minta maaf..”balas Adam

Edlin sudah membayar barang yang dia beli dan melihat Reva sedang berbual dengan seseorang lalu datang menghampiri mereka berdua....Reva sedar dengan kehadiran Edlin disana hanya bisa diam sahaja...

“Reva...siapa dia..”tanya Edlin
“aku Adam...bekas kekasih Rea..”jawab Adam
“Reva...adakah dia yang kau ceritakan pada aku saat itu..”soal Edlin perlahan
“iya..dia lelaki yang membuat aku tidak percaya mana-mana lelaki lagi..”jawab Reva
“kau siapa...apa hak kau untuk mencampuri urusan aku dan Rea”tanya Adam dengan lantang
“hey...turunkan nada bicara kau terhadap majikan aku..”marah Reva
“ouhhh...dia majikan kau dan sekarang dia tak perlu masuk campur dalam urusan kita..”balas Adam

Plakkkkk...plakkkkk...

Dua tamparan mendarat pada pipi Adam dari Edlin...wajah Edlin bergitu tenang sekali dan tidak terasa takut sedikitpun dengan Adam....

Tentu Adam tidak terima dengan apa yang Edlin lakukan sehingga dia ingin menampar Edlin kembali tetapi dihalang oleh Rendy yang ada disana...

“jika masih sayang dengan tangan anda maka jangan sesekali sentuh Nyonya Edlin...”ancam Rendy
“dia yang mulakan dulu...”balas Adam
“kau mengganggu sahabatku dan aku bertindak kerana aku malas melayan lelaki yang kurang zat seperti kau itu...”ujar Edlin
“hahahaha...wanita sampah ini kau kata sahabat...dia ini jalang yang pernah ditiduri banyak lelaki dan pernah mengandung anak aku tetapi dia keguguran saat 2 bulan sebelum kami melangsungkan pertunangan...”herdik Adam pada Reva

Rendy terkejut mendengar semua itu dan saat itu wajah Reva sudah bergitu merah kerana menahan air matanya...Edlin semakin meradang dengan hinaan yang diucapkan oleh Adam...Edlin menarik rambut Adam sehingga mendonggak ke arahnya....

“aku tahu itu semua adalah rekaan yang kau lakukan agar aku benci akan Reva dan memberhentikannya kerja lalu kembali pada kau...aku tahu kelicikkan kau Adam sehingga kau sanggup melakukan apa sahaja unuk mendapatkan apa yang kau nak...kau fitnah dia sehingga ayahnya meninggal dan dihalau oleh keluarganya...tidak cukup dengan itu,kau tambah lagi luka dihatinya dengan bertunang bersama sahabat baiknya dimalam pertunangan kau...kau sungguh hebat Adam...”ucap Edlin dengan nada sinis
“itu semua bohong...itu hanya direka oleh Rea untuk mendapatkan simpati sahaja...”balas Adam
“aku sudah siasat semua itu...dan jangan ingat aku bodoh Adam...kau tidak kenal siapa aku dan aku harap ini kali terakhir kau menganggu Reva atau bertemu dengannya...jika kau melanggar apa yang aku katakan,kau hanya perlu bersiap sedia untuk menghadapi kemarahan aku...”ujar Edlin

Edlin melepaskan rambut Adam dan berjalan menuju Reva yang kini sudah menangis....Rendy melepaskan Adam dan mengikuti Edlin kembali ke dalam kereta....

Reva menangis dalam pelukkan Edlin dan itu terdengar sangat pilu bagi Rendy kerana selama ini dia kenal Reva seorang pengawal yang cukup tangguh dan tidak terkalahkan kecuali dengan Edlin...

“lupakan semua yang dia ucapkan dan jangan pernah bergini kerana Reva yang aku kenal seorang perempuan yang kuat,tangguh dan tidak terkalahkan...kenapa hari ini tiba-tiba menangis seperti budak kecil...”ucap Edlin sambil mengejek Reva
“kau sengaja buat aku marahkan sebab itu kau cakap bergitu....kau memang tak ada hati lah Edlin...”balas Reva
“untuk apa kau menangis buat lelaki yang tak hargai kau dan sepatutnya kau kena kuat untuk hadap lelaki bergitu...”ujar Edlin
“kau benar...aku kena kuat dan berani melalui semua ini...”balas Reva

Akhirnya Reva berhenti menangis dan mereka sudah tiba di rumah...Agnes berlari ke arah Edlin dalam keadaan menangis dengan wajahnya yang merah itu...

Semua itu membuat Edlin menjadi cemas dengan keadaan anaknya itu dan takut terjadi sesuatu pada Agnes...

“momy...hikssss..hiksssss...”panggil Agnes sambil menangis
“kenapa sayang..apa yang terjadi...”soal Edlin
“ag..Agnes kena buli dengan kawan kelas...”jawab Agnes ambil menangis
“HAH...sapa yang lakukan...”terkejut Edlin mendengar ucapan Agnes
“Lili...dia kata momy bukan momy Agnes dan dia kata momy tak pernah sayang pada Agnes sebab dah ada adik Rendra...”jawab Agnes
“sayang....momy sayangkan Agnes dan Agnes adalah anak momy sekarang dan selamanya...adik Rendra masih kecil dan perlukan perhatian lebih tetapi momy tak pernah lupa yang momy ada anak yang cantik ini..”ujar Edlin sambil menghapus air mata Agnes
“benar momy...”tanya Agnes
“iya sayang...momy tak tipu..”jawab Edlin

Agnes terus memeluk Edlin dengan erat sambil menyembunyikan wajahnya di leher Edlin....Reva dapat merasakan yang Edlin sedang menahan amarah dan rasa sedih dihatinya tetapi dia tidak mahu menunjukkan di depan Agnes....

Rendy membawa semua barang masuk kedalam rumah dan saat itu dia menarik Reva ke halaman belakang...

“hey...apa tarik-tarik nie hah...nanti orang nampak lah...”marah Reva
“siapa lelaki tadi sampaikan kau sanggup menangis untuk dia...apa dia sangat berarti bagi kau..”tanya Rendy
“untuk apa kau mahu tahu kerana itu bukan urusan kau...”jawab Reva
“kenapa nyonya boleh tahu sedangkan aku tidak...”soal Rendy
“Edlin adalah sahabat aku dan kau bukan sesiapa bagi aku..untuk apa aku cerita pada kau...”balas Reva
“AKU CINTAKAN KAU REVANYA..”ucap Rendy kuat

Deg....

Reva terkejut dengan pengakuan Rendy itu kerana dia tidak sangka apa yang Edlin katakan sebelum ini adalah betul yang Rendy menyimpan satu perasaaan padanya....Rendy memegang tangan Reva yang membuat Reva terkejut...

“aku cintakan kau sejak kali pertama aku lihat kau bersama nyonya...kau lain dari wanita yang selama ini aku kenal...kau bukan wanita yang suka mengambil kesempatan dan aku dapat lihat itu saat kau menjaga nyonya di kampus...aku selalu memerhati kemana sahaja kau pergi bersama nyonya kerana aku cintakan kau...”jelas Rendy
“a..a..aku...aku...jugak cintakan kau tapi aku tak boleh terima kerana aku bukan wanita yang baik buat kau...”jawab Reva
“kenapa bergitu...jelaskan pada aku..”pinta Rendy

Akhirnya Reva menceritakan apa yang terjadi padanya dulu dan membuat dia menjadi trauma dengan lelaki...kini Rendy sudah mengerti kenapa Reva selalu menghindar jika berdekatan dengannya...

Rendy memeluk Reva dengan erat agar Reva tahu yang Rendy tidak akan pergi walaupun trauma itu masih ada...

“aku akan tetap disini bersama kau jika trauma itu masih ada dan izinkan aku untuk mengubati luka yang ada dihati kau kerana aku ikhlas...”ucap Rendy
“tapi aku tak baik buat kau..”ujar Reva
“aku juga bukan lelaki yang baik dulu dan aku punya masa silam yang cukup gelap dan menyakitkan...aku tahu bagaimana dan apa rasa jIka kita dikhianati...”jawab Rendy
“terima kasih terima aku walaupun aku tidak sempurna seperti wanita lain...”ucap Reva
“kau sudah sempurna dimana aku kini dan selamanya..”balas Rendy

Akhirnya usaha Rendy mendapatkan hasil....kini dia dan Reva sudah menjalinkan hubungan dengan mengubati luka antara satu sama lain..

Sebenarnya sejak tadi Edlin melihat Reva dan Rendy kerana dia kebetulan lalu dan mendengar semuanya tetapi dia tidak ingin berkata apa-apa kerena mereka berdua sudah sama-sama dewasa...

Di sebuah Cafe...

“Edlin..”panggil Jack
“iya...”jawab Edlin
“lama tak dengar kabar dan kau macam mana sekarang...”tanya Jack
“aku sihat dan aku sedang bahagia..”jawab Edlin
“wah...sejak stop Balapan kau makin cantik yer...”ucap Jack
“ada sahaja kau nie..ada apa kau nak jumpa aku kat sini...”soal Edlin
“bergini...kami ada reunion dengan pasukan Balapan dan ingin kau ikut serta sekali tapi ini Legal punya...kau boleh bawak siapa yang kau nak bawak...ajak Ika dengan Sarah sekali...”jawab Jack
“reunion Balapan yer...menarik tapi aku tak boleh janji sebab aku kena bincnag dulu dengan seseorang dan nanti kalau ada keputusan aku akan bagi tahu kau..”balas Edlin
“baik..apa-apa kau update aku..”ucap Jack
“okey..aku gerak dulu..”balas Edlin

Edlin pulang dari Cafe selepas bertemu dengan Jack...dia sendiri takut untuk memberitahu Evan tentang itu tetapi dia harus cakap agar tiada rahsia antara mereka berdua...Evan sudah pulang sejak tadi dan kini menunggu Edlin di hadapan pintu dengan dingin...

“abang...”panggil Edlin
“masuk sekarang...”ucap Evan dingin
“baiklah..”jawab Edlin

Evan menarik Edlin ke dalam bilik dan menolak Edlin hingga ke dinding....Evan memegang tangan lalu mencium Edlin dengan rakus seperti takut Edlin diambil orang...

Setelah itu Evan mengendong Edlin menuju katil lalu duduk disana dengan Edlin di atas pangkuannya...

“sayang tahu abang mesti cemburu sebab sayang jumpa dengan lelaki dekat Cafe kan..”ucap Edlin
“mana sayang tahu yang abang dah tahu pasal itu..”tanya Evan
“sayang nampak abang tadi tengah meeting dan sayang tak mahu ganggu..”jawab Edlin
“sayang buat apa jumpa lelaki itu....siapa dia dengan sayang...”soal Evan dengan dingin
“dia Jack...OG Balapan yang dulu selalu sayang masuk...”jawab Edlin
“kenapa dia jumpa sayang..”tanya Evan dengan nada cemburu
“dia ingin mengadakan Reunion Balapan dan ingin sayang join sekali pada masa itu kerana ini mereka buat Legal..dan sayang boleh bawak sesiapa sahaja nanti disana...Ika dan Sarah pun dijemput sekali...”jelas

Edlin sambil membelai dada bidang Evan

“benar sayang..”soal Evan manja
“iya abang ku sayang...”jawab Edlin
“sayang akan pergi ke..”tanya Evan
“kalau abang izinkan dan abang ikut sekali..”jawab Edlin
“okey sayang boleh pergi dan abang kena ikut..”balas Evan
“okey...sambung yang tertunda tadi boleh...”jawab Edlin sambil mengoda Evan
“boleh sayang...”balas Evan

Apa yang Edlin minta membuat Evan tidak bisa menolak kerana dia sendiri memang mahu kan itu...3 jam berlalu dan kini Evan melihat wajah lelah Edlin yang sedang tidur di atas dadanya itu...

Dia tidak pernah sangka akan menikah dengan Edlin kerana waktu itu Edlin masih kecil dan dia tidak terlalu memikirkan apa yang eldin katakan itu sebagai sesuatu janji...

“abang bersyukur kerana memiliki sayang dan abang tak sangka yang sayang masih setia menunggu abang....abang ingat lagi masa sayang selalu cakap yang sayang ingin berkahwin dengan abang jika sudah besar nanti dan saat itu abang hanya tersenyum geli kerana abang fikir sayang hanya bergurau tetapi sayang benar-benar menunggu abang kembali pulang...menjadi isteri abang itu adalah salah satu cita-cita sayang selain menjadi ibu yang baik buat anak-anak kita...”ucap Evan dalam hati sambil memandang wajah Edlin

Sejak dulu kecil Edlin memang suka tidur dekat dengan Evan dan saat Edlin sakit Evan lah orang yang akan dia cari kerana baginya Evan sangat
memahaminya dari semua hal termasuk saat makan ubat....Edlin bukan mudah untuk makan ubat kerana dia sangat takut tetapi Evan selalu berjaya memberinya ubat dengan tenang...

Di tempat lain...

“Queen akan ikut serta dalam Reunion Balapan dan tolong sediakan tempat untuk Queen bersama orang yang akan dia bawa nanti..”ucap Jack
“ini kabar baik buat kita yang sudah lama tak bertemu Queen..kami akan sediakan semuanya..”balas anak buah Jack

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience