BAB 8

Romance Completed 1096

“Yes!” itu yang dijerit oleh Hazrie apabila diberitahu yang keluarga Shanisah
sudah menerima pinangan itu.

“Sukanya dia. Cakaplah Alhamdulillah. Kan lebih baik. Sejak bila pula
ustaz kita ni jadi macam ni?” Ria menyindir Hazrie .

“Eh, abang dah kata dalam hati!” pangkah Hazrie . Dia malu di tegur begitu.
Siapalah dia? Dia sememangnya susah mahu suka pada seseorang tetapi bila
dah suka ni, jangan harap dia nak lepaskan.

“Ria harap, segala kekurangan Shanisah , abang terima seadanya.” Pesan Ria.

“Apa maksud Ria?” dahi Hazrie sudah berkerut. Hatinya tidak tenang.
Bagaikan ada sesuatu yang disembunyikan.

“Lebih baik Shanisah sendiri yang beritahu abang. Ria ni hanya orang tengah
sahaja.” Kata Ria dan terus berlalu.

Hazrie masih tidak sedap hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience