BAB 6

Other Completed 6318

Datuk Borhan masih lagi berdiri memandang ke luar tingkap bangunan Pejabat Perdana Menteri itu. Pandangan yang dihalakan kepada ibu negara M itu seolah olah membicarakan sesuatu kepada dirinya yang selama ini dia tidak sedar. Matanya beralih pula kepada Bangunan Bank B.

Sepuluh tahun dulu Bank B yang merupakan sebuah bank yang bertaraf gergasi di negara M namun tidak ada angin mahupun ribut tiba tiba sahaja Bank B boleh muflis. Bank C yang mempunyai nilai asset yang lebih kecil berbanding Bank B tiba tiba sahaja mampu untuk membeli pegangan saham dalam Bank B. Itulah yang menjadi tanda tanya rakyat negara M sehingga kini. Bagaimana sebuah bank gergasi yang mempunyai nilai asset yang besar boleh muflis dalam sekelip mata? Bagaimana bank yang lebih kecil mampu menguasai bank yang lebih besar?

Semua persoalan ini begitu menguasai pemikiran rakyat negara M. Bank B boleh menjadi muflis kerana begitu ramai orang yang membuat pinjaman (terutama ahli politik dan kerabat diraja) tetapi tidak mahu membayarnya semula. Apabila Bank B mahu mendakwa ahli ahli politik itumelaluimahkamah, Datuk Seri Mohar lantas menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengerusi Bank B supaya menghapuskan semua hutang hutang lapuk ahli ahli politik itu yang terdiri dari kawan kawannya.

Datuk Borhan tahu akan hal ini sementelahan dia adalah Menteri Kewangan. Segala tindak tanduk orang orang politik itu diketahui olehnya dan dia cuba untuk mengambil tindakan namun gagal apabila Datuk Seri Mohar cuba menghalang. Dia begitu marah apabila khazanah negara ini dirompak sewenang wenangnya oleh juak juak dan penasihat penasihat Datuk Seri Mohar. Mungkin sebab itulah dia cuba ‘ditendang’ oleh Datuk Seri Mohar dari kerajaan dan parti.

Bukan itu sahaja, skandal Syarikat P Keluli yang merupakan syarikat pembuat keluli terbesar di Asia juga muflis apabila dipegang oleh kroniDatuk Seri Mohar. Tan Sri Ng yang merupakan seorang usahawan yang berjaya dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Syarikat P Keluli. Syarikat yang mencatat keuntungan berbilion billion setahun tiba tiba diserang kemuflisan. Ini semua berlaku apabila begitu banyak campurtangan politik di dalam syarikat itu sehingga segala asset dan keuntungan bisa lesap begitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience