BAB 7

Romance Completed 4818

Oh! Waffiyah kenapa lah engkau begitu lemah dengan godaan lelaki di luar sana.Pelamin anganku musnah!.Hancur lebur hatiku.Tangisan ku tidak berhenti,mataku sudah bengkak sebab terlalu lama menangis. ‘Ape yang aku buat nih? Kenapa aku menangis?

Ah! Fiyyah masih ramai lagi lelaki diluar sana yang menanti kehadiran engkau,sudah la Fiyyah jangan menangis,bersabarlah ini semua ujian dari Allah SWT.

Allah tidak akan memberi ujian kepada umat yang tak boleh mengahadapinya,tetapi Allah akan menguji seseorang itu kerana Allah yakin umat itu boleh menempuh dan menghadapinya dengan penuh kesabaran’.Omelku sendirian

Tukk!…Tukk!..Tukk! Seseorang mengetuk pintu bilikku.

“Fiyyah…mari la makan malam…Ibu tau Fiyyah menangis..tapi sudah la tu”.Suara ibu memanggilku untuk makan bersama.Selera makanku sudah pun dibawa pergi oleh hati yang lara ni.Aku keluar dengan mata yang bengkak dan merah.Ibu memeluk erat tubuhku yang longlai ni,aku hampir sahaja pengsan dalam dakapan ibu.Sesungguhnya pelukan ibu boleh mengubat hatiku yang pedih ni.

Aku duduk di meja makan,tetapi seleraku sudah hilang.Hari ni ibu masak lauk kesukaan ku iaitu siput sedut masak lemak cili api.Namun aku duduk tegak seperti patung,aku hanya merenung lauk-pauk itu semua.Perut lapar nak makan tapi tekak pulak loya nak muntah,mungkin sebab aku terlalu penat menangis sehinggakan kepala jadi pening.

“Ibu…kenapa kak fiyyah…mata dia bengkak..kene gigit nyamuk ker?”.Soal Baihaqi kepada ibuku.Adik ku juga mengambil berat tentang keadaan aku.

“Aqi..ibu cakap ape..depan rezeki jangan bercakap kan”

“maaf”

Jariku mengutil-ngutil nasi yang berada dalam pinggan,berat sekali tanganku nak mengangkat nasi untuk disuapkan ke mulut.Ibu dan ayah hanya menggelengkan kepala melihat perangai aku.

Aku hanya makan dua sudu sahaja malam tu,yang selebihnya aku biarkan.Memang aku tau rezeki jangan membazir,tapi nak buat macam mana dah perut ni terkunci rapat tak nak terima secebis pun makanan daripada mulut.Aku masuk ke bilik dengan perasaan yang sukar untuk diungkapkan.Aku tertidur lena dibuai mimpi,nasib baiklah musim cuti sekolah,kalau tidak konpem aku tak datang mengajar esok.

” Fiyyah..tolong ibu pergi ke super market boleh tak..banyak barang dapur dah habis nih..lagi pun Baihaqi tidur..tak sampai hati pulak nak kejutkan dia..ayah kamu pergi kerja…hari ni banyak client nak jumpa dia so balik lambat…Fiyyah tolong yer”.Ibu mengarah ku untuk pergi membeli barang dapur.Aku mengajak Uzair pergi ke super market.

“Akak…kenapa Zair tengok semenjak dua menjak ni akak semacam jer..macam orang hilang kekasih”. ‘Alaaa…Zair ni dah mula la pulak nak ungkit kisah lama’

“Entah la Zair..akak pun tak tau”

“Zair tau akak sebenarnya menaruh cinta pada Abang Asyir kan?”.Aku menekan brek secara mengejut,tercampak Zair ke cermin depan.

“Zair..kan akak dah cakap..jangan sebut lagi nama Asyir tuu!”.Sengal jugak aku nih,aku duk marah Zair jangan sebut nama Asyir tapi aku baru jer tersebut tadi.Asyir! Asyir! Asyir!.Bila sebut saje nama nih rasa sejuk jer hati berbanding nama Safwan yang menyakitkan hati tu.Sudahlah Fiyyah jangan berangan lagi.

Aku dan Zair menuju ke Jusco sebab tempat ni saje yang berhampiran dengan rumah,laipun ibu nak barang secepat yang boleh untuk masak tengah hari.

Aku meneliti list barangan yang disediakan ibu.Pandai juga ibu kalaulah tak buat macam nih konpem barang-barang yang tak diundang akan masuk sekali dalam bil bayaran.Uzair ni bukannya boleh percaya,kalau amik coklat setakat sepapan tak perla,ni tak amik sampai berpapan-papan,lepas tu tak makan membazir jer.Aku berjalan ke tempat sayur-sayuran sebab dalam list hanya tinggal sayur kacang buncis.

“hah jumpa pun!..eh!..kenapa rupa sayur ni sama…yang ni pendek dan gemuk tapi yang ni panjang!..alamak mane satu nih..sayur ni dah bercampur dalam satu bakul”Omelku sendirian.Uzair tergelak bila aku teragak-agak untuk memilih mana satu sayur kacang buncis.Aku kalau bab sayur dengan ikan memang fail,dimata aku semuanya sama tapi mungkin dimata orang yang sudah bergelar isteri banyak bezanya,yelah kalau dah kawin tapi tak tau nak masak malu la beb!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience