BAB 6

Romance Completed 1096

Selepas berfikir panjang dan membuat keputusan, Hazrie terus berjumpa dengan Ria.

“Ria tolonglah! Jadi wakil untuk abang.”

“Abang nak masuk meminang dia. So, abang minta tolong abah. Ria tak
dapat menolongnya.” Tolak Ria. Dia tidak memberitahu lagi masalah yang
dihadapi oleh Shanisah kepada Hazrie . Dia bimbang Hazrie membatalkan niatnya.
Dia tidak sanggup melihat Shanisah menderita lagi. Walaupun dia sudah lama
mengenali Hazrie tetapi keyakinan itu kurang.

“Sampai hati Ria cakap abang macam ni.” Ada rajuk di situ.

“Abang, bukan Ria tak nak tolong abang, cuma Shanisah ada masalah sendiri.
Dia risau kalau abang kahwin dengan dia, abang akan membenci dia pula
dan dua hati ini tidak akan bahagia.” Jelas Ria.

“Abang tak kisah. Abang dah buat solat istikarah dan abang nampak dia,
Ria. Abang yakin dengan pilihan hati abang. Abang mahukan dia jadi suri
hati abang. Abang tak nak la jadi tak tahu malu untuk terus terjah dia.
So, abang minta tolong Ria. Tolonglah adikku?” mohon Hazrie .

Akhirnya Ria mengalah. ‘Tak apa la. Lagi pun keluarga angkat aku ni mana
ada orang perempuan nak beritahu si Shanisah tu tapi kan? Macam mana dengan
masalah yang di hadapi oleh Shanisah . Aku kena bagitau abang Hazrie ke? Ish!
Susah benar jadi orang tengah ni.’

“Baiklah abang.”

Petang itu Ria dan Zeck pergi ke rumah Shanisah .

Zeck sedang berbual dengan ayah Shanisah . Ria segera berjumpa dengan Shanisah
di dalam biliknya. Lebih baik berbincang di situ.

“Akak datang ni ada hajat.”

“Hajat apa kak? Ingatkan datang nak lawat Shanisah .” Shanisah cuba tersenyum.

“Tapi sebelum tu, Shanisah dah jumpa dengan ustaz yang boleh merawat
Shanisah .?” Soal Ria. Dia bimbang juga dengan keadaan Shanisah .

“Dah. Hanya bagi air penawar dan minta banyak berdoa sahaja.” Jelas
Shanisah lemah.

“So, macam mana dengan Shanisah ? Okey ke?” Bimbang juga Ria kalau tersalah
tanya.

“Shanisah okey tetapi nak bercakap dengan lelaki masih tak kuat. Hati Shanisah
berkata-kata tetapi mulut ni masih terkunci. Biarlah Shanisah tak dapat
bercakap dengan lelaki pun tak apa. Bukannya apa-apa.” Shanisah sudah
berputus asa.

“Shanisah , jangan cakap macam tu? Tak kasihan dengan ummi dan abi Shanisah ?”
kata Ria. Dia tidak mahu Shanisah putus asa. Shanisah masih muda dan banyak
lagi yang perlu dilakukannya. Kenapa sekarang dia di duga? Ah! Aku pula
rasa sedih untuk dia.

“Tak apa kak. Tak kahwin pun tak apa. Biar Shanisah berbakti pada ummi dan
abi je.”

“Sebenarnya akak datang ni, hajatnya nak meminang Shanisah bagi pihak...”
hati Shanisah berdebar mendengar kata-kata Ria. “Bagi pihak abang Hazrie . Dia dah lama suka pada Shanisah sejak kali pertama berjumpa dengan Shanisah . Akak tak paksa Shanisah untuk terima abang Hazrie tetapi akak yakin dia boleh
bahagiakan Shanisah .” Ria tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience