BAB 11

Romance Completed 1096

“Bukan sahaja perempuan ini tetapi semua keturunan Muhammad.”

“Aku janji...”

Kini, badan Shanisah terbaring lemah.

“Sabarlah Hazrie . Ini dugaan untuk kamu. Semoga perkara ini tidak berlaku
lagi.” Kata Ustaz Saiful.

Air mata Hazrie mengalir melihat keadaan isterinya yang lemah terbaring.
Ria pantas menghampiri tubuh yang lemah itu. Dia bersyukur kakak iparnya
itu sudah selamat.

“Tolong bantu pesakit.” Arah ustaz Saiful. Lelaki itu pun kelihatan letih melawan makhluk tersebut.

Ustaz Saiful meminta Hazrie supaya memberitahu Shanisah agar mengamalkan ayat
membatalkan sihir.

“Apa yang kamu datangkan itu, bukanlah sihir; sesungguhnya Allah akan
mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku);
sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang
melakukan kerosakkan. “Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkata yang
benar. Dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian
dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”. (Surah Yunus 81-82)

Mail adalah lelaki yang selalu mengganggu Shanisah kini ditangkap polis.
Mail tidak dapat terlepas dari hukuman dunia tetapi hukuman akhirat
menantinya jua.

Kini sudah dua minggu perkara itu berlalu. Hazrie memanjatkan kesyukuran
kerana Shanisah sudah boleh berkata-kata dengannya. Sungguh merdu suara
Shanisah . Tambahan pula kalau mendengar isterinya mengaji. Amat membuai
perasaannya.

Hazrie tersenyum melihat kesungguhan isterinya memasak. Al-maklumlah, barumula belajar memasak.

“Abang jangan masuk dapur ni. Biar Shanisah yang uruskan.” Makin gelabah Shanisah dibuatnya apabila melihat Hazrie menapak masuk ke dapur.

“Macam tak terurus je.” Hazrie mengusik isterinya.

“Abang ni melemahkan semangat kita nak masak di hujung minggu.” Ada nada merajuk.

“Mana ada melemahkan. Abang datang nak bagi semangat la ni.” Hazrie tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience