BAB 6

Romance Completed 16375

Di sebalik kerelaannya yang bersetuju untuk mengekori Raudhah, dia sebenarnya rasa bersalah dengan gadis itu. Raudhah tak pernah sedar yang selama ini dia mengekori gadis itu setiap hari. Raudhah hanya mengenalinya sebagai ‘seorang kawan yang selalu terserempak di kedai makan berdekatan dengan pejabat Raudhah itu’. Selepas sesi makan tengah hari itu, dia akan kembali menjadi watak yang mengekori Raudhah. Mujur Raudhah tak pernah perasan akan wataknya yang lagi satu itu…
Eh, sekejap. Tadi semasa di shopping mall…

“Oh, no.” Spontan perkataan itu keluar dari mulutnya. Dia membuka cermin mata berbingkai tebal yang dipakainya sejak tadi dan merenung cermin mata itu. Dia memang selalu pakai cermin mata itu apabila dia mengekori Raudhah. Tapi kalau dia menjadi watak Han si ‘kawan kedai makan’, dia takkan memakai cermin mata itu.

“Kenapa?” Ezwan terus bertanya.

“Aku rasa dia nampak aku.”

“Apa?”

“Aku rasa dia nampak aku.” Han mengulang kata-katanya. Dia teringat semula macam mana matanya dan mata Raudhah bertembung melalui pantulan cermin pintu kaca tempat Raudhah berdiri tadi.

“Macam mana pulak dia boleh nampak kau? Kau ikut dia dekat sangat ke?” tanya Ezwan. Nada suaranya agak tinggi, seolah-olah Han dah membuat satu kesilapan yang sangat besar. Dia kalau boleh memang tak mahu Raudhah tahu tentang rancangan mereka ini – mengupah Han untuk mengekori adik tirinya itu. Walaupun ianya adalah untuk tujuan keselamatan, tapi dia tahu Raudhah akan mengamuk kalau adiknya tirinya itu tahu yang selama dua tahun ini dia sebenarnya diekori oleh Han.
Han, kawan baiknya.

Han, orang kepercayaan abah.

Han, orang yang sanggup mengetepikan kerjayanya sebagai drafter di syarikat abah semata-mata untuk menunaikan permintaan abah.

“Okey, aku admit aku salah. Aku ikut dia dekat sangat. Tapi aku tak tahu pulak yang dia boleh nampak aku. Selama ni kan dia jenis yang tak alert?”

“Dia nampak kau as Han ke? Atau dia nampak kau as orang asing yang ikut dia?” tanya Ezwan sambil membuat isyarat ‘quote unquote’ bila menyebut nama ‘Han’ dan perkataan ‘orang asing yang ikut dia’ itu.

“Aku tak tahu.” Perlahan suara Han menjawab. Dia memahani maksud pertanyaan Ezwan itu. Ianya sama ada:

1. Raudhah menyedari orang yang mengekorinya itu ialah Han, si kawan kedai makan.
2. Raudhah perasan ada orang mengekorinya tapi Raudhah tak pasti siapakah orang itu.

Han meraup mukanya sekali lagi, entah buat kali yang keberapa sepanjang hari ini. Bagaimana kalau kemungkinan yang pertama itu berlaku? Bagaimana kalau Raudhah tahu yang selama ini dialah sebenarnya yang mengekori gadis itu? Apa yang akan terjadi dengan persahabatannya dan Raudhah?
“Tak apa la, Han. Kalau dia dah nampak kau pun nak buat macam mana? Benda dah jadi.” Suara Ezwan mengendur sedikit apabila dia melihat riak wajah Han yang agak muram itu. Dia tahu dia tak boleh menyalahkan Han seratus peratus dalam hal ini. Kawan baiknya itu terlalu banyak membantunya dan abah dalam menjaga keselamatan Raudhah.

“Itu hal nombor dua, Wan. Sekarang ni aku risau mana dia pergi. Dia tak balik rumah kot. Mana lagi dia boleh pergi?”

“Kau dah check kat rumah kawan-kawan dia?” tanya Ezwan lagi.
“Dia tak pernah stay kat mana-mana rumah kawan dia.”

Ezwan senyap. Dia memerhatikan saja Han yang sedang sibuk memikir itu. Kawan baiknya itu tahu banyak perkara tentang Raudhah. Sedangkan dirinya sendiri? Dia ini nama saja abang tiri, tapi apabila terjadinya perkara yang sebegini, dia tak dapat berfikir dengan baik pun apa yang sepatutnya dia lakukan.

“Ajil.” Han tiba-tiba menyebut nama Ajil.
“Ajil? Kenapa dengan Ajil?”

“Kau call Ajil. Tanya dia Raudhah kat mana sekarang.”
“Dia outstation la.”

“Ya, aku tahu. Kau call je la dia. Mana la tahu kot-kot Raudhah ada cakap apa-apa dengan dia ke?”
“Bro, sekarang dah pukul 3.30 pagi. Kau ingat dia tengah main bola ke sekarang ni?”
“Raudhah’s safety first, Wan. Please.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience