BAB 13

Romance Completed 16375

“Baik awak ikut saya kalau awak tak nak kereta tadi tu ikut awak. He’s been following you since Monday. Trust me.”

Raudhah mula berasa cuak. Pertama sebab dia takut dengan kenyataan yang kereta Vios itu telah mengekorinya sejak tiga hari lepas. Dan yang kedua sebab… Han yang berada di depannya ini berbeza sangat dengan Han yang dia kenal selama ini. Yang menjadi persoalannya sekarang, macam mana Han boleh tahu yang kereta Vios itu mengekorinya?

“Raudhah, ikut saya.” Han berkata sambil mula melangkah untuk pergi keretanya. Lelaki itu menekan punat di kunci kereta. Gen2 hitam di sebelah kereta Raudhah berbunyi – tanda unlocked. Sebelah ini rupanya kereta Han.

“Tapi… kereta saya?”

“Biar je kat situ.”

“Biar? Awak ingat kereta saya ni kereta mainan ke apa?” Raudhah mula meninggikan suara. Memang betul, sikap Han yang berdiri di depannya ini memang berbeza dengan sikap Han si kawan kedai makannya itu. Apa yang telah terjadi ini?

“You better get into my car before I force you to do so!” Nada suara Han lebih tinggi dari nada suara Raudhah tadi. “Now!”

Raudhah menjeling tajam pada Han sebelum dia masuk ke dalam kereta lelaki itu. Ini kali pertama dia naik kereta yang sama dengan lelaki itu. Dek sebab tak berpuas hati, dia menutup pintu kereta tempat penumpang hadapan itu dengan kuat. Dia masih tak faham dengan keadaan yang terjadi sekarang ini. Apa yang dia tahu, dia dalam bahaya. Dan dia tak tahu kenapa dia mengikut saja arahan daripada si Han ini.

Han si pengkhianat.

Lelaki itu masuk ke tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin. Tanpa sepatah kata, Han terus memandu keluar dari basement itu. Raudhah pula mendiamkan diri sebab dia masih bengang pada Han. Dahlah lelaki itu memegangnya sesuka hati – walaupun… ya, lelaki itu mahu melindunginya. Selepas itu sesuka hati juga menengking Raudhah. Abah sendiri pun tak pernah meninggikan suara padanya.
Sepanjang perjalanan mereka berdua diam. Dan entah macam mana, Raudhah tiba-tiba terpandang pada cermin mata berbingkai tebal dan topi di atas dashboard di depannya. Macam pelik saja bila melihat dua benda itu ada di dalam kereta Gen2 si Han ini. Entah bila pulalah Han memakai cermin mata berbingkai tebal macam itu.

Eh, sekejap.

Laju saja mata Raudhah memandang ke arah pelekat kenderaan yang bertampal di depan cermin kereta itu. Matanya mencari nombor plat kereta Han ini di pelekat road tax. Dan sebaik saja matanya terpandangkan nombor plat itu, dia terasa… speechless. Raudhah terus bersandar ke headrest sambil mengeluh.

Raudhah tahu Han menoleh ke arahnya semasa dia mengeluh. Tapi Raudhah cuma mendiamkan diri dan terus memandang ke depan.
Cermin mata berbingkai tebal.
Topi.

Gen2 hitam.

Dan nombor plat kereta yang memang Raudhah dah hafal.
Kalaulah mencarut itu bukan satu kesalahan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience