BAB 10

Romance Completed 16375

Yalah, takkan dia nak beritahu pada Raudhah yang kerjanya ialah mengekori Raudhah setiap hari?
“Saya drafter. Architectural drafter.” Jawab Han. Memang itu pekerjaannya selama ini – menjadi seorang architectural drafter di syarikat Tan Sri Badrul. Cuma sejak dia mendapat amanah daripada Tan Sri Badrul untuk menjaga keselamatan Raudhah, dia semakin kurang aktif dengan kerjayanya yang satu itu. Tapi kadang-kadang ada juga dia membuat freelance, sekadar untuk mengisi masa lapang.
“Ambik masa dua tahun untuk tahu kerja awak.” Kata Raudhah.

“Dah awak tak pernah tanya. Saya tahu je kerja awak.”

“Memang la. Sebab dah beberapa kali awak dok bersembang dengan kawan saya, si Iman tu. Iman tu kalau bercerita memang dari A sampai Z.” Raudhah merungut main-main.

Han ketawa. Tapi ketawanya itu tak sampai tiga saat pun sebab handphone yang diletakkan di atas meja tiba-tiba berbunyi. Berkerut dahinya apabila nama Tan Sri Badrul tertera di skrin handphone. Cepat-cepat dia mencapai handphone itu, khuatir jika Raudhah ternampak nama abah gadis itu yang tertera di skrin.

“Assalamualaikum, uncle.” Perlahan saja Han memberi salam. Sempat dia memerhatikan Raudhah yang nampaknya memberi laluan kepadanya untuk menjawab panggilan.

“Waalaikumussalam. Han kat mana?” tanya Tan Sri Badrul.

“Saya tengah lunch. Ada apa-apa yang penting ke, uncle?”

“Selepas lunch, boleh Han datang office uncle? Ada hal sikit.”
“InsyaAllah, uncle. Nanti saya datang.”

“Okey. Terima kasih, Han. Sorry uncle kacau Han makan.”
“Eh, tak apa.”

“Jumpa nanti, ya. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Jawab Han sebelum menamatkan panggilan. Sempat dia meneguk air suam yang tinggal separuh, sebelum menuang baki air itu ke dalam pinggan yang dah licin. Dia tahu, Tan Sri Badrul menelefon dia mesti ada sebab. Jarang abah Raudhah itu menelefon Han, lebih-lebih lagi waktu makan tengah hari macam ini.

“Ada hal penting ke?” tanya Raudhah. Nampaknya gadis itu pun dah habis makan.

“Ha.” Balas Han. Dia tahu Tan Sri Badrul ada sesuatu yang penting untuk dibincangkan dengannya. Dan dia pula haruslah pergi ke pejabat abah Raudhah itu secepat yang mungkin. Tapi apa yang penting, dia kena memastikan yang Raudhah selamat balik ke pejabatnya dulu.
“Pergi la dulu. Lambat awak nanti.”

“Tak apa la. Alang-alang awak pun dah habis makan, kita saing sekali la keluar nanti.”

“Okey.” Itu saja balasan gadis itu. Itulah antara sebab dia senang berkawan dengan Raudhah. Gadis itu langsung tak banyak ragam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience