BAB 1

Romance Completed 4818

‘’Kakkk Fiyahh!!!!..cepat laaa…kita dah lambat dah nih…nanti air tu habis”.Inilah Baihaqi adik bongsu kesayanganku.Hari ni ibu dan ayah dah janji nak bawa kami sekeluarga pergi mandi kat Sunway Lagoon sebab meraikan kemenangan Baihaqi dalam pertandingan renang bawah 12 tahun.

“Yerr!! Akak datang lah ni…jangan risau la aqi..air tu kan habis laa”.

‘Ish! Adik aku nih tak sabar-sabar nak berenang tau la juara,tapi tak boleh kalahkan akak kau yang terhebat nih!’.Beranganku.Tanganku pantas mencapai tudung lalu disarungkan di kepala.Perjalanan dari rumah ke Sunway Lagoon mengambil masa 2 jam sahaja.Kelihatan Baihaqi sudah terlena sebab dah terlalu penat menunggu aku bersiap tadi.

“Kak fiyah..akak tau berenang tak?”.Tanya Uzair adikku yang nombor dua dan berumur 16 tahun.Oh! sorry terlupa pula nak perkenalkan diri aku.Namaku Waffiyah Binti Yazid,aku ada 3 orang adik beradik,aku anak sulong umur rahsia! Hehe,yang kedua Uzair Yazid adikku yang hensem dan boleh harap la jugak,tapi kadang-kadang rasa nak cekik jer dia nih sebab suka menyakat aku,dan terakhir Baihaqi Yazid budak kecil berumur 8 tahun yang petah berbicara dan suka berloyar buruk!.

“Akak..dulu johan bab renang-renang ni tau..jangan main-main”.Sahutku sambil mengangkat kening.

“Yelahh!…memang la johan renang..lepas tu dapat pula johan menangis paling kuat”.Menangis? hehe.

‘Hampeh punya adik buat malu aku jer’.Teringat masa aku sekolah menengah dulu,aku masuk sukan renang 100 meter gaya bebas.Gaya bebas?

Yer! Memang bebas mana taknya aku sorang jer yang berenang macam katak!.Penonton semua pandang kat aku,cameraman ape lagi amik kesempatan laa,sengaja jer halakan camera diorang tepat tepat pada aku.Kalaulah cameraman ni dibenarkan terjun untuk amik gambar peserta secara dekat,konpem aku la yang paling popular macam siot!.

Lepas jer tamat pertandingan tup tup tangan aku terseliuh sebab active sangat dalam air,yelar nak lumba renang punya pasal habis semua otot aku jadi sakit,lintang-pukang ayah aku bawak aku pergi urut tangan aku nih.

Masa kene urut konpem la orang tu attack pada bahagian bengkak saje,sakit memang tak terkata la! Aku siap meraung! Melalak! Menyanyi pun aku buat masa kena urut tu.Lepas tu habis satu family tau pasal ni.Memang memalukan!

“Eleh! Yang penting akak mencuba daripada Zair langsung tak nak mencuba..kerja kau makan jer tau”.Perliku

“Ewah!..ewah!..ewah!…tapi Uzair boleh terapung atas air ok!..daripada akak…masuk je dalam air terus jer bertukar kerbau…berkubang jer tau!”.Gelak besar si Uzair.

‘Nasib baik la kau adik aku,kalau tak dah lama aku sekeh kepala kau! Memang la kau boleh terapung atas air..sebab perut kau tu yang jadi pelampung…dah la debab tak padan dengan umur’

“Selamat datang”.Suara daripada salah seorang pekerja di sini.Kulitnya putih,mungkin dia dah selalu main dengan air tu yang jadi putih tu.Alangkah bestnya kalau aku kerja sini hari-hari dapat main air.

“Ramainya orang!!!..akak la nih lambat sangat tadi”.Merungut Baihaqi bila terlihat kelibat manusia yang begitu ramai di Sunway Lagoon.Memang la ramai kan musim cuti nih,kalau tak nak orang lain ada buat la kolam renang sendiri.

“Dah!..dah!..jangan nak bersungut macam lalat..tolong akak bentang tikar nih”.Jawabku tegas.

“Fiyyah…kamu pi teman adik-adik kamu nak mandi…ibu dengan ayah duduk sini jer la..nak jugak bermadu asmara”. ‘Haaa..inilah parents aku,sempoi kan!.Ibu ni nasib baik Aqi dengan Zair tak dengar ape yang ibu cakap tadi,kalau tidak..payah la nak terang kat diorang ape itu bermadu armara’.

“Aqii..Zaiirr..janganlah mandi kat kawasan dalam!”.Pekik ku.Bukannya aku nak menghalang diorang daripada berseronok,tapi buatnya apa-apa hal aku jugak yang susah,dah la aku tak mahir nak berenang sebab dah lama tak berenang dah lupa skil,nanti buatnya kalau diorang ni lemas,mampus aku nak kene soal jawab dengan ibu dan ayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience