BAB 4

Romance Completed 4818

“Oh! Yeker..lawanya kuali awak tuu..nak masak ape erk..siap ada gambar Pooh pulak tuu…Puan.Waffiyah…tak payah la nak lari lagi…kalau awak tak lari dari saya…saya takkan buat perkara tu..tapi kalau awak cuba berani nak lari dari saya…jage lah..tau la nasib awak”. ‘ Puan??? What the h**l man!…i’m not marriage yet..perh! rasa nak rodok jer mulut dia nih’

“Maaf yer..saya masih lagi Cik”.Jawabku.

“Yes I know!!..but u will marry rite!”.Gugur jantung aku,mana dia tau yang aku bakal kawin.Tiba-tiba aku teringat pada kekasihku yang bernama Safwan.

Seorang jejaka yang kacak tapi mempunyai sikap yang tidak disenangi aku.Selalunya aku jelah yang akan call dia,kadang-kadang jawab tapi selalunya tak jawab.Mesej yang aku hantar nak tunggu dia balas memang haram! Tak balas punyalah.Bila berhadapan dengan dia,mulut dia memang jiwang karat keparat hangguk dia!.

Mulut jer manis hati busuk.Dan sekarang nih aku dapat tau yang dia dah pun bertunang dengan perempuan lain.Rasa sedih tu memang la ada,siapa tak sedih kekasih dicuri orang namun aku rasa lega bila dah bebas dari cengkaman Safwan si mata keranjang tu.Aku amik keputusan clash dengan dia,dan aku mahu mulakan hidup yang baru tanpa ada gangguan cinta.

“Dah cancel…dah malas nak pikir perkara tu lagi”.Balasku slamber.Dia tercengang bila aku berkata begitu.

“Oh!…macam tuu..hmm…takda borang lebih ker..kalau tak dapat yang original yang Photostat pun jadilah”.Dia menguntum senyuman yang aneh,macam nak telan orang.

‘Borang aper??…dia nak nih..nak mintak kerja ker…tak kena tempat la encik abang oii’

“Ok! Lah..saya nak cepat nih..adik saya takda seluar nak mandi”.Aku cuba lari dari situasi yang menjengkelkan ni.

“Kalau berani…try la lari dari saya!”.Tegas suaranya bila aku membuka langkah untuk pergi dari situ.Kakiku berhenti serta-merta bila teringatkan kembali apa yang dia cakap masa di Sunway Lagoon hari tu. ‘Ish! Ape kaki nih..pehal lak nak kena ikut cakap dia nih…weyy..kaki..cepat la bangun!!’.Marahku pada kaki sendiri memang buang tebiat aku nih.

“Tunngu la saya sekali…saya pun beli seluar mandi untuk adik saya nih…hmm…adik kita nih macam ada chemistry kan…sama-sama terlupa bawak seluar mandi…untungnya jadi diorang tu….macam ada relationship yang rapat…yang kita entah bila la kan”.Dia ketawa serupa macam keldai menyanyi.Sungguh membingitkan telinga!.

Aku berjalan seiringan dengannya.Bila aku jalan perlahan dia pun ikut sama,bila aku berlari,eh! Dia pun same berlari,dah macam bayang-bayang pulak aku dengan dia nih erk!.

“Aqi…nah amik ni pi tukar”.Arahku pada Baihaqi.

“Kakk!!!…aper nih..Pooh kan perempuan…Aqi kan lelaki sejati..lagipun malulah nanti kawan-kawan Aqi pandang”.Tergelak aku bila dengar Aqi merungut.Lelaki sejati hape kebende nyer! Kena marah dah menangis.

“Ayyadh…nah amik seluar ni lepas tu pi mandi”.Lembut sahaja suara dia bila berbicara dengan Ayyadh.Dia nih memang ada ciri-ciri abang yang baik dan paling mengkagumkan aku,adiknya tak membantah langsung dengan apa yang dia dapat berbanding dengan adik aku sendiri.Setelah puas Ayyadh memujuk Aqi barulah dia nak tukar pakaian.

“Abang Syirr..jagekan akak Aqi tu yer…kalau dah suka pun ape salahnya”.Dia menjerit sebelum terjun ke dalam kolam,habis semua orang dengar lepas tu diorang siap bersorak pulak tuh!.Memang malang aku hari ni.Melopong mulut aku bila Baihaqi cakap macam tu pada dia. ‘Aqiii…siap la kau lepas nihh’

“Ok!..ok!…abang Syirr jage..jangan risau…abang memang suka pun!!”.Berderau darah aku bila dia cakap macam tu kat adik aku.Oh! tolonglah adik aku tu baru jer 8 tahun janganlah kau nak ajar yang bukan-bukan pulak.Aku tempeleng kau nanti.

Aku duduk berdua dengan dia di sebuah pondok sementara menunggu kelas renang mereka tamat.

“hmm..rasenye kalau nak tunggu awak buka mulut…sampai kucing bercucu cicit pun belum tentu lagi awak nak berborak dengan saya”.Dia sengaja mengutuk aku.Dasar lelaki! Menyampah aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience