BAB 2

Romance Completed 1096

Hazrie la yang paling susah nak jatuh cinta. Menarik ni!’

“Dengan siapa abang? Bagitaulah cepat!” Ria bangun meninggalkan Syanaz
sendirian sambil menarik lengan baju Hazrie ke meja makan.

Zeck hanya mampu menggeleng melihat tingkah laku isterinya. ‘Selamba je
tinggal anak begitu.’ Zeck pula menyambung bermain dengan Syanaz.

“Dengan...” Hazrie tak dapat meluahkan. Dia benar-benar segan dengan adik
angkatnya itu. Kini, Ria berada di kerusi depannya.

“Jemput makan kuih gelang ni abang. Itu je Ria pandai buat.” Ria tersenyum.

“Terima kasih Ria.” Tolak Hazrie . ‘Eh, minah ni! Orang tengah dalam mood
serius boleh pula dia jemput makan-makan. Mentang-mentang la berbincang
di meja makan. Wahai Ria, jangan buat hati abangmu ini terseksa dengan
perasaan yang tidak pasti ini.’ Rayu Hazrie dalam diam.

“Ala, abang makan la dulu. Penat Ria buat ni.” Ria sengaja mahu mendera
perasaan abang angkatnya itu. ‘Tengok tu. Muka tak puas hati. Alahai
kasihan abang aku seorang ni.’

Selepas Hazrie makan kuih gelang. Ria sambung bertanya.

“Dengan siapa abang dah jatuh cinta ni?” sengaja Ria menekankan
perkataan jatuh itu.

“Ala dengan kawan Ria. Hari tu, dia ada datang masa majlis ulang tahun
perkahwinan Ria.” Jelas Hazrie .

“Kawan Ria ramai abang. Yang mana satu ni? Berterus-terang je la. Tak
payah main kias-kias. Ria tak faham la abang,” kepala Ria mula pening.
‘Yang mana satu ni?’ Dia cuba berfikir.

“Abang pun tak tahu yang mana satu.” Jawab Hazrie lemah.

“Eh!” itu sahaja respon Ria.

“Betul Ria. Abang...” Belum sempat Hazrie menghabiskan katanya, ada orang
memberi salam.

“Assalamualaikum...” suara perempuan.

“Waalaikumusalam.” Ria menjawab salam tersebut manakala Hazrie masih di
meja makan. Dia menyambung makan kuih gelang. ‘Boleh tahan rasanya.
Pandai juga Ria buat.’

“Shanisah . Dah sampai pun. Mari masuk.” Ria kenal suara itu adalah milik
Shanisah .

Hazrie tergamam melihat seorang wanita yang memakai purdah masuk ke dalam
rumah Ria. Dia terkaku.

Ketara sekali wajah Hazrie yang terkejut itu di pandangan Ria’ Abang aku
ni okey ke ni? Risau aku dibuatnya’. “Shanisah duduk dulu. Abang, bawa
Syanaz masuk kejap, boleh?” pinta Ria lembut.

“Baiklah sayang. Jom anak ayah. Kita pergi mandi la. Main air kolam!”
ajak Zeck. Dia menuju ke kamarnya.

“Shanisah duduk dulu. Nanti akak datang.” Kata Ria. Shanisah duduk di ruang tamu.

“Kawan Ria datang sini, kenapa ya? Dia ada masalah ke?” soal Hazrie .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience