BAB 3

Romance Completed 4818

“Waffiyah!!!…awak lari lah kemana pun saya tetap akan cari awak sampai dapat lepas tu saya akan buat juga dan saya tak kan pulangkan balik kalau saya dah culik ingat tu!”.Dia menjerit ke arah kami yang sedang lintang-pukang berlari meninggalkannya. ‘Gila punya orang,kalau berani buat la!’.

“Kak fiyyah ape nih?..kan adik tengah main dengan Ayyadh tadi..akak ni kenapa!”.Marah adikku dengan suara yang lantang.

“Aqii!..Zair!..dengar sini..akak nak korang berdua jangan kawan lagi dengan Ayyadh tuu.diorang nampak jer baik tapi jahat!”.Aku cuba menerangkan perkara sebenar.

“Aqii..tak suka akak!!!….Akak tak sayang Aqii”.Bentak adikku sambil menangis berlari munuju ke arah ibu dan ayah.

“Zair tak tau…akak jawab la dengan ibu”.Uzair juga turut bengang dengan tindakan ku.

‘Aduuh!!..Zair ni…kalau kau kat tempat akak tadi..kau jugak akan buat tindakan yang sama’

“Fiyyah..kenapa nih…kenapa buat Aqi menangis…Zair kenapa?”.Uzair hanya menjungkit kan bahunya.Sekarang aku yang terpaksa tanggung semua nih.

Ibu memujuk Aqi yang tengah kesedihan dek kerana kemarahan aku tadi.Kesian pulak,tapi ini untuk keselamatan keluarga. Aku menerangkan perkara sebenar kepada mereka,tentang apa yang dah berlaku masa tadi.Selepas kejadian itu,kami cepat-cepat beredar dari situ.Namun mataku tertancap pada Ayyadh yang jelas kebingungan dengan tindakan aku tadi. ‘sorry la Ayyadh…kak fiyah tak bermaksud nak jauh kan Ayyadh dengan adik akak…tapi akak rasa macam tak selamat bila berada disini’

“Aqii…cepat laa.dah pukul berapa nih..kata kelas renang start pukul 3 petang..ni dah pukul 2:30 laa…nanti kalau kene marah dengan coach akak tak tanggung”.Suaraku sedikit marah.Baihaqi ni suka buat lengah,minggu lepas dah kena marah sebab datang lambat.

“Akak..ni asyik nak marah-marah Aqi jer…nanti takda sape nak kawin dengan akak baru padan muka”.Aku mencubit pipi montel adik kesayanganku ni.

“Ish!…itu hal akak..biar akak yang uruskan…Aqi tak payah la nak sibuk”.Jawabku

Sampai saje di Pusat Latihan Kelas Renang Smart Kids,ramai anak-anak kecil sudah berkumpul sambil mendengar arahan daripada jurulatih mereka.Baihaqi berlari dengan sepantas kilat pergi ke kumpulannya.Akhirnya kelas pun bermula,tapi aku tercengang kenapa Aqi tak tukar baju mandi,dia mengisai begnya habis semua barang berterabur.

Dia berlari mendapatkan aku.

“Akak…seluar mandi Aqi..tertinggal”. ‘Aduh! Macam-macam masalah la adik aku nih..seluar tertinggal lah hape laa…pakai jer la spender kartun naruto dia tu’.

“Eeee…Aqi nihhh…tunggu kejap akak pergi beli”.Kalau ikut kan hati memang aku paksa dia pakai spender dia tu,tapi nanti dia mengadu kat ibu,parah la kala macam tu.

Aku pergi ke market berhampiran,kaki ku berlari rasanya boleh mengalahkan siput sedut merangkak.Siput sedut merangkak? Ah! mengarut.Aku mati akal bila mencari seluar mandi yang sesuai dengan Baihaqi takda,yang ada hanyalah spender yang bergambar kartun hello kitty,Minnie mouse dan Pooh.Pening kepala aku nak pilih yang mana satu.

Keputusan muktamad,aku mencapai spender yang ada kartun Pooh,lantaklah yang penting Aqi ada seluar nak mandi takkan nak biarkan dia telanjang bulat.

“Haii…beli seluar mandi ker…muat ker tu??”. Suara itu datang dari arah belakang.‘Apelah promoter nih…tak nampak hape kan kat sini area kanak-kanak…mesti la aku beli untuk budak kecik’.Aku menoleh,rasa nak pitam bila terlihat promoter yang aku maksudkan tadi ialah Abang Ayyadh!.Oh! kenapa la ibu tak hantar Aqi hari ni,asyik aku jer yang jadi mangsa.

“Tak lah!!..kan saya beli kuali nih..tak nampak kerr!”. ‘Hameek kau!..geram aku…ada mata tak reti nak guna..aku cungkil mata tu kang baru tau!’.Getusku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience