BAB 8

Other Completed 6318

“You kena ingat Datuk Supitah, sepandai pandai tupai melompat akhinya jatuh ke tanah juga. Sampai bila dia nak menipu rakyat? Sebab tu you kena sokong I. You kena pengaruhi perwakilan di negeri you supaya sokong I dalam pemilihan tu nanti. Kalau semua perwakilan dari negeri you sokong I, I yakin I boleh menang.”

“I tak beranilah Datuk Borhan. Semua perwakilan di negeri S sudah sokong Datuk Seri Mohar. Kalau dia tahu apa yang kita rancang ni, mati kita. Silap silap I boleh hilang jawatan I.”

“Mana yang lebih penting Datuk Supitah? Jawatan you atau sahabat yang perlukan you sekarang ni?” Soal Datuk Borhan.

“You memang sahabat I tapi I kena juga jaga periuk nasi I. Anak anak dan isteri I nak juga makan dan minum.” Jawab Datuk Supitah.

Tersentak Datuk Borhan mendengar kata kata Datuk Supitah itu. Dia tidak menyangka bahawa sahabatnya itu lebih mementingkan jawatan dari persahabatan yang terjalin sejak sekian lama. Datuk Supitah memang kawan yang tidak boleh dipercayai!

“I betul betul minta maaf Datuk Borhan. I tak boleh tolong you kali ni. Youpun sudah mahu jatuh. Kalau I sama sama dengan you, silap silap I pun boleh jatuh sama. I tak nak hilang jawatan I sebagai KM di negeri S.”

“You dah lupa ke apa yang Datuk Seri Mohar dan buat pada negeri you? You tak ingat berapa ramai pendatang pendatang Filipina yang diberi taraf warganegara semasa Datuk Seri Mohar nak rampas negeri S dari Tan Sri Ketinggian dahulu? You dah lupa?” Soal Datuk Borhan dengan suara yang keras.

“ I memang tak boleh lupa tapi apa yang boleh kita buat untuk jatuhkan Datuk Seri Mohar? Kita tak ada bukti yang kukuh untuk sabitkan dia dalam kesalahan tu. Lagipun itu hanya khabar khabar angin yang dibawa oleh parti pembangkang.”

“You memang bacul dan pengecut! You boleh keluar sekarang dari bilik I. You memang tak boleh dipercayai. Berambus!” Jerit Datuk Borhan.

“Borhan… banyak banyak bersabar. Jangan ikut emosi nanti merana diri.” Datuk Supitah cuba menasihati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience