Di sebuah hotel....
“tidur yer sayang...malam ini kita tidur tanpa dady okey....momy sakit hati dengan dady yang suka-suka jer buat momy macam itu..dady ingat momy tak ada perasaan ke sampaikan dady boleh cakap macam itu sekali...dady tak fikir apa yang momy rasa bila perempuan itu cakap momy nie perempuan murah yang datang nak goda dady....sakit hati momy...nanti dah besar jangan jadi macam dady yang suka sakitkan hati perempuan tambah pulak kalau perempuan itu yang Rendra sayang dan cintai...”ucap Edlin sambil menidurkan Rendra
Bukan sengaja Edlin pergi tetapi dia bergitu sakit hati apabila suaminya memilih membela wanita yang sudah tentu menghina dirinya dan Evan tidak mahu mendengar apa-apa alasan dari Edlin kerana baginya Edlin sudah melampaui batas....
Edlin tidur di sebelah Rendra apabila merasa sudah ngantuk...
Keesokan paginya.....
Evan pergi ke suatu tempat dan menuju ke arah meja yang disana sudah ada yang menunggu...Evan duduk dengan tenang lalu memulakan bicara dengan orang yang sedang dia lihat....
“tujuan apa kau lakukan ini semua...”tanya Evan
“mudah sahaja....ingin kau jatuh dan rugi....”jawab France
“bisa tidak kau bersaing dengan cara yang dihat bukan bergini...”ucap Evan
“terpulang pada aku bagaimana aku mahu lakukan dan sekarang aku mahu...kau hanya perlu ingat satu sahaja yang aku tak akan lepaskan kau bergitu sahaja...”balas France
“aku akan tunggu tetapi jangan menyesal jika kau sudah kalah sebelum perang”ujar Evan
“apa maksud kau..”soal France
Evan terus pergi dan tidak mendengar apa yang France katakan...sedang berjalan keluar dari restoran itu,Evan melihat Edlin sedang berjalan masuk ke sebuah hotel dengan membawa plastik makanan...
Evan mengikuti Edlin dari belakang dan saat Edlin ingin menutup pintu,Evan menahan dengan kakinya agar pintu itu tidak tertutup...Edlin terkejut apabila melihat Evan berada di sana...
“sayang...”panggil Evan
“ab...abang buat apa kat sini..”tanya Edlin gugup
“abang nak bawak isteri dan anak abang balik rumah...”jawab Evan
“pergi lah dekat perempuan semalam tu yang abang bela sangat kan...”ucap Edlin
“sayang...abang minta maaf sebab abang terlalu emosi sehingga tidak mahu mendengar alasan sayang semalam..abang dah dengar dari Reva apa yang terjadi dan abang menyesal...maafkan abang...”balas Evan
“senang untuk abang minta maaf jika abang salah...sayang tak marah kalau abang marah sayang tetapi bukan depan perempuan tu sebab abang dah jatuhkan maruah sayang sebagai isteri abang...sayang tak kesah kalau abang nak marah atau maki sayang tapi bukan berarti abang boleh bela perempuan itu depan sayang...sakit hati sayang dan luka itu bukan mudah untuk sembuh....”jelas Edlin
Grepppp....
“maafkan abang sayang...”ucap Evan sambil memeluk Edlin
“ketepi....sayang tak mahu dekat dengan abang lagi...sayang akan balik rumah momy dan dady....terpulang pada abang setuju atau tidak...”ujar Edlin
“abang akan ikut mana sayang pergi..”balas Evan
Edlin mengemas barang dan terus cheak out dari hotel tersebut..dia memilih untuk pulang ke rumah Dato Iskandar berbanding berada di rumah Evan...
Dia masih sakit hati dengan Evan yang terang-terang membela wanita yang mempermalukan isterinya....bukan kali pertama Evan lakukan itu dan tidak mahu mendengar penjelasan Edlin...
“assalamulaikum...”ucap Edlin
“MOMY....”jerit Agnes
“sayangnya momy...sayang sihat dah makan belum...”tanya Edlin
“sudah...momy pergi mana semalam dengan baby Ren...”soal Agnes
“semalam momy pergi rumah kawan momy kejap...maaf sebab momy tak bawak Agnes dan lain kali momy bawak Agnes okey...”jelas Edlin
“okey momy..”balas Agnes
Edlin membawa Agnes dan Rendra ke dalam bilik untuk berehat manakala Evan sedang berdiri di luar bilik menunggu Edlin keluar tetapi Edlin mengunci pintu agar Evan tidak bisa masuk ke dalam bilik...
Dato iskandar melihat Evan merasa kasihan tetapi dia rasa ingin tertawa juga kerana Evan berdiri seperti dihukum oleh seorang ibu.....
“dady tak tahu lah nak kesian atau nak ketawa pasal kamu ini...”ucap Dato Iskandar
“kenapa dady..”tanya Evan
“kamu kena hukum ke dengan Edlin sampai berdiri bergini...”soal Dato Iskandar
“Edlin tak bagi masuk bilik dan kunci pintu...tapi memang salah Evan sebab dah banyak kali buat Edlin sakit hati...”jawab Evan
“hahahahahaha...kesian kamu Evan...tapi kalau mahu masuk,ini kunci bilik Edlin....”ucap Dato Iskandar sambil menyerahkan kunci pada Evan
“tak mengapa dady..nanti Edlin makin marah jika lihat Evan berada di dalam bilik...biar Evan tunggu disini sampai Edlin keluar...”balas Evan
“suka hati kamu lah...”ujar Dato Iskandar
Evan masih setia menunggu di depan bilik Edlin sehingga tersenguk-senguk tetapi dia berusaha untuk tidak tidur kerana takut Edlin bangun dan keluar dari bilik...sementara itu,Edlin baru sahaja bangun dan teringat tentang Evan yang tidak berada di dalam bilik...
Dia melihat telefon kerana ada mesej masuk dari Dato Iskandar yang menghantar gambar Evan yang masih menunggu dia disana dalam keadaan tidur sambil duduk....Edlin merasa kasihan pada Evan lalu bangun membuka pintu....
Clekkkkk....
Evan mendengar bunyi pintu langsung membuka mata dan melihat Edlin sedang berdiri disana sambil menatap ke arahnya....Edlin hanya diam dan terus masuk ke dalam bilik kembali tanpa berbicara dengan Evan...
Saat itu,Evan terus masuk ke dalam bilik dan memeluk Edlin...Evan merasa senang apabila Edlin membuka pintu bilik untuknya tetapi pelukkan itu dilepas oleh Edlin yang kini berjalan menuju katil untuk kembali tidur bersama anak-anaknya....
Cup.....cup...cup.....
“selamat tidur anak-anak dady...semoga mimpi yang indah....maafkan abang sayang...i love you...”ucap Evan selepas mencium kedua anaknya dan Edlin
Evan memilih untuk tidur di sofa kerana dia tidak mahu menganggu Edlin yang masih marah dengannya...sebenarnya Edlin belum tidur dan dia mendengar apa yang Evan katakan tetapi kerana masih ada rasa kesal terhadap Evan,Edlin hanya abaikan sahaja....
Di tempat lain...
“betul ke nie...Edlin dah balik ke rumah..”tanya Sarah
“iya...Evan yang bagitahu tapi mungkin Edlin masih merajuk dengan Evan lagi...”jawab Irfan
“memang patut pun Edlin merajuk dengan Evan tu sebab sesuka jer bela perempuan yang kata isteri dia jalang...”emosi Sarah
“biarkan sahaja urusan mereka berdua sayang,nanti baiklah tu...”ucap Irfan
“hubby macam tak ada perasaan jer bila ayank cakap macam itu...”tanya Sarah
“bukan bergitu tapi hubby tak mahu sayang campur urusan rumahtangga mereka sebab itu adalah privasi mereka...”jelas Irfan
“dah lah...lelaki semua sama tak faham perasaan perempuan...”balas Sarah
Sarah bangun dari baring yang beralaskan dada Irfan lalu tidur membelakangkan Irfan....Sarah merasa Irfan tidak faham apa yang dia cuba sampaikan sebenarnya sehingga menjadi bergitu...
Irfan bingung dengan Sarah yang tiba-tiba marah kerana ucapanya itu....Irfan memeluk Sarah tetapi ditepis dan diberikan bantal peluk untuk Irfan seperti Sarah tidak mahu dekat dengan Irfan malam itu...
Keesokkan harinya.....
“good morning sayang...”ucap Evan
“itu baju,seluar,tie dan beg semua dah siap...”jawab Edlin
“pakaikan..”pinta Evan
“nak siapakan Agnes ke sekolah dan lepas ini nak ke kampus sebab ada ujian akhir semester..”balas Edlin
Edlin keluar dari bilik menuju bilik Agnes dan membantu sang anak merapikan semua peralatan sekolahnya sedangkan Bik Umik sedang mengendong Rendra mengikuti Edlin...
Evan hanya bisa menghelah nafas panjang kerana pagi itu Edlin tidak mengurus dirinya seperti biasa hanya menyediakan keperluannya sahaja...
“nyonya...saya mandikan Rendra yer..”tanya Bik Umik
“tak perlu...saya akan mandikan dia sebelum ke kampus...hidang sarapan untuk Agnes kerana saya sudah siapakan semuanya tadi...”ujar Edlin
“baik nyonya..”balas Bik Umik
Edlin memandikan Rendra dan membawa Rendra ke ruang makan yang disana sudah ada semua sedang menunggu....Edlin meletakkan Rendra di baby feeding chair yang berada disebelahnya...
Edlin menyiapkan sarapan untuk Evan dan menyediakan susu buat Agnes....
“Edlin...pagi ini ada kegiatan ker..”tanya Datin Syakirah
“ada momy...Edlin ada ujian akhir semester...kenapa momy tanya...”jawab Edlin
“tak ada...momy ingat nak bawak Rendra keluar jalan-jalan kejap,itu pun kalau kamu dan Evan izinkan...”ucap Datin Syakirah
“momy pergi dengan siapa..”tanya Evan
“mama kamu lah..siapa lagi..”jawab Datin Syakirah
“boleh momy...Evan izinkan...”ucap Evan
“Edlin okey jer cuma nanti pakaikan topi takut Rendra demam kalau kena panas....dan nanti bawak Bik Umik sekali..”ujar Edlin
“baiklah....nanti kamu ikut saya dan siapkan semua keperluan Rendra...”ucap Datin Syakirah pada Bik Umik
“baik Datin..”balas Bik Umik
Selesai sarapan,Evan menghantar Agnes dahulu sebelum menghantar Edlin ke kampus...Edlin menghantar Agnes sehingga pintu pagar sekolah dan Agnes masuk ke dalam baru Edlin kembali ke dalam kereta...
Mereka menuju kampus dan dalam perjalanan tiada percakapan antara mereka,Evan melirik ke arah Edlin lalu memegang tangan Edlin....
“sayang masih marahkan abang ke...”tanya Evan
Tiada jawapan dari Edlin yang membuatkan Evan tidak putus asa untuk memujuknya...Evan mencium tangan Edlin sambil memandu tetapi Edlin hanya mengabaikan sahaja apa yang Evan buat....
Bagi dia Evan hanya bermulut manis apabila menginginkan sesuatu dan bila sudah dapat dia sering disakiti...mereka tiba dikampus dan Edlin salam Evan lalu keluar dari kereta...Evan belum sempat mencium Edlin kerana Edlin keluar bergitu cepat....
“ternyata sayang masih marahkan abang sehingga sayang mengabaikan abang...”gumam Evan
Di kampus....
“asal muka kau macam belacan nie...”tanya Edlin
“tau lah....Irfan tu lah punca semua ini berlaku..”jawab Sarah
“apa dia buat...cuarang ke apa...”soal Edlin santai
“hoi....sesuka kau cakap dia curang...”marah Sarah
“habis tu apa....kalau bukan curang tak mungkin muka kau dah macam belacan nie...”ucap Edlin
“dia tu tak ada perasaan...aku cakap lah memang patut kau merajuk dengan Evan sebab dia bela perempuan yang cakap kau jalang dan kau tahu respond dia apa...”cerita Sarah
“apa..”tanya Edlin
“biasalah tu mana ada rumahtangga yang tak ada ringtangan...lepastu dia cakap tak perlu campur urusan rumahtangga orang sebab itu privasi...”jawab Sarah
“betul lah tu tapi yang kau sentap kenapa...”tanya Ika
“entah lah...aku cuma tak boleh terima dengan dia punya jawapan tu jer...dan mungkin sebab aku makin sensetif sejak kebelakangan ini...”jawab Sarah
“minta maaflah balik dekat suami kau tu...”nasihat Edlin
Mereka masuk ke dalam dewan ujian dan kini Irfan sedang termenung diruangannya kerana dia diabaikan oleh Sarah sejak malam tadi...
Dia berfikir untuk bertemu Sarah di depan dewan ujian dan mengajak Sarah makan bersama tanda minta maaf....
3 jam berlalu....
Ujian telah selesai dan kini Edlin keluar dari dewan bersama sahabatnya....Sarah tersenyum apabila melihat Irfan sedang berdiri disana dengan bouquet bunga ditanganya...
Sarah berjalan menuju ke arah Irfan tetapi terhenti apabila melihat Carina mengambil bunga itu dari tangan Irfan dan tersenyum manis....ramai yang melihat itu menjadi iri terhadap Carina sedangkan mereka salah faham....
“Sarah...tunggu...”ucap Edlin
“hoi tunggu woy...”jerit Ika
Mereka mengikuti Sarah ke washroom yang berdekatan dewan...Sarah menangis di dalam tandas kerana kecewa dengan Irfan yang tidak bertegas jika bunga itu bukan untuk Carina melainkan Irfan memang beli bunga itu untuk Carina...
Edlin memeluk Sarah dan Sarah menangis dalam pelukkan Edlin....Ika merasa mengah kerana berjalan laju dalam keadaan mengandung....akhirnya mereka berpelukkan bersama dan saat itu Irfan sedang menunggu mereka bertiga di hadapan washroom...
“tuhan...kenapa jadi bergini sedangkan aku plan lain....sekarang Sarah sudah salah faham dengan apa yang dia lihat tadi....bagaimana ini....”gumam Irfan
Mereka keluar dari washroom dan saat itu Irfan ingin memeluk Sarah ditolak oleh Sarah sehingga Irfan menjauh darinya...Edlin membawa Ika menjauh dari mereka berdua dan duduk di kerusi samping washroom tersebut....
Irfan menghalang Sarah untuk pergi dari hadapannya dan menjelaskan semuanya agar Sarah tidak salah faham....
“yank...bunga itu memang untuk ayank tapi Carina rampas bunga itu dari tangan hubby dan dia ingat hubby tunggu dia disana...hubby tunggu ayank sebab nak minta maaf soal semalam yang hubby tak faham apa yang ayank rasakan...itu sahaja ...maafkan hubby sebab buat ayank menangis bergini....”jelas Irfan
“maaf...”ucap Sarah
“tak mengapa kerana bukan salah ayank pun...”balas Irfan
Share this novel