BAB 5

Romance Completed 16375

Okey… ini bahaya. Sangat-sangat bahaya.
Raudhah menjeling cermin pandang belakang keretanya sekali lagi. Sejak dia keluar dari shopping mall tadi, dia perasan ada sebuah kereta Gen2 hitam setia mengekorinya. Dan bila dia perhatikan betul-betul nombor plat kereta itu, barulah dia perasan yang kereta itulah yang mengintipnya selama ini!

Dia mula rasa berdebar. Sungguh dia tak tahu kenapa kereta itu beria-ia mengekorinya. Dengan hati yang tak tenteram, dia menukar gear dan menekan pedal minyak sampailah meter kelajuan menunjuk ke angka 130 km/j. Dia bernasib baik kerana sebaik saja keretanya melintasi simpang empat, lampu isyarat terus bertukar ke warna merah. Dia cuma berharap kereta Gen2 itu tak sempat mengekorinya.

Selepas melepasi simpang empat, dia terus mengubah laluan dan membelok ke kanan – jalan yang bertentangan dengan arah rumahnya. Dia tidak rasa selamat untuk balik ke rumah sekarang, lebih-lebih lagi sekarang ini Ajil tiada di rumah. Adiknya itu dah tiga hari outstation di Melaka.
Apa yang dia patut buat sekarang?

*********************************************************

“Dia tak balik rumah?” Ezwan bertanya sambil memandang wajah kawan baiknya yang duduk di sofa itu.
Dia terkejut apabila Han menghubunginya pukul 2.00 pagi tadi dan memberitahu yang Raudhah tidak pulang ke rumah. Terus dia menyuruh Han datang ke rumahnya ini untuk berbincang. Dan tepat pukul 2.30 pagi, Han dah terpacak di depan pintu rumahnya. Nasib baik Han datang semasa abah dah masuk tidur. Dia takut abah berasa bimbang jika abah tahu tentang hal ini.

“Tak. Aku tak tahu dia pergi mana.” Han bersuara perlahan.

“Kau tak follow dia ke apa?”

“Aku follow la. Even bila dia masuk shopping mall pun aku ikut dia.”

“Habis tu macam mana kau boleh lost dia?”

“Adik kau tu bawak kereta laju gila. Lampu merah pun dia main langgar je. Tak sempat aku nak kejar.”

“Habis tu macam mana ni?” tanya Ezwan lagi.

Han angkat bahu. Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan dirinya sendiri dan cuba mencari jalan untuk menjejak semula Raudhah. Sebagaimana Ezwan risau, dia juga berasa risau. Selama dua tahun dia mengekori Raudhah, gadis itu tak pernah ‘hilang’ begitu saja. Raudhah tetap akan pulang ke rumah walau lewat mana sekali pun.

Ya, memang selama ini dia yang mengekori Raudhah secara senyap-senyap tanpa Raudhah sedari. Dua tahun lepas, Tan Sri Badrul meminta bantuannya untuk mengekori Raudhah kerana lelaki pertengahan usia itu risau akan keselamatan anak perempuannya itu. Ketika itu, perniagaan Tan Sri Badrul sangat maju sehinggakan ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati. Malah, ada musuh perniagaannya mengancam untuk memusnahkan ahli keluarga Tan Sri Badrul. Sebab itu Tan Sri Badrul meminta bantuannya.

Dan atas beberapa sebab, Han bersetuju dengan permintaan Tan Sri Badrul itu. Sebabnya ialah:
1. Tan Sri Badrul seorang yang baik hati. Jadi, Han langsung tak berkira-kira untuk menghulurkan pertolongan.

2. Ezwan itu adalah kawan baiknya sejak dari sekolah menengah lagi. Jadi, takkanlah dia nak menolak apabila perkara ini melibatkan keselamatan ahli keluarga kawan baik sendiri, kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience