BAB 44

Romance Completed 13424

Flashback on...

Semua berawal dari satu hari aku dilamar oleh dia menjadi isterinya...Kami bercinta selama 4 tahun dan akhirnya setuju untuk bernikah..selama kami bercinta,tiada halangan dari sesiapa pun termasuk pihak keluarga...

Malam pertunangan...

“mana Adam..”tanya Puan Nia
“mungkin dalam perjalanan agaknya...”jawab Reva

15 minit kemudian...

“mereka sudah tiba...mari keluar..”ucap Puan Nia
“baik ibu..”balas Reva tersenyum

Adam datang bersama keluarganya dan seorang wanita yang tak asing bagi Reva...dia adalah Anna,sahabat baik Reva yang selalu ada dengan Reva selama ini...

Reva tersenyum apabila melihat Adam yang cukup bergaya dan tampan berdiri di atas pelamin....

“selamat malam semua...saya disini ingin menyampaikan beberapa perkara yang cukup penting sebelum majlis ini diteruskan...”ucap Adam
“apa yang kau lakukan ini..”soal Reva
“dengar apa yang ingin saya katakan ini kerana ini sangat penting...”ujar Adam
“hey Adam...”panggil Reva
“majlis pertunangan ini akan dibatalkan kerana saya tidak mahu memiliki pasangan yang telah mengandung anak lelaki lain....”ucap Adam

Deg.....

Kecoh di dalam dewan itu selepas apa yang Adam ucapkan...banyak tutur kata dari tetamu tentang Reva....Puan Nia dan Tuan Hassan sangat terkejut apabila mendengar ucapan Adam tentang anak mereka...

Reva sampai terduduk apabila Adam berkata bergitu tentang dirinya....

“saya tidak sangka selama ini saya ditipu oleh Reva yang terlihat baik tetapi sebenarnya dia sangat licik...jika bukan kerana sahabatnya yang memberitahu saya tentang ini,maka saya sudah menjadi lelaki yang hina selepas menerima wanita kotor seperti dia....”ucap Adam
“semua itu tidak benar...itu fitnah dan saya berani bersumpah yang saya tidak pernah berzina mahupun mengandung anak lelaki lain...”ujar Reva
“cukup Reva...selama ini aku selalu menutup semua kesalahan yang kau lakukan...kau mengancam aku dan memukul aku jika aku tidak merahsiakan semua ini...”tutur Anna
“sahabat seperti apa kau ini...sanggup fitnah aku semata-mata inginkan Adam...”marah Reva
“aku tidak fitnah tetapi ini buktinya...”balas Anna sambil campak beberapa keping gambar pada Reva

Reva melihat gambar itu dan terkejut apabila dia berada di atas katil bersama seorang lelaki yang dia sendiri tidak kenal...Puan Nia dan Tuan Hassan melihat itu sangat terkejut sehingga.....

Plakkkk....plakkkk...

“kau memalukan kami Reva...apa yang kau lakukan ini..adakah ini yang kau katakan kau kerja tetapi kau menjual tubuh kau kepada lelaki....”marah Tuan Hassan
“tidak ayah...ini semua tidak benar...”ucap Reva

Plakkkk...plakkk...

“kau kejam Anna...kau memang perempuan jahanam...”marah Reva selepas menampar Anna
“hikss..aku salah apa pada kau Reva sehingga kau buat aku bergini..”balas Anna
“kau perempuan jahanam yang pernah aku jumpa....”ujar Reva marah

Tuan Hassan memegang dadanya yang terasa sakit sebelum jatuh....Tuan Hassan dibawa ke hospital bersama Puan Nia yang mengikuti suaminya...Reva masih berada di dewan untuk menyelesaikan semua masalah itu...

Plakkkk..plakkkk...

“jangan pernah sentuh Anna lagi kerana sebentar lagi dia akan menjadi tunang aku...”ucap Adam

Deg....

“kau mahu ambil perempuan ini sebagai tunang kau...jika kau tahu dia adalah perempuan sundal yang menjaja tubuhnya pada semua lelaki di club malam...”ucap Reva
“CUKUP REVA...jangan sesekali menghina atau fitnah Anna untuk menutup kesalahan yang kau buat...”tengking Adam
“baiklah...jika itu yang kau mahu....aku turutkan tetapi jangan pernah menyesal selepas kau sadar jika dia bukan wanita baik-baik...”balas Reva
“aku menang Reva untuk mendapatkan Adam...kau pencundang kerana kau kalah untuk bersaing dengan aku..”bisik Anna

Reva pergi dari dewan itu menuju hospital dimana sang ayah dirawat...Reva sangat risau dengan keadaan ayahnya yang secara tiba-tiba jatuh selepas memegang dadanya...

Di hospital....

“i..ibu..bagaimana keadaan ayah..”tanya Reva gugup

Puan Nia bangun dan.....

Plakkk..plakkkk...

“puas kau sekarang....puas kau malukan keluarga dan sekarang kau punca suami aku meninggal....puas tidak dengan apa yang lakukan...”marah Puan Nia sambil menangis
“tak..tak mungkin....tak mungkin ayah meninggal...”ucap Reva sambil menangis
“kau tak perlu menangis kerana semua itu hanya lakonan kau sahaja...kau berambus dari sini dan aku tidak mahu kau ada di rumah aku lagi...”balas Puan Nia
“ibu..benarkan Reva tengok ayah buat kali terakhir...”pinta Reva
“tidak...berambus kau dari sini....jangan lupa untuk kemas semua barang milik kau kerana kau bukan anak aku lagi...”ujar Puan Nia

Reva pergi dari hadapan Puan Nia untuk kembali ke rumah mengambil baju miliknya...

Reva mengemas semua barang dan keluar dari rumah malam itu juga dengan masih memakai baju kebaya pertunangannya...

“maafkan Reva ayah...itu semua tidak benar dan membuat Reva kehilangan ayah buat selama-lamanya...Reva harus pergi sebelum ibu kembali ke rumah tetapi Reva akan datang saat ayah akan dimakamkan..”gumam Reva

Di tanah perkuburan....

Jenazah Tuan Hassan sudah selamat dimakamkan...Reva hanya dapat melihat dari jauh kerana dia tidak mahu melihat ibunya semakin bencikan dia...

Anna datang ke arah Reva sambil tersenyum senang dengan apa yang Reva lalui sekarang ini...

“aku sudah suruh mundur tetapi kau tetap degil untuk meneruskan semua itu...lihat sekarang kau dibuang keluarga...”ucap Anna
“kau licik Anna...kau memang jahat sehingga kau sanggup buat itu pada sahabat kau...”balas Reva
“eisttt...kau bukan sahabat aku melainkan kau hanya sampah yang dibuang oleh Adam sahaja...”ujar Anna

Plakkk....bugh....

Reva menampar dan menolak Anna sehingga jatuh...itu semua dilihat oleh Adam yang kebetulan ingin memanggil Anna untuk pulang...Adam berlari ke arah Anna dan menolongnya....

Adam bergitu benci dengan sikap Reva itu...

Plakkkk..plakkk..plak....

“jika kau tidak terima dengan keputusan aku,jangan libatkan Anna dalam hal ini kerana dia tidak salah...”ucap Adam
“sayang...jangan marah...ini salah aku kerana aku rampas kau darinya...”ujar Anna
“bitch....”balas Reva
“untuk apa dia marah kerana itu semua kesalahan dia..tiada kaitan dengan kau sayang...jika dia marah ayah dia meninggal,itu semua salah dia yang menjual diri...”tutur Adam
“aku tak kesah kau nak cakap apa tetapi ingat satu hal Anna...semua rahsia kau selama ini aku masih simpan dan aku rasa ini saatnya semua orang tahu bagaimana sikap kau yang sok baik ini..”balas Reva
“jangan berani ancam Anna kerana aku tidak percaya pada wanita murah seperti kau...”tutur Adam

Adam membawa Anna pergi dari sana...Puan Nia menatap tajam ke arah Reva dan berjalan menuju dimana Reva berada sekarang ini...tiba Puan Nia disana....

Plakkk..plakkk...

“tidak cukup kau memalukan keluarga,buat ayah kau meninggal dan kini kau ingin menjadi samseng dengan mengugut Anna...”marah Puan Nia
“tak ibu...Reva cuma..”balas Reva tergantung
“CUKUP....dengar sini Reva,mulai hari ini kau bukan anak aku lagi dan aku HARAMKAN kau untuk menziarah kubur suami aku...kau berambus dari sini..”ucap Puan Nia

Brakkkk...

Reva terjatuh lemas apabila mendengar ucapan Puan Nia yang tidak mengakuinya sebagai anak dan mengharamkanya untuk menziarah kubur sang ayah...

Reva merasa dunianya sudah gelap dan tidak bisa bayangkan saat itu dia harus pergi dari kampung kerana tidak ada lagi yang mahu menolongnya.....Reva pergi dengan seribu kesakitan,kesedihan dan kekecewaan....

Flashback off...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience