BAB 1

Romance Completed 1096

‘Siapakah gadis ini? Adakah aku mengenalinya. Matanya cukup menawan
hatiku. Bagaimana ni? Bagaimana cara untuk aku dekatinya?’ Hazrie kebuntuan.

“Ustaz! Ustaz Hazrie ?” panggil seorang pelajar Hazrie . Hazrie sudah berangan
terlalu jauh.

“Maaf. Ya, Iman, kepercayaan?” Hazrie menyebut nama Iman berserta maksud
namanya sekali.

Iman tersenyum. Itu yang membuat Iman suka pada Hazrie tanpa pengetahuan
Hazrie .

“Ustaz berangan ya? Ingatkan buah hati ke?” sengaja Iman mengusik Hazrie .

“Mungkin. Ada seorang wanita ini begitu menarik perhatian saya. Perasaan
untuk memilikinya begitu kuat dalam hati ini tetapi saya tidak
mengenalinya.” Jelas Hazrie .

Penjelasan Hazrie telah membuat hati Iman tersentap. Dia rasa cemburu
dengan wanita itu. ‘Adakah aku tidak cukup sempurna untuk menjadi isteri
Hazrie ? Ahh! Aku terlalu mengharap pada yang tidak pasti.’

“Insya-Allah ustaz. Kalau jodoh, pasti akan bersama.” Balas Iman dengan
hati yang hancur. Dia cuba bertenang.

“Terima kasih Iman. Awaklah kepercayaan saya. Terima kasih. Kalau tak
ada apa-apa, saya mahu ke rumah adik saya ni.”

“Tak ada apa-apa ustaz. Terima kasih untuk motivasi hari ini di rumah
anak-anak yatim.” ucap Iman lemah.

“Sama-sama. Saya buat takat yang termampu.”

Hazrie segera ke rumah adiknya, Ria.

“Ria, boleh tolong abang Hazrie tak?” tiba-tiba Hazrie muncul.

“Ya Allah, abang Hazrie . Salam tak bagi, terus terjah rumah Ria. Abang ni
pun.” Marah Ria. Dia benar-benar tidak menyedari kehadiran lelaki itu
dibelakangnya ketika dia sedang mengangkat kain dijemuran.

“Maaflah Ria, boleh tak tolong abang ni?” lagi sekali Hazrie soal. Dia
hanya mengikut langkah Ria yang sudah siap selesaikan tugasnya itu. Dia
menghampiri Syanaz yang duduk sendirian dengan permainannya yang
besar-besar gajah. Kalau beli yang kecil-kecil nanti Syanaz masukkan
dalam mulut pula.

“Tolong apa abang?” akhirnya Ria bertanya juga.

Hazrie mengeluh.

“Susah sikitlah abang nak cakap. Susah, malu, segan dan banyak lagi yang
abang rasa.” Jelas Hazrie . Wajahnya mula berpeluh.

“Awat abang Hazrie kepelikan ni? Cakap je la. Macam tak biasa pula.” Dahi
Ria sudah berkerut. Fokusnya pada Hazrie .

“Sebenarnya abang... Abang... Abang dah jatuh cinta.”

“Oh, jatuh cinta, ingatkan jatuh tangga.” Kata Ria dan kembali fokus
pada Syanaz. “Cinta?” otak Ria mentafsir pula.

“What? Abang jatuh cinta?” Ria terkejut. ‘Banyak-banyak abangnya. Abang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience