BAB 16

Romance Completed 16375

Raudhah mengangguk. Dia memang dah berniat untuk meminta maaf kepada Han. Semasa dia menengking Han hari itu, manalah dia tahu seratus peratus cerita yang sebenar. Sebab itu dia mudah saja marah dan menengking lelaki itu. Padahal… lelaki itulah yang telah menjaga keselamatannya selama ini.

Dan dia bertekad, kalau dia berjumpa dengan Han, dia akan meminta maaf. Sama ada Han memaafkannya ataupun tak, itu lain cerita.

“Satu lagi abah nak bagitahu kakak ni.”
“Apa dia?”

“Han ada tanyakan pasal kakak kat abah.”
“Tanya apa?”

“Dia nak merisik kakak.”
“Ha???”

*********************************************************

Dia bukan pengkhianat. Dia cuma menjaga keselamatan Raudhah atas amanah daripada abah gadis itu. Dan persahabatan yang dia jalinkan dengan Raudhah bukan atas dasar kerja. Tapi atas dasar ikhlas.

Dia ikhlas untuk berkawan dengan gadis itu. Sebab itu apabila Raudhah menuduhnya ‘pengkhianat’,
dia rasa marah. Sebab dia tahu, dia berkawan dengan Raudhah bukan atas dasar ‘kerja’.
Dan dia rasa marah sebab gadis yang dia suka selama ini, menuduhnya dengan perkataan ‘pengkhianat’.

Perasaannya ketika itu… kecewa, sedih, dan kecil hati. Kalaulah dia boleh meluahkan perasaannya pada gadis itu pada masa itu juga… tak, tak boleh. Dia tak nak burukkan lagi keadaan dengan luahan perasaannya itu. Sebab itu dia mendiamkan diri. Dia mendiamkan diri sampailah Tan Sri Badrul pulang dari mengerjakan umrah. Dan dia berterus terang dengan abah Raudhah itu di pejabatnya.

Saya nak merisik Raudhah, uncle.

Dan yang selebihnya… rahsia.

*********************************************************

“Benci.”

Han dah tergelak-gelak. “Kenapa?”

“Kenapa bagitahu kat abah? Malu saya tahu tak?” Raudhah merungut.

“Habis tu nak bagitahu kat siapa pulak? Mesti la kita kena bagitahu abah.”

“Tapi awak bagitahu cepat sangat. Tunggu la lama sikit.” Rungut Raudhah lagi.

“Isteri saya, abah memang dah lama nak cucu tau. Takkan awak nak tunggu kandungan awak ni sembilan bulan baru nak bagitahu abah?”

“Bukan la macam tu. Tapi awak bagitahu abah cepat sangat. Saya baru pregnant enam minggu.”
“Apa salahnya?

“Tak ada salah pun la, wahai suami. Tapi kita kan baru kahwin dua bulan. Malu la kalau orang cakap saya ni bunting pelamin.”

“Nak malu apa? Abah tak cakap apa-apa pun. Abah excited lagi ada la.”

“Tak nak la cakap dengan awak lagi. Buang masa je.” Raudhah terus melangkah keluar dari bilik. Geram sebab ada saja jawapan yang diberikan oleh suaminya itu.

Han pula ketawa lagi. “Nak pergi mana tu?”

“Nak mengadu kat abah yang awak buli saya.”
Han ketawa besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience