BAB 6

Romance Completed 4818

“Kalau yer pun..ape salahnya…Aqi bagi tau kat ibu Asyir tu doktor..elok sangat lah tu nanti boleh rawatkan penyakit berangan Fiyyah tu”.Memang pedas kata-kata ibu,sangat pedas! Cili padi yang kecik kemetot tu pun kalah.

“Ibu nih…memandai jer”.

“Assalammualaikum!”.Ada orang bagi salam dari luar rumah. ‘Adoyai! Takkan dah sampai kot..aku tak sempat lagi nak lari nih’

Baihaqi berlari membuka pintu.Melonjak-lonjak dia bila dapat tau yang diorang dah sampai.Ah! kau memang la boleh melonjak-lonjak akak ni yang terseksa nanti nak kena berhadapan dengan Asyir

“Yeh!..Yeh!..Ayyadh dah sampai…Ayyadh jom la…ikut Aqi masuk bilik…ada mainan baru tau!”.Seronok budak berdua nih,kalau dah jumpa geng yang sekepala memang tak ingat dunia.

“Waalaikumusalam..haa…masuk lah”.Ibu aku ni pulak satu hal,main ajak jer orang yang tak kenal masuk kat dalam rumah.

“Asyir…kan?”.Tanya ibuku

“Yer saya Asyir”.

“Duduklah dulu…mak cik nak ke dapur kejap”

“Eh! Mak cik tak payah susah susah…saya datang pun sebab nak temankan Ayyadh jer”

“Tak per…Asyir duduk dulu”.

Aku mengintai dari sudut tepi di dapur.Pukk!! ibu menampar badanku.Ish nasib baik Ibu,nak marah nanti anak derhaka pulak.Terkejut aku dibuatnya.

“Sakitlah bu!”

“Yang fiyyah duk mengintai tu kenapa..ni air hantar kat depan”

“Ibu jelah yang hantar…Fiyyah..Fiyyah…rasa macam nak demam laa”. ‘Tiba-tiba aku jatuh sakit? Haha! Tak mungkinlah…aku Cuma nak lari dari Asyir jer,malas nak berdepan dengan dia.Entahlah aku rasa semacam bila berdepan dan bertentang mata dengan Asyir,dia tu hensem la jugak,bekerjaya pulak tu.Hati ni macam kene cuit dek sapaan Asyir,bukannya aku menolak tetapi benarkah dia mencintai aku?.Ini yang merunsingkan aku sejak pertemuan masa hari tu.

“Haii…Fiyyah…sihat?”.Soalnya sambil melemparkan senyuman menggoda. ‘Eleh! Setakat ada sepasang lesung pipit…aku takkan cair laa’.

“Kaki saya patah ni haa…tak nampak ker”.Jawabku slamber badak sumbu. ‘Aih! Mata letak kat mana? Boleh pulak tanya sihat ker tidak…dah nampak aku sihat boleh berjalan..masih nak tanya lagii’

“Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula”. ‘Channteekk!!!…rasekan..pantun 4 kerat aku!…memang berkerat kerut otak kau nak nak balas pantun aku haha!’

“Sudah menggaru sini sana,dah memang saya tak tahu kenelah bertanya”.Terbuntang mata aku,Asyir slamber jer jawab,tapi pantun mana dia kebas tak pernah aku dengar.Selama aku sekolah cikgu tak pernah ajar pun pantun macam tu.

“Fiyyah..saya datang nih..sebab nak bagi kad ni kat awak”.Tangannya menghulur sekeping kad berbentuk empat segi.Rupa kad itu seperti kad kahwin.Asyir nak kahwin???,soalan ini yang berlegar-legar dalam kepala otakku.Hatiku luruh,mataku berkaca dan hampir saje pecah.Tapi aku tahan selagi berdaya.

“Fiyyah..saya dah jumpa dah orang yang mahu hidup bersama saya….saya harap awak pun begitu yer..oh! yerr…itu kad kahwin..nanti datanglah..tapiii…” Perbicaraannya berhenti disitu,kerana kehadiran ibu.

Aku tidak dapat menahan sebak,hatiku bagaikan dipijak-pijak oleh sekumpulan gajah liar yang ganas.Mutiara ku jatuh menjilat pipi.Aku berlari masuk ke bilik dan meninggalkan kad tersebut begitu sahaja.

Ibu terkejut dengan kelakuan aku.Mengapa pisang berbuah dua kali? Mengapa?.Nama Asyir sudah ku buang sejauh-jauhnya dari fikiran aku,tak lama lagi dia akan berumah tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience