BAB 2

Romance Completed 4818

“Akak!..jom la mandi dengan kitorang”.Aqi dan Zair mengajak aku.Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu,sebab diorang mandi di kawasan kanak-kanak,nanti kalau aku join sama konpem orang sekeliling terkejut beruk tengok aku nanti.

Aku bersidai di tebing,ramai juga pengunjung yang datang hari ni,dari luar Negara pun ada.Gembira bila tengok gelagat anak-anak kecil keriangan dapat main air.Renungan tentang kehidupan ku musnah tatkala melihat seorang lelaki sedang bermain buaian.Umurnya aku agak mungkin hampir sama dengan diriku.Apekah dia tak rasa segan ker main di kawasan kanak-kanak?.

“Akak!!…Aqi dah dapat kawan baru nama dia…Ashraf Helmi Fayyadh”.Kelihatan Aqi bersama seorang anak kecil lelaki berlari menuju ke arah ku.Baihaqi memang senang dapat kawan baru berbanding dengan aku,sebab aku nih pemalu orangnya.

Comel sungguh budak kecil ni.Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ku.Berbudi pekerti budak ni,pandai ibu bapanya mendidik dia dari kecil tentang adab dan sopan bila berhadapan dengan orang dewasa.

“Comelnya nama adik nih..umur adik berapa?..datang dengan siapa?”.Kesian pulak kat budak nih,aku ni kalau bertanya memang nak cepat saje,nak buat macam mana dah habits aku suka cakap sepantas kilat.

“Umur saya 8 tahun…Ayyadh datang dengan abang”.Tangannya menunjuk ke arah lelaki yang sedang leka bermain buaian tu.Rasa macam nak terkeluar biji mata aku,bila budak kecil ni tunjuk yang itu abangnya.Sungguh aku tak sangka perangai adik lebih matang daripada abang.

“Ayyadh…buat ape kat sana..penat abang ngah cari”.Lelaki itu berlari ke arah kami. ‘Alamak ape aku nak buat nih?..aku bukannya nak culik adik dia..tapi Baihaqi yang culik.Ish! adik aku ni memang la sesuka hati jer nak kebas anak orang’.Omelku

“Abang ngah..ni kawan baru Ayyadh…nama dia Baihaqi…yang ni pulak kakak dia..namanya Waffiyah”.Nak tercabut jantung aku,bila budak kecil ni tau nama penuh aku. ‘Alah! Baihaqi punya kerja lah nih’

“Ok! Ayyadh..pi main dengan Baihaqi kat sana dulu yer..abang ngah ada nak cakap sikit dengan Akak Waffiyah ni”.Kini tinggallah Waffiyah dan Abang Ayyadh di sini.

Mula-mula rasa macam nak lari jer dari sini,tapi kang adik aku yang bertuah tu sape nak jage,so terpaksalah aku menebalkan muka duduk di situ.Dia duduk bertul-betul disebelah aku,jarak antara kami berdua tak sampai 5cm,kalau angin nak lalu pun tak lepas.Aku ape lagi duduk je la!.Nak besembang malu.

“Peliklah saya tengok awak nih..adik awak Baihaqi tu banyak cakap..tapi awak pendiam pulak”. ‘Peduli hape aku! dah aku tak tau nak cakap ape,so lebih baik diam’

“hmm…maaf la sebab ganggu awak main buaian tadi..saya tak berniat pun nak culik adik awak tadi…tapi Baihaqi yang culik Ayyadh”. Aku hanya mampu tersenyum nipis sebab terpaksa menanggung kesalahan adik aku.

“Eh! Tak per saya tak kisah…malah saya lebih suka…kalau Baihaqi tak culik adik saya tadi…mesti kita tak dapat duduk berdua kan!”.Dia melemparkan senyuman manis tapi berbaur sinis. ‘Buta ker? Ataupun rabun dia ni? Dua orang mender nye..kan ramai ni.Ish sah la dia ni ada masalah pengiraan

“awak ni diam jer…kenapa awak takut saya balas dendam terhadap perbuatan adik awak tu ker…jangan takut laa..buat masa sekarang nih saya masih lagi belum berniat nak buat tu semua..tapi awak kena ingat saya akan buat juga satu hari nanti”.Kata-katanya ada terselit unsur ugutan. ‘Ushh! Ape aku nak buat nih..kalau betullah dia ada simpan dendam…habis la kalau macam nih’.

“ta..tapi..tapii…saya dah pulangkan balik adik kesayangan awak tu…jangan lah apa-apa kan keluarga kami”.Aku merayu

“Eh! Ada suara rupanya…ingatkan bateri dah low…do I care?…kalau saya nak buat…saya akan buat jugak”.Dia sekali lagi berdendam.

“Aqii…Zairrr…jom pergi main tempat lain!!!”.Aku mengambil tindakan drastik,kalaulah dia tu betul betul akan lakukan apa yang dia cakap tadi,habis aku!.Dia tersenyum bila aku gelabah menjerit memanggil adikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience