BAB 3

Romance Completed 1096

Walaupun hanya sepasang mata sahaja dapat dilihat tetapi dia yakin,
wanita inilah yang mencuri perhatiannya. Membuat dia tidak tenang. Dia
harus memiliki wanita ini secepat mungkin.

“Abang Hazrie ni penyibuk la. Ini hal orang perempuan. Dah! Dah! Abang
balik dulu okey?” kata Ria. Dia menuangkan air milo ke dalam cawan.

“Eh, menghalau abang pula! Abang jadi vampire baru tau.” Hazrie tidak puas
hati cara Ria menghalaunya.

“Jadi vampire? Ustaz macam abang ni?” soal Ria sambil ketawa. “Tak
sesuai la abang. Dahlah! Ria nak pergi tengok Shanisah tu.”

“Nama dia Shanisah ke?” Hazrie bertanya. Hatinya berdebar saat mendengar nama
itu. ‘Shanisah bermaksud kegirangan tapi wajahnya mendung sahaja. Mesti ada
masalah besar ni.’

“Taklah. Itu nama kucing jiran Ria.” Geram Ria. “Abang ni kenapa? Macam
tak betul je.” Dahi Ria sudah berkerut.

“Betul-betul la Ria.”

“Okey. Nama dia Nurul Shanisah Diana. Sedapkan nama dia?” Ria minta
persetujuan Hazrie .

“Sedap sangat. Abang rasa nak makan-makan je.” Nakal Hazrie .

“Eh, sejak bila abang ustaz ni jadi nakal cam gini? Gatal pula tu.” Ria
tersengih. “Entah-entah abang suka pada Shanisah ya?” teka Ria.

“Suka juga!” Hazrie tersenyum dan terus berlalu pergi.

“Pelik je abang aku senyum. Tak faham betul dengan ustaz seorang ni.”
Kata Ria dan menyambung menyediakan kuih pula.

Hazrie lalu di ruang tamu.

“Assalamualaikum.” Tegur Hazrie . Aku mesti kuat.

“Waalaikumusalam.” Jawab Shanisah dalam hati sambil tertunduk wajahnya.

‘Kenapa dia tak jawab salam aku? Salah ke aku menegur dia?’ Hazrie rasa
tidak sedap hati.

“Kawan Ria ya?” sengaja Hazrie bertanya walaupun dia tahu sudah jawapannya.

Shanisah angguk kepala sebagai tanda Ya.

“Saya Hazrie . Abang Ria. Salam perkenalan.”

Shanisah hanya tersenyum dan tidak bercakap. Shanisah hampir lupa yang
senyumannya tidak dapat dilihat oleh Hazrie sebab dia memakai purdah.

Kecewa hati Hazrie melihat respon Shanisah padanya. Dia tersenyum pahit.

“Maaf tunggu akak lama. Akak.. Eh!” berkerut lagi dahi Ria. “Ingatkan
dah balik, ada kat sini lagi.”

“Yalah! Abang balik dulu.” Hazrie terus berlalu pergi.

“Maaf. Abang akak memang camtu tapi dia baik. Ada apa Shanisah datang ni?
Tak selesai lagi masalah hari tu?” soal Ria dengan lebih serius.

“Akak, tolong Shanisah . Dia datang ganggu Shanisah lagi.” Lemah sahaja suara
Shanisah . Ria mengajak Shanisah ke bilik tamu. Mungkin Shanisah akan selesa di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience