BAB 9

Romance Completed 4818

Ku pendamkan perasaan ini…

Ku rahsiakan rasa hati ini…

Melindungkan kasih yang berputik…

Tersembunyi di dasar hati…

Ku pohonkan petunjuk Illahi…

Hadirkanlah insan yang sejati…

Menemani kesepian ini…

Mendamaikan sekeping hati…

Oh Tuhanku…

Berikanlah ketenangan abadi…

Untukku menghadapi resahnya hati ini…

Mendambakan kasih insan yang ku sayang…

Dihati ini hanya tuhan yang tahu…

Dihati ini aku rindu padamu…

Tulus sanubari menantikan hadirmu…

Hanyalah kau gadis pilihanku…

Kerana batasan…

Adat dan syariah…

Menguji kekuatan…

Keteguhan iman…

Insan yang berkasih…

“Yaa…inilah lagunya dan disini juga ada ucapan yang dikirimkan untuk kekasihnya…katanya disini..Fiyyah kenapa masih lagi meragui cinta yang saya curahkan kepada awak”.Terbuntang mata aku! Fiyyah? Fiyyah? Nama aku tu! Ah! dalam dunia ni bukan aku jer yang nama macam tu.

“Untuk pengetahun Fiyyah…kiriman ini datangnya dari jejaka hensem! Wah jejaka hensem tau! Beruntung Fiyyah,jejaka ini bernama Asyir Harith Fakhry.”.

Aku tersentak serta merta bagaikan terkena strok!.Aku memegang tangan Uzair,sebab nak pastikan yang ni mimpi ataupun reality.Uzair mencubit tanganku,dan menyebabkan kereta aku hilang sedikit kawalan.

“Auch! Sakit la Zairr!!”

“Yang akak ni tebiat pegang tangan Zair kenapa…makwe Zair pun tak pernah menggatal nak sentuh tangan Zair tau”.Ish! budak ni ke situ pulak pemikiran dia.

“Uzair Bin Yazid!!…aku ni kakak kau laaa”.Marahku.Suasana mula dirayapi sunyi sepi.

Mesej masuk! Mesej masuk! Sila baca! Sila baca kalau tidak nanti kena bakar!.

Haaa! Inilah ringtone handphone Uzair kalau ada mesej yang masuk.

Uzair tersenyum bila membaca mesej itu,dengan sepantas kilat dia membalas mesej tersebut.Tanpa diduga,Uzair tiba-tiba melonjak keriangan sambil menyebut Yes! Yes! Aku dah berjaya!. ‘Ape kene la budak sorang ni macam beruk tak reti duduk diam’

“Assalammualaikum ibu kami dah balik nih”.Aku memberi salam.

“Waalaikummusalam..kenapa lambat balik nih?…ni Fiyyah berpeluh-peluh kenapa…aircond rosak ker kat pasaraya tadi”.

“Tadi abang Asyir…gaduh dengan kakak”.Sampuk Uzair. ‘Uzaiirrrr!!!!!…kenapa suka buat aku marah!!!’

“Diam lah!!!”.Aku mendebik belakang badannya.Dia berlari masuk ke dalam tapi sempat juga menjelirkan lidah dia pada aku.Dasar pengecut! Itu saje yang kau berani buat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience