BAB 10

Romance Completed 4818

Aku membantu ibu memasak di dapur,dah nama pun anak perempuan mestilah di dapur duduknya.

“Ape sebenarnya masalah Fiyyah dengan Asyir?”.Lembut suara ibuku bagaikan kapas

“Mana Fiyyah tak marah dia buu…tadi dia sekat kereta Fiyyah..memang lah Fiyyah geram..rasa nak penyek jer kereta dia tu”.Jawabku

“Ibu bukan tanya pasal kereta..ibu tanya..kenapa Fiyyah buat Asyir tertunggu-tunggu”

“Tunggu ape bender nyer?”

“Tadi Asyir telefon ibu…dia tanya sampai bila Fiyyah nak teruskan perangai macam nih”

Aku dihambat rasa resah,gelisah!.Kenapalah mereka suka sangat membangkitkan hal yang dah lepas!.Dah jelak aku dengar nama Asyir ni.

“Nanti-nanti jer la Fiyyah jawab soalan ibu nih”.Balasku acuh tak acuh

Hari ni hari Sabtu,aku bangun awal tapi kenapa? Perasaan aku hari ni pun berbunga-bunga,ape dah jadi nih? Kene sampuk hantu kaa?.Aku menuju ke dapur untuk bersarapan.Ibu sedang sibuk mengemas dapur,pelik juga hari ni kenapa adik aku nih pagi-pagi dah pakai baju kemas-kemas macam nak pergi ke sesuatu majlis.

“Fiyyah…kenapa tak mandi lagi nih…kan hari ni kita nak pergi rumah orang kahwin”.Tersedak aku bila Ibu sebut pasal kahwin,ingatkan nak suruh aku kahwin tadi.

“Sape kahwin buu?”

“Laa…kan hari ni ada kerja kahwin kat rumah Asyir..lupa ker?”

MasyaAllah!!! Aku terlupa tentang perkahwinan itu.

“hmm…Ibu je lar yang pergi…Fiyyah malas lah..lagi pun macam tak sihat jer badan nih”.Aku cuba berdalih,nanti kalau pergi tapi hati tak rela pun takda guna.

“Ah! sudah jangan banyak cakap..dah pergi siap..nanti Fiyyah nak makan aper kalau tak ikut sama”.Ibu memaksa jugak! Terpaksalah aku pergi,lagipun betul juga kalau duduk rumah nak makan ape untuk tengah hari nanti.

” Silalah masuk..jangan segan-sengan”.Seorang wanita yang kelihatan umurnya dalam 60-an sedang menyambut tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anaknya.

“Puan Farwizah?”.Tanya ibuku pada wanita tersebut.Sedap jugak nama family Asyir nih.

“yer saya!..haa..ni Puan Wahidah kan”.Hebat jugak bonda si Asyir ni meneka

“Haaa…kalau yang ini mak cik kenal..ini Waffiyah kan…kawan rapat Asyir”. ‘Kawan rapat erk? Taklah rapat sangat pun’

“Kawan biase jer”.Sahutku.

Aku dan keluarga duduk menjamu selera yang dihidangkan.Mataku masih mencari-cari pengantin yang bernama Asyir Harith Fakhry!,mahu juga aku melihat dia berpakaian pengantin.Aku dapat rasakan hati ni sudah mula terima kenyataan.Biarlah mereka mendirikan masjid tak elok jika kita menghancurkannya.

“Haiii…dah lama ker tunggu saya”.Nak tercekik aku dibuatnya.Asyir menyapa aku,terbeliak mataku bila terlihat dia hanya memakai baju melayu biasa berwarna hijau muda sama kaler macam bondanya tadi.

“Asyir! Awak biar betul..takkan awak kahwin pakai macam nih”.Tergelak besar Asyir bila aku cakap macam tu padanya.Semua tetamu yang hadir memandang Asyir yang kini sedang menuju ke tempat dj radio.Dia mencapai mikrofon dan nampak macam mahu membuat persembahan. ‘Ah! janganlah bernyanyi nanti hujan..aku dah la tak bawa payung’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience