BAB 9

Romance Completed 1096

Selepas beberapa minggu, mereka berdua berkahwin. Hazrie mula mengesyaki sesuatu. Sejak mereka berkahwin dua hari yang lalu, Shanisah tidak pernah
bercakap dengannya tetapi dengan orang lain bukan main banyak berkata-kata.

“Shanisah benci pada abang?” soal Hazrie . Dia menatap wajah yang sudah halal untuk dia pandang.

Shanisah tertunduk layu. ‘Bagaimana harus Shanisah katakan pada abang?’ air
mata Shanisah mengalir.

“Eh, kenapa Shanisah nangis pula?” Hazrie berasa bimbang. “Abang tak marah
sayang. Abang cuma tanya sahaja.”

Shanisah nekad untuk memberitahu hal sebenar. Sepanjang dua hari mereka
menjadi suami isteri, Hazrie melayan Shanisah dengan baik sekali.

Shanisah menghubungi Ria dan meminta sahabatnya itu menceritakan segalanya
pada Hazrie melalui telefon memandangkan hari sudah lewat malam.

“Abang keluar kejap!” nada suara Hazrie serius.

Shanisah tidak sempat menghalang Hazrie dari terus keluar dari rumah.
Suaranya masih tersekat. Air mata mengalir lagi. Pasti Hazrie dalam
keadaan marah.

“Malam ni abang tak balik.” Shanisah baca mesej pesanan ringkas yang
dihantar oleh Hazrie . Makin luluh hati Shanisah .

“Abang, Shanisah ingat abang akan lindungi Shanisah . Sayangi Shanisah . Terima
segala kekurangan Shanisah . Shanisah harapkan abang begitu tinggi.” Akhirnya
Shanisah terlena bersama air mata yang mengalir.

Apabila azan subuh berkumandang, Shanisah tersedar. Tersentap hatinya
melihat Hazrie ada di sebelahnya. Lelaki itu kelihatan begitu lena tidur.
Kebiasaannya azan subuh ini bagaikan jam loceng padanya. Hazrie akan
bangun dari tidur.

Shanisah menyentuh lengan Hazrie perlahan. Dia ingin berkata sesuatu tetapi
tidak terluah.

Hazrie tersedar apabila ada tangan yang mengejutnya. Hazrie tersenyum lalu
memeluk Shanisah . Shanisah tergamam.

“Abang nak bawa Shanisah ke satu tempat. Harap sayang sudi ikut.” Kata Hazrie
dengan nada yang gembira. Pantas dia mencium pipi Shanisah dan berlari ke
bilik air. Sembahyang di awal waktu sudah menjadi kebiasaannya kecuali
dia benar-benar letih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience