BAB 30

Romance Completed 13424

Irfan mencari mereka sehingga dia melihat Sarah sedang makan di caffe...Irfan datang ke arah mereka dan melihat apa yang mereka lakukan disana...

“what are you doing here..”tanya Irfan
“nothing..”balas Edlin
“kamu bertiga ikut ke office sekarang..”ucap Irfan

Mereka bertiga berjalan mengikuti Irfan dan saat itu banyak mata yang memandang termasuk carina serta siska...siska menahan Edlin lalu menampak pipi Edlin kerana Edlin berani menampar carina semasa di dalam kelas...

Sarah menahan Edlin agar tidak membuat keributan dan terus mengikuti Irfan ke office...

“kamu bertiga tunggu di sini..’ujar Irfan
“baik..”balas Sarah

Irfan keluar dari ruangannya dan meninggalkan mereka bertiga disana...Edlin mengusap bibirnya yang berdarah akibat ditampar oleh siska tadi...

Sarah mengeluarkan sapu tangan dan membersihkan sudut bibir Edlin....

“apa yang dia tak puas hati dengan aku...”tanya Edlin
“aku rasa aku tahu siapa yang sebarkan gambar tu..”ucap Ika
“siapa..”tanya Edlin dan Sarah
“Carina...”jawab Ika
“sebab....”soal Edlin
“mana dia tahu tentang semua itu sedangkan dia baru sahaja masuk beberapa hari...kalau nak kata Qila mustahil sebab dia dah pindah kampus sekali dengan kuncu-kuncu dia..”balas Ika
“boleh jadi dan aku rasa memang dia tapi kenapa...”ujar Edlin

Clekkkk....

"apa yang kamu bincangkan...”tanya Irfan

Saat Irfan masuk ke dalam ruangan tetapi tidak sendiri melainkan bersama Evan serta David sekali...mereka hanya diam dan tidak menjawab pertanyaan Irfan...Evan menatap Edlin dengan tatapan yang sangat dingin...

“kenapa tak masuk kelas tadi..”tanya Irfan
“.........”
“jawab bila saya tanya...”ucap Irfan
“........”
“kamu bertiga sudah bisu atau mulut kamu sudah dijahit...”tanya Irfan
“......”
“Edlin,Sarah,Ika...JAWAB soalan saya...”ucap Irfan dengan nada tinggi
“kami malas masuk sebab kami lapar...”jawab Sarah
“tapi kamu tahu kan yang masa itu adalah waktu belajar...”tanya Irfan
“tahu..”balas Ika
“sudah lah...lain kali jangan lakukan lagi perkara bergini kerana saya tidak suka ada yang tidak masuk ke dalam kelas tanpa alasan yang kukuh...”ucap Irfan
“baik Sir..”balas Ika dan Sarah

Edlin sejak tadi diam dan tidak menjawab apa-apa soalan....Evan melihat ke arah Edlin dan menariknya hingga berdepan dengannya....

Evan menarik dagu Edlin supaya wajah Edlin kelihatan...Evan terkejut apabila melihat sudut bibir Edlin pecah dan pipi Edlin nampak bengkak...

“kenapa nie..”tanya Evan
“........”
“sayang...abang tanya kenapa dengan pipi nie..”soal Evan

Edlin tetap diam dan tidak menjawab...akhirnya Sarah yang menjawab soalan Evan...

“Edlin kena tampar dengan seseorang..”ucap Sarah
Edlin menatap dingin pada Sarah kerana memberitahu perkara itu pada Evan...Sarah terdiam apabila melihat tatapan Edlin itu...Evan terkejut mendengar jawapan dari Sarah...

“siapa yang lakukan...”tanya Evan

Sarah dan Ika tetap diam kerana dia tidak mahu Edlin makin marah...Edlin terus keluar dari ruangan Ifran menuju parking kereta diikuti oleh Sarah serta Ika...

Mereka mengikuti Edlin ke caffe yang selalu mereka pergi...dalam perjalanan Edlin hanya diam dan tidak banyak bicara...Sarah serta Ika sangat takut jika Edlin sudah bersikap bergitu....

Di caffe....

“ed..Edlin....maafkan aku...”ucap Sarah
“diamlah...aku tak nak cakap apa-apa..”balas Edlin
“Edlin...aku betul-betul minta maaf dengan kau...”ucap Sarah
“aku tak marahkan kau jadi tak perlu minta maaf...okey...”balas Edlin

Mereka berbual disana seperti tiada beban yang dipukul...sebenarnya mereka masih memikirkan tentang gosip yang berkeliaran di kampus sehingga mereka dipandang serong oleh semua...

Sementara itu....

“apa yang terjadi sebenarnya..”tanya Evan
“tengok ini...”jawab Irfan sambil menunjukkan beberapa gambar
“what...serius lah...”soal David
“iya dan ini yang membuat mereka tidak masuk ke dalam kelas...Edlin bertengkar dengan seseorang yang memanggilnya Jalang...”terang Irfan
“siapa dia sehingga berani berkata bergitu pada isteriku...”tanya Evan
“pelajar baru yang baru sahaja masuk beberapa hari lepas....pipi Edlin ditampar oleh rakan nya yang betengkar dengan Edlin pagi tadi....Sarah menahan Edlin dari membuat kegaduhan...”jelas Irfan
“David..cari tahu tentang kedua-dua pelajar itu dan aku mahu esok..”ucap Evan
“baik tuan”balas David

Edlin kembali ke apartment selepas dari caffe...dia tahu Evan akan bertanya apa yang terjadi...dia pasrah jika akhirnya mereka bertengkar akibat masalah itu...sampai di apartment,Edlin terus menuju pintu dan.....

Clekkkk...

“sayang dah balik...”ucap Evan
“sudah...”balas Edlin

Edlin masuk lalu membersihkan diri kerana dia tidak mahu menunggu kerana takut banyak kuman yang melekat...

Evan meletakkan makanan yang dibeli di atas meja untuk dinikmati bersama Edlin...Evan masuk ke dalam bilik lalu memeluk Edlin yang sedang mengeringkan rambut...

“abang..sayang tengah teringkan rambut nie...”ucap Edlin
“abang mahu peluk sahaja...”balas Evan
“kenapa sebenarnya nie..”tanya Edlin
“abang rindukan sayang..”jawab Evan
“okey..”balas Edlin

Edlin tahu apa maksud Evan tetapi dia sengaja berpura-pura tidak faham kerana ingin tahu apa yang Evan akan lakukan...

Edlin keluar untuk makan kerana perutnya lapar dan ditemani oleh Evan yang seperti biasa dilayani oleh Edlin....

“sayang tahukan yang papa,mama,momy dan dady ke jepun..”tanya Evan
“tahu...kenapa??”jawab Edlin
“sayang..abang tak mahu sayang sembunyikan apa-apa masalah yang menimpa sayang...tak kesah kat mana sayang berada...abang akan menjaga sayang sampai bila-bila...”balas Evan
“maafkan sayang sebab selalu bersikap kekanak-kanakan sehingga abang jadi bosan...”ujar Edlin
“bukan bergitu tapi abang mahu menjadi pelindung sayang sama seperti dulu...”ucap Evan

Edlin tersenyum apabila mendengar ucapan Evan itu...dia seperti dejavu dengan semua yang terjadi padanya sekarang....

Akhirnya mereka berdamai dan Edlin berkongsi semua masalah yang dia hadapi bersama sahabatnya...walaupun Evan sudah tahu tetapi dia ingin tahu dari mulut Edlin sendiri...

Di tempat lain...

“kenapa sampai sekarang tak mahu cakap dengan hubby...”tanya Irfan

Sejak tadi Sarah hanya diam dan tidak mahu bercerita apa-apa dengan Irfan kerana dia marah sebab Irfan meninggi suara semasa di kampus tadi pagi....

Sarah sebenarnya mahu cerita apa yang terjadi padanya dan ada beberapa perkara penting dia ingin sampaikan tetapi dia hanya diam....hanya Edlin sahaja yang tahu...

“saya mahu balik...tolong hantar saya balik...”ucap Sarah
“sayang...kenapa nie...cuba cakap dengan hubby...”tanya Irfan
“hantar saya balik SEKARANG....”tengking Sarah

Irfan terkejut dengan perubahan Sarah itu...akhirnya dia menghantar Sarah pulang ke rumah dan mereka hanya diam sahaja dalam kereta tanpa ada sedikit suara...

Sampai sahaja di rumah sewa Sarah,dia terus masuk tanpa berbicara dengan Irfan....Irfan berlalu pergi dari sana...Sarah tidak tinggal bersama bapanya kerana ingin berdikari dan bapanya selalu keluar negeri...

Tok....tok....

“cari siapa...”tanya Sarah

Brugh......

Kring....kring....

“semua telah selesai boss..”
“bawa dia ke sini”
“baik boss”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience