BAB 5

Romance Completed 4818

“Waffiyah binti Yazid…24 tahun! Noktah”. ‘Alamak!!..tersebut pulak umur aku sekali…rezeki kau la hari ni dapat tau umur aku berapa’

“Waffiyah…ehemm..manis..comel…anggun…saya suka..saya suka..24 tahun…lagi lah saya suka…bukan setakat suka..tapi dah tahap cinta tau!”.Dia sengaja ingin mencuit hatiku. ‘Aduh cair pulak aku kali ni dah macam coklat cadbury’

“Nama saya…Asyir Harith Fakhry..umur 25…masih single..dan masih dalam pencarian.Saya ada empat orang adik beradik yang pertama abang long saya Azfar Hanif Fawwaz,yang kedua saya yang hensem ni,ketiga Aakif Hasif Fauzi dan yang keempat yang kecik tu”.

‘Pencarian…ape?..harta karun? wasiat nenek moyang? Peduli hape! Ader aku kesah!’.Sedap juga nama adik beradik dia nih.

“hmm”.Sahutku

“tak nak kat saya ker”

“hape awak cakap Syir”

“takde papelah”

Waktu yang ditunggu-tunggukan sudah pun tiba iaitu tamatnya kelas renang Aqi dan juga tamatnya perbualan aku dengan Asyir.Bahagianya! bukan sebab dapat borak dengan Asyir tapi dapat lari dari Asyir.

“Akak fiyyah..nanti datang la rumah Ayyadh…sebab tadi tak puas main dengan Baihaqi”. ‘Alamak ai!..ini yang aku lemah ni bab datang rumah orang la yang paling aku tak suka…bukannya apa..segan weyy’

“InsyaAllah ada rezeki akak sampai yer”.Balasku.Terkejut aku bila Asyir senyum lebar sebab dapat tau aku akan datang rumah dia. ‘Ahh! Tolonglah aku datang pun sebab adik kau yang ajak.

Krriinnggg Krriinnggg Kriinngggg Kriiinnggg.

Telefon rumahku berbunyi.Baihaqi berlari-lari nak mengangkat panggilan macam kekasih dia pula yang telefon.

“Hahh!!..betul ker..nak datang nih?…bila?…cepat sikit tau Aqi ada beli robot transformer baru nih..nanti boleh kita main sama-sama”.Ganggang telefon diletakkan.Siape lah yang nak datang nih,takkan kekasih Aqi kot? Tak mungkinlah dia budak lagi.Aqi berlari mencari ibu di dapur.

“Ibu…ibu…kawan Aqi nak datang kejap lagi”

“Siapa? Makwe Aqi ker?”

“Ish! Ibu nih…kalau makwe Aqi yang datang buat ape bagi tau ibu…nanti dah tak surprise”.Adik aku ni memang kalau cakap suka-suka dia jer nak cakap aper.

“Yelah siapa nak datang?”

“Ayyadh…dengan abang dia”.Aku macam kena serangan jantung bila dapat tau diorang nak datang.Aduhai memang bertuah kau Baihaqi,siap lah kau memang aku sekeh kepala kau nanti.

“Kak fiyyah…Abang Syir kirim salam..dia cakap kalau dia datang kejap lagi…dia nak jumpa akak…tapi kalau akak lari,dia akan tidur rumah kita sampai akak balik”. ‘Malaun tuncit punya adik! Kalau yer pun tak payah la nak cakap kuat-kuat’.Ibu mulalah tersenyum-senyum kat aku.Aishh! rimas betullah!.Aku menolong ibu menyediakan minum petang sekali gus minuman petang untuk tetamu ‘terhormat’ yang akan sampai tak lama lagi.

“Jadi..betullah ape yang Aqi cakap kan tu”.Ibu menujukan soalan yang agak pelik pada aku. ‘Ape lagilah si telefon buruk ni bagi tau kat ibu,Aqi ni memang nak kene nih’.

“Ape yang betulnya?”

“Aqi cakap kat ibu…yang Asyir tu cuba nak tackle Fiyyah..betul ker?”

“Mane ade”.Sepantas Formula 1 aku menjawab,mungkin juga boleh kalahkan kereta michael Schumacher.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience