BAB 5

Romance Completed 1096

Hazrie cuba memandu dengan tenang tetapi ingatannya masih pada wanita
tadi. Kenapa dia senyap? Entah-entah dia bisu.

“Betullah perempuan tu. Ya Allah.” Hazrie pantas membuka radio IKIM
kegemarannya.

“Iklan pula radio ni.” Kata Hazrie . “Lagu ni...” Selepas Iklan, IKIm
memutarkan satu lagu membuat perasaan Hazrie terusik.

“Hadirnya tanpa kusedari. Menggamit kasih cinta bersemi. Hadir cinta
insan padaku ini. Anugerah kurniaan Ilahi.” Bait-bait lagu ini cukup
memberi makna pada Hazrie .

‘Memang betul hadirnya aku tak sedar. Aku tersedar bila terpandang
sepasang mata yang cukup indah. Menyimpan pelbagai rasa duka dan suka.
Hadirnya telah membuat aku merasai apa itu cinta. Ah! Itu semua anugerah
Allah. Aku tidak sepatutnya membenci perasaan ini.’ Bisik hati Hazrie . Dia
benar-benar ingin memiliki Shanisah .

“Lembut tutur bicaranya. Menarik hatiku untuk mendekatinya. Kesopanannya
memikat di hati. Mendamaikan jiwaku yang resah ini.” Hazrie tersenyum. Dia
teringat tutur bicara Shanisah ketika kali pertama dia berjumpa. Lembut dan
memikat hati ini. Ah!

“Ya Allah. Jika dia benar untukku. Dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku. Damaikanlah hatiku. Dengan ketentuan-Mu.” Hazrie
tersenyum mendengar lirik ini. ‘Hati aku terasa dekat dengan dia. Ya
Allah. Aku berdoa dia yang ditentukan untuk menjadi milikku.’

“Dialah permata yang dicari. Selama ini baru kutemui. Tapi ku tak pasti
rencana Ilahi. Apakah dia kan kumiliki. Tidak sekali dinodai nafsu. Akan
kubatasi dengan syariat-Mu. Jika dirinya bukan untukku. Redha hatiku
dengan ketentuan-Mu. Ya Allah, Engkaulah tempat kubergantung harapanku.
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu.”

Hazrie yakin dengan apa yang dia rasa. Segera dia pulang untuk minta
pendapat keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience