BAB 10

Romance Completed 1096

Shanisah rasa pelik dengan perubahan Hazrie tetapi dia rasa senang dapat
melihat senyuman lelaki itu. Dia masih memandang wajah tenang Hazrie yang
sedang memandu.

“Kenapa pandang abang macam tu?” soal Hazrie . “Abang tahu yang sayang tak
boleh nak cakap, jadi, tolong hantar SMS pada abang.” Itu sahaja jalan
untuk dia tahu perasaan Shanisah .

“Saja nak tengok abang.” Hazrie tersenyum membaca apa yang dihantar oleh
Shanisah .

“Terima kasih sebab sudi tengok abang yang tak kacak ni.” Hazrie rendah diri.

Shanisah tersenyum bahagia.

‘Abanglah lelaki paling kacak dan paling Shanisah sayang.’ Bisik hati Shanisah .

Akhirnya mereka tiba juga di tempat yang dituju. Rupanya Hazrie bawa
tempat untuk merawat masalah sihir yang menimpa Shanisah .

Shanisah memeluk lengan Hazrie . Dia benar-benar takut. Dia pernah tengok
orang yang dirawat. Mereka meracau-racau. Dia tidak rela Hazrie melihat
dirinya begitu.

“Jangan takut. Abang selalu ada disisi Shanisah . Shanisah ingat Allah ya?
Insya Allah, Allah permudahkan urusan kita.” Hazrie cuba menyuntik
semangat dalam diri Shanisah .

Shanisah akur.

Sepanjang rawatan dijalankan, Hazrie banyak berdua. Ria dari jauh hanya
mampu melihat sahaja kerana Zeck tidak benarkan isterinya mendekati Shanisah .

Shanisah mula meracau-racau saat ustaz yang lebih berilmu mula
bertanya-tanya. Shanisah sudah dirasuk sepenuhnya. Suaranya berubah dari
suara yang lembut jadi kasar. Dia bagaikan orang lain. Pelbagai soalan
yang ditanyakan oleh Ustaz Saiful.

“Tinggalkan tubuh perempuan ini...” Arah ustaz Saiful.

“TIDAKKK!” suara kasar Shanisah kedengaran.

“Siapa yang menghantar kau ke sini!”

“Aku tak kan bagitau.”

Ustaz Saiful melibas Shanisah menggunakan kain sejadah. Libasan itu
kelihatan lembut tetapi Shanisah menjerit kesakitan.

“Arrghhh!”

Lagi sekali Ustaz Saiful membuat perkara yang sama.

“Arrrggghhhh! Sakitlah bodoh!” marah Shanisah yang dirasuk itu.

“Aku tanya lagi sekali. Kau mahu keluar dari badan perempuan ini atau
tidak?” soalnya.

“Tidak! Tuan aku minta mengunci peti suaranya supaya dia tak boleh
bercakap dengan mana-mana lelaki.”

“Siapa tuan kau?!” tanya ustaz Saiful lagi.

“Mail!”

“Sekarang kau keluar dari badan perempuan ini.”

“Tak nak!”

Ustaz Saiful terusan melipasnya membuat tubuh Shanisah menggeletar.

“Aku akan keluar. Hentikan!” pinta Shanisah .

“Kau berjanji tidak akan ganggu perempuan ini?”

“Aku janji.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience