“Malam ini kita enjoy okey girls....”ucap Edlin
“Okey...”balas Sarah dan Ika
Mereka pergi Cafe untuk lepak sementara merayai mereka digantung selama 1 minggu....Cafe yang selalu mereka pergi buat lepak serta belajar....mereka berbual dan tertawa bercerita berbagai kisah...
“Agak-agak korang lah,apa si gedik tu akan buat lepas ini…” tanya Sarah
“Kenapa kau tanya macam itu…”soal Edlin
“Dia kata akan balas apa yang kita buat pada dia…”jawab Sarah
“Dia boleh buat apa sahaja…”ujar Ika
“Betul sebab dia tak akan dapat lawan kita yang sudah tentu akan menang…”balas Edlin
“Hahahahaha…”tawa mereka
Dari kejauhan ada seseorang yang melihat mereka bertiga dan seperti memberi laporan kepada seseorang…jam menunjukkan pukul 12 malam,mereka berpisah untuk kembali ke rumah masing-masing selepas selesai lepak...Edlin sampai rumah dan waktu itu sudah gelap bermakna semua orang sudah tidur…perlahan-lahan Edlin masuk rumah agar tidak menimbulkan bunyi sehingga…
Clekkkkk…lampu menyala
“Baru balik…”tanya Dato Iskandar
“Da.. daddy bila balik…”balas Edlin
“Duduk…”ucap Dato Iskandar
“Ed ngantuk lah daddy…”jawab Edlin sambil pura-pura mengantuk
“EDLIYANA UMAIRAH DUDUK…”balas Dato Iskandar dengan tegas
“Baik daddy…”ucap Edlin pasrah
Sementara itu....
“Evan...mama nak cakap sikit boleh…”ucap Datin Kalsom
“Mama nak cakap apa…”tanya Evan
“Sampai bila kami nak macam ini…”jawab Datin Kalsom
“Maksud mama apa…”soal Evan
“Bila kamu nak kahwin dan usia kamu dah 27 tahun dan…mama nak juga rasa timbang cucu…”ujar Datin Kalsom
“Nanti bila tiba masanya…”jawab Evan
Datin Kalsom tidak bisa berbicara apa-apa lagi apabila jawapan yang sama dia dapat dari anak lelakinya itu sehingga dia sendiri tidak tahu kenapa Evan masih tidak mahu berkahwin....
“Kunci motor…”minta Dato Iskandar
“Daddy takkan nak sita motor Ed lagi…”ucap Edlin
“Bagi atau daddy bakar motor kamu…”ugut Dato Iskandar
“Nah...”balas Edlin sambil menyerahkan kunci pada Dato Iskandar
“Mulai malam ini sehingga tamat hukuman gantung sekolah kamu tidak dibenarkan keluar dari rumah....dan lagi satu nama kamu itu adalah Edlin bukan Ed…FAHAM…” ucap Dato Iskandar
“Faham daddy…”jawab Edlin
Dato Iskandar meninggalkan Edlin di ruang tamu dengan membawa kunci motor sekali kerana takut Edlin akan tetap keluar jika digantung di tempatnya....Edlin terus masuk bilik dan tidur kerana hatinya sangat sedih apabila dilarang keluar...
“Morning…”ucap Dato Iskandar
“Morning…”balas Datin Syakirah
“Edlin mana…” tanya Dato Iskandar
“Masih tidur ataupun marah sebab kunci kena ambil…”jawab Datin Syakirah
“Kadang kesian tapi saya tak suka kalau dia asyik keluar lepas tu balik malam-malam…”balas Dato Iskandar
“Saya faham apa yang awak buat…”ujar Datin Syakirah
Sarapan pagi itu berlangsung tanpa Edlin dan Edlin masih tidak keluar bilik sehingga petang yang membuatkan Datin Syakirah risau....dia berhasrat ke bilik Edlin untuk melihat apa yang Edlin buat dan dia terkejut apabila melihat Edlin pingsan....
“Sayang....jangan buat mommy macam ini....”ucap Datin Syakirah resah
Edlin dibawa ke hospital untuk dirawat...Datin Syakirah telah menghubungi Dato Iskandar dan menceritakan apa yang terjadi sehingga Edlin dibawa ke hospital....
“Keluarga pesakit...”panggil Dokter William
“Saya mommy dia... bagaimana keadaan anak saya....”tanya Datin Syakirah
“Keadaan Edlin baik sahaja cuma dia demam panas tapi jangan risau kerana kami sudah memberi rawatan yang sepatutnya...”jawab Doktor William
“Boleh saya tengok anak saya…”tanya Datin Syakirah
“Boleh tapi tunggu dipindahkan ke ruang rawat dan Edlin akan dirawat dalam beberapa hari...”jawab Doktor William
“Baik Doktor dan terima kasih…”balas Datin Syakirah
“Sama-sama Datin…”jawab Doktor William
Edlin dipindahkan ke ruang rawat VVIP dan masih belum sedar akibat ubat yang diberi...petang itu,Datin Syakirah yang menemani Edlin di hospital sehingga Ika dan Sarah datang yang offer untuk jaga Edlin di hospital....Datin Syakirah setuju sahaja dan terus kembali ke rumah....
“Tuan...ada perempuan nak jumpa dengan Tuan…”ucap Rozy
“Siapa dan apa yang dia mahukan…”tanya Evan
“Cik Lysa,Tuan dan saya tak tahu apa yang dia mahukan kerana dia tidak cakap apa-apa....”jawab Rozy
“Saya tak nak jumpa sesiapa pun dan tolong panggil David ke sini sekarang…”balas Evan
“Baik Tuan…”ucap Rozy
Entah apa yang difikir oleh Evan sehingga tidak mahu bertemu dengan sesiapa dan kenapa sikap Evan bergitu....David datang bertemu dengan Evan selepas Rozy memanggilnya tadi di ruangannya....
“Tuan...”panggil David
“Ke hospital…”ucap Evan
“Baik Tuan…”balas David
Mereka menuju hospital dan apa yang menyebabkan Evan mahu pergi ke hospital....sementara itu di hospital,Edlin hanya tinggak seorang diri selepas Sarah dan Ika dihalau oleh nurse kerana mereka bising serta mengganggu pesakit di sana....
“Keluar lah...bosan duduk kat bilik...”ucap Edlin
Edlin keluar dari ruang rawat ke arah taman yang berdekatan untuk menghirup udara segar...Edlin duduk di kerusi sambil menikmati udara dan tiba-tiba......
Brak....
“Huaaaaa…”tangis seorang budak
“Hey sayang....jangan nangis....”ucap Edlin sambil mengusap lutut budak itu dengan perlahan
“Sakit...”balas budak itu
“Anak lelaki tak boleh nangis kena kuat walaupun apa yang jadi....okey”ujar Edlin
“Baik kakak cantik…”jawab budak itu
Edlin terus kembali ke bilik selepas ibu kepada budak itu datang menjemput anaknya...Edlin berjalan sambil memegang telefon sehingga.....
Brukkkk....
“Aduh sakitnya....”rintih Edlin
“Maafkan saya...saya tak sengaja....”ujar Evan
Edlin bangun sambil mengambil telefon dan dia melihat Evan yang langgar dia sehingga Edlin jatuh....
“pak cik yang sombong haritu kan...”ujar Edlin
“Oooo...awak yang lempang saya hari tu…”balas Evan
“Memang salah pak cik dan nie pak cik langgar saya sampai jatuh lagi sekali....pak cik tak ada mata ker…”ucap Edlin
“Hey...baik sikit yer...saya tak tua lagi sehingga awak panggil saya pak cik...”marah Evan
“Memang tua dan tak sedar diri…”balas Edlin
Edlin memijak kaki Evan tanda balas sebab Evan buat dia jatuh...
“Nah ambik kau…”ucap Edlin
“Aduhhh...hey kenapa pijak kaki saya…”tanya Evan sambil merintih kesakitan
“Sengaja…”jawab Edlin
Dia kembali ke bilik dan membiarkan Evan yang masih merintih kesakitan akibat dipijak oleh Edlin...sampai sahaja di ruang rawat,Edlin duduk dan merasakan sesuatu yang lain setiap kali berjumpa dengan Evan....
“kenapa dengan jantung aku ini..kenapa setiap kali jumpa pak cik tu mesti dekupan jantung laju semacam sahaja…”ucap edlin
Share this novel